Thursday, January 31, 2019

ECRL ON atau OFF, Dulu Kata RM10 Bilion Cukup?

Updated 9.56 am

Azmin Ali Umumkan Kerajaan Dah Muktamadkan Pembatalan Projek ECRL Dalam Mesyuarat Kabinet 24 Januari 2019



26 Januari 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC bagi projek ECRL yang di gantung pada Julai 2018 pada mesyuarat Kabinet 24 Januari 2019, dua hari sebelum itu...

Keputusan itu di ambil setelah meneliti semula kos dan mendapati ia terlalu besar serta di luar kemampuan kewangan kerajaan buat masa ini...

Lim Guan Eng Pula Kata Dia Terkejut Dengan Pengumuman Azmin


Dulu Guan Eng berjaya cetuskan fenomena TERKEJUT di Malaysia bila pertuduhan ke atas kes Banglo Talak Swimming Pool di gugurkan walau pun dah mula di bicarakan...

Mungkin syok dengan fenomena TERKEJUT, Guan Eng sekali lagi nak wujudkan fenomena yang sama dalam isu pembatalan projek ECRL...

Komen Guan Eng, Azmin tak ada dalam mesyuarat kabinet yang lepas (ponteng mesyuarat ke Jemin nie), jadi dia (Azmin), mungkin tak di maklumkan keputusan mesyuarat kabinet tu...

Ehhhh...

Kan ker Azmin kata pengumuman yang dia buat tu berdasarkan pada mesyuarat kabinet 24 Januari 2019...🤔🤔🤔

Maksudnya, dia memang di maklumkan tentang keputusan mesyuarat kabinet tu...😏😏😏


Mana satu betul nie...😇😇😇

Dr. Mahathir Cakap Dia Tak Tahu Sebab Baru Balik Dari Luar Negara



Bila di tanya pada Dr. Mahathir, dia bagi jawapan standard yang skema, "Saya Tak Tahu"...🤭🤭🤭

Tapi ada tambahan sikitlah, sebab baru balik dari luar negara...



Bila di tanya tentang surat rasmi bertarikh 18 Januari 2019 yang gunakan 'letter head' MOF di keluarkan oleh Lim Guan Eng pada Malaysia Rail Link Bhd (KTMB), memaklumkan keputusan kerajaan membatalkan projek ECRL adalah muktamad, Dr. Mahathir kata semua orang boleh bikin itu surat...😯😯😯



Jadi kepada semua rakyat Malaysia, kalau dapat surat saman dari PDRM atau JPJ atau dapat surat dari LHDN, sila abaikan, sebab tu tak 'official', ikut teori Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir, semua orang boleh buat surat rasmi macam tu kecuali kalau Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah LHDN yang datang beritahu, barulah rasmi dan sah...😂😂😂



Bila isu tentang ECRL nie di panaskan balik, kita nak tanya juga pada Dr. Mahathir, dulu masa baru balik dari negara China, Dr. Mahathir kata kerajaan Malaysia dapat tawaran dari syraikat2 negara China dan syarikat tempatan untuk teruskan projek ECRL dengan kos cuma RM10 billion jer... 



Apa tunggu lagi, teruskanlah!!!



Dulu lain (sebelum PRU 14)....

Ker auta jer sebab nak tunjukkan lebih bijak dan cekap dari Datuk Seri Najib...



Cheet, poodah...

Sampai Bila Kerajaan Pakatan Harapan Akan Keluarkan Kenyataan @ Keputusan 'Flip Flop'



Bila di tanya tentang pengumuman kerajaan yang tak konsisten tentang projek ECRL, alasan Dr. Mahathir kerajaan nie kerajaan baru...

Terbaru pulak, Dr. Mahathir cakap belum ada keputusan!!!

Apa dah jadi nie???

Yang Azmin cakap, mesyuarat kabinet dah putuskan untuk batalkan projek tu apa???

Menteri kanan Dr. Mahathir 'over ruled' Dr. Mahathir ker?

Nie bukan projek pondok2 budak tadika, nie projek mega yang bernilai berpuluh billion ringgit yang gunakan duit rakyat!!!

Keputusan projek sebesar nie di ambil tanpa dapatkan pandangan dan nasihat Perdana Menteri ker!!!

Benar, kerajaan Pakatan Harapan baru setahun jagung tapi Dr. Mahathir sendiri ada pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Azmin Ali ada pengalaman menjadi ketua kerajaan negeri Selangor selama 2 penggal dan Lim Guan Eng ada pengalaman sebagai ketua kerajaan negeri Pulau Pinang selama 2 penggal...

Selangor dan Pulau Pinang adalah 2 negeri termaju di Malaysia...

Apakah pengalaman sebagai ketua kerajaan Malaysia selama 22 tahun dan pengalaman sebagai ketua kerajaan negeri termaju di Malaysia selama 2 penggal belum cukup untuk mengelakkan mereka dari mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain!!!

Malaysia benar2 sedang berada di ambang krisis ekonomi terburuk dalam sejarah negara ekoran dari dasar2 dan keputusan2 yang tak konsisten kerajaan Pakatan Harapan sejak mengambil alih Putrajaya...

Keputusan flip flop mengenai status projek ECRL PASTI akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara kerana mereka mengeluarkan kenyataan di atas kapasiti sebagai seorang menteri kanan Malaysia!!!

Kita imbas balik, berjuta2 lemon keputusan kerajaan Pakatan Harapan, cuma atas satu projek jer :

18 Januari 2019, Lim Guan Eng keluarkan surat pada KTMB dan maklumkan keputusan kerajaan batalkan projek ECRL...🤫🤫🤫

22 Januari 2019, media (FMT) buat lapuran tentang keputusan kerajaan batalkan projek ECRL...

24 Januari 2019, NST melapurkan Dr. Mahathir kata : "Tak tahu, aku tak tahu" bila di tanya tentang keputusan kerajaan batalkan projek ECRL dengan alasan baru balik dari OBERSEEE...😜😜😜

26 Januari 2019, 2 hari selepas Dr. Mahathir kata tak tahu tentang status projek ECRL, The Edge Market melapurkan Azmin sekali lagi mengesahkan kerajaan dah muktamadkan keputusan membatalkan projek ECRL...😉😉😉

26 Januari 2019, Malaysiakini pula melapurkan Lim Guan Eng cakap, "Waa manyak terkujut oh dengan apa yang Azmin cakap!!!"...😲😲😲

27 Januari 2019, The Malaysian Insight pula melapurkan Muhyiddin kata, "Tak pasti ler teman", bro tanya sala orang lerrr...😂😂😂

28 Januari 2019, Malaysiakini melapurkan, Dr. Mahathir kata, "Jangan tanya saya, tanya Ah Beng", macam merajuk jer bunyinyer...🤭🤭🤭

29 Januari 2019, Guan Eng kata, "Dr. Mahathir tak bagi keluarkan apa2 kenyataan mengenai ECRL", Ah Beng takut merajuk Atok93 berpanjangan kut...🤫🤫🤫

Keyakinan para pelabur akan terus hilang bila menteri kanan sendiri tidak sependapat dalam membuat keputusan yang mewakili kerajaan Malaysia...

Perlu di ingatkan, negara China ialah negara kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia...

Isu ECRL pernah membuatkan negara China marah dengan Malaysia dan bertindakbalas dengan memulaukan impot komoditi Malaysia...

Yang menderita dan merana hasil dari dasar2 BODOH dan keangkuhan kerajaan Pakatan Harapan ialah petani kecil dan peneroka FELDA!!!

Dapur mereka yang tidak berasap, anak2 mereka yang saban hari menangis kerana kelaparan, sedangkan Perdana Menteri dan menteri2 kanan yang membuat dasar2 dan keputusan2 BODOH masih tetap seronok mendapat gaji dan pendapatan belasan malahan puluhan ribuan ringgit sebulan...

Anak bini mereka masih boleh berseronok berbelanja dan membeli belah barang2 mewah!!!

Atau kekalutan yang berlaku nie kerana kroni2 desak untuk menaikkan kos pembinaan ECRL!!!

Ingat lagi tak teori BATAL, TANGGUH DAN NAIKKAN KOS kerajaan Pakatan Harapan!!!



Memang rakyat dah rasa muak pun dengan kerajaan 'flip flop' Pakatan Harapan!!!

Jadi tak payahlah Daim susah2 nak cover perangai 'consistantly unconsistent' kerajaan Pakatan Harapan!!!

Kepada kerajaan Pakatan Harapan, TAK PUAS2 LAGI KER MENYIKSA RAKYAT!!!




0 comments:

fda

Archives