Saturday, June 22, 2019

UMNO Tak Perlukan Mahathir Tapi Mahathir Yang Perlukan UMNO!!!

|0 comments

UMNO akan mengambil langkah yang silap kalau ambil keputusan untuk terima MAHATHIR dan sisihkan NAJIB...

Yang merosakkan UMNO sampai UMNO jatuh dan hilang kuasa adalah MAHATHIR...

Dia caci UMNO, dia hina UMNO, dia cerca UMNO seolah-olah UMNO tidak pernah berjasa pada dirinya dan keluarganya...

Kini UMNO pula nak bekerjasama dengan dia?

Untuk apa?

Atas alasan apa?

Bukan kita nak jadi manusia pendendam...


Apakah kita begitu mudah nak melupakan kejahatan dan kezaliman orang yang cuba berbagai-bagai cara untuk kuburkan UMNO?

Tak belajar dari pengalaman silam ker?

Mahathir lupa, dia naik kerana UMNO...

Dan dia juga lupa, kerana dokongan dan kesetiaan ahli-ahli UMNO pada pemimpinlah yang dia berkuasa sehingga 22 tahun lamannya...

Kerana kebijaksanaan dan kepatuhan pemimpin-pemimpin UMNOlah yang membuatkan dia berjaya dan menempa nama di mata dunia...


Tenguk apa jadi pada kabinet dengan kabinet dia sekarang?

Jadi bahan lawak bukan saja di pentas nasional malah di pentas dunia!!!

Kejayaan tak kan datang dengan sendirinya kalau tiada orang di belakangnya...

Jangan Kita Susukan Kera Di Hutan Yang Hampir Musnahkan Kebun Kita Tapi Biarkan Anak Di Rumah Yang Selama Ini Menjaga Kita Mati Kelaparan


Kepada berisan kepimpinan tertinggi UMNO, dengarlah suara akar umbi sebelum terlambat...

UMNO pernah menafikan suara akar umbi masa  menjelang PRU 14 dulu...

Akibatnya dalam PRU 14 UMNO tersungkur...

Masa UMNO jatuh tersungkur dan luka parah, siapakah yang menambahkan lagi luka UMNO kalau bukan Mahathir?

Siapakah yang bina balik kasih sayang orang Melayu kepada UMNO kalau bukan DS Najib...

Walau pun cuma bertaraf ahli UMNO dan Ketua Bahagian UMNO, DS Najib dengan bijak dan sabar merawat UMNO hinggakan anak-anak muda yang sebelum ini sangat-sangat membenci UMNO kini datang kembali serta rujuk kepada UMNO...

Najib dah lalui macam-macam dugaan..

Kalah PRU 14, dia di persalahkan 100%, ahli UMNO sendiri benci dia, dia lepaskan semua jawatan dalam UMNO tanpa perlu di desak...

Hari ini kerana Najib, juga kerana aura dan figuranya, rakyat jadi kembali kepada UMNO...

Fitnah terhadap diri nya semakin hari, semakin rakyat tidak percaya...

Rakyat semakin selesa dengan Najib atau nama femesnya kini adalah bossku...


Kerana apa selesa, kerana kini Allah telah mula membuka hijab fitnah ke atas Najib selama ini...

Fitnah untuk dapatkan kuasa...

Najib ini lembut orangnya, dia tak nak apa-apa jawatan pun di kala rakyat mahukan dia jadi perdana menteri kembali...

Dan percayalah, jika Najib di singkirkan dari UMNO, rakyat akan bersuara...

Bersuara dengan cara apa?

Fikirlah sendiri...


Dan sekarang, setelah UMNO sudah bersedia masuk kembali ke dalam gelanggang, kenapa kita hendak singkirkan pemimpin yang telah bersama-sama merawat UMNO kemudian hendak tatang pula manusia durjana yang telah cuba sedaya upaya membunuh UMNO?

Kalau perkara ini berlaku, akan ramai anak-anak muda kembali menjauhi UMNO, malah akan ramai orang-orang UMNO dengan perasaan sedih akan meninggalkan UMNO...

Kami akan tinggalkan UMNO bukan kerana kami membenci UMNO tapi kerana kami menentang keputusan kepimpimpinan tertinggi UMNO yang membawa manusia munafik itu kembali kepada UMNO!!!

NAJIB is the right leader...

Walau pun di jatuhkan dengan cara yang paling menjijikkan, dia masih boleh terima dengan hati yang redha...

Kau ludah dia pun, dia masih boleh ukir senyuman pada kau...

Ingatlah, UMNO tak perlukan Mahathir kerana kerjasama antara UMNO dan PAS sudah lebih dari cukup untuk kita ambil balik kuasa dan selanatkan ummah...


Seperkara lagi, apakah keputusan itu nanti tidak akan melukakan hati saudara kita di PAS...

PAS bersengketa dengan UMNO puluhan tahun semasa pemerintahan dan dasar UMNO yang di buat oleh siapa...

Siapa lagi kalau bukan Mahathir...

Kalau Mahathir di terima kembali ke dalam UMNO, percayalah, ummah yang baru nak bersatu akan berpecah kembali...


Mahathir ialah Bapa Perpecahan Malaysia, di mana saja Mahathir berada, PASTI PERPECAHAN AKAN BERLAKU...

Tenguk apa yang dah berlaku dalam PH sekarang...

Tenguk apa yang dah berlaku dalam PKR sekarang?

Imbas balik perpecahan yang Mahathir dah buat pada UMNO...

Bukan sekali tapi 3 kali Mahathir dah merobek-robek perpaduan UMNO...

Kali pertama, Mahathir vs Tengku Razaleigh...

Kali kedua, Mahathir vs Anwar Ibrahim...

Kali ketiga, Mahathir vs Najib Razak...

Jadi kenapa pula UMNO nak terhegeh-hegeh bawak balik Mahathir sedangkan UMNO tak perlukan Mahathir sekarang nie...

Tapi Mahathir yang sangat-sangat memerlukan UMNO sebab Mahathir akan dan sedang di jatuhkan dari dalam PH sendiri...

Dahlah nak pertolongan UMNO, siap letakkan syarat pulak tu, orang-orang tertentu mesti di singkirkan dari UMNO dulu!!!

Ikhlas ker perangai macam tu!!!

Takkanlah pemimpin UMNO dan Pemuda UMNO yang nak bawak masuk Mahathir tu BODOH SANGAT!!!

Friday, June 21, 2019

Muga Penjawat Awam Sedar Musibah Akibat Tak Bersyukur

|0 comments

SEMAK DAN KAJI, SEMAK DAN KAJI berulang2 kali...

Tak habis-habis SEMAK DAN KAJI, penghujung ceritanya penjawat awam gigit jari!!!

Kesian penjawat awam... 

Sebelum ini, era kerajaan BN, mesti akan ada kenaikkan tangga gaji setiap tahun...

Tapi tahun nie sedikit kelainan bawah pemerintahan rejim PH... 

TIADA LAGI KENAIKKAN GAJI PENJAWAT AWAM!!!

Sejak PH Ambil Alih, Macam Macam 'Berita Baik' Ada Untuk Penjawat Awam


Kerajaan BN yang lepas ada ingatkan penjawat awam, kalau pemerintahan negara bertukar, nasib penjawat awam akan menjadi ibarat telur di hujung tanduk...

Ingatan BN pada penjawat awam sebelum PRU 14 dulu ada asasnya...

Sikap yang di tunjukkan PH terutamanya DAP yang secara terang-terang anti penjawat awam memang nyata, ibarat kata orang tua-tua, dah terang lagi bersuluh...


'Penjawat awam membebankan kerajaan', 'penjawat awam malas', negara ibarat menanggung bangkai hidup', 'kalau PH berkuasa, jumlah penjawat awam akan di kurangkan' dan macam-macam lagi kata-kata sindiran, kata-kata memperlekehkan penjawat awam keluar dari pemimpin-pemimpin PH terutamanya DAP, di dedahkan dan di ingatkan pada penjawat awam, tapi penjawat awam tak percaya...

'Ini kalilah', 'berani buat perubahan' antara kata-kata penjawat awam sebagai membalas balik pendedahan yang di buat...

Akibatnya, ramai penjawat awam yang berpihak pada PH dan kerajaan yang dah begitu banyak berbudi pada penjawat awam tumbang...

Sebaik saja PH ambil alih kuasa, mereka tak tunggu lama untuk bagi 'jackpot' pada penjawat awam sebagai membalas 'budi' sebab undi mereka...

'Hadiah' pertama dari PH ialah berbelas ribu di berhentikan kerja dengan notis 24 jam, ketika menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018...

Walau pun netizen banyak mengecam tindakan PH yang zalim tu sebab berbelas ribu keluarga kehilangan pendapatan saat menjelang Hari Raya Aidilfitri, tapi kerajaan PH buat bodoh jer...

Sama macam penjawat awam buat bodoh jer bila di ingatkan nasib yang akan menimpa mereka sekiranya PH berkuasa...

Tak cukup dengan kejutan pertama PH yang menyebabkan belasan ribu hilang pekerjaan saat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018, datang pulak gelombang kedua...

Sebuah institut kajian dasar menyokong PH iaitu Penang Institute pula telah menyatakan bahawa Malaysia hanya memerlukan 430 ribu penjawat awam...

Mengikut Penang Institute lagi, nisbah jumlah penjawat awam kepada bilangan rakyat adalah besar di Malaysia berbanding negara2 maju yang lain...


Maksudnya apa?


Penang Institute (badan kajian yang tak di iktiraf tapi di asaskan oleh DAP), cadangkan pada kerajaan PH untuk memecat kira 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM!!!

Gila betul, kerajaan PH di cadangkan untuk pecat lebih 300% jumlah penjawat awam sedia ada (BACA DI SINI)...

'Hadiah' ketiga yang boleh di panggil 'ole-ole' dari PH ialah bila Atok sendiri mahu penjawat awam mengikat perut sebab tak ada bonus akan di berikan oleh PH menjelang Hari Raya Aidilfirr...

Bila netizen marah, Atok dengan pantas buat U-Turn...

Bagi RM450 sorang, jadilah daripada tak ada...

Sama ada penjawat awam sedar atau pun tak, kerajaan PH betul-betul buat penjawat awam macam tikar buruk...

Masa nak PRU 14 dulu, di belai, di janjikan dengan pelbagai janji manis, tapi bila
dah menang, tikar buruk tu di perukkan atas loteng rumah...

Nak cakap banyak tak boleh, takut di buangnya tikar buruk tu nanti, jadi sabor jer lah...

Kesian, lepas ni apa lagi KEISTIMEWAAN PENJAWAT AWAM YANG AKAN DITARIK?

Thursday, June 20, 2019

Di Lalai Semburit, Warga Cina Dapat Warganegara Malaysia?

|0 comments

Memang bijak DAP ambil kesempatan!!!

Dalam dok orang sibuk bercakap tentang kes semburit ada sesuatu yang cara senyap2 dah berlaku!!!


Kita sibuk dengan drama video kunyit, warga China dok pulun mohon jadi warganegara Malaysia!!!

Lepas shorang, shorang minta kewarganegaraan Malaysia!!!

Dah Lama Tak Dengar Cerita Din Pagoh, Mesti Tengah Sibuk Sekarang Nie!!!


Tahniah PH dan Menteri Dalam Negeri...


Luluskan jer untuk meramaikan kaum Cina menjadi warganegara...


Takder merit pun tak per...


Suka hatilah sebab kuasa di tangan anda...

Kita sibuk dengan drama video kunyit, warga China dok pulun mohon jadi warganegara Malaysia!!!


Lepas 'shorang, shorang', minta kewarganegaraan Malaysia!!!

Satu soklan untuk Din Pagoh, berapa ramai yang dah minta dan berapa ramai yang dah lulus?


Oh Malaysia Baru yang akan berwajah baru!!!

Adakah Maszlee Kena Cucuk Hidung Hingga Pendidikan Islam Di Urus Teo Nee Ching?

|0 comments

Bila Teo Nee Ching umumkan bantuan yang mencecah ratusan juta ringgit pada sekolah vernakular, bos Kementerian Pendidikan, Dr. Maszlee Malik diam (BACA DI SINI)...


Bila di beritahu pada Maszlee, ada berpuluh Sekolah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak yang berada dalam keadaan yang sangat daif, Dr. Maszlee Malik diam (BACA DI SINI)...


Bila masyarakat Melayu Islam gesa kerajaan untuk sediakan peruntukan bagi menaik taraf sistem keselamatan di semua Maahad Tahfiz untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anak2 syurga yang berada di sana, Dr. Maszlee diam...

Benar, Maahad Tahfiz persendirian bukan tanggungjawab kerajaan tapi apakah sekolah vernakular persendirian yang di berikan puluhan juta dana dari kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan?


Teo Nee Ching kumpulkan beberapa aktivitis untuk mengkaji semula silibus matapelajaran Sejarah di peringkat sekolah dengan mengiktiraf pengkhianat negara yang terdiri dari pengganas komunis yang telah membunuh dan menzalimi rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam (BACA DI SINI)...


Dr. Maszlee tidak diam tapi sibuk untuk menukar 'dasar pendidikan negara' dengan menukarkan kasut putih yang di gunakan kanak2 sekolah kepada kasut hitam (BACA DI SINI)...


Yang terbaru dan paling menimbulkan kemarahan dan keresahan masyarakat Melayu Islam ialah bila Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan memaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) yang kononnya bagi tujuan penambahbaikan matapelajaran Ugama Islam di sekolah...

Memang menjadi strategi dan muslihat DAP, menggunakan segala istilah yang lunak di dengar untuk menutup niat busuk mereka!!!

Yang menjadi persoalan yang besar ialah, apakah relevan dan rasionalnya meminta pendapat dan cadangan dari orang kafir tentang perkara2 yang berkaitan tentang ugama Islam?

Apakah mereka layak memberi pendapat dan cadangan?

Apakah mereka faham tentang ugama Islam bagi melayakkan mereka memberi cadangan atau pendapat?

Kebenarannya ialah, penambahbaikan terhadap matapelajaran Ugama Islam di sekolah2, bukanlah matlamat utama Teo Nie Ching dan DAP...

Tetapi matlamat utamanya ialah untuk menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang mengenai Ugama Islam...

Mereka pernah mencubanya dengan menuntut hak penggunaan kalimah 'Allah' di dalam Injil mereka tetapi gagal...

Dan sekarang mereka menggunakan strategi yang berbeza untuk menanamkan fahaman bahawa tiada beza antara Allah SWT dengan Jesus mereka, tiada bezanya antara Ugama Islam dan ugama2 yang lain, jadi murtad bukanlah satu masaalah yang besar kerana apa juga istilah yang di gunakan kepada tuhan dan apa juga ugama yang ada di atas dunia ini adalah sama...

Apabila fahaman ini dapat di tanamkan pada generasi yang akan datang, maka akan menjadi sangat mudah untuk mereka menukar akidah anak2 kita atas alasan murtad adalah hak asasi yang tidak boleh di persoalkan...

Semalam laman blog ini ada menulis bagaimana bangsa Melayu dan pengaruh Islam yang satu ketika dulu amat kuat di Nusantara kini telah menjadi bangsa yang lemah dengan Ugama Islam tidak lagi menjadi ugama utama di Nusantara (BACA DI SINI)...


Apakah sebagai seorang menteri, yang mempunyai pendidikan hingga Doktor Falsafah, Dr. Maszlee tidak mampu melihat bahaya yang bakal mengancam akidah generasi akan datang?

Atau Dr. Maszlee terpaksa butakan mata demi survivor politik beliau?

Kepada Masyarakat Melayu Islam Di Malaysia, Bukalah Mata Hati


DAP sudah cuba mencabar ketuanan Melayu di bumi sendiri melalui ICERD dan Statut Rom...

Mereka dengan biadap telah melangkah masuk ke dalam rumah Allah dan memperalatkan rumah Allah demi kepentingan mereka...

Mereka juga telah mempolitikkan ibadah zakat yang menjadi Rukun Islam yang ketiga demi kepentingan politik dan strategi busuk mereka...

Dan kini, mereka cuba mempengaruhi akidah generasi yang akan datang dengan strategi licik mereka...

Sedarlah  sesungguhnya masyarakat Melayu Islam bukan lagi di tolak secara beransur2 tapi kita di tolak dan akan terus di tolak hingga tersungkur...

Sudah masanya kita ketepikan kepentingan peribadi dan pemikiran politik yang sempit...


Kita boleh berbeza pendapat dalam perjuangan politik kita tapi demi ugama Allah SWT dan RasulNya, kita WAJIB bersatu!!!

Wednesday, June 19, 2019

Bumi Melayu Untuk Bangsa Melayu Berpijak, Bukan Untuk Di Pijak!!!

|0 comments

Bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang lemah...

Para pengkaji sejarah bersependapat, bangsa Melayu berasal dari keturunan Nabi Ibrahim AS bersama isteri ketiga baginda, Siti Qaiturah @ Keturah (BACA DI SINI)...

Sebagaimana Allah SWT memperuntukkan bumi Arab untuk orang Arab, bumi China untuk orang Cina, bumi India untuk orang India, bumi Eropah untuk orang Eropah, begitu juga sebenarnya Allah SWT telah meletakkan bumi Melayu untuk orang Melayu...

Asal perkataan Melayu ialah dari bahasa Sanskrit, Malai iaitu tanah yang bergunung ganang...

Sebab itu, kerajaan Melayu Islam lama, pengaruhnya berada di tulang belakang benua Asia iaitu dari Vietnam, menjalur ke bawah melalui Sumatera dan naik ke atas hingga ke Filipina...

Itulah Kepulauan Melayu pada asalnya...

Tetapi di sebabkan kelekaan kerana berada di puncak kuasa, akhirnya legasi Melayu semakin lenyap di telan masa...

Mari kita telusuri sejarah bangsa kita dari dahulu hingga sekarang...

Apa Dah Jadi Kepada Filipina?

Dulunya pernah di kuasai dan di perintah oleh 2 Kesultanan Melayu Islam, Kesultanan Maguindanao dari 1515 hingga 1675 (BACA DI SINI) dan bahagian selatannya di kuasai dan di perintah oleh Kesultanan Sulu dari 1457 hingga 1917 (BACA DI SINI)...

Di bawah Kesultanan Sulu, Islam adalah agama rasminya dan Bahasa Arab serta Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi...

Sekarang dah jadi negara Kristian... 

Di samping puluhan agama lagi di dalamnya...

Apa Dah Jadi Kepada Vietnam?



Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Champa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura)...

Melayu Champa memerintah selama 1,643 tahun sebelum jatuh di awal abad ke 19 (192 Masihi hingga 1822 Masihi) (BACA DI SINI)...

Mula menerima pengaruh Islam di sekitar abad ke 10...

Dan Islam bertapak kukuh di bumi Melayu Champa (Vietnam) lebih kurang 700 tahun...

Sekarang dah jadi negara Buddha...

Bayangkan bangsa Melayu Champa yang dulunya sebagai bangsa yang memerintah ketika kerajaan Melayu Champa selama lebih 16 abad di bumi Vietnam, kini menjadi bangsa minoriti yang di perkotak-katik oleh bangsa Vietnam moden yang asalnya adalah pendatang...

Malah anak2 muda Melayu Champa sekarang, ada yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu, dan hanya sebahqgian kecil yang beragama Islam!!!

Ramai orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam...

Apa Jadi Kepada Thailand?


 

Sejarah awal masyarakat Islam di Selatan  Thailand merujuk kepada negeri Patani...

Negeri Patani mempunyai sejarah yang lama dan lebih awal daripada sejarah negeri2 lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor, Selangor dan lain-lain adalah  kesinambungan kerajaan Langkasuka...

Negeri Patani adalah sebuah kerajaan Melayu  Tua (BACA DI SINI)...

Apabila Raja Tu Naqpa, raja negeri Patani yang pertama menganut agama Islam, namanya di tukar kepada Sultan Ismail Shah Zillullah Fil A'lam serta nama negeri Patani di berikan gelaran Patani Darussalam...

Negeri Patani telah mencapai kemuncak sebagai  pusat perdagangan yang terpenting di rantau  ini pada zaman pemerintahan raja2 perempuan  iaitu Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu dan Raja  Kuning (1584-1686)...

Pada pemerintahan Raja Hijau (1589-1616), negeri Patani berada dalam kemuncak kemajuan dan kemakmuran...

Negeri Patani menjadi pusat perdagangan yang  pesat...

Pada ketika ini, kerajaan Siam Dinasti Ayudhya  pun tidak dapat menandingi kemajuan perdagangan seperti negeri Patani...

Pada zaman Raja Kuning (1635-1686) pula, negeri Patani mengendalikan perdagangan yang  besar di peringkat antarabangsa...

Negeri Patani pada ketika itu sudah berdiri sama tinggi dengan negeri2 besar seperti China, Jepun, Belanda dan England...

Negeri Patani bukan sahaja menjadi pusat perdagangan yang terkenal di Asia Tenggara, bahkan ia juga terkenal menjadi pusat dan gedung Islam yang menyampaikan Islam di  seluruh pelosok Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19...

Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam Nusantara...

Sekarang dah jadi negara Buddha...

Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi...

Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang di jajah oleh Malaysia!!!

Apa Dah Jadi Kepada Singapura?



Dulunya di beri nama Temasek (BACA DI SINI)...

Tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu...

Tempat berlabuh Sultan-Sultan Melayu Riau Lingga...

Sekarang jadi negara apa entah... 

Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya...

Apa Pula Akan Jadi Kepada Pulau Batam Dan Banyak Lagi Wilayah Di Indonesia?

Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Masihkah Kita Mahu Tidur Lagi?



Jadi apa mustahilnya Malaysia kalau satu hari nanti, Melayu Islam di Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti nenek moyang mereka di Kesultanan Melayu Islam Maguindo dan Kesultanan Sulu (Filipina) atau seperti Kerajaan Melayu Islam Champa (Vietnam), atau seperti Kerajaan Melayu Islam di Pattani (Thailand) atau seperti Melayu Islam di Temasik?

Depa acah kita dengan isu kalimah Allah...

Ada dah orang Melayu yang murtad!!!

Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam di mansuhkan...

Depa minta anak2 lahir tak der status agama...

Kita berlonggar, semakin rancak depa langgar...

Kita mati dalam iman, tapi cucu cicit kita belum tentu lagi...

Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya...

Tuesday, June 18, 2019

Tinggalan Kezaliman Dan Modus Operandi Baru Penyebaran Ideologi Komunis Di Alaf Baru

|0 comments

Keganasan dan kezaliman pengganas komunis terhadap rakyat akan kekal dalam catatan sejarah hitam negara...

14 hari sewaktu peralihan kuasa, sementara menunggu kedatangan semula British ke Tanah Melayu selepas tentera Jepun menyerah kalah...

Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi kekosongan kuasa (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan2 pedalaman...

Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945...

Ini di susuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945...

Dalam tempoh masa 7 hari (seminggu) selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota2 MPAJA (kemudiannya di namakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan2 dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka...


Ramai orang2 Melayu dan tidak lupa juga, individu2 berbangsa Cina dan India telah di seksa dan di bunuh dengan kejam... 

Terutama sekali, individu2 berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun...

Anggota2 komunis PKM telah bertindak dengan zalim dan melulu...

Tiada langsung perasaan belas kasihan yang di tunjukkan, terutama sekali kepada mereka yang di syaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka...

Antara Mangsa Kezaliman Komunis Seperti Yang Di Ceritakan Sendiri Oleh Anak Mangsa, Profesor Dr. Amat Juhari Moain



"Ayah dan bapa saudara saya di ikat dengan tali antara satu sama lain, mereka di seksa, seluruh tubuh di tetak dan di takik2 sebelum leher kedua2nya di sembelih"...

"Semasa di temui, mayat kedua2nya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur
antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi2 seperti sebatang pokok kayu yang di takik2 bagi di keluarkan getahnya"...

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)...

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang di bunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian di kebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor...

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah2 baru berlaku semalam...

Dr. Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka di datangi beberapa penduduk yang meminta bantuan...

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, di maklumkan mengenai
penangkapan seorang alim yang di kenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan
komunis...

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan di temani oleh Hassan"...

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati"...

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan"...

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga
menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi
mengelak perkara tidak di ingini berlaku", katanya...

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing2 dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan di temui di dalam hutan...

Sementara itu Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira2 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah di tolak...


Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar di bunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka...

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi2 sebelum di bakar menyebabkan kira2 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati", katanya...

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang di langgan terus daripada Singapura pada masa itu...

Ideologi Komunis Yang Di Serapkan Ke Dalam Parti Politik Tertentu


Sealiran dengan perubahan masa di alaf baru, perjuangan komunis cuba di hidupkan kembali dengan cara yang baru...

Mereka tidak lagi berjuang menggunakan senjata kerana mereka tahu mereka tidak akan mampu melakukannya lagi...

Mereka tidak lagi berjuang secara terang2an, kerana mereka sedar, sebahagian besar rakyat Malaysia maklum dengan kezaliman mereka dan telah menolak perjuangan mereka...

Kini mereka berselindung dalam parti2 politik tertentu untuk kembali menyuburkan ideologi perjuangan mereka...


Mereka menggunakan cara yang cukup halus dengan berselindungkan istilah2 yang indah seperti perjuangan hak sama rata, perjuangan hak asasi manusia, untuk menampakkan 'keikhlasan' dalam menghidupkan perjuangan mereka...

Hutan bukan lagi medan peperangan mereka tetapi mereka menggunakan sosial media untuk menyebarkan fahaman mereka (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Mereka menggunakan istilah2 yang buruk seperti 'rasis', ekstrimis kepada musuh mereka...


Gagal menyemaikan ideologi komunis pada generasi sekarang, usaha mereka lakukan untuk mengubah sejarah tanah air supaya generasi akan datang akan memandang pengganas komunis sebagai pejuang bangsa dan tanah air...

Apabila generasi Y dan generasi selepasnya boleh menerima pengganas komunis sebagai pahlawan bangsa dan tanah air, maka tugas untuk menyerapkan ideologi komunisme akan menjadi sangat2 mudah...

Itulah sebenarnya matlamat mereka...


Strategi mereka dapat di hidu oleh kerajaan BN yang terdahulu, maka sebab itulah apabila Chin Peng cuba memohon kerakyatan Malaysia dan mahu kembali ke tanah air, permohonannya di tolak...


Malah selepas kematian Chin Peng, abu mayatnya juga tidak di benarkan di bawa masuk...

Kerana sekiranya di benarkan di bawa masuk, sama ada batang tubuh Chin Peng ketika beliau masih hidup, atau abu mayatnya, selepas kematian beliau, itu akan jadi pemangkin kepada penyebaran ideologi komunisme...

Kepada yang masih lagi mahu mempertahankan usaha untuk mengangkat kezaliman komunis sebagai pahlawan, bacalah sejarah tanah air sendiri...


Dan satu soalan admin kepada mereka ini, apakah pernah tercatit dalam mana2 sejarah tamadun dunia, seorang pahlawan pernah menzalimi orang yang lemah seperti kanak2, wanita dan orang tua tidak berdosa?

Seorang pahlawan tidak akan sekali2 melakukan kezaliman yang keji seperti itu, ianya hanya di lakukan oleh pengganas yang berhati haiwan...

Maka apakah layak, syaitan yang bertopengkan manusia sebegitu di gelar dan di angkat pahlawan!!!

Monday, June 17, 2019

Ahli Politik Macam Longkang Usah Alih Perhatian Ke Politik Longkang

|0 comments

Laman blog ini ada mengulas tentang amalan politik menghalalkan cara aka politik longkang sebelum ini (BACA DI SINI)...


Kalau di pentas politik dunia, Bapa Politik Longkang ialah Niccolo Machiavelli...

Tapi di Malaysia siapakah pula pengasas atau pembawa budaya politik longkang?

Mari kita imbas balik sejarah politik Malaysia...


Masa Al Marhum Tunku Abdul Rahman hendak di jatuhkan, langkah pertama yang di lakukan oleh perancang konspirasi itu ialah menulis buku 'Malay Dilemma' yang mengecam hebat kepimpinan Al Marhum Tunku Abdul Rahman...


Selepas itu, saat menjelang PRU tahun 1970, Mahathir menulis surat yang mengecam Al Marhum Tunku Abdul Rahman dan di edarkan kepada hampir semua penjawat awam, terutamanya polis dan tentera...

Akhirnya, terpaksa tunduk dengan tekanan, Al Marhum Tunku Abdul Rahman terpaksa melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dan menyerahkannya kepada Allahyarham Tun Abdul Razak...


Kali kedua amalan budaya politik longkang berlaku dengan skala yang besar ialah apabila berlakunya krisis antara kerajaan dan Raja Raja...

Al Marhum Tuanku Iskandar (Sultan Johor yang ketika itu menjadi SPB YDP Agong), telah di fitnah membunuh kedi golf baginda...

Peristiwa amukan Prebet Adam telah di ambil kesempatan untuk menyebarkan FITNAH yang kononnya kedi golf yang mati itu adalah adik kepada Prebet Adam dan Prebet Adam di katakan mengamuk di sekitar Chow Kit kerana menuntut keadilan untuk adiknya...

Tujuannya supaya kerajaan ketika itu mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat pindaan Perlembagaan yang akan menghadkan kuasa Raja Raja Melayu serta mencabut kekebalan Raja Raja Melayu (BACA DI SINI)...


Kali ketiga ialah ketika Anwar Ibrahim hendak di singkirkan...

Cerita dan gambar2 aksi seks luar tabiee Anwar Ibrahim di sebarkan dengan seluas2nya ke serata Malaysia, malah ke seluruh dunia...

Atas alasan mengamalkan seks luar tabiee, maka Anwar Ibrahim di singkirkan dengan cara yang paling terbangsat...


Yang terkini ialah edaran video aksi seks luar tabiee yang di kaitkan dengan Azmin Ali...


Amalan songsang yang sama tapi mendapat respon yang berbeza dari pemimpin2 utama Malaysia...

Sebenarnya banyak lagi cerita2, gambar2 serta video2 lucah yang melibatkan pemimpin2 utama negara seperti Muhyiddin Yassin, Chua Soi Lek pernah di edarkan, tapi kalau di tulis satu persatu, 10 mukasurat pun tak habis...


Apa yang admin ingin tekankah di sini ialah, politik longkang datangnya dari pemimpin yang berhati busuk seperti longkang...

Tanpa mengambil kira maruah dan harga diri batang tubuh yang di aibkan dengan cara yang paling menjijikkan, mangsa akan terus di telanjangkan selagi tidak mengibarkan bendera putih...

Bagi pemimpin yang menjadikan amalan politik longkang ini sebagai 'mazhab politik'nya, maruah keluarga mangsa bukanlah perkara utama yang harus di fikirkan...

Apakah dosa ayah dan ibu, anak isteri serta adik beradik mangsa kepada perancang politik longkang, sehingga mereka juga 'di palitkan' dengan aib yang di lakukan oleh mangsa?

Apakah tidak ada cara lain (tanpa menyebarkan keaiban) untuk memberikan tekanan kepada mangsa untuk berundur, sekiranya memang benar mangsa politik longkang melakukan dosa2 yang di tuduh itu...

Kepada perancang politik longkang yang menjijikkan itu, lihatlah diri sendiri, apakah ianya sesuci salju?

Ingatlah, sekiranya kita di pandang mulia dan si sanjung, ianya adalah kerana Allah SWT menutup aib kita...


Teringat satu kisah ulamak besar dunia, Imam Ahmad bin Hanbal, pengasas mazhab Hambali...

Satu ketika, di dalam perjalanan pulang Imam Ahmad bin Hanbal dari pasar ke rumahnya, orang ramai berebut2 mahu membantu beliau membawa bakul yang berisi barangan yang beliau beli di pasar...

Orang ramai berkata kepada Imam Ahmad bin Hanbal :

"Tidaklah layak bagi seorang ulamak di biarkan membawa sendirian bakul barangannya ke rumah, biarlah kami membawanya"...

Tetapi di tolak dengan baik oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan berkata :

"Aku di pandang mulia oleh masyarakat adalah kerana Allah SWT sedang menutup segala aibku"...

Kepada yang perancang politik longkang yang menjijikkan, apakah kamu sudah bersedia sekiranya Allah SWT membuka aib kamu satu persatu?

Dan kepada manusia2 yang merasakan dirinya adalah pemimpin, atau bercita2 untuk menjadi pemimpin, lihatlah akhlak diri sendiri sebelum memimpin masyarakat...


Janganlah menjadi pemimpin yang munafik, ibarat seekor ayam jantan yang berkokok berderai2 tapi ekor bergelumang tahi...

Bagaimana untuk memimpin masyarakat ke arah kebaikan, sekiranya diri sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat?

Sebelum memimpin masyarakat, pimpinlah diri sendiri serta keluarga ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT...

Lihatlah dulu diri sendiri, anak isteri sendiri, adik beradik sendiri, apakah termasuk ke dalam golongan yang mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah SWT...

Sekiranya diri dan keluarga sendiri berada di dalam maksiat, ini adalah mesej yang jelas dari Allah SWT supaya berhenti dari menjadi pemimpin yang bersifat munafik...

Bertaubatlah, janganlah berputus asa dengan keampunan dan rahmat dari Allah SWT...

Berundurlah dengan cara terhormat sebelum 'di telanjangkan' lagi di mana orang2 tersayang turut akan terpalit dengan onar yang di lakukan...


Kepada masyarakat, jangan biarkan diri kita di peralatkan oleh ahli politik longkang yang mahu mengalihkan kegagalan demi kegagalan mereka dengan melekakan kita dengan politik longkang yang sangat2 menjijikkan!!!
fda