Setiap yang ada permulaan akan ada pengakhirnya. Setiap yang baharu tidak ada yang berkekalan. Allah jua yang wujud selama-lamanya.
Sejak beroperasi dari Januari 2009, blog The Unspinners telah menerbitkan 11,973 posting. Ia telah menarik lebih dari 42 juta hits. Sedikit sebanyak, baik atau buruk, untung atau rugi, blog ini telah memberi sumbangan.
Setelah beroperasi selama 7 tahun, pihak pengendali merasakan sudah sampai masanya pasukan yang ada untuk mengundur diri. Cadangan asal hanya untuk menutup blog ini, tetapi ada pihak lain telah menghubungi kami untuk terus mengendailkan.
Difahamkan nama blog, url dan konsep blog ini akan diubah. Nama tentatif adalah SnapShot atau mana-mana nama yang url masih boleh diperolehi. Pendekatan mereka pasti berbeza dari pendekataan sedia ada.
Blog ini akan ditutup untuk beberapa hari bagi kerja-kerja pengubahan design, layout dan format. Dijangka kembali beroperasi sebagai blog baru pada minggu hadapan.
Dengan ini, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca, komentar yang telah memberi komen, rakan-rakan blogger yang telah memberi sokongan, dan pihak-pihak lain yang banyak membantu yang tidak perlu disebut.
Mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan, kesilapan dan kekurangan pada masa-masa yang lepas. Wassalam.
The Unspinners
aisayman... apa pun tq admin utk posting2 tsb.. yang ganti pasti tak sama dengan yang hilang..kan.. all the best dan selamat tahun baru 2016.
Diantara blog yang banyak membantu Semut dalam dunia blogging. We take our hats of for all that you have done for all those years. But, as our motto goes, The Battle Continues. Good luck for you guys.
Alahai.... sedihnya bila blog yg wajib dibuka tiada...
Good riddance befitting this blog.....you see many pre-paid-bootlickers-bloggers tried to wrecked Tun M and tarnished his legacy. But does he really cares? Its purely on principle and he never budged!
Unspinners however, at the tail-end of your postings aligned towards the 'CASH IS KING' camp and that really left many of your readers despised your postings!
Kalau nak ikut nasihat Rasullulah s.a.w kita ambil jalan tengah dan berat kepada yang benar! Bukan membenarkan yang terang terang menipu!
In any case time for you to reflect whats true whats not...hopefully you will see the mass ie. the rakyat are not such 'blind' followers! Its a matter of Black is Black and White is White so what is WRONG cannot be made RIGHT by DECEPTION!
Melayu Luar Negara
sabar menunggu blog tuan
Terima Kasih 'The Unspinners", sedih pulak nak berpisah...
Look forward to 'Snapshot'.
Selamat Tahun Baru, kita perlu blog berakal, rugilah hilang 'The Unspinners'.
Thanks again.
"Mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan, kesilapan dan kekurangan pada masa-masa yang lepas. Wassalam"
Amat syahdu....kembali lah ke jalan Allah SWT yang benar, fikir2kan lah alif ba ta Dan paling penting masa depan anak2 cucu kita.
Fikir2 kan lah.
Go for it!!
Jgn risau , den bersamo yg baru ...
Waghih.
Terima kasih Tuan-tuan admin UNspinners, andalah pembuka selera saya untuk menyusuri ruang maya hal ehwal politik Malaysia seawall zaman si Nuar Jubury hinggalah zaman Najib si Pahlawan Bugis @ Cash is KIng..... Terima kasih banyak2 tuan dalam memberi kami info, walaupun lately you all banyak terpaksa pertahankan presiden Umno yang terkini ini....
Som Che Thuck
Terima kasih Unspinners atas segala-galanya
Terima kasih
keep intouch
terima kasih segalanya theunspinners..
Tkasih tuan-tuan..terutamanya bila sudi pulak memberi posting atas komen seloka saya berkenaan PRU yg lepas dan Naji, sekitar dlm tahun 2012 dahulu. Baik juga tuan2 mengundur kerana menegakkan kebenaran itu payah, menelannya lg pahit dan tak ada pulak rasa bersalah bila terang2an mendokong siLuncai yg akan terjun dengan labu2nya.
Lebih2 lagi mengenangkan betapa rasionalnya tuan2 menentang Anwar Ibrahim dan spinnya, tiba2 pulak tidak dapat menggunakan rasional yg sama untuk mengukur Najib dan perbuatannya. Tersangat tidak bertepatan dengan prinsip tuan2 rasanya...
Dalam pencerahan baru ini, lega pulak rasanya tiada lagi THEUNSPINNER...theunspinner tak perlu tanggung lawak jenaka pentadbiran sekarang ini. Semoga Allah merahmati tuan-tuan.
Assallam.
Sedih lah bro......
Apapun...mintak maaf dan sampai jumpa lagi!!!
Wassallam.
all the best..HNY 2016
Selamat mengundur diri tuan blog ini memang terbaik
Salam Perjuangan,
Blog Gelombang Rakyat kini kembali di medan peperangan dunia blogger dalam meneruskan perjuangan di medan keyboard warrior.
Mohon jasa baik anda untuk menyenaraikan blog Gelombang Rakyat dalam senarai blog pilihan.
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/
Sekian, Salam Perjuangan.