Wednesday, October 23, 2019

Bukan Bangsa Melayu Malas, Tapi Dr. Mahathir Yang Malas Turun Padang!!!


Benarkah bangsa Melayu malas?

Bukan kami malas tapi kami ditindas oleh pemimpin yang berwajah Melayu tetapi berhati dan berjiwa kaulu...


Kami dituduh sebagai bangsa subsidi tapi hakikatnya kamilah yang dipaksa supaya banyak memberi...

Kami tidak di beri kesempatan oleh mereka sedangkan kami juga mempunyai segulung ijazah dan maruah...

Kalau Dr. Mahathir mengaku dan merasakan dirinya sebagai pemimpin ultra Melayu, bacalah tentang hakikat bangsa Melayu yang kononnya selama ini Dr. Mahathir perjuangkan :


Yang mati dijalanan kerana kerja menghantar makanan, pemandu lori berat ke sana sini tanpa henti2 siang malam itu bangsa Melayu...

Yang ada degree tapi kerja di pasar raya, bawa teksi, Grab, itu bangsa Melayu...

Yang menggenggam diploma yang dibasahi tangisan tiada kerja kerana tidak mampu berbahasa Cina, itu juga bangsa Melayu...


Yang menggadai nyawa di tengah-tengah lautan menangkap ikan, berpanas di tengah bendang itu bangsa Melayu...


Yang mengutip sampah membersih longkang, penjaja-penjaja, peniaga-peniaga kecil yang diancam penguatkuasa PBT di bandar besar atau kecil itu pun bangsa Melayu...

Yang bersengkang mata tak tidur malam, menjaga kilang-kilang, yang bekerja di ladang dan di kebun dan menternak haiwan itu pun bangsa Melayu...

Apakah itu semua bukti yang menunjukkan bahawa kami bangsa yang malas?


Yang berniaga pasar malam, menjaja di karnival-karnival dan expo-expo adalah bangsa Melayu...

Anak-anak muda Melayu ramai yang bekerja di Mc Donald, KFC, Pizza Hut dan banyak lagi rantaian restoran francais di negara ini...


Penghantar surat, barangan dan posmen-posmen ramai bangsa Melayu...

Tidak nampak Melayu ini tidak bekerja dan malas nak kerja...

Apakah bangsa Melayu masih lagi dipandang sebagau bangsa yang malas, wahai Dr. Mahathir?


Yang beratur panjang menghadap jem teruk ke Singapura setiap hari berhujan berpanas itu bangsa Melayu...

Tentera, Polis, Bomba dan penjawat awam yang gaji tak seberapa itu hampir semuanya bangsa Melayu...


Guru-guru, tenaga pengajar yang berkorban jiwa, dihantar ke ceruk tempat terpencil itu pun ramai yang berbangsa Melayu...

Pekerja-pekerja kilang yang berkerja 12 jam satu shift selama 6 hari semunggu tapi pendapatan mereka cuma cukup-cukup makan juga ramai yang berbangsa Melayu...

Yang bekerja sendiri di kampung menghasilkan kraf-kraf seni warisan, bertukang rumah dan pembuat makanan tradisi itu juga bangsa Melayu...

Masih malaskah Melayu?

Apakah pada pandangan Dr. Mahathir cuma bangsa Melayu saja yang malas berkerja? melayu enggan bekerja...

Tak habis-habis dan tak puas-puas Dr. Mahathir hina bangsa Melayu...


Hidup kalau terlalu mewah memang akan pandang orang lain semua pemalas kan?

Keangkuhan akan mengatasi pemikiran...

"Aku boleh kenapa kau tak boleh", teruskan lah prinsip tu...

Ketahuilah Tun dah banyak mengecewakan anak-anak muda yang struggle untuk hidup...

Ceruk mana yang boleh jumpa Melayu tak kerja ni?

Cubalah Dr. Mahathir keluar sekejap daro kelompok elit dan jengah bangsa Melayu yang di bawah nie...

Banyak Melayu tetap berdiri tengah jalan, jual makanan walau kurang laku...

Macam-macam mereka buat...

Buat 4-5 kerja pun ada...

Kenyataannya ialah Dr. Mahathir yang malas melihat dan memandang kepada realiti kehidupan bangsa Melayu...


Dr. Mahathir yang mengamalkan cara pemerintahan British yang sengaja menempatkan orang Melayu di luar bandar tanpa berusaha bersungguh-sungguh menaikkan taraf kehidupan mereka...

Dr. Mahathir hanya mementingkan kroni dan keluarga dan sentiasa memandang rendah kepada bangsa Melayu...

Melayu bukan bangsa pemalas...

Yang jelas kelihatan ialah ada Melayu berhati baruah yang amalkan rasuah dan pecah amanah, ramai...

Melayu yang menjadi seperti pegar makan padi, berlambak...


Pemimpin yang mengaku Melayu, melaungkan ketuanan Melayu dan keagungan Islam, tetapi merompak khazanah negara yang sepatutnya diagihkan kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera miskin memang banyak...

Cukup-cukuplah Dr. Mahathir menghina bangsa kami...

Yang mengkayakan diri dan seperti pegar makan padi adalah pemimpin-pemimpin serta baruah mereka  yang kebanyakannya Melayu...

Ini sebenarnya penyakit orang Melayu...

Tak payah buat kajian PhD, sudah terang-terang di depan mata kita...

Tetapi, orang Melayu masih terkongkong dengan penjilat, pembohong, pengampu pemimpin politik, dan kerajaan yang asyik mendendangkan Melayu malas dan Melayu masih tidak cukup kuasa ekonomi...

Tidak ada siapa pun yang sempurna...

Kalau ada perbahasan dan perkataan yang baik, tetapi pedas dan pahit, cuba telan...

Banyak ubat yang pahit, tetapi mujarab...

Jarang kita jumpa ubat sedap seperti minum teh tarik...

Cukup-cukuplah menghina kami...

Kami bukan bangsa pemalas dan kami akan buktikannya...





Kredit :

Dr. Zaharah

0 comments:

fda

Archives