Monday, March 18, 2019

Benarkah Polisi Rosot Nilai Menyebabkan Tiada Hibah Untuk 2018?

|0 comments

Wakil rakyat Pas (Kuala Terengganu), Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim meminta butiran daripada Perdana Menteri mengenai setiap nilai aset (ekuiti dan hartanah) yang telah di pindahkan oleh Tabung Haji kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. bagi tempoh berakhir 31 Disember 2018...












Dalam jawapannya, Jabatan Perdana Menteri berkata, secara keseluruhan, aset2 yang telah di pindahkan terdiri daripada 29 harta tanah, satu syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik yang telah di pindahkan kepada SPV milik penuh kerajaan pada nilai perpindahan RM19.9 bilion...

Nilai perpindahan ini adalah lebih tinggi berbanding nilai semasa/ nilai buku yang berjumlah sekitar RM10 bilion... 

Ini di tetapkan bertujuan membolehkan kerajaan membantu Tabung Haji menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti serta mengimbangi rosot nilai yang perlu di rekodkan bagi 2018...

Berdasarkan nilai keseluruhan pada RM19.9 bilion, nilai perpindahan bagi setiap aset di tentukan berdasarkan jenis aset iaitu :

》Bagi harta tanah dan syarikat tidak tersenarai, premium ke atas nilai buku asal...

》Bagi sekuriti ekuiti domestik, nilai buku asal atau kos asal pelaburan Tabung Haji di gunapakai...

Antara aset itu ialah :

☆ Tanah di Tun Razak Exchange di pindahkan pada nilai RM400 juta dengan premium sebanyak RM204 juta ke atas nilai buku asal Tabung Haji iaitu RM196 juta...

☆ Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di pindahkan pada nilai RM4.62 sesaham, iaitu harga kos asal pelaburan Tabung Haji... 

Ini adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa pada hujung 2018 iaitu 72 sen sesaham... 

Berdasarkan pegangan sebanyak 283.7 juta saham, Tabung Haji sepatutnya mengalami kerugian menjangkau RM1.1 bilion pada hujung 2018 (iatu kerugian sebanyak 84 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan asal RM1.3 bilion)...

☆ Saham seperti Malakoff Corporation Berhad, walaupun syarikat ini untung, kos asal pelaburan Tabung Haji adalah tinggi pada RM1.80 sesaham... 

Berdasarkan harga semasa pada hujung 2018 iaitu 80 sen dan jumlah pegangan 500 juta saham, jumlah kerugian setengah bilion ringgit (atau kerugian 55 peratus daripada jumlah pelaburan asal) perlu di tanggung Tabung Haji...

Mengenai dividen yang di berikan Malakoff sekitar RM30 juta setahun, peratusan sebenar dividen yang di nikmati Tabung Haji hanyalah sekitar 3.3 peratus, bukan 7.5 peratus, kerana kos asal keseluruhan pelaburan Tabung Haji adalah berjumlah RM900 juta (peratusan dividen yang tinggi pada 7.5 peratus hanya betul jika di kira berdasarkan harga pasaran semasa yang rendah)... 

Sebagai gambaran mudah, Tabung Haji perlu menunggu selama 17 tahun untuk menutup semula kerugian setengah bilion yang di alami jika ingin bergantung kepada dividen RM30 juta setahun...

Jika kadar rosot nilai yang berhemat telah di amalkan sebelum ini oleh pengurusan lama, bukan pada tahap 90 peratus, dan peruntukan rosot nilai di buat pada penyata untung rugi pada tahun2 yang lepas, sudah tentu Tabung Haji dapat terus memegang kesemua saham ini...

Kesemua kerugian saham ini telah di letakkan di bawah 'rizab2 lain' dalam Penyata Kewangan supaya keuntungan tahun semasa kekal tinggi untuk tujuan pembayaran hibah pada tahun2 terdahulu, menyebabkan jurang di antara aset dan liabiliti bertambah... 

Berdasarkan Penyata Kewangan yang telah di audit bagi 2017, 'rizab2 lain' ini menunjukkan nilai negatif sebanyak RM4.6 bilion...

》Hasrat Kerajaan adalah untuk membantu memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji dengan mengambil alih kerugian yang di alami agar defisit yang semakin meningkat dapat di tutup...

Timbul Beberapa Persoalan Dari Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri



》Benarkah pengurusan kanan Tabung Haji berdepan masalah untuk menyakinkan Lembaga Pengarah badan itu sendiri, firma PwC dan Ketua Audit Negara berkaitan urusan pemindahan pelaburan dan aset kepada Urusharta Jemaah Sdn. Bhd?

》Berkaitan pemindahan aset 'tidak berprestasi' dan 'bermasalah' serta pelaburan sebanyak RM19.9 bilion kepada SPV Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2018, seterusnya, sukuk dan i-RCPS akan di terbitkan oleh SPV kepda Tabung Haji... 

Sudahkah sukuk dan i-RCPS di terbitkan? 

Sudahkan firma PwC meluluskan perakaunan bagi penerbitan sukuk dan i-RCPS?

》Benarkah bahawa Urusharta Jemaah yang di bawah kawalan mutlak Kementerian Kewangan, tidak menerima jaminan kerajaan dalam penerbitan Sukuk dan i-RCPS itu?

》Benarkah Suruhanjaya Sekuriti tidak meluluskan proses tersebut?

》Apa masalah sebenar Tabung Haji hilang aset dan pelaburan? 

Adakah atas nilai pasaran semasa atau aset yang membelakangi pelaburan/ syarikat tersebut sebenarnya tidak produktif dan tiada nilai?

》Bagi 2017, kerajaan menyifatkannya sebagai 'Hibah yang melanggari Akta Tabung Haji 1995' iaitu klasifikasi dan penilaian aset kewangan ; perakaunan bagi perubahan di dalam risiko kredit liabiliti kewangan ; rosot nilai, perakaunan lindung nilai... 

Apakah prosedur perakaunan dan prinsip ini turut di amalkan terhadap KWSP, PNB, KWAP, LTAT dan sebagainya?

》Kerajaan mengumumkan tidak akan melakukan langkah menyelamat (No Bail Out)...

Sudahkan Tabung Haji di bayar bagi proses pemindahan aset berkenaan?

》Mengapakah wujud penangguhan terhadap pengumuman dan pembayaran Hibah kepada pendeposit Tabung Haji bagi tahun berakhir 2018?

》Sudahkah Kementerian Kewangan meluluskan penilaian terhadap aset dan pelaburan aset yang 'tidak berprestasi' dan 'bermasalah' serta penerbitan sukuk dan i-RCPS? 

Sudahkah Kabinet berbuat sama?

Persoalan Yang Terbesar :



》Sudahkah Ketua Audit Negara meluluskan akaun Tabung Haji bagi tahun berakhir 31 Disember 2018? 

Jika belum, benarkah ia di sebabkan Ketua Audit Negara tidak bersetuju? 

Jika benar, apakah motif sebenar aset Tabung Haji di pindahkan?

Kepada Tun Mahathir dan Mujahid Yusof Rawa, ingatlah, Tabung Haji tujuan asal di tubuhkan adalah untuk membantu umat2 Islam di Malaysia menunaikan fardu haji (BACA DI SINI)...

Menunaikan fardu haji adalah Rukun Islam yang Kelima...

Janganlah di salahgunakan @ di ambil kesempatan duit yang di kumpul oleh marhein untuk menunaikan ibadah demi untuk kepentingan pihak2 tertentu (BACA DI SINI)!!!

Kelak kesannya tidak akan tertanggung di dunia dan di akhirat!!!





Sumber :


1) http://m.utusan.com.my/rencana/utama/10-soalan-kepada-tabung-haji-1.862943
2) https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/03/inadvertently-mujahid-admitted-no-hibah.html?m=1

Sunday, March 17, 2019

Amaran Kepada Pengundi DUN Rantau, Anda Berisiko Tinggi Kena Kencing Manis!!!

|0 comments

30 Mac 2019, dah SPR tetapkan sebagai hari penamaan calun bagi PRK N27 DUN Rantau...

9 April 2019 pula dah di tetapkan sebagai hari pengundian awal dan 13 April 2019 adalah hari mengundi (BACA DI SINI)...

Sekali lagi semua pemimpin2 utama PH yang sekarang nie berjawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri2 (sama ada dengan ijazah tulin atau palsu), Timbalan2 Menteri (sama ada yang habis belajar @ kena buang @ atau yang di fitnah ada ijazah) akan berkampung...

Segala ceruk rantau di DUN Rantau, dia orang akan datang...

Pemimpin2 PH yang kita selalu tenguk dalam media massa berwajah poyo dan jobo, akan tetiba senyum sampai ke telinga, macam kerang busuk...😂😂😂

Calun PH/PKR, Utamakan Auta, Ketepikan Fakta, HANTAM Sajalah!!!


Ingat lagi tak dengan calun PH/Bersatu dalam PRK Semenyih yang lepas?

Alaaa, Aiman Zanali yang 'popular' dengan sketsa ; 2hb Kita Menang, 3hb Saya Selesaikan Semua Masaalah...😂😂😂

Mana budak Aiman tu sekarang nie agaknya yer...🤔🤔🤔

Aiman tu baik budaknya, tapi nak buat macam mana, dah salah masuk kapal...🤭🤭🤭

Harap2, bila Aiman dah sedar tersesat di hujung jalan, janganlah malu nak balik ke pangkal jalan yer Aiman...😂😂😂

Streram Mulakan Kempen PRK Rantau Dengan Hikayat Balai Bomba


Tapi admin tak nak cerita pasal Aiman, nak story pasal Dr. Streram, calun PH/PKR untuk PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan...

Skrip dia ala2 Aiman juga, kalau kat Semenyih dulu, Aiman nak bina hospital, tapi kat Rantau nie pulak, Streram nak bina Balai Bomba!!!


Sebelum tu, admin payung satu lagu  :

🎶Rumah Terbakar, Panggil Bomba🎶
🎶Bomba Datang, Berlumba Lumba🎶
🎶Streram Janji, Nak Bina Balai Bomba🎶
🎶Tapi Rupanya Tok Mat Dah Binaaa🎶
🤭🤭🤭🤭🤭


Apa yang Streram janjikan tu, membawak pada 2 kemungkinan :

Pertama

Kita sangka baiklah yer, 'husnu zon' (nie lah baiknya, bila UMNO dah kahwin dengan PAS)...😉😉😉

Kita anggap yang Streram tu memang sungguh2 nak bina Balai Bomba kedua kat Rantau...

Orang Rantau juga yang untung, sebab tak ada dalam Malaysia nie, satu daerah ada sampai 2 Balai Bomba!!!

Kedua

Kompom Aney nie memang tak tahu apa2 tentang Rantau, walau pun nie bukan kali pertama jadi calun pilihanraya...

Kali pertama masa PRU 14 dulu dan nie kali kedua...

Pelik juga bila PH letakkan calun yang tak tahu apa2 dekat tempat yang nak bertanding...

Kalau Streram betul2 calun yang dekat dengan penduduk Rantau, dah tentulah dia tahu keadaan terkini Rantau...

Balai Bomba tu besar terpacak kat tepi jalan...

Mana ada orang buat Balai Bomba yang tersorok dalam hutan!!!

Takkan lah Streram boleh tak perasan atau tak kenal Balai Bomba tu...


Untuk maklumat Aney Streram, Balai Bomba Rantau tu termasuk dalam kategori Balai Bomba 'D', maksudnya Balai Bomba untuk kawasan luar bandar (BACA DI SINI)...

Aney Streram, itu Balai Bomba mula bina tawun 2018, siap tawun 2019 dan beroperasi sepenuhnya pada April 2019 (BACA DI SINI)...

Kalau Aney Streram cari itu Balai Bomba guna Waze atau Google Maps, memang tarak jumpa, sebab mula operasi April 2019, jangan kata Tok Mat sengaja suruh itu Balai Bomba operasi April 2019 sebab mahu PRK Rantau, ya aney...

Tarak baik tuduh itu macam...

Tapi kalau Aney Streram sendiri pergi cari kaloo, mesti ada jumpa...

Jelas lagi bersuluh, terbukti, Dr. Streram bukan pilihan yang tepat untuk rakyat Rantau, sebab ternyata, Streram jenis pemimpin yang pegang 'remote control' dari pejabat...

Apa saja yang di lapurkan oleh orang suruhan dia, akan di terima bulat2 tanpa selidik...

"Bos, confirm Rantau tarak Balai Bomba"...

"Cantik, kita kasi hantam ini isu"...

Akhirnya, berpeluh nak cari idea, bila diri sendiri yang kena hentam...🤭🤭🤭

Pada penduduk Rantau, fikirkanlah, kalau Balai Bomba yang besar tu pun, Streram boleh tak dapat cari @ tak tahu, inikan pula kalau nak datang ke kampung2 untuk meninjau dan ambil tahu masaalah penduduk setempat...

Kenapalah PH/PKR letakkan calun 're-cycle' nie balik...

Bukan apa, takut nanti jentera pilihanraya BN merungut, tak der 'thrill', sebab saingan dari jentera pilihanraya Streram tu 'tak acher pun'...🤭🤭🤭

Saturday, March 16, 2019

Pencemaran Toksik Sg. Kim Kim, Hampir 3,000 Nyawa Terancam, MB Johor Bercuti!!!

|0 comments

Rakyat Malaysia melahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa warga Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim ,Pasir Gudang 7 Mac lalu...

Kesan pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang ini telah telah meninggalkan implikasi buruk hingga melibatkan 2,775 orang mangsa yang terdiri dari pelajar sekolah serta warga pendidik...

Seramai 12 orang mangsa yang kritikal terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail...

Sikap Kerajaan PH Negeri Johor Dan Kerajaan PH Pusat Menimbulkan Tandatanya



Apa yang sangat kita kesalkan ialah sikap Menteri Besar Johor, Osman Sapian, dalam menangani isu yang sangat berisiko kepada nyawa penduduk setempat :

》Pencemaran di kesan pada 7hb Mac tapi Jabatan Alam Sekitar negeri Johor hanya membuat kenyataan pada 12hb Mac nak buat tender untuk pembersihan?



Ketua Pengarah Bomba, Datuk Mohammad Hamdan Wahid mendedahkan, keadaan pencemaran toksik boleh di kawal sekiranya kerajaan negeri bertindak cepat mengawal keadaan...

Kelewatan kerajaan negeri mengambil tindakan segera atas alasan kos pembersihan yang tinggi memburukkan keadaan (BACA DI SINI)...



》Kegagalan kerajaan negeri Johor mengawal keadaan telah mengakibatkan seramai 2,775 orang di berikan rawatan segera, 209 orang di masukkan ke dalam wad dan 12 orang berada dalam keadaan kritikal dan di masukkan ke ICU atau Unit Rawatan Rapi (BACA DI SINI)...


Tapi Osman Sapian kata, pencemaran toksik di Sg. Kim Kim, bukan isu besar!!!


Mungkin kalau Osman Sapian sendiri yang menggelitik macam ayam kena sembelih, baru dia anggap perkara nie serius!!!



》Darurat masih enggan isytiharkan!!!

111 buah sekolah di tutup, 2,775 terpaksa mendapatkan rawatan lanjut di hospital, 12 orang di tahan di Unit Rawatan Rapi atau ICU tapi Osman Sapian masih enggan isytiharkan darurat di kawasan yang terbabit!!!



Nak tunggu sampai ada nyawa yang melayang, baru kau nak berlakun menangis dan isytihar darurat ker Man!!!



》Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) syorkan supaya kawasan dalam lingkungan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor di kosongkan supaya komuniti di kawasan tu selamat daripada pencemaran (BACA DI SINI)...



Tapi Osman Sapian kata tak payah, duduk rumah, tutup pintu dah ok!!! (BACA DI SINI)...

Walaupun Pejabat Menteri Besar keluarkan kenyataan menafikan, admin tak kesah, sama ada betul atau tak Osman Sapian buat kenyataan bodoh macam tu, tapi persoalannya, apa alasan Osman Sapian masih tak pindahkan penduduk setempat, sedangkan KP Bomba dan Penyelamat dah gesa supaya penduduk di pindahkan?

Kalau dah Osman Sapian sendiri waktu melawat ke tempat kejadian siap bertopeng bagai, macam mana dengan keselamatan penduduk yang masih ada kat situ?



》Data penduduk terjejas yang kerajaan negeri Johor keluarkan menimbulkan tandatanya...

Dalam satu ciapan YTM TMJ, baginda merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan data yang di keluarkan...

Apa yang baginda nyatakan ada asasnya, kerana hanya pelajar sekolah saja yang di lapurkan terkesan dari kejadian pencemaran toksik sedangkan tiada penduduk setempat yang di lapurkan terkesan sedangkan ada penempatan penduduk di sekitar kawasan kejadian...




Apa yang di suarakan oleh YTM TMJ, di sahkan oleh seorang penduduk tempatan melalui ciapan Twitter beliau!!!

Rakyat Bertarung Nyawa, MB Pergi Mana?



Kalaulah betul apa yang di katakan netizen, betul2lah Osman Sapian nie bukan pemimpin yang berjiwa rakyat tapi pemimpin yang berjiwa lahanat (BACA DI SINI)...




Admin tak faham, macam mana Menteri Besar boleh berseronok dan tinggalkan rakyatnya terkapai2 bertarung nyawa!!!


Kalau mengikut apa yang di katakan oleh Menteri Alam Sekitar, MB Johor adalah pengerusi bersama dengan beliau dalam Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Bencana peringkat negeri Johor...

Tapi ketika nyawa rakyat Johor di Pasir Gudang terancam, di ulang lagi sekali 2,775 orang terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut, 209 di tahan wad, 12 kritikal dan di tahan di Unit Rawatan Rapi, tapi mana MB!!!

Dia sulah pergi Batamlah Ah Soh...


Dahlah MB lambat bertindak, lepas 6 hari pencemaran toksik di kesan, baru kerja2 pembersihan di buat, buat sidang media pun macam sidang media umumkan pemenang Maharaja Lawak, bukanlah admin kata mesti menangis, tapi sesuai ker bergurau, gelak ketawa dalam keadaan nyawa rakyat terancam, tu nyawa rakyat Johorlah s**l!!!

Bukan nyawa ayam itik kat Johorlahhh!!!

Kemampuan Kerajaan PH Menangani Krisis Di Persoalkan



Kelewatan bertindak, mengambil sikap sambil lewa ketika nyawa rakyat berada dalam risiko membuatkan orang ramai mempersoalkan kemampuan kerajaan Pakatan Harapan menguruskan bencana alam...

Apa dah jadi dengan pengurusan bencana kerajaan Pakatan Harapan?

Apakah masih wujud dan berfungsi atau masih wujud tapi tidak berfungsi...




Rakyat tak faham, kenapa kerajaan PH terlalu susah untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Pasir Gudang...

Apakah kerajaan PH tak mahu mengisytiharkan darurat kerana tak mahu dunia luar melihat ini sebagai satu kegagalan kerajaan PH menangani krisis bencana di Malaysia?


MP Pasir Gudang dari PH sendiri dengan tegas meminta agar usul tergempar untuk isytiharkan darurat di lakukan pada hari Khamis dan bukannya hari Isnin...

Tak bolehkah di ketepikan segala protokol dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat!!!

Apakah protokol lebih penting dari nyawa rakyat!!!

Seperti yang di nyatakan MP Pontian, Datuk Ahmad Mazlan, pada 2014, DS Najib segera mengisytiharkan darurat bila IPU udara di Ledang melebihi paras merbahaya yang di tetapkan...

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai ialah kenyataan2 bodoh menteri2 Pakatan Harapan dalam mengulas tragedi pencemaran toksik di Sungai Kim Kim...

Din Pudu (Kementerian Pertanian)



Adaker kebun sayur atau sawah padi kat Pasir Gudang tu?

Kan Pasir Gudang tu kawasan perindustrian!!!

Bila buat statement tu, biarlah bijak sikit, awak tu menteri!!!

Maszlee Kasut Hitam (Pendidikan)



Gas mana pulak yang bocor nie?

Admin tak tahulah apa yang Maszlee Kasut Hitam nie fikir masa buat kenyataan nie!!!

Dr. Dzulkefly (Kesihatan)



Menganggap kejadian ini tidak membahayakan sebab belum sampai tahap membunuh (BACA DI SINI)!!!

Mungkin nie salah satu sebab kenapa kerajaan PH masih tak nak isytiharkan darurat...

Makcik Jijah Kipas (TPM)



Keadaan kat tempat kejadian memang dah panik...

Ada melawat tempat kejadian ker tidak makcik nie...

Kalau nak datang melawat, jangan lupa bawak kipas yer!!!



Untuk pengetahuan makcik Jijah Kipas, darurat tak boleh di isytiharkan segera sebab belum ada permohonan Usul Darurat dari Kerajaan Negeri Johor, jadi macam mana parlimen nak luluskan!!!



Sebenarnya, usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang di tolak kerajaan kerana tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)...

Mengikut Arahan 20 Akta MKN, sesebuah kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan jika berkehendaki sesuatu kawasan itu di isytiharkan darurat.


Dan MB Johor sekarang nie, katanya ada kat Batam sebab BERCUTI, jadi kena tunggulah Osman Sapian balik cuti...

Sebenarnya bukan akan cetuskan panik tapi kerajaan PH pusat sekarang nie yang panik sebab parlimen tak dapat isytiharkan darurat, sebab kena tunggu MB balik bercuti!!!

Hakikatnya, semua kenyataan yang di buat PH, hanya untuk menutup cerita, kerajaan tak boleh isytihar darurat sebab MB tengah syok kat Batam, Indonesia!!!

Bukan tujuan admin nak politikkan isu nie, tapi kerajaan Pakatan Harapan jelas gagal menangani isu pencemaran toksik Sungai Kim Kim dengan baik dan membiarkan nyawa kanak2 sekolah, warga pendidik dan penduduk setempat dalam bahaya...

Sekiranya isu yang sebegini dah gagal di tangani dengan cekap oleh kerajaan Pakatan Harapan, berapa banyak nyawa yang akan terkorban sekiranya berlaku bencana alam yang lebih besar dan dahsyat seperti banjir besar yang pernah melanda negara!!!

Friday, March 15, 2019

Kebiadapan Mahathir Pada Raja Raja Melayu

|0 comments

Semasa menjawab soalan dari wartawan mengenai teguran Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail, mengenai tindakan Putrajaya yang tidak memaklumkan kepada Majlis Raja Raja mengenai persetujuan kerajaan PH meratifikasi Rome Statute, Mahathir dengan angkuh dan biadab telah menjawab :

"DIA bukan wakil rakyat, DIA bercakap untuk diri dia jer" (BACA DI SINI)...

Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam perlu sedar, dengan meratifikasi Rome Statute, bererti kita bersetuju memusnahkan fungsi Raja Raja Melayu sebagai payung kepada negara atau lebih tepat menyerahkan kedaulatan negara kepada tangan asing...

Dengan meratifikasi Rome Statute, secara rasminya fungsi Mahkamah Raja2, iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia akan mansuh...

Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan sendirinya boleh mengatasi keputusan Mahkamah Raja Raja...

Jelas pada kita, tindakan kerajaan PH meratifikasi Rome Statute adalah satu lagi pindaan pada perlembagaan negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kedudukan istimewa dan kedaulatan Raja Raja Melayu...



Seperti yang di nyatakan oleh Tengku Mahkota Johor, Artikel 27 Rome Statute memperuntukkan kekebalan (kedudukan istimewa) seseorang penyandang sesuatu jawatan atau kedudukan tidak akan mengahalang Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dari membicara dan menjatuhkan hukuman (sekiranya di dapati bersalah)...



Jelas ini adalah satu pindaan perlembagaan negara ke atas Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI)...


Dalam Perkara 38 (4)(5) dan (6)(C) Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan, saja perubahan atau pindaan yang hendak di lakukan, yang berkaitan dengan kedudukan istimewa Raja Raja, MESTI mendapat perkenan dari MAJLIS RAJA RAJA dan bukannya SPB YDP Agong sahaja (BACA DI SINI)...

Jelas kerajaam PH sendiri telah mencabuli Perlembagaan Persekutuan...

Rule Of Law apakah yang mereka hendak tegakkan, kalau perlembagaan negara sendiri di cabuli!!!

Apa Yang Di Suarakan Oleh TMJ Bukannya Untuk Diri Baginda Sendiri Tapi Untuk Menyelamatkan Perlembagaan Persekutuan Dari Terus Di Cabuli


Di mana silapnya bila baginda TMJ menyuarakan tentang pencabulan Perlembagaan Persekutuan oleh kerajaan PH?

Baginda bukan bercakap untuk kepentingan peribadi baginda kerana baginda bukan YDP Agong dan baginda juga bukan ahli Majlis Raja Raja...

Kenapakah Mahathir tidak menjawab persoalan yang baginda TMJ kemukakan...

Janganlah jadi orang munafik, mulut berbuih2 melaungkan Rule of Law tapi hakikatnya diri sendiri yang mencabuli undang2!!!

Bila orang lain, terutamanya musuh politik melanggar undang2, dengan segera prinsip Rule of Law di laungkan tapi di sebaliknya, pentadbiran sendiri mencabuli prinsip Rule of Law!!!

Kebiadapan Mahathir merampas hak keistimewaan Raja Raja tanpa perkenan malah tanpa memberitahu Majlis Raja Raja adalah satu perbuatan durhaka!!!

Bukankah prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara...

Di manakah datangnya setia kalau tiada perasaan hormat!!!

Lupakah Mahathir, beliau sekarang adalah ketua pentadbiran kerajaan Malaysia, bila ketua sendiri menonjolkan sikap biadap, tidak hairanlah kejadian menghina institusi monarki, bahkan penghinaan pada Rasulullah SAW semakin menjadi2...

Benar kata2 Mahathir, baginda TMJ bukanlah wakil rakyat tapi baginda adalah raja kepada rakyat...

Jadi, sebelum bangsa Melayu bangun memberontak, hentikan melakukan kebiadapan terhadap Raja kami kerana PANTANG MELAYU MENDERHAKA PADA RAJANYA!!!

Kalau budaya bangsa Kutti, admin tak pasti...

Singapura Di Langgar Todak, 
Todak Melanggar Batang Pisang, 
Orang Tua Berperangai Budak, 
Seperti Aur Di Tarik Songsang...

Thursday, March 14, 2019

Sawit Jual Pada Kroni Mahathir, Peneroka Di Suruh Tanam Buloh!!!

|0 comments
Berita Baik Untuk Industri Sawit Malaysia (Tapi Untuk Siapa?)


4 Mac 2019, China tandatngan perjanjian untuk beli US$891 juta atau 1.62 juta tan minyak sawit daripada Malaysia (BACA DI SINI)...

Wahhh...

Macai2 PH kemain bersorak sorai bila dapat tahu berita nie...

Mahacai2 kata kerajaan akan kembalikan harga sawit negara seperti zaman BN...

Sorak mahacai lagi, nie permulaan jer tau, akan datang nanti, harga sawit akan jadi lagi tinggi dari zaman BN dulu...

Bukti apa lagi yang korang nak untuk tunjukkan yang kerajaan PH nie tolong rakyat?

Kan dah cakap, PH Menang, Rakyat Senang!!!

Cuma perlu bersabar, kata mahacai...

Siapa Sebenarnya Yang Untung Dari Perjanjian Tu?


Tapi tau tak korang???


Yihai Kerry (Shanghai) Trade Co tandatangani perjanjian dengan PGEO Marketing Sdn Bhd untuk beli minyak sawit...

Perjanjian tu di saksikan oleh si Teresa Kok yang sibuk cadangkan peneroka tanam buluh tu.

Yihai Kerry beli daripada PGEO Marketing Sdn Bhd...

BUKANNYA DARI FELDA!!!

Maknanya langsung tak der kaitan dengan peneroka...


PGEO Marketing ni syarikat milik Wilmar International Limited...

Syarikat milik keluarga Robert Kuok (kroni Mahathir)...

Wilmar International Limited tu pulak berpangkalan kat Singapura (BACA SI SINI), bukan Malaysia...

Jadi segala cukai di bayar di Singapura...

Rakyat dapat apa???

Dapat ler kencing yang hancing barang sebalang dua...😡😡😡

Tujuan Teressa Suruh Tanam Buloh Nak Tolong Siapa Sebenarnya?


Persoalannya kenapa si Teresa sibuk suruh peneroka tanam buluh ganti sawit? (BACA DI SINI)...

Logiknya, supaya syarikat kroni tak der saingan dalam industri sawit...

FELDA ni pengeluar hasil sawit terbesar dalam negara...

Jadi, korang nampak apa yg ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP???

Baru Terdedah Peranan Robert Kuok Dalam Majlis Penasihat Ekonomi


Tentu korang semua tahukan, si Robert Kuok nie salah sorang dari Majlis Penasihat Ekonomi...

Siapa yang lantik dia?


Tak lain dan tak bukan, Tun Mahathir lah yang lantik dia...

Nak buat pencerahan sikit, Robert Kuok nie dah kawal pasaran sawit kat Indonesia (BACA DI SINI)...

Dan sekarang, Robert Kuok dapat pulak kawal pasaran sawit kat Malaysia...

Malaysia dengan Indonesia, 2 pengeluar sawit terbesar dunia...

Maknanya, Robert Kuok sekarang nie dengan rasminya dah kawal pasaran sawit dunia!!!

Korang tahukan, Felda banyak buka ladang kat Indonesia...

Kat Indonesia, FELDA kena jual pada Syarikat PT Wilmar Nabati, syarikat milik Robert Kuok...

Kat Malaysia pulak, kalau FELDA nak jual sawit, kena jual pada PGEO Marketing Sdn. Bhd. juga syarikat milik Robert Kuok...

Bermakna, FELDA sekarang nie bawah cengkaman Robert Kuok dan dengan sendirinya peneroka2 FELDA berkerja untuk Robert Kuok...

Majoriti peneroka ialah Melayu dan FELDA sendiri adalah antara aset terbesar orang Melayu...

Tapi sekarang terpaksa tunduk dengan arahan dan perintah Robert Kuok!!!

Dan Robert Kuok adalah kroni Tun Mahathir...

Nampak tak apa yang ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP dan Tun Mahathir?

Jadi fahamlah kita apa yang Tun Mahathir kata, Selamatkan Malaysia!!!

PH MENANG, MELAYU KENA GANYANG!!!

Wednesday, March 13, 2019

Ucapan Tun Mahathir Tunjuk Kerajaan Tiada Integriti, Menyamun Dan Susahkan Rakyat

|0 comments

11 Mac 2019, SPB YDP Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah, merasmikan Mesyuarat Kedua Parlimen Siri 14...

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian umum pada sidang parlimen kali ini...

Pertama, inilah kali pertama YDP Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah merasmikan mesyuarat Dewan Negara sejak di tabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia Ke 16...

Kedua, sudah pasti ramai yang menunggu jawapan dari Tun Mahathir, Perdana Menteri ke 7, atas beberapa isu2 panas terkini yang berlaku sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Siri Ke 14...

Integriti Kerajaan Malaysia Di Mata Dunia Akibat Terbongkarnya Sijil Palsu Menteri2 Termasuk Menteri Kanan



Satu Malaysia terkejut dengan isu timbalan menteri, menteri dan menteri kanan kerajaan PH memiliki sama ada SIJIL PALSU (BELI) atau menipu kerana tak memiliki ijazah seperti yang mereka dakwa (BACA DI SINI)...

Malah, ada yang lebih melucukan, bila salah seorang Timbalan Menteri mendakwa, beliau di fitnah kerana memiliki ijazah...😂😂😂

Isu nie kedengarannya melucukan tetapi hakikatnya memberikan imej yang begitu buruk kepada Malaysia di mata dunia...

Sangat jelas isu ini menjejaskan integriti kerajaan Malaysia, bila dunia menganggap kerajaan Malaysia di anggotai oleh barisan menteri penipu sedangkan dalam masa yang sama mereka berkokok melaungkan prinsip Rule of Law...

Lebih2 lagi bila Timbalan Menteri Luar sendiri terlibat dengan membeli ijazah yang tidak di iktiraf...

Dunia sedang mentertawakan kita...

Medan yang paling baik untuk kerajaan PH menjelaskan isu ini atau membersihkan imej mereka ialah dalam Dewan Rakyat...

Tapi apa yang menimbulkan keresahan bila Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, di lihat secara sengaja enggan menjawab soalan berkaitan sijil palsu ini di Dewan Rakyat, bila ahli parlimen Pontian, meminta penjelasan...

Apakah sikap Tun Mahathir ini boleh di anggap sebagai tanda beliau setuju mempunyai barisan kabinet penipu...

Kalau benar, amat malang kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi mandat kepada si penipu untuk menjadi menteri dan menikmati gaji berpuluh ribu ringgit hasil dari penipuan mereka...

Hakikat yang kita kena terima ialah, apalah yang kita boleh harapkan dari seorang penipu...

Pantun bangsa ada menyatakan :

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri,
Bercakap Bohong, Lama Lama Jadi Pencuri aka Menteri!!!

Kenapa Tun Mahathir Bersungguh2 Mahu Kecilkan Saiz Penjawat Awam


Semasa menjadi Perdana Menteri Ke 4, Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Penswastaan Negara...

Alasan Tun Mahathir ialah pengurangan jumlah kakitangan kerajaan boleh menjimatkan kos pengurusan kerajaan...

Jabatan2 kerajaan terutamanya yang memberikan perkhidmatan membekalkan tenaga telah di swastakan...

Antara yang terlibat Lembaga Letrik Negara (LLN) di swastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

Benar, kerajaan dapat menjimatkan kos pengurusan, pekerja2 asal jabatan kerajaan tersebut mendapat kenaikan gaji...

Tapi yang menjadi mangsa akhirnya ialah rakyat...

Berbeza dengan jabatan kerajaan yang berorientasikan perkhidmatan, syarikat2 swasta menjalankan perniagaan yang berorientasikan keuntungan...

Kos pengambilalihan aset, kos penawaran gaji yang tinggi kepada kakitangan serta kos pengurusan akan di serapkan pada bayaran perkhidmatan yang di kenakan kepada pengguna akhir, iaitu rakyat!!!

Yang akan mendapat keuntungan sebenarnya ialah syarikat2 swasta yang terdiri dari kroni2 dan keluarga Tun Mahathir yang kaya raya (BACA DI SINI)...


Laman blog ini adalah menyiarkan, dari 1.7 penjawat awam, sektor yang paling besar adalah dalam sektor perkhidmatan wajib (mandatory service), seperti kesihatan, pendidikan, perguruan dan lain2...

Kajian yang di lakukan oleh Penang Institute (sebuah badan penyelidikan yang tidak di iktiraf mana2 pihak dan di bawah naungan DAP) adalah kajian yang sangat dangkal kerana mereka mengambilkira bilangan di dalam sektor perkhidmatan wajib, sedangkan negara2 maju sekali pun tidak mengambilkira bilangan penjawat awam di dalam kategori perkhidmatan wajib (BACA DI SINI)...

Apakah 16,000 penjawat awam yang akan di buang oleh Mahathir termasuk dalam sektor perkhidmatan wajib ini?

Kegilaan apakah ini, tidak ada satu negara pun di dunia ini akan mengecilkan bilangan penjawat awam dalam sektor ini kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat!!!
langan penjawat awam dalam sektor ini kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat!!!


Penjawat Awam Hanya Di Hargai Oleh PH Semasa Sebelum PRU 14, Selepas PRU 14, Penjawat Aqam Di Pandang Seperti Sampah Oleh PH



Satu kenyataan yang sangat pahit untuk di telan oleh penjawat awam...

PH hanya perlukan undi 1.7 juta penjawat awam supaya mereka mendapat kuasa tetapi mereka setelah PH berkuasa, nasib penjawat awam hanya di ibaratkan seperti sampah yang tiada harga!!!


Inilah bonus yang di janjikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Surat penamatan kontrak atau pun surat perberhentian kerja...


Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dalam proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar berikut peratus dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan awam...

2019

1% bermakna 16,200 orang akan di tamatkan kontrak, pemberitahuan pemberhentian bekerja...

2020

2% bermakna 32,400 orang lagi akan di kurangkan...

2021

2% lagi bermakna 32,400 lagi akan di kurangkan...

Nisbah ini untuk 3 tahun awalan dari 2019 - 2021 dahulu...

Jumlah keseluruhan 80,000 ribu orang untuk tempoh 3 tahun ini...

Yang kena berhenti ucaplah tahniah pada kerajaan PH jangan sesekali merungut dan marah...

Harap senyum...

Anda yang pilih sendiri wahai kakitangan awam...

Dan untuk yang terselamat dari di buang kerja pada tahun 2018, janganlah terlalu cepat menarik nafas lega...

Apakah persediaan kerajaan untuk menangani masaalah sosial yang PASTI akan timbul dari pembuangan penjawat awam dalam skala besar ini?

Semudah menambah pendapatan negara dengan menjual aset2 berharga orang2 Melayu, begitu jugalah mudahnya cari jalan penyelesaian untuk menjimatkan kos pentadbiran dengan membuang penjawat awam yang juga terdiri dari orang Melayu!!!

Apakah ini caranya parti Bersatu menjaga kepentingan bangsa Melayu seperti yang mereka laungkan, kerana lebih 90% penjawat awam di Malaysia adalah orang Melayu?

Apakah tidak terfikir pada kerajaan PH, cara terbaik memulihkan ekonomi negara adalah dengan menjana aktiviti ekonomi negara ke tahap optima...

Dengan itu, saiz ekonomi negara akan menjadi lebih besar dan penjawat awam yang ada tidak perlu di buang tapi dapat di optimakan fungsi dan peranan mereka...

PH Menang, Rakyat Senang


Rupa2nya PH menang rakyat kena ganyang dan penjawat awam ramai yang tak tenang!!!

Apakah nasib mereka nanti?

Bagaimana kehidupan anak isteri mereka nanti?


Pada pemimpin2 PH yang masih ada sebesar zarah keimanan, yang masih ada sebesar zarah perikemanusiaan, janganlah terlalu banyak membuat U-Turn atau memungkiri janji atau menipu rakyat, kerana satu U-Turn yang di buat, satu janji yang di mungkiri, satu penipuan yang di buat, akan mendekatkan diri kepada sifat orang munafik (BACA DI SINI)...
fda