Wednesday, March 6, 2019

Majoriti 2/3, Mahathir Nak Tunai Janji Atau Bersatu Tak Cukup Kerusi?

|0 comments

Masa berkempen di Semenyih, 28 Februari lalu, Mahathir tegaskan, PH perlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji2nya pada rakyat...

Katanya, bila majoriti dua pertiga dah dapat, ia memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara...

"Tapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja"...

"Yang itu akan kekal"... kata Mahathir...


Menurut Mahathir, antara pindaan perlembagaan yang di cadang untuk di lakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama 2 penggal saja, selain mengurangkan kuasanya (BACA DI SINI)...

Bukan Untuk Tunai Janji Tapi Untuk Kukuhkan Parti


Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu...

Malah, tak keterlaluan kalau di katakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu...

Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya pada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan kedudukannya...

Rakyat Tuntut Janji PH Meringankan Beban Hidup


Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan di kehendaki rakyat...

Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya...

Kegagalan menunaikan janji2 itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu...

Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka...

Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?

Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini...

Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah di persetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun...

Bermakna, selain Mahathir telah di persetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal...

Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?


Jika Mahathir benar2 jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji2 pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu...

Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji2 lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara...

Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak di rasai apa2 oleh mereka...


Sumber :

Dari laman blog tempatan

Tuesday, March 5, 2019

Apa Muslihat Sebenarnya Di Sebalik Kisah Buloh Dan Sawit Teressa Kok

|0 comments

Pekebun kecil, peneroka Felda 'bernasib baik' sebab dapat Menteri Industri Utama yang sel2 otak dia terlebih bersambung macam Teressa Kok...



Apa taknya, sebelum nie, masa Teressa Kok hentikan bantuan sara hidup musim tengkujuh pada petani, pekebun kecil dan nelayan, Teressa bagi idea 'canggih' yang tak pernah terfikir oleh mana2 pekebun kecil, terutamanya penoreh getah, menoreh getah waktu musim tengkujuh!!!



Tentu korang ingat lagikan, camner Teressa dengan bersungguh2 tunjukkan macam mana mangkuk getah tu di pakaikan payung...

Nasib baik pokok getah tu Teressa Kok tak cadangkan supaya pakai 'rain coat'...😂😂😂

Super Sawit Teresa Kok



Lepas tu, Teressa Kok meneruskan 'usaha gigih' dengan mengumumkan pendapatan baru pengusaha ladang sawit...

Teressa Kok umumkan dalam Dewan Rakyat, 1 ekar tanaman kelapa sawit, boleh menghasilkan sampai 12 tan kelapa sawit...😮😮😮

Bila Datuk Ahmad Maslan sindir, terus isu 1 ekar sawit boleh hasilkan 12 tan kelapa sawit senyap!!!

Lepas Getah Dengan Sawit, Tiba Giliran Buloh


Dan yang terkini, idea canggih dari menteri yang berguru dengan Google nie ialah tukarkan ladang2 sawit dengan ladang buloh...

Tak tahulah, jin mana yang dah merasuk Menteri Industri Utama nie...

Bercakap betul2 dah macam orang tak ada otak...

Memanglah buloh ada pasaran yang baik kat Jepun sana tu...



Tapi pasaran tu cuma pasaran bermusim, sebab industri yang menggunakan buloh sebagai bahan asas cuma industri hiliran dan bukannya industri utama!!!

Apa jaminan dari kerajaan, kalau pekebun2 kecil nie bertukar pada tanaman buloh, pendapatan mereka, kalau pun tak lebih baik, tapi sekurang2nya sama dengan pendapatan waktu usahakan tanaman kelapa sawit?

Dan pertukaran dari ladang sawit kepada ladang buloh, bukanlah semudah yang di sangkakan oleh Teresa Kok..

Siapa yang nak tanggung kos penebangan kelapa sawit dan kos tanaman buloh di peringkat permulaan tu?

Kerajaan nak tanggung ke?

Bantuan petani musom tengkujuh pun kerajaan tak mampu nak bayar, inikan pula nak bagi subsidi pada kos pertukaran tanaman!!!

Siapa pula nak sediakan keperluan harian keluarga tersebut dalam menunggu hasil buloh tu matang?

Bercakap biarlah gunakan akal!!!

Tapi kira ok lah juga, sebab Pak Wan sibuk umumkan kereta terbang, tapi Pak Wan kata kereta tu untuk pantau ladang...

Maksudnya nanti, Teressa jual buloh pada Pak Wan untuk buat kereta terbang dan Pak Wan gunakan kereta terbang tu untuk pantau ladang buloh Teressa Kok!!!

Tapi tu lah level menteri Pakatan Harapan dan macam2 ada dalam kabinet Mahathir nie :

Menteri Buluh 》ada...
Menteri Kasut Itam 》ada...
Menteri Air Mata 》ada...
Menteri Tisu Koyak 》ada...
Menteri Tukang Masak 》ada...
Menteri Tipu Sijil 》ada...
Menteri Nobita 》ada...
Menteri LGBT 》ada...
Menteri Kilang Carlsberg 》ada...
Menteri Kereta Terbang 》ada...

Menteri AES Maqasid Syariah 》ada...

Tapi semua menteri2 tu, sel otak tak bersambung!!!

Pusing2, Kroni Juga Yang Untung!!!



Petang tadi, Teressa Kok umumkan bahawa Malaysia-China telah tanda tangan beberapa deal berjumlah US$891 juta yang melibatkan 1.62 juta tan kelapa sawit dari Malaysia ke China...

Ianya melibatkan 4 deal :

i) Yantai Tianmao Edible Ltd Co dengan Sime Darby Plantation Bhd, 100,000 ton...

ii) Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan SOP Edible Oils Sdn Bhd , 100,000 ton...

iii) Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan Cacao Paramount Sdn Bhd (a subsidiary of Teck Guan Group), 120,000 ton...

iv) Yang terbesar adalah di antara Yihai Kerry (Shanghai) International Trade Co Ltd dengan PGEO Marketing Sdn Bhd 1.3 juta ton...

Menariknya, umum tahu bahawa Yihai Kerry adalah sebuah perusahaan pelaburan oleh Wilmar International Limited di China...

Manakala PGEO Marketing Sdn Bhd yang berada di bawah PGEO Group pula adalah sebuah perniagaan agribusiness terbesar di Asia yang juga di miliki oleh Wilmar International Limited...

Dan umum juga tahu pemilik Wilmar International Limited yang berpengkalan di Singapura adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Tan Sri Robert Kuok yang merupakan ahli di dalam Council of Elders...

Wilmar buying from Wilmar?

Robert Kuok buying from Robert Kuok?

Fikir-fikirkan.

Rujukan:

Malaysia, China sign palm oil purchase deals worth US$891 mil (BACA DI SINI)... 

Yihai Kerry Introduction (BACA DI SINI)...

PGE Group Company Profile (BACA DI SINI)...

Wilmar who are we? (BACA DI SINI)...



Memang dari awal2 lagi sangsi tentang Robert Kuok ni...

Yang untung bagi pada Robert Kuok yang dah kaya raya tu...

Melayu di suruh tanam buloh!!!

Dan ratusan ribu peneroka Felda serta pekebun kecil akan menjadi hamba tebusan pada Robert Kuok, kroni Mahathir (BACA DI SINI)...

Monday, March 4, 2019

Di Manakah Pemimpin Melayu, Bila Melayu Zalimi Melayu

|0 comments

Inikah kualiti staf DBKL yang kini di bawah Khalid Samad, yang dahulu selalu di kutuk dan kini semakin terkutuk, di zaman Malaysia Baru ini...

Video yang tular memaparkan bagaimana peniaga gerai food truck A.R Ikan Patin Masak Tempoyak di Jalan Genting Kelang, Setapak di serbu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara samseng dan tidak bertamadun...

Persoalan yang lebih utama adalah, kenapa DBKL hanya berani bertindak samseng terhadap warganegara sendiri dan tidak kepada peniaga warga asing yang isunya jauh lebih membarah tetapi di biarkan berleluasa?

Mereka bukan sahaja melakukan kesalahan berniaga, malah turut melakukan kesalahan imigresen apabila menyalahgunakan permit pekerjaan dengan bekerja di luar bidang yang di nyatakan...

Selain ramai yang bekerja tidak mengikut permit pekerjaan masing2 serta berniaga ikut suka, mereka juga duduk melebihi waktu di negara ini...

Jika operasi bersepadu di lakukan, pelbagai isu warga asing akan terbongkar, yang sepatutnya di utamakan...

Khalid Samad Kata Tindakan DBKL Bukan Pilih Kasih Tapi Peniaga Tak Ada Lesen



Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad kata penguatkuasaan yang di buat DBKL adalah secara menyeluruh tanpa mengira bangsa...

Mereka yang di ambil tindakan tu kerana berniaga tanpa lesen (BACA DI SINI)...

Tambah Khalid lagi, mereka yang di kenakan tindakan sepatutnya akur tanpa cuba melakukan sebarang tindakan provokasi...



Admin nak tanya pada Khalid Samad, pernah tak suruh DBKL buat tinjauan untuk pastikan semua peniaga di Petaling Street nie ada lesen?

Pernah tak Khalid Samad arahkan supaya pihak DBKL buat tinjauan untuk pastikan semua warga asing yang bekerja dengan peniaga2 tu memiliki dokumen dan permit yang sah?


Apa pula tindakan yang Khalid Samad dan DBKL ambil terhadap aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur...


Dari video klip di atas, jelas kebanyakan pelacur2 tersebut merupakan warga asing...

Apakah kerajaan Malaysia ada keluarkan permit bekerja sebagai pelacur?

Kalau tak ada, kenapa Khalid Samad dan DBKL tak ambil tindakan?



Macam mana pulak dengan pusat2 judi haram yang semakin hari semakin banyak, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, di sekitar Kuala Lumpur?

Apa tindakan Khalid Samad dan DBKL dalam mengatasi masaalah nie?

Buakankah kegiatan pelacuran, judi haram dah banyak bawa kerosakan akhlak pada masyarakat?

Sepatutnya aktiviti2 beginilah yang mesti di beri perhatian dan di ambil tindakan tegas!!!



Berbalik kepada peniaga food truck yang di serbu oleh penguatkuasa DBKL macam nak tangkap penjenayah tegar tu, mereka hanya berniaga makanan pada orang ramai...

Apakah dengan berniaga makanan akan mendatangkan masaalah sosial yang besar di kalangan masyarakat?

Bukanlah maksud admin, berniaga tanpa lesen ru bukan satu kesalahan...

Yang salah tetap salah tapi kenapa sampai begitu sekali layanan pihak DBKL?

Dan Khalid Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sepatutnya mengambil tindakan yang boleh membantu peniaga2 kecil, yang kebanyakannya bangsa Melayu...

Kenapa tak berikan notis dan tempoh untuk mereka ambil lesen?

Bantulah mereka dalam proses mengambil lesen...

Perlukah di rampas dan di sita barang2 keperluan perniagaan yang mereka beli dari hasil titik peluh mereka?

Akan selesaikah masaalah dengan tindakan yang tak berperikemanusiaan tu?
Kepada Khalid Samad, DBKL dan pembaca semua, bacalah keluhan peniaga yang terlibat di sini...
Nyata, kerajaan baru dengan slogan Malaysia Baru tapi membawa harapan yang palsu, bila menteri2 Melayu membisu di saat penguatkuasa menzalimi bangsa Melayu!!!

Melayu Oh Melayu


Yang bawa kaum Cina ke sini buka lombong timah, orang British...

Yang bawa kaum india jaga ladang getah ke sini, orang British...

Yang Benggali pula ikut orang British ke sini jadi askar...

Bila orang British balik, dia suruh India, Cina dan Benggali duduk sini elok2...

British suruh Melayu buat macam adik beradik...

Itu syarat merdeka...

Melayu berlapang dada...

Melayu beri kerakyatan pada pendatang yang menumpang...

Raja Melayu tanda tangan...

Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...!

Cina, India nak buat sekolah...

MELAYU KATA, BUATLAH...

India nak buat kuil besar mana pun...

MELAYU KATA, BUATLAH...

Cina tebang balak sampai botak hutan...

MELAYU KATA, TEBANGLAH...

Cina korek lombong timah sampai tinggal pasir...

MELAYU KATA, KOREKLAH...

Pasir lombong yang tinggal Cina nak jual...

MELAYU KATA, JUALLAH...

Tanah bekas lombong, Cina nak ambil pajak sampai 999 tahun lamanya...

MELAYU KATA, PAJAKLAH...

India pun buat kumpulan gengster...

MELAYU KATA, TAK APALAH...

Wakil rakyat India kata Melayu Celaka!!!

MELAYU SABAR DAN DIAM JER...

Wakil Rakyat Cina dan India kata Melayu pendatang!!!

MELAYU SENYUM DAN DIAM JER...

Ahli Majlis Perbandaran buang tulisan Jawi ganti tulisan Cina...

MELAYU KATA, GANTILAH...

Hari ini Melayu nak azan Subuh, orang Cina dan India bising bantah...

Melayu tutup pembesar suara tak mahu jiran terganggu...

MELAYU TETAP DIAM DAN SABAR LAGI...

India kata khatankan anak perempuan islam jenayah, kelam kabut Menteri Melayu Buta Kayu nak tanya doktor!!!

Cina kata pondok tahfiz, perkauman, teroris Menteri Agama Melayu Pak Turut suruh tutup pondok tahfiz!!!

Hati orang Cina, India, Benggali wajib di jaga...

MELAYU DIAM LAGI...

Mereka buat semua itu sambil tuduh...

Melayu rasis...!

Melayu pelampau...!

MELAYU DIAM LAGI...

Hebat orang2 Melayu melayan, yang dulunya datang sehelai pinggang, yang sekarang nie dah tak sedar diri, nak jadi Tuan Rumah Bersama...!

Lama kelamaan, entah2 anak cucu Melayu mungkin tidak berumah lagi!!!

Ayuh bangkit lah...

Orang Islam wajib bersatu...

JANGAN JADI MELAYU KAYU DAN LAYU!!!

SEBENARNYA KITA BUKAN BERTOLAK ANSUR TAPI KITA DITOLAK BERANSUR-ANSUR!!!

SABAR ADA BATASAN!!!

SABAR JANGAN SAMPAI DIRI KITA TIADA TANAH DAN HARGA DIRI!!!

Sunday, March 3, 2019

Guru Pula Akan Jadi Sasaran Bila Kerajaan PH Kecilkan Saiz Penjawat Awam

|0 comments

Baru2 nie perdana menteri dan kerajaan PH mengatakan akan mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia...

Menurut Mahathir, masa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ke 4 dulu jumlah penjawat awam hanya 1 juta..

Tapi kini ianya dah meningkat kepada 1.7 juta...

Oleh itu beliau berkata jumlah ini terlalu besar dan perlu di kecilkan...


Sebuah institut kajian dasar menyokong PH iaitu Penang Institute pula telah menyatakan bahawa Malaysia hanya memerlukan 430 ribu penjawat awam...

Mengikut Penang Institue lagi, nisbah jumlah penjawat awam kepada bilangan rakyat adalah besar di Malaysia berbanding negara2 maju yang lain...

Ada beberapa perkara yang janggal dalam saranan dan hujah Tun Mahathir dan Kerajaan PH ini :


》Masa Mahathir jadi perdana menteri ke 4 dulu, jumlah rakyat Malaysia adalah 25 juta tapi kini bilangan rakyat Malaysia adalah 32 juta...

Oleh itu, dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini sejak tahun 2003, nisbah peratusan penjawat awam berbanding rakyat Malaysia adalah tidak banyak berubah sebenarnya iaitu daripada 4% ke 5%...

》 Bagi negara2 maju, pengiraan nisbah penjawat awam kepada bilangan penduduk tidak mengambil kira bilangan penjawat2 awam dalam perkhidmatan wajib atau 'mandatory service' seperti polis, askar, bomba dan guru seperti di Malaysia...

Dan kalau penjawat awam dalam perkhidmatan wajib ini tidak di kira dalam pengiraan tersebut, maka nisbah penjawat awam kepada rakyat di Malaysia adalah jauh lebih rendah...

》 Saiz ekonomi Malaysia pada tahun 2003 hanyalah RM500 billion...

Kini saiz ekonomi Malaysia adalah RM1,300 billion atau RM1.3 trillion!!!

Ini adalah peningkatan sebanyak 160% dalam saiz ekonomi dalam tempoh 2003 ke 2018, berbanding peningkatan sebanyak 70% dalam jumlah penjawat awam dalam tempoh yang sama!!!

Oleh itu kadar peningkatan jumlah bilangan penjawat awam di antara tahun 2003 sehingga tahun 2018 adalah sebenarnya jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan kadar peningkatan saiz ekonomi Malaysia...

Dan kadar peningkatan bilangan penjawat awam ini juga adalah sejajar dengan peningkatan produktiviti...


Mengikut data dan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan World Bank, sejak tahun 2003, Malaysia mempunyai perkhidmatan awam antara yang paling cekap dan berkesan di dunia iaitu pada kadar 85 percentile jika di bandingkan dengan negara2 lain termasuk negara2 maju...

Maklumat kajian ini juga menunjukkan yang selepas tahun 2003, penjawat awam di Malaysia adalah cekap, telah pun menggunakan teknologi, berkesan dan mempunyai produktiviti yang tinggi dan bukan malas seperti yang di tohmah...

》Jumlah terbesar penjawat awam kini adalah dari kalangan guru iaitu seramai 430 ribu orang...

Pertambahan guru berlaku selepas tahun 2003 terutama semasa zaman Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri...

Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak2 dengan mengurangkan nisbah jumlah murid kepada guru dalam setiap kelas...

Jika kini jumlah penjawat awam mahu di kurangkan oleh kerajaan PH kepada 430 ribu orang, seperti yang di cadangkan oleh mereka, maka boleh di bayangkan seolah2 yang hanya akan tinggal berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah guru sahaja untuk mengekalkan nisbah murid kepada guru seperti di atas...

Sebaliknya penjawat2 awam yang lain seperti polis, bomba dan askar serta perkhidmatan pentadbiran dan sokongan akan di buang...

Ini tidak masuk akal!!!

Apa yang berkemungkinan besar akan berlaku adalah sebaliknya, iaitu sebahagian besar penjawat awam yang akan di buang adalah guru dan perkhidmatan sokongan seperti kerani, pembantu pejabat dan pegawai2 rendah...

Ini akan menjejaskan tahap keberkesanan perkhidmatan awam termasuk kualiti pendidikan kepada anak2 di samping memburukkan lagi masalah pengangguran di Malaysia...

》Sebab utama kerajaan PH ingin mengecilkan saiz penjawat awam bukanlah kerana soal kecekapan atau produktiviti, alasan ini tidak boleh di pakai seperti yang telah di buktikan di atas...

Sebab utama adalah kerana kegagalan kerajaan PH menguruskan kewangan yang menyebabkan ekonomi merudum dan kelompongan bajet berpuluh billion akibat ketirisan SST...

Sebelum ini pernah di anggarkan bahawa ketirisan SST berjumlah lebih RM10 billion setahun yang memberikan kesan negatif kepada bajet kerajaan...

Lebih kurang separuh daripada bajet kerajaan setiap tahun di gunakan untuk membayar gaji, elaun dan pencen penjawat awam...


Sebelum ini, semasa zaman kerajaan BN, kita tak pernah mempunyai masalah untuk membayar gaji penjawat awam, malah setiap tahun menambah bilangan mereka serta meningkatkan gaji mereka lagi...

Namun kini, bawah kerajaan PH, untuk menutup kelompongan bajet akibat kegagalan mereka mentadbir ekonomi dan kewangan negara, mereka mahu buang penjawat awam pula...

Akibat dasar mereka ini, yang untung adalah pihak2 yang lari dari bayar cukai akibat ketirisan SST berbillion ringgit setiap tahun...

Yang rugi adalah penjawat2 awam dan seluruh rakyat Malaysia...


Bangsa apakah yang banyak menyertai sektor perkhidmatan awam di Malaysia?

Di manakah asasnya dakwaan presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bahawa hanya Bersatu yang akan mempertahankan kepentingan bangsa Melayu bila ratusan ribu bangsa Melayu akan kehilangan pekerjaan nanti?

Hakikatnya, DAP telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengecilkan bilangan penjawat awam, sebelum mereka berjaya menjadi kerajaan lagi...


Pasti kita masih ingat sikap pemimpin DAP yang anti penjawat awam sejak sebelum merrka memenangi PRU 14 lagi...

Berbagai2 kata cacian dan hinaan mereka lemparkan kepada penjawat awam!!!

Kini, kuasa di tangan mereka, Mahathir cuma menyuarakan arahan mereka...






Kredit :

FB ISHAM JALIL
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA

Saturday, March 2, 2019

Jentera Dan Calon PH, Aiman Zanali Langgar Undang2 Pilihanraya, SPR MESTI Ambil Tindakan

|0 comments

Calon PH, Muhammad Aiman Zainali mengeluarkan kata2 yang boleh di anggap sebagai memancing undi ketika di minta mengulas tentang kelancaran proses pengundian sejurus selesai membuang undi di SMK Engku Hussain...

Di kelilingi kira2 30 pemberita, Aiman yang yabg tidak di temani mana2 pengiring jelas di dengar mengeluarkan ucapan : 

"Mengundilah PH, undilah Aiman Zainali"...

"In Sya Allah saya harap pengundi akan membuat pilihan yang bijak"... 

"Hari ini adalah untuk menentukan nasib Semenyih" katanya...

Kemudian dia melanjutkan kata2nya : 

"Dan saya harap pengundi buat pilihan yang bijak, yang dapat memberi kebaikan kepada rakyt Semenyih dan In Sya Allah mereka semua mengundilah PH, undilah Aiman Zainali"... 

"Sekian terima kasih"...

Beliau berkata demikian kira2 jam 8.45 pagi sebelum keluar dari pusat membuang undi tersebut...

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 26 (1) (a) menjelaskan :

Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi :

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana2 tempat apa2 bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa2 bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya...

Banner Provokasi Pakatan Harapan


Suasana panas yang berlaku di pusat pengundian Sesapan Batu Rembau terjadi bila PH menaikkan banner provokasi yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seksyen 11 (1) (C)...

Jentera Barisan Nasional (BN) yang tak berpuas hati telah buat laporan pada SPR...


Cubaan petugas SPR untuk menurunkan kain rentang provokasi tersebut di halang jentera PH, malah hampir berlaku tumbuk menumbuk...

Jentera PH tetap mempertahankan banner tersebut yabg tertera gambar isteri Perdana Menteri ke 6, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perkataan provokasi...

Petugas SPR akhirnya membuat kepuusan untuk tidak menurunkan banner tersebut atas faktor keselamatan (BACA DI SINI)...

Di fahamkan SPR akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu...

Pemimpin yang sering menggunakan fitnah dan politik kebencian, akan melahirkan pengikut yang ganas dan tidak menghormati undang2...

Apakah kita mahu masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang tak bertamadun seperti itu...

Surat Terbuka Dato' Seri Najib Razak (BossKu) Kepada Pengundi Semenyih

|0 comments

Tuan-tuan dan puan-puan...


Nama saya Najib Razak...

Saya bukan lagi Pengerusi Barisan Nasional atau pun Perdana Menteri...

Namun saya terpanggil untuk membantu BN dalam kempen pilihanraya kecil DUN Semenyih ini...

Oleh itu, saya ingin merayu kepada warga Semenyih untuk mengundi calon BN untuk mewakili anda di Dewan Undangan Negeri Selangor...

Saya ingin memberi 3 sebab utama :

PERTAMA

Kalah atau menang, PRK Semenyih ini tidak akan ubah kerajaan Selangor atau kerajaan persekutuan...

Jika PH menang, mereka akan ada 51 daripada 56 kerusi DUN iaitu 91% dari semua DUN Selangor...

Kalau PH kalah, mereka masih akan ada 50 kerusi DUN ataupun 89.3%...

Jauh lebih tinggi dari angka 66.6% majoriti yang di perlu untuk meminda perlembagaan negeri...

DUN Semenyih terletak di dalam kawasan parlimen Hulu Langat...

Parlimen Hulu Langat juga adalah milik Kerajaan PH, oleh itu apa2 masalah pembangunan boleh di salurkan oleh kerajaan melalui ahli parlimen...

Sekiranya, BN menang dalam PRK DUN Semenyih ini, kita hanya akan menambah satu lagi kerusi DUN pembangkang kepada 6, untuk melawan 50 ADUN Kerajaan PH di dalam dewan...

Jumlah ini masih jauh tidak seimbang, tetapi jumlah suara pembangkang yang lebih banyak akan membolehkan kita memberi suara yang lebih kuat kepada rakyat...

Sangat nyata bahawa PH masih terlalu kuat di dalam DUN...

Apabila kerajaan terlalu kuat, ianya tidak baik untuk rakyat...

Kerajaan begini akan mengambil sambil lewa dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat...

Sebab itu selama ini di Selangor setelah dua penggal PH memerintah, masih banyak perkara2 asas yang tidak di selesaikan oleh mereka malah ianya menjadi lebih teruk...

Masalah kos sara hidup akibat rumah dan premis perniagaan yang mahal di Selangor, masalah air, sampah sarap, denggi, jalan sempit dan berlubang, lampu jalan dan sebagainya masih berleluasa dan tidak di tangani dengan sepatutnya oleh kerajaan negeri...

Keadaan ekonomi negara dan negeri Selangor juga telah merudum dan ramai rakyat telah hilang kerja...

Ramai lagi yang akan di berhentikan...

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kerajaan yang terlalu kuat juga mudah menjadi korup dan rasuah...

Namun kempen PH tidak habis2 mengatakan bahawa pemimpin2 BN yang korup dan rasuah...

Selepas menjadi kerajaan persekutuan, melalui agensi2 penguatkuasaan, kerajaan PH telah melontar beratus2 pertuduhan rasuah kepada pemimpin2 BN termasuk saya sendiri untuk menunjukkan BN adalah parti yang korup...

Namun demikan, sebaliknya pemimpin2 PH yang di kaitkan dengan rasuah telah di lepaskan begitu sahaja...

Mereka-mereka ini tiba2 menjadi SUCI selepas menang pilihanraya atau melompat parti...

Di Selangor ini, banyak kes2 rasuah yang melibatkan ahli2 politik PH di laporkan sejak mereka memerintah daripada tahun 2008...

Kita tidak boleh benarkan mereka ini terlepas begitu sahaja sedangkan pemimpin2 BN di fitnah, di tuduh, di reman dan di tahan dengan semberono...

Jika anda adalah penyokong sistem demokrasi yang adil, BN perlu di beri peluang kali ini di Semenyih...

Tuan-tuan dan puan-puan,

KEDUA

Sebelum ini pemimpin2 PH telah banyak berjanji untuk menyelesaikan masalah rakyat...

Banyak masalah2 setempat seperti yang tersebut di atas masih berleluasa seperti yang di akui sendiri oleh calon PH dalam kempen pilihanraya kecil ini baru2 ini...

Walaupun beliau berjanji untuk menyelesaikan semua masalah ini sehari selepas menang pilihanraya, saya yakin ini adalah satu lagi janji kosong PH selepas 11 tahun mereka memerintah di Selangor...

Mereka telah berjanji untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan hutang PTPTN, menurunkan harga barang dengan SST, menghapuskan tol, menghapuskan lantikan politik dalam syarikat dan agensi berkenaan kerajaan, dan membawa lantikan-lantikan penting kerajaan seperti Pengerusi SPR, Pesuruhjaya SPRM, dan Peguam Negara ke Parlimen untuk pertimbangan...

Namun setelah mereka menang pilihanraya sebaliknya telah berlaku :

》harga minyak telah naik...
》hutang PTPTN di paksa bayar...
》harga barang semakin teruk naik dengan SST...
》caj kesesakan tol akan di perkenalkan...
》saudara mara di lantik dalam syarikat dan agensi kerajaan...
》lantikan Pengerusi SPR, SPRM dan Peguam Negara di lakukan tanpa semak-imbang Parlimen seperti di janji...

Telah terbukti bahawa mereka ini selalu mungkir janji dan menipu rakyat...

Sekiranya PH menang lagi kali ini, maka kita memberikan isyarat kepada mereka bahawa mereka masih boleh menang walaupun mereka terus mungkir janji dan menipu kita...

Kita tidak boleh benarkan perkara ini terus berlaku...

Kita mesti memberikan insyarat kepada mereka bahawa mereka tidak boleh terus mungkir janji, menipu namun terlepas begitu sahaja...

Mereka perlu bertanggungjawab ke atas janji-janji mereka kepada rakyat...

Tuan-tuan dan puan-puan,

KETIGA

Calon kita adalah calon yang lebih baik berbanding calon PH...

Calon BN, Tuan Haji Zakaria Hanafi adalah seorang yang berkelulusan tinggi, berpengalaman, merendah diri namun lantang menyuarakan pendapat...

Beliau akan membawa suara pembangkang yang penting untuk menyemak-imbang kerajaan di peringkat dasar kerajaan negeri mahupun persekutuan...

Ini adalah penting kerana dasar-dasar kerajaan negeri dan persekutuan PH memberi kesan mendalam kepada rakyat Semenyih...

Dalam pilihanraya kali ini, beliau juga membawa kempen yang positif...

Walaupun beliau telah di cemuh dan di caci oleh pihak-pihak PH dengan poster-poster negatif dan serangan peribadi, beliau tetap bersabar dan istiqamah dengan kempen yang bersih, dan dengan membawa isu-isu rakyat dan bukannya kempen negatif, fitnah dan serangan peribadi seperti yang di lakukan oleh PH...

Inilah politik baru yang di bawa BN kini untuk masa hadapan, politik positif yang memperjuangkan isu-isu rakyat dan bukan politik serangan peribadi dan politik fitnah seperti yang di bawa oleh PH sejak berpuluh-puluh tahun...

Saya harap tuan-tuan dan puan-puan akan keluar beramai-ramai untuk mengundi BN pada hari esok, Sabtu 2hb Mac 2019 ini...

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan keluar mengundi BN kali ini dan dengan itu calon BN menang, maka kita akan bergerak setapak lagi ke hadapan untuk menyemak-imbang kerajaan supaya mereka mengambil endah kepada masalah rakyat dan tidak terlepas apabila mungkir janji...

Dan sekiranya BN menang esok, kita akan dapat lebih mandat daripada rakyat untuk menjadi pembangkang yang kuat yang akan menyuarakan isu-isu rakyat dengan lantang supaya kehidupan rakyat menjadi lebih baik...

Sekian, terima kasih.

Salam

NAJIB RAZAK
1 Mac 2019

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155923234800952/

Friday, March 1, 2019

PRK Semenyih : Propaganda PH Saat Akhir

|0 comments

Tak sampai 24 jam lagi, pengundi Semenyih akan pilih ADUN N24 Semenyih...

Kalau ikut momentum sokongan rakyat, berdasarkan maklumat2 yang kita dapat di lapangan, In Sya Allah, akan berlaku angin perubahan di Semenyih...

Di tambah lagi dengan 'track record' mantan ADUN yang lalu, pengundi Semenyih, di lapurkan dah tak sabar2 nak buat perubahan untuk melihat DUN Semenyih kembali di kuasai Barisan Nasional...

Kerjasama dan persefahaman yang makin mantap antara UMNO/BN dan PAS, menjadikan PH semakin kepanasan...

Terdesak dengan perubahan sokongan rakyat pada BN, PH melakukan propaganda di saat2 akhir dalam usaha mempertahankan kerusi

PH Tetap Dakwa Papagomo Walau Pun Polis Kata Tak Ada Kes


Walau pun polis dah mengesahkan tiada ugutan atau kekasaran yang di lakukan oleh Papagomo pada Syed Saddiq dan membebaskan beliau selepas soal siasat (BACA DI SINI), tapi PH tetap mahu Papagomo di dakwa di mahkamah untuk memberitahu pada pengundi Semenyih bahawa BN adalah parti yang tiada moral dan sanggup lakukan apa saja untuk menang pilihanraya, walau pun menggunakan keganasan...

Hakikatnya, PH lah parti yang memegang konsep matlamat menghalalkan cara...


Walau pun pihak polis menafikan dakwaan Syed Saddiq dan sepatutnya Syed Saddiq mesti di dakwa kerana membuat lapuran polis palsu tapi untuk menyelamatkan PH, maka Papagomo menjadi kambing hitam atas dakwaan mencederkan tisu2 halus dan lembut Syed Saddiq (BACA DI SINI)...

Mahathir Kata Kerajaan PH Perlukan Majoriti 2/3 Dewan Rakyat Untuk Tunaikan Janji2 Manifesto PH


Mahathir kata untuk kerajaan PH tunaikan janji2 manifesto, PH perlukan majoriti 2/3 Dewan Rakyat

Betul ker kalau dapat majoriti 2/3 Dewan Rakyat, PH dapat tunaikan janji2 manifesto PH?

Bukanker Mahathir sendiri yang cakap, dalam parlimen, bahawa janji pilihanraya bukannya kitab suci...

Bukanker Mahathir sendiri yang cakap, dalam parlimen, bahawa waktu buat manifesto pilihanraya, PH tak sangka akan menang, oleh itu amat mustahil untuk kerajaan tunaikan semua manifesto pilihanraya?

Apakah untuk memansuhkan tol perlukan majoriti 2/3 di parlimen?

Apakah untuk meneruskan BR1M juga memerlukan majoriti 2/3 di parlimen?

Sebenarnya, ini satu lagi gula2 pilihanraya yang Mahathir taburkan untuk rakyat Semenyih...

Mungkin Mahathir tak perasan, rakyat Malaysia dah ramai yang menderita sakit kencing manis sebab terlalu banyak gula2 yang PH taburkan sebelum PRU 14 lalu!!!

Tanpa majoriti 2/3 pun, kerajaan boneka DAP yang ada sekarang nie dah terlalu banyak melakukan kerosakan dalam negara kita...

Aset2 orang Melayu di jual dengan sewenang2nya seperti aset TH, Khazanan dan lain2...

Mereka mengambil alih dan campurtangan dalam pentadbiran GLC yang menguruskan harta dan kebajikan orang Melayu seperti TH, MARA, Khazanah dan PNB...

Maruah bangsa Melayu cuba mereka bangsatkan, masih ingat lagi isu ratifikasi ICERD!!!

Bayangkan sekiranya mereka di beri majoriti 2/3, mereka akan dapat kuasa mutlak untuk melakukan apa juga pindaan perlembagaan yang ada, sekiranya itu terjadi, dengan mudah mereka akan menukar ugama rasmi Malaysia daripada Islam kepada Kristian, dengan mudah mereka akan hapuskan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan bangsa Melayu dan akan merealisasikan impian mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik seperti Singapura, fikirkanlah, di mana dan apakah nasib bangsa Melayu di Singapura!!!

Adakah kita boleh bergantung harapan pada Mahathir ketika itu?

Taktik Tagih Simpati Mahathir Dah Basi


Ingat apa punca berlakunya rusuhan masa program Nothing To Hide 2.0 di Selangor?

Kenapa anak2 muda yang ada di situ marah?

Kerana Mahathir cuba mengelak dari menjawab soalan, kenapakah mangsa2 Memali dan orang2 kampung di gelar PENJENAYAH?

Sebenarnya, selepas di siasat polis, punca kekecohan adalah di sebabkan oleh Armada Bersatu sendiri...

Kalau Armada Bersatu tak mulakan provokasi, keadaan masih terkawal, namun seperti biasa, dengan pantas Syed Saddiq, Ketua Armada Bersatu menuduh UMNO yang timbulkan provokasi...

Ini di lakukan supaya rakyat marah pada UMNO dan rasa simpati pada Mahathir...


Mungkin ramai yang dah dengar rakaman suara yang di katakan Anwar Ibrahim...

Dari tonasi suara 'Anwar' jelas memberitahu kita bahawa beliau dah 'surrender' dengan keadaan sekarang yang tak memihak pada beliau...

Kalau kita dengar baik2 suara 'Anwar' tu, sama seperti suara 'Anwar' yang marah pada Azmin sebab jadi baruah Mahathir yang pernah viral sikit masa dulu...

Admin bukan penyokong Anwar, apa lagi Mahathir tapi admin seorang yang rasional, yang betul tetap akan di katajan betul, begitu juga sebaliknya...

Kenyataannya, suara 'Anwar' yang viral dulu dan suara 'Anwar' yabg tengah viral sekarang, bukanlah suara Anwar Ibrahim...

Admin yakin, ini sebenarnya permainan dari kem Mahathir...

Kedua2nya sengaja di viralkan oleh kem Mahathir untuk mendapatkan simpati rakyat terutamanya rakyat Semenyih pada Mahathir...

Plot ceritanya sama macam kekecohan di Nothing To Hide 2.0!!!

Permainan Sebenar Anwar Terhadap PAS


Laman blog nie pernah siarkan tulisan bertajuk Bila Dah Kantoi Dengan Mahathir, Anwar Spin Isu Konon PAS Bayar Clare Untuk Alih Perhatian (BACA DI SINI)...

Kenyataan Anwar langsung tidak berasas kerana sebenarnya Anwar memutar belit apa yang sebenarnya berlaku...

Anwar tuduh PAS bayar RM1.4 juta pada Clare dan BUKANNYA Clare bayar RM1.4 juta pada PAS...

Anwar kata dia ada bukti kukuh (salinan fotostat gelap), (BACA DI SINI), tapi tak mahu kemukan bukti yang jelas...

Clare pulak kata, DS Najib melalui 1MDB beri RM 90 juta pada Nasharudin Mat Isa...

Sebenarnya itu adalah duit RM1 juta yang di beri pada NGO yang di ketuai oleh Nasharudin...

Dan masa NGO tu dapat duit RM1 juta, NGO tu bukan di terajui oleh Nasharudin tapi Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Luar Malaysia sekarang...

Nasharuddin ambil alih NGO tersebut dari Saiduddin selepas dia melepaskan jawatan Setiausaha Agung PAS kerana mengambil tanggungjawab tewas pada Mat Sabu dalam PRU 14...

Waktu duit tu di terima NGO tersebut, Saifuddinlah yabg menerajui NGO tu...

Jadi, tak timbul pun isu PAS bayar Clare sebanyak RM1.4 juta!!!

Anwar jelas cuba mengelirukan rakyat dalam usaha memburukkan PAS...

Mari kita tenguk, segala 'bukti2 sahih' yang Anwar tunjukkan...







Ada usaha untuk memasukkan duit ke dalam nombor akaun yang tercatit dalam 'bukti' yang Anwar kemukakan...


Tapi jelas dari infografik atas, akaun 9010001388 tu tak wujud sama sekali sebab nombor akaun Bank Islam ada 14 digit, seperti tulisan merah infografik di atas sedangkan nombor akaun dalam 'bukti' Anwar cuma ada 10 digit!!!

Media2 pro PH juga cuba kelirukan rakyat dengan spin lapuran kes RM 90 billion...

Padahal SPRM dah lama siasat dan sahkan takder...

Sajer di ungkit sebab Clare termalu...

Sekarang nie, media spin pula lapuran mengatakan akaun PAS di bekukan...

Hakikatnya bukan akaun PAS yang di bekukan oleh SPRM tapi cuma pemimpin2 tertentu saja (BACA DI SINI)...

Segala Cerita Yang Di Mainkan PH Hanyalah Untuk Mengalihkan Kemarahan Rakyat Dari PH Kepada BN Dan PAS


Itulah perangai PH...

Tipu, fitnah, airmata adalah resepi utama mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat...

Mereka tahu dan sedar kemarahan rakyat pada mereka...

Kebangkitan membantah isu hina baginda Rasulullah saw, janji manifesto di capati, sangat2 menghantui mereka...

Mereka terdesak dan akan gunakan apa cara sekali pun untuk kekalkan kuasa...

PRK Semenyih bukan satu pilihanraya kecil biasa kerana kemenangan BN akan menjadi pemangkin kepada kembalinya semula rakyat ke pangkuan UMNO/BN, malah yang jauh lebih penting, ia akan menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah di Malaysia...

Di tangan pengundi Semenyih terletaknya nasib ummah generasi yang akan datang...

Satu undi kepada BN, bererti, satu langkah lebih dekat ke arah penyatuan ummah...

Satu undi kepada PH, bererti, satu undi kepada DAP yang secara terang2an memusuhi Islam...

Kepada pengundi Semenyih, buatlah pilihan yang bijak...

Selamat mengundi...

Anwar Tiada Bukti Hadi Bayar Clare RM1.4 juta!!!

|0 comments

Anwar Ibrahim kata akan dedahkan 'bukti' PAS bayar kira2 RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown dalam ceramah yang akan di adakan waktu malam di Semenyih pada 27 Februari 2019...



'Bukti' tu Anwar akan tunjukkan sebab PAS nafikan buat bayaran Rm1.4 juta pada Clare supaya cerita mengenai duit sebanyak RM90 juta yang kononnya PAS terima dari 1MDB...

Jadi ramai yang tak sabar2 nak tunggu 'bukti' yang akanndi tunjukkan Anwar untuk membuktikan kebenaran dakwaan Anwar bahawa PAS memang ada buat bayaran pada Clare sebanyak RM1.4 juta...

Anwar Tunjukkan 'Bukti' Transaksi Duit Ke Dalam Akaun Clare


"Saya Anwar Ibrahim, saya tidak akan cakap jika tiada bukti"...

"Saya ada fakta, memang ada bukti Ustaz (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) bayar RM1.4 juta kepada Clare", dengan bajet2 konfiden Anwar cakap...🤭🤭🤭



Anwar kata dia ada penyata @ transkrip bank yang membuktikan PAS bayar RM1.4 juta pada Clare...

Tapi kenapa yang Anwar tunjukkan tu cuma kertas fotostat gelap, terlebih ink ker mesin fotostat tu...😂😂😂



Alasan Anwar sebab tak nak bagi wartawan ambil gambar...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Laa, namanya pun dah 'bukti', mestilah wartawan nak tenguk dan nak ambil gambar!!!





Jadi, nie lah dia 'bukti' atau penyata bank yang Anwar kata tu...

Admin tak nak cakap apa2, cuma nak tanya, pernah ker sesiapa tenguk penyata bank camtu...

Yang bertulis kat tengah2 kertas tu cuma sejemput tapi Anwar kata tertulis kat situ 'bayaran dari PAS kepada Clare sebanyak RM1.4 juta'!!!

Korang nilaikanlah sendiri...

Anwar Kata Akan Tunjukkan Transkrip Bank Sebenar Lepas PAS Nafikan





Apa yang Anwar tunggu lagi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin dah nafikan apa yang Anwar cakap dan minta Anwar tunjukkan 'bukti' dokumen yang ada...

Maksudnya, dokumen transkrip yang terang dan nyatalah yer, bang Non...

Bukannya kertas fotostat yang hitam dan tak boleh nak baca apa2...

Cerita 6 Kotak Misteri Berulang


Tentu ramai masih ingat tentang cerita 6 kotak misteri yang Anwar dakwa mengandungi bukti rasuah dan salah laku pemimpin UMNO dulu...

Bila di minta Anwar kemukakan bukti2 dari 6 kotak tu, Anwar kata ada pada Ezam...

Tapi bila di minta Ezam tunjukkan 6 kotak tu Ezam kata :

"Kalau ada pada saya, dah tentu saya tunjukkan"...

"Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah"...

Ezam juga berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak2 itu, tapi Anwar minta beliau supaya 'tunggu untuk (faedah) politik'...

Jadi sekarang nie, dah boleh jadi 7 kotaklah kut...😂😂😂

Kenyataannya Tak Ada Apa Yang Anwar Boleh Buktikan


Sebenarnya, sama ada cerita 6 kotak atau cerita transkrip bank bayaran PAS pada Clare, cuma cerita dongeng Anwar...

Kalaulah betul pembayaran tu ada, kenapa Mahathir atau DAP atau PAN atau Clare sendiri tak tampil menyokong dakwaan Anwar?

Kenapa cuma Anwar jer yang nampak macam syok sendiri buat dakwaan tu...

Tujuan Anwar buat cerita dongeng rakyat nie sebenarnya sebab usaha Anwar nak jatuhkan Mahathir kali kedua dah terbongkar (BACA DI SINI), jadi Anwar perlu cipta satu isu supaya perhatian semua orang dapat di alihkan dari bercakap tentang usaha nak jatuhkan Mahathir...

Sangkaan Anwar, dia boleh memperbodohkan rakyat dengan cerita dongeng macam nie tapi Anwar tak sedar, sebenarnya, dia memperlihatkan kebodohan dia pada rakyat!!!
fda