Wednesday, September 5, 2018

Pengguguran Kes Guan Eng Timbulkan Fenomena 'Terkezut' Di Malaysia


Melengkapkan skrip drama 'penyucian' pemimpin kerajaan Mahathirisme - DAP, YB Lim Guan Eng dan Phang Li Koon di bebas dan di lepaskan dari tuduhan salah guna kuasa pembelian banglo di Jalan Pinhorn oleh hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail...

Walau pun kononnya pihak pendakwa yang di wakili Datuk Masri Mohd. Daud minta supaya mahkamah cuma membebaskan tanpa melepaskan tapi hakim bertegas dengan keputusan membebaskan dan melepaskan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon dengan alasan mahkamah tidak menjalankan kes secara ansuran!!!

03hb September 2018 Hari Terkezut Malaysia...😂😂😂


Mahathir cakap dia pun 'terkezut'!!!

Mungkin tajuk drama bersiri 'TAK TAHU' dah di ganti dengan tajuk 'TERKEZUT'...

Korang nilaikanlah sendiri 'body language' masa dia kata terkezut tu...

Tapi ayat yang paling sesuai ialah, 'CHEET POODAH'...


Kenyataan rasmi pihak Bahagian Komunikasi Korporat SPRM yang 'terkezut' dengan pembebasan tersebut di anggap oleh rakyat Malaysia sebagai lucu dan lakonan murahan agensi penguatkuasaan rasuah tersebut...


Mana tak nya, peguambela Guan Eng sendiri yg keluarkan kenyataan bahawa pegawai SPRM yg beritahu mahkamah bahawa pendakwaan akan di gugurkan...

Buat kata Ram Karpal Singh, SPRM janganlah 'purak2 pingsan' bila kes tu di gugurkan...


Mahathir cakap dia 'terkezut'...

SPRM pun cakap mereka 'terkezut' mungkin sampai terkentut2...

Peguam Guan Eng, Ram Karpal Singh pula cakap dia 'terkezut' bila SPRM 'terkezut'...

Reaksi Spontan Macai 3K...😲😲😲

Macai2 3K pula cakap, "kami sungguh 'terkezut beruks' sbb sampai ke tahap nie kerajaan PH memperbodoh2kan kami dengan lawak 'terkezut' mereka"!!!


Satu pertanyaan yang paling padu dari DS Najib, HARI INI HARI APA?, HARI 'TERKEZUT'?

Lepas 'settle'kan kes Shafie Afdal dgn Lim Guan Eng
Dah Selesai Ker Kerja Shukri

Jelas kini, Shukri Abdull dan SPRM cuma jadi 'macai murahan' politikus kerajaan Pakatan Harapan!!!

Shukri Abdull Menangis???
Aler Uto!!!
Tak Payah Keluarkan Airmata Sial Kau Tu...
Simpan Jer Kat Padang Mahsyar Nanti...

Shukri wajar mengakui bahawa SPRM tidak lagi relevan di mata rakyat Malaysia sebagai agensi yang bebas membanteras rasuah dan wang rakyat di bazirkan begitu sahaja...

Shukri juga wajar mengakui bahawa agensi terbabit kini berada dalam cengkaman kuasa eksekutif para pemimpin Pakatan Harapan...

Rakyat Malaysia wajar bersikap prejudis terhadap agensi berkenaan...

Jabatan Peguam Negara Dan SPRM Telah Membakul Sampahkan Rukun Negara

Ternyata komponen legislatif dan judikatif negara kini menjadi alat dan perkakas kepada para pemimpin Pakatan Harapan dalam melaksanakan keadilan undang2...


Pengarah Eksekutif Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel menuntut Pejabat Peguam Negara dan SPRM memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa kes itu di gugurkan dan mempersoalkan mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan!!!

Pengguguran kes tersebut bukan sahaja satu perbuatan tidak beretika malah ianya jelas telah mencabul Prinsip Rukun Negara KEDAULATAN UNDANG-UNDANG...

Tommy Thomas Menghina Jawatan Peguam Negara


Sebagai seorang Peguam Negara dan peguam yang cukup berpengalaman, tindakan meletakkan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG di bawah tapak kaki jelas satu perbuatan menghina integriti dan kredibiliti jawatan Peguam Negara!!!


Bila seorang Peguam Negara sendiri terbukti 'merogol' kedaulatan undang2 maka sewajarnya DYMM SPB YDP Agong menggunakan peruntukan kuasa Perkara 145 (5) Peguam Negara yang ada pada DYMM SPB YDP Agong untuk melantik dan memecat Peguam Negara...



Dan kalau Tommy Thomas seorang yang bermaruah dan berintegriti seperti yang di katakan sebelum ini maka wajarlah dia sendiri meletak jawatan seperti yang di tuntut oleh Ketua Eksekutif Young Profesional (CP), Faidhur Rahman Abdul Hadi dan Ketua Biro Undang2 Dan Hak Asasi Manusia International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Fatihah Jamhari...

Seperti yang DS Anwar tanyakan dalam satu ceramah beliau, "saya mahu tahu, ini negara rakyat punya atau bapak you punya, kalau rakyat punya, enough of all these nonsense!!!"...

0 comments:

fda

Archives