Friday, June 19, 2020

Dr Mahathir Dan Lim Guan Eng Mesti Jelaskan Ke Mana Duit Hasil Jualan Aset Negara Di Belanjakan!!!

|0 comments

Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan umum mengetahui pelbagai aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera telah dijual dengan sewenang-wenangnya.

Tapi persoalannya berapa banyak?

DS Najib telah menyenaraikan senarai aset negara yang telah dijual oleh mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selama Pakatan Harapan memerintah antara pertengahan 2018 hingga awal 2020, kira-kira 22 bulan (BACA DI SINI).

1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018).

2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018).

3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019).

4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019).
5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019).

6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019).

7. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019).

8. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019).

9. Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura - RM4.73 bilion (Julai 2019).

10. Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff - RM289 juta (Julai 2019).

11. Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019).

12. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019).


13. Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).
14. Khazanah jual Hotel Andaz Singapura dengan kepada syarikat Singapura - RM1.44 bilion (Okt 2019). 


Jumlah aset yang tersenarai di atas ialah sebanyak RM31.655 bilion, itu tidak termasuk aset Tabung Haji yang telah dijual dan duit Petronas yang dijarah oleh Lim Guan Eng.

Alasan yang sering digunakan ialah untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion!!!


Menteri Kewangan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, Tengku Zafrol  beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan kewangan dan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan beliau persoalkan keperluan Dr Mahathir dan Lim Guan Eng menjual aset negara dan membuat pinjaman luar (BACA DI SINI).


Malah dalam kenyataan terbaru Tengku Zafrol, beliau sekali lagi menegaskan negara tidak berada di ambang bankrap seperti yang sering diperkatakan oleh Dr Mahathir dan LIm Guan Eng. (BACA DI SINI).

Dr Mahathir dan Lim Guan Eng mesti memberikan penjelasan mengenai apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul.

Namun sehingga hari ini, kedua-dua mereka mengambil sikap berdiam diri tanpa memberikan apa-apa ulasan atau komen tentang apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul.

Apakah dengan sikap berdiam diri Dr Mahathir dan Lim Guan Eng bermaksud mereka mengakui kebenaran kenyataan Tengku Zafrul?

Sekiranya apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul itu benar, maka RCI perlu ditubuhkan segera untuk menyiasat kenapa Dr Mahathir dan Lim Guan Eng begitu rakus menjual aset negara tanpa ada keperluan yang mendesak!!!

Rakyat juga mahu tahu, ke mana puluhan bilion ringgit aset negara yang dijual itu dibelanjakan kerana kalau alasan mereka menjual aset negara untuk menjelaskan hutang, ternyata hutang luar negara bukan menyusut, malah bertambah dari RM686 bilion sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya kepada hampir mencecah RM1 trilion sewaktu mereka tumbang pada Februari 2020.

Rakyat perlu tahu kebenarannya kerana yang dijual adalah harta rakyat dan bukannya harta Dr Mahathir atau Lim Guan Eng!!!

Thursday, June 18, 2020

Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah, Sekarang Merayu Di Pejabat PKR Pula, Kenapa Terdesak Nak Jadi PM?

|0 comments

Siapa sebenarnya yang terdesak atau bergolek-golek sambil menghentak-hentak kaki atas simen untuk menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir atau Anwar?

Semalam laman blog ini menyiarkan bagaimana strategi Anwar untuk pancung Dr Mahathir buat selama-lamanya (BACA DI SINI).

Hari ini admin terkejut bila ada lapuran yang mengatakan Dr Mahathir sanggup ke pejabat PKR untuk temui Anwar bagi merayu jawatan Perdana Menteri!!!


Tiba-tiba teringat masa sebelum PRU 14 dahulu, sebab gila-gila hendak jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sanggup merayu pada Anwar di mahkamah.

Nampaknya Dr Mahathir gunakan strategi yang sama untuk cairkan Anwar dengan 'mencemar duli' untuk merayu kepada Anwar buat kali kedua tapi kali ini di pejabat PKR pula (BACA DI SINI).


Agak-agaknya, ada drama airmata tak...😅😅😅

Nampaknya, yang terdesak untuk menjadi Perdana Menteri ialah Dr Mahathir dan bukannya Anwar Ibrahim.

Walau pun Anwar terlalu mengidamkan jawatan Perdana Menteri, maca perempuan mengandung mengidam nak makan kedondong, tapi Dr Mahathir terdesak untuk menjadi Perdana Menteri semula, persoalannya kenapa?
 Mahathir
Dr Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2+1 kali, jadi kalau nak kata Dr Mahathir teringin nak rasa jadi Perdana Menteri, adalah tidak logik.

Sebenarnya, Dr Mahathir TERDESAK untuk menjadi Perdana Menteri atas beberapa sebab yang tertentu.

Kes penyelewengan dana negara sebanyak lebih RM30 bilion di tahun 90'an adalah antara sebab utama kenapa Dr Mahathir terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

Baru-baru ini, Anwar menyambut baik gesaan DS Najib supaya semua kes yang digugurkan oleh Tommy Thomas di era Pakatan Harapan dikaji semula.

Kita jangan lupa, bukan sahaja RCI sudah membuat lapuran polis mengenai kes FOREX kerana dapatan siasatan RCI telah mendapati berlakunya penyelewengan duit Bank Negara Malaysia dan ianya melibatkan campurtangan Dr Mahathir, malah Mahkamah Tinggi sudah menolak saman petisyen Dr Mahathir untuk membatalkan lapuran RCI (BACA DI SINI).

Jadi kalau kes FOREX dibuka semula, sudah pasti karier politik Dr Mahathir akan berakhir di Penjara Sg. Buloh.


Terkini, mantan Peguam Negara telah mendedahkan bagaimana mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, telah menemui beliau dan mendakwa telah dihantar oleh Dr Mahathir untuk menjayakan konspirasi untuk menangkap dan menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, DS Najib (BACA DI SINI).

Ini adalah satu konspirasi dan cubaan salah guna kuasa yang serius.










Apandi Ali bukan setakat membuat kenyataan kosong, malah beliau mengeluarkan afidavit yang menyokong permohonan DS Najib supaya Gopal Sri Ram digugurkan dari senarai pendakwa dalam semua kes dakwaan terhadap DS Najib.

Bagaimana Dr Mahathir yang ketika itu tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kerajaan boleh mengawal PDRM dan mahkamah!!!

Dan menurut Apandi Ali, konspirasi menjatuhkan DS Najib buakanlah satu-satunya pendedahan yang akan beliau buat tetapi banyak lagi salah guna kuasa Dr Mahathir akan beliau dedahkan (BACA DI SINI).

Dr Mahathir sedar, pendedahan mantan Peguam Negara itu akan menelanjangkan beliau bukan sahaja di mata rakyat Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Segala pekong dan kurap yang selama ini disembunyikan oleh Dr Mahathir akan didedahkan dan ini adalah sangat merbahaya buat beliau.

Apatah lagi sudah ada gesaan supaya Gopal Sri Ram disiasat (BACA DI SINI).

Admin yakin, akan ada pihak yang akan membuat lapuran polis dan SPRM supaya kertas siasatan dibuka dalam kes ini.

Satu-saunya cara untuk Dr Mahathir menyelamatkan dirinya ialah dengan memegang semula jawatan Perdana Menteri supaya segala-galanya dapat disapu ke bawah karpet sebagaimana beliau lakukan selama ini.

Jadi Dr Mahathir bukan mengidamkan sangat hendak jadi Perdana Menteri tetapi terdesak untuk menjadi Perdana Menteri supaya dapat menyelamatkan dirinya!!!

Wednesday, June 17, 2020

Anwar Cuba Pancung Dr Mahathir Dengan Kes FOREX

|0 comments

Semua tahu dapatan siasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai skandal FOREX di tahun 90'an mendapati terdapat asas yang kukuh untuk dibicarakan di mahkamah.

Malah ketika Pakatan Harapan memerintah, Mahkamah Tinggi telah menolak saman petisyen Dr Mahathir untuk membatalkan lapuran RCI (BACA DI SINI).

Penolakan Mahkamah Tinggi terhadap saman petisyen Dr Mahathir ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa mahkamah juga berpendapat terdapat kes yang kukuh untuk dibicarakan skandal terbesar penyelewengan duit negara.


Untuk rekod, siasatan RCI mendapati suspek utamanya ialah Nor Yakcop yang ketika itu adalah sebahagian dari pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia (BNM), kemudiannya dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Kewangan Kedua dan RCI juga mendapati terdapat campurtangan secara langsung dari Dr Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri dalam skandal FOREX yang melibatkan kerugian lebih RM30 bilion dalam tahun 90'an (BACA DI SINI).


Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) di era pemerintahan Pakatan Harapan, Liew Vui Keong, telah mengeluarkan arahan supaya tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes FOREX tersebut.

Kita tahu, malah Dr Mahathir juga tahu, sekiranya skandal FOREX dibicarakan di mahkamah, maka Dr Mahathir akan mengakhiri karier politiknya di sebalik tirai besi.

Kerana itu semasa dipanggil untuk disoal siasat oleh panel RCI, Dr Mahathir tidak memberikan kerjasama dengan memberikan jawapan 'tidak tahu' atas setiap soalan yang diajukan kepada beliau.

13 Jun yang lepas, melalui akaun Facebook, DS Najib menyarfankan agar semua kes yang telah digugurkan oleh Pakatan Harapan sewaktu mereka memerintah disiasat dan dibuka semula (BACA DI SINI).

DS Najib tidak mengkhususkan terhadap kes FOREX sahaja, malah saranan DS Najib adalah terhadap kesemua kes-kes mahkamah yang telah digugurkan tanpa sebab-sebab yang munasabah sewaktu Pakatan Harapan memerintah.


Anwar melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk 'membunuh' karier politik Dr Mahathir.

Anwar dengan pantas memberikan respom supaya kes FOREX disiasat semula dan sekiranya ada asas yang kukuh, ianya dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan (BACA DI SINI).

Kita tahu saranan Anwar adalah kerana ketika ini beliau menemui jalan buntu untuk meneruskan agenda peribadi beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Walau pun beliau adalah Ketua Pembangkang, namun dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan terutamanya dari DAP, PAN dan Warisan mahu supaya Dr Mahathir dicalunkan sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya buat kali kedua (BACA DI SINI).

Ianya pasti mengecewakan Anwar kerana walau pun selepas 30 tahun, Dr Mahathir masih lagi menjadi penghalang buat Anwar memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri.

Satu-satunya cara untuk keluar dari bayangan Dr Mahathir ialah dengan menggesa supaya kes FOREX dikaji semula.

Bila Dr Mahathir sibuk membuat persediaan untuk perbicaraan mahkamah, Anwar mempunyai ruang yang cukup untuk perkukuhkan pengaruh beliau di kalangan pemimpin Pakatan Harapan.

Dan sekiranya Dr Mahathir ke penjara, maka Pakatan Harapan terpaksa bersetuju untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, itu pun kalau Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya buat kali kedua.

Tuesday, June 16, 2020

Apa Agenda Saifuddin Lantik Eric Paulsen Sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi Dan Multimedia

|0 comments

Perlantikan Eric Paulsen si penghina Islam, Raja Raja Melayu dan bangsa Melayu sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) oleh Menteri Komunikasi dan Mltimedia, Saifuddin Andullah menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Bukan kita mempertikaikan kuasa melantik seseorang yang dirasakan sesuai oleh menteri tetapi persoalannya mengapa seorang yang telah berkali-kali menghina Islam (DI SINI) (DI SINI) dan (DI SINI), Raja Raja Melayu (DI SINI) dan ulamak (BACA DI SINI) dilantik untuk menyandang jawatan penting di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia?




Tetapi adakah seorang yang pro DAP dan telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menghina dan menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu Islam di negara ini sesuai dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan dan Komunikasi yang akan menentukan dasar dan pendekatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia? (BACA DI SINI).

Selain dari seorang yang pro DAP, Eric juga dikenali sebagai seorang yang berfikiran ekstrimis dan liberal (BACA DI SINI). 

Eric bukan sahaja tidak layak untuk dilantik sebagai ahli MPKM malah kedudukan beliau sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mesti dikaji semula.

Kesetiaan Saifuddin terhadap Kerajaan Perikatan Nasional menjadi tandatanya dengan perlantikan Eric yang dikenali seorang yang pro DAP!!!

Atau Saifuddin masih lagi mahu meneruskan hajat untuk meratifikasikan ICERD?

Kita masih lagi belum melupakan bagaimana Saifuddin merupakan watak utama dalam usaha DAP untuk meratifikasikan ICERD (BACA DI SINI). 

Atau adakah Saifuddin adalah salah seorang menteri yang berwatak musuh dalam selimut dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan merupakan mata dan telinga kepada Dr Mahathir dan DAP?

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mesti lebih berhati-hati dan sentiasa ingat pesanan orang-orang tua kita :

"Di kalangan kawan terdapat musuh yang tetapi di kalangan musuh tidak akan ada kawan".

Saturday, June 13, 2020

PRK Chini, Jangan Suburkan Persepsi UMNO Milik Golongan Elit

|0 comments

SPR menetapkan tariklh 20 Jun 2020 sebagai hari penamaan calon dan 4 Julai 2020 sebagai hari mengundi bagi PRK Chini, Pahang (BACA DI SINI).

PRK Chini yang berada di dalam Parlimen Pekan akan diadakan kerana kematian ADUN Chini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, selama 4 penggal berturut-turut pada 7 Mei 2020 lepas akibat serangan jantung.

UMNO/Muafakat Nasional dijangka akan mendapat kemenangan mudah dalam PEK Chini yang akan diadakan pada 7 Mei nanti.

Ini memandangkan Paatan Harapan dijangka tidak akan meletakkan calon (BACA DI SINI), kerana sedar tidak mungkin dapat merampas DUN Chini dari UMNO/Barisan Nasional, malah akan kehilangan wang pertaruhan memandangkan Parlimen Pekan adalah kubu kuat DS Najib.

Pengaruh DS Najib dijangka akan memberikan impak yang sangat besar dalam keputusan PRK Chini nanti.

Faktor kedua yang membuatkan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk tidak bertanding adalah kerana senario sokongan rakyat terutamanya masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan ketika ini adalah sangat rendah.

Wajarkah Meletak Anak DS Najib Sebagai Calon PRK Chini?


Muafakat Nasional dan PPBM telah bersetuju untuk memberi laluan kepada UMNO/Barisan Nasional bertanding dalam PRK Chini memandangkan ianya memang kubu kuat UMNO sejak 4 PRU yang lalu.

Siapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon yang mwenggunakan tiket Muafakat Nasional/PPBM dijangka akan menang bergaya di PRK Chini.

Namun agak mengejutkan bila UMNO dijangka akan meletakkan anak DS Najib, Datuk Mohd. Nizar sebagai calon di PRK Chini.

Bukan mempertikaikan kredibiliti Nizar untuk meneruskan legasi ayah (DS Najib) dan datuk (Allahyarham Tun Razak) dalam dunia politik tanahair, tetapi  adalah lebih elok sekiranya Nizar berdiri di atas usaha dan kredibiliti beliau sendiri tanpa perlu bernaung di bawah pengaruh ayah dan datuk beliau dalam dunia politik.


Akar umbi UMNO tidak mahu Nizar menjadi seperti Mukhriz Mahathir yang terlalu bergantung kepada pengaruh ayah beliau, Dr Mahathir sehingga akhirnya Mukhriz dianggap sebagai ahli politik yang tidak mampu berdikari tanpa pengaruh Dr Mahathir.

Nizar mesti mempunyai kekuatan yang beliau bina sendiri untuk ditonjolkan sebagai pemimpin masyarakat.

Dari sudut kepimpinan dan keperihatinan terhadap rakyat, Nizar mempunyai 'track record' yang sangat baik.

Namun harus diingat, "politics is the art of  tyhe possible".

Setiap keputusan yang hendak diambil dalam politik mesti;lah dipertimbangkan dari pelbagai sudut dan kemungkinan.

Tersilap percaturan di dalam membuat keputusan, kesannya bukan hanya akan ditanggung secara persendirian tetapi juga oleh parti dan masyarakat.

Kemenangan tanpa bertanding Nizar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan sudah banyak menimbulkan pelbagai kata-kata sindiran dan spekulasi.

Kemenangan mudah yang dijangkakan  akan diperolehi oleh calon UMNO pada PRK Chini adalah ibarat kemenangan tanpa bertanding.

Maka ini adalah ibarat mengulangi kemenangan tanpa bertanding Nizar bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan.

Seorang pemimpin mestilah mempunyai jiwa pahlawan yang tidak gentar bertanding di gelanggang terbuka di atas kudrat sendiri supaya disegani kawan dan lawan.

Lebih bijak sekiranmya Nizar memberi laluan kepada pemimpin tempatan di Chini untuk bertanding di PRK Chini.

Ini akan membuatkan Nizar akan semakin dihormati dan disayangi oleh rakyat dan pemimpin tempatan.

Adat pahlawan, berundur setapak sebagai persediaan yang lebih mantap untuk melanghkah jauh ke hadapan.

Di dalam melangkah ke belakang sebelum maju ke hadapan, bolehlah Nizar memperkemaskan persiapan untuk menghadapi PRU 15 nanti.

Lagi pun kita tidak mahu UMNO dianggap sama seperti Pakatan Harapan, di mana ianya dimiliki oleh hanya sebahagian golongan elit sahaja.

UMNO adalah wadah perjuangan masyarakat Melayu dan ianya adalah milik semua dan bukan milik segelintir golongan elit sahaja.

Friday, June 12, 2020

PPBM Akan Kembali Ke Pangkuan UMNO Atau Ahli Baru Muafakat Nasional?

|0 comments

Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas?


8 Jun yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan telah memberikan gambaran akan ada satu bentuk kerjasama di antara Muafakat Nasional dan PPBM (BACA DI SINI).

Menurut beliau, isu yang sering dimainkan oleh pembangkang iaitu pembahagian kerusi di dalam Pilihanraya Umum nanti, terutamanya antara UMNO dan PPBM telah pun diselesaikan malah telah pun dimuktamadkan secara perbincangan antara ketiga-tiga presiden parti, UMNO, PAS dan PPBM.

Apakah ini tanda bahawa PPBM akan kembali ke pangkuan UMNO (BACA DI SINI)?

Atau PPBM akan menjadi anggota baru Muafakat Nasional?

Tapi dari sumber, kuat mengatakan PPBM akan menjadi anggota baru Muafakat Nasional berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Takiyuddin.

Ini merupakan tanda yang amat jelas bahawa Pilihanraya Umum bakal diadakan dalam tempoh terdekat dan seperti yang dijangkakan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Kalau PPBM mahu kembali ke pangkuan UMNO maka itu adalah urusan antara Zahid dan Muhyiddin tanpa penglibatan Presiden PAS, TG Hj. Hadi.

Apa pun persetujuannya nanti, pemerhati politik berpendapat perkembangan terbaru antara ketiga-tiga parti politik Melayu Islam itu, ianya akan mampu mengakhiri kemelut politik baharu yang cuba diwujudkan oleh Pakatan Harapan.

Tindakan Muhyiddin mengadakan kerjasama antara Muafakat Nasional dilihat sebagai tindakan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menimpa PPBM memandangkan 5 orang ahli PPBM yang dipecat telah memfailkan tuntutan pemberhentian keahlian mereka dari PPBM dalam Mahkamah Tinggi memalui peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdullah (BACA DI SINI).


Maszlee Malik, salah seorang ahli PPBM yang dipecat cuba menjadi batu api dan penghasut dengan mengatakan denagan adanya kerjasama tersebut, maka kedudukan PPBM akan lebih tersisih kerana tidak mungkin PAS atau UMNO akan mengorbankan bilangan kerusi yang akan mereka tandingi dalam Pilihanraya Umum 15 nanti.

Namun pada pendapat admin, dakwaan Maszlee nyata adalah satu dakwaan yang langsung tidak berasas dan semata-mata bersifat dendam dan berniat jahat.

Dari sumber mengesahkan, UMNO dan PAS telah bersetuju mengorbankan sebahagian dari kerusi yang akan mereka tandingi bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru.

Ini bermakna, isu PPBM tersisih atau perbalahan pembahagian kerusi di Pilihanraya Umum 15 telah selesai dan dimuktamadkan dan dakwaan Maszlee ternyata tersasar.

Apa yang penting bagi rakyat Malaysia ialah sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat seperti yang ada sekarang ini dan bukannya kerajaan yang asyik berpolitik dan menabur fitnah seperti Pakatan Harapan.

Thursday, June 11, 2020

R. Sivarasa Di Panggil PDRM, Petanda Awal Kes LTTE Di Buka Semula

|0 comments

Penghujung bulan Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memaklumjkan kerajaan akan meyemak semula pembebasan 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Beliau memberi jaminan akan berbincang dengan pegawai tertinggi sama ada dari PDRM dan Kementerian Dalam Negeri.


Hamzah menambah :

"Isu terrorisme bukan hanya masalah dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia".

"Jika perlu, kita ambil tindakan tegas yang sewajarnya mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada"

Untuk rekod, seramai 12 individu ditahan PDRM pada Oktober 2019, di mana 2 di antara mereka adalah ADUN Seremban Jaya (DAP), P. Gunasekaran dan ADUN Gadek (DAP) yang juga bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, G. Saminathan.

Namun kesemuanya telah dibebaskan oleh mantan Peguam Negara, Tommy Thomas (BACA DI SINI).

Perkembangan terkini menyaksikan, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa, telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada hari Rabu (hari ini) (BACA DI SINI).

"Tahun lepas, saya beri komen di Malaysiakini berkenaan tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas 2012 SOSMA) yang dikatakan melibatkan LTTE dan menjelaskan pandangan 'deep state' (daulah terpendam).


Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, banyak kes-kes yang membabitkan DAP telah dilepaskan begitu sahaja oleh Peguam Negara lantikan DAP, Tommy Thomas (BACA DI SINI).

Antara kes berprofil tinggi yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk di buka semula ialah kes Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng (BACA DI SINI). dan kes salah guna kuasa Lim Guan Eng dalam pembelian banglo di Jalan Pinhorn (BACA DI SINI).

Namun bukan sahaja kes-kes pemimpin DAP perlu dibuka semula tetapi Tommy Thomas juga perlu disiasat di atas campur tangan beliau dalam kes kematian Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI).

Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, kesemua pemimpin Pakatan Harapan seolah-olah mempunyai kekebalan dari undang-undang, namun selepas kejatuhan Pakatan Harapan, kes-kes yang membabitkan mereka perlu disemak semula termasuk mantan Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Dr Mahathir.

Tegakkan semula 'Rule of Law' atau Kedaulatan Undang Undang Malaysia.
fda