Wednesday, June 10, 2020

Mahkamah Bebaskan Musa Aman, Khalid Pula Yang Meroyan

|0 comments
Updated : 9.00 am


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela TS Musa Aman supaya anak guamnya dilepaskan dari 46 tuduhan rasuah (BACA DI SINI).

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi KL membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman daripada lima pertuduhan rasuah berjumlah AS$12.8 juta dalam transaksi berkaitan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pembebasan itu walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.



Apa yang menarik, mahkamah yang melepaskan Musa Aman tetapi Khalid Samad pula yang meroyan...😇😇😇

Malah Khalid menuduh keputusan mahkamah itu dipengaruhi oleh campurtangan politik.

Mungkin Khalid lupa, ini era pemerintahan Perikatan Nasional dan bukannya lagi era pemerintahan Pakatan Harapan.

Kalau era Pakatan Harapan tidak hairan kes yang sedang berjalan di mahkamah dan sebahagian saksi sudah pun dipanggil tetapi boleh digugurkan tanpa sebarang sebab dan alasan yang munasabah.

Atau Khalid main hentam keromo tanpa meneliti sebab-sebab mengapa mahkamah membebaskan Musa Aman dari tuduhan rasuah.

Jadi Khalid sila hadamkan betul-betul fakta di bawah ini :

Kenyataan Dari Peguam Negara





Dalam satu kenyataan media, Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas Musa Aman setelah mendapat afidavit yang bertarikh 5 Jun 2020 dari mantan Peguam Negara, Gani Patail.







Dalam afidavit tersebut, Gani Patail secara jelas menyokong supaya tuduhan ke atas Musa digugurkan.

Alasan yang diberikan oleh Gani Patail ialah selepas siasatan penuh dijalankan, mendapati wang tersebut adalah sumbangan politik.

Keputusan yang dibuat itu adalah secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali.

"Selepas kertas siasatan dikaji dan diteliti daripada sudut perundangan, bekas Peguam Negara menggunakan budi bicara beliau dan memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan pendakwaan."

"Oleh kerana terdapat representasi dan perkembangan terbaru dalam bentuk afidavit bekas Peguam Negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula keseluruhan keterangan bagi kes ini."

"Selepas meneliti semua keterangan sedia ada dan selepas perbincangan dengan pasukan pendakwaan serta siasatan bagi kes ini, saya memutuskan untuk menarik balik semua tuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman."

Selain dari afidavit yang diterima dari Gani Patail, Peguam Negara, TS Idrus Harun, juga memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat setelah perkembangan terkini kes itu seperti dokumen dan saksi tidak mewajarkan untuk kes itu diteruskan (BACA DI SINI).

Untuk mengetahui sama ada pendakwaan kes tersebut atau pengguguran kes tersebut yang bersifat politik, Khalid boleh merujuk kepada penjelasan dari DS Najib (BACA DI SINI).





Dan untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang konspirasi yang  sebenarnya didalangi oleh Shafie Apdal dan anak saudaranya mengenai kes tuduhan ke atas Musa Aman, Khalid boleh tonton klip video di atas.


Jadi tidak perlulah Khalid mempolitikkan keputusan mahkamah itu atau menuduh kononnya keputusan mahkamah tersebut dibuat kerana ada ampurtangan politik.

Sekali lagi admin mahu tegaskan, ini zaman pemerintahan Perikatan Nasional dan bukannya zaman Pakatan Harapan di mana Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM malah mahkamah juga mesti akur dengan kehendak pemimpin politik.

Tuesday, June 9, 2020

RM250,000 Dalam Bilik Syed Saddiq, RM600,000 Dalam Rumah Budak Armada, Dr Mahathir Tak Nak Buat PC Ker?

|0 comments

Penyelewengan, salah laku dan rasuah Armada terbongkar.

SPRM telah menahan 5 orang pemimpin Armada untuk disoal siasat dalam kes penyelewengan dana kerajaan dan kutipan derma dari orang ramai (BACA DI SINI).



Bermula dari lapuran kehilangan RM250,000 tunai dari simpanan Syed Saddiq, kini terbongkar banyak lagi penyelewengan duit dana Kementerian Belia dan Sukan sewaktu Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan hingga penyelewengan duit hasil dari kutipan derma orang ramai (BACA DI SINI).

Modus operandinya mudah.

Tubuhkan syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise, kemudian buka akaun simpanan dan war-warkan kepada orang ramai bahawa tujuan penubuhan adalah untuk tujuan kebajikan

Kutipan derma tetap diteruskan walau pun syarikat yang ditubuhkan sudah ditamatkan operasinya oleh ROS.

Bila ada berita tentang kemalangan atau pun kematian, maka ini bermakna ia adalah rezeki kepada puak-puak Armada yang berhati haiwan ini.

Duit kutipan derma itu akan dikeluarkan dan diisytihar sebagai digunakan untuk tujuan kebajikan tetapi sebaliknya ia disimpan dalam bentuk tunai untuk mematikan 'money trail' duit haram tersebut!!!

Sebab itu bila SPRM buka kertas siasatan RM250,000 Syed Saddiq, maka tembelang Armada terbongkar satu persatu.

SPRM jumpa RM400,000 tunai dalam almari bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, yang cuma mempunyai jawatan dalam parti dan baru 22 bulan dilantik ke jawatan lantikan politik dalam KBS adalah sesuatu yang sangat-sangat meragukan.

Rafiq juga disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Kementerian Belia dan Sukan sebanyak R50 juta sewaktu Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan (BACA DI SINI).


Malah dari sumber yang dipercayai, dilapurkan sebanyak RM120,000 telah dipindahkan ke dalam akaun ASB peribadi Syed Saddiq (BACA DI SINI).

Apa yang dilakukan oleh budak-budak Armada ini ibarat mengambil kesempatan di atas kesempitan orang adalah sangat-sangat menjijikkan.

Kita 'throw back' gunakan mesin masa, di dalam Dewan Rakyat, Syed Saddiq pernah bersumpah menggunakan nama Allah SWT bahawa beliau akan bersara sekiranya terdapat kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam Kementerian Belia dan Sukan yang beliau terajui ketika itu (BACA DI SINI), maka persoalannya, apakah Syed Saddiq kini sedang ditimpa sumpah beliau sendiri?

Dengan perkembangan terbaru ini, apakah Dr Mahathir sekali lagi akan memanggil wartawan asing untuk membuat sidang media?

Monday, June 8, 2020

Wow!!! Sultan Johor Call Anwar Untuk Take Over Johor Dan Jadi Perdana Menteri...🤣🤣🤣

|0 comments

Ini baru gempak derrr...

Anwar dakwa DYMM Sultan Johor call suruh Anwar take over Johor...🤣🤣🤣

Betul-betul cannot brain penipuan terbaru Bang Non nie...😇😇😇

Chegu Bard, bekas Ketua Cabang PKR Rembau kata :

"Dia (Anwar) bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan".

Tambah Chegu Bard lagi :

"Dia juga menyebut beberapa Raja Raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,"

Tapi dengan syarat utamanya ialah kerajaan tanpa Dr Mahathir (BACA DI SINI)...😂😂😂

Jelas Anwar semakin tertekan dan semakin meroyan selepas Dr Mahathir adakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang baharu, Anwar juga semakin tertekan bila menyaksikan satu demi satu negeri yang dikuasai Pakatan Harapan tumbang ke tangan gabungan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

Kini gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional menguasai 8 negeri, Johor, Melaka, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu manakala 1 negeri di bawah GPS yang mesra kepada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional iaitu Sarawak.


Terkini angin bertiup kecang dari Sabah yang membawa berita kerajaan Warisan/Pakatan Harapan bakal tumbang kepada Muafakat Nasional/Perikatan Nasional (BACA DI SINI).

Lebih membingungkan Anwar, bila usaha sudah digerakkan untuk Muhyiddin dab PPBM kembali ke pangkuan UMNO (BACA DI SINI).

Kalau usaha yang digerakkan berjaya, bukan sahaja Anwar, malah Dr Mahathir dan juga Pakatan Harapan boleh melupakan terus impian untuk kembali ke Putrajaya.

Malah seperti yang diramalkan oleh Dr Mahathir, PPBM akan lenyap dari landskap politik tanah air pada tahun 2020.

Satu perkara yang tidak pernah diambil iktibar oleh Dr Mahathir dan Anwar, persngketaan mereka telah memecahbelahkan bangsa dan menghuru-harakan negara.

Dan satu perkara yang tidak penah diambil iktibar oleh pentaksub kedua-dua pemimpin itu ialah persengketaan yang tiada kesudahan kedua mereka telah memudaratkan negara dari setiap sudut.

Kedua-dua mereka MESTI ditolak dan kepimpinan tertinggi negara mesti diberikan kepada barisan pemimpin yang mengutamakan agama, bangsa dan negara dari kepentingan dan dendam peribadi.

Sunday, June 7, 2020

Cabar Mahathir Arah Saddiq Dan GF Buat Laporan Polis Salahlaku SPRM

|0 comments
Updated : 10.36 am


Semuanya bermula bila Syed Saddiq membuat lapuran polis tentang kehilangan duit tunai RM250,000 yang beliau simpan dalam peti tunai di dalam rumah beliau (BACA DI SINI).

Ibarat membuka pekong di dada, akhirnya satu persatu salah laku Syed Saddiq terbongkar.

Bermula dari netizen persoalkan macam mana Syed Saddiq boleh mempunyai duit tunai hingga RM250,000 sampai ke skandal seks Syed Saddiq didedahkan.


Sedikit komen tentang selera Syed Saddiq, nampaknya beliau bernafsu pada perempuan berkulit putih, muka bujur sirih dan berambut panjang.

Boleh tahan juga selera budak nie, asal ada 3 ciri WAJIB tu, tak kira Melayu, Cina atau lain-lain bangsa, pasti jadi habuan nafsu serakah Syed Saddiq...😋😋😋

Tapi admin tidak mahu fokus sangat dengan skandal-skandal Syed Saddiq.

Macam yang admin tuliskan, segalanya bermula bila Syed Saddiq buat lapuran polis mengenai kehilangan tunai RM250,000 dari peti tunai dalam rumah beliau.


Dia tuduh orang gaji, janda Setiawangsa yang pada awalnya Syed Saddiq dakwa kononnya 'Bibik' sebab hendak 'cover' bersekedudukan serumah.


'Bibik' Syed Saddiq yang rasa teraniaya dan tertipu buat pendedahan video tentang hubungan beliau dengan Syed Saddiq.

Bila siasat dimulakan tentang duit RM250,000 itu, lagi banyak yang terbongkar.


Bagi membantu siasatan berkenaan duit Syed Saddiq yang didakwanya hilang itu, SPRM telah menahan Bendahari Armada, Rafiq Hakimi Razali.





Maka terbongkar, selain dari sumber duit RM250,00 itu diragui, Armada juga telah menipu orang awam dengan mengutip derma dan disalurkan ke dalam akaun syarikat Armada Bersatu walau pun selepas syarikat tersebut ditutup operasinya (BACA DI SINI).

Jadi dakwaan Syed Saddiq yang kononnya duit RM250,000 itu adalah simpanan dari kecil dan kemudiannya tukar pulak kepada simpanan bersama ayah dan ibu beliau hanyalah hiburan semata-mata...😂😂😂

Syed Saddiq juga dakwa dia beli rumah dengan duit mak bapak dia dan kononnya dia tidak ada rumah.

Dari sumber yang dipercayai, Syed Saddiq sebenarnya rumah yang Syed Saddiq duduk itu adalah rumah beliau sendiri dan Syed Saddiq membelinya secara tunai!!!

Banyak juga duit Syed Saddiq nie sebab itu SPRM mahu melakukan siasatan menyeluruh supaya dapat dibongkar sehingga ke akar umbi.

Sama ada Syed Saddiq dan Armada terlibat dalam penyelewengan duit Kementerian Belia dan Sukan atau ada penaja dari taikun-taikun tertentu atau kedua-duanya sekali.


Salah seorang taikun yang dikatakan sponsor Armada ialah kroni Dr Mahathir, Vincent Tan.

Biasalah, ada ubi, ada batas (BACA DI SINI).

Tapi khabarnya duit tidak masuk ke dalam akaun Armada tapi terus ke tangan Syed Saddiq, mungkin sebab itulah dalam peti tunai Syed Saddiq saja ada RM250,000!!!

Kita tunggu sahaja apa kesudahannya siasatan SPRM mengenai dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram (AMLA) terhadap Armada.


Ulya dengan angkuhnya kata tidak takut dan siasatan yang dilakukan itu adalah siasatan yang tidak berasas kerana tidak mempunyai sebarang bukti.

Ulya kena hati-hati.

Sebab ada desas desus yang mendakwa ada individu tertentu dari kepimpinan ARMADA dikenali sebagai broker Madzlee Malek.

Admin cuma hendak ingatkan, jangan nanti bila SPRM cekup seorang demi seorang, kau orang mulakan balik ratib Najib, UMNO dan Barisan Nasional!!!


Tapi dari sidang media yang Dr Mahathir buat pada wartawan asing, jelas Dr Mahathir sudah risau dengan hasil siasatan itu nanti.

Punyalah hendak 'cover' dan memburukkan kerajaan pada wartawan asing, Dr Mahathir siap menipu kononnya Nurul Hidayah, pegawai Syed Saddiq disoal siasat dalam bilik gelap.


Sedangkan dalam sidang media Nurul Hidayah, tidak pula dia beritahu yang dia disoal siasat dalam bilik gelap!!!


SPRM juga sudah jawab tuduhan Nurul Hidayah dan mengesahkan apa yang dikatakan Nurul Hidayah adalah fitnah (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Abe Lim Tak Ada Dalam Gambar Nie Sebab Gambar Lama
Mungkin Masa Tu Belum Kenal Lagi Kut...😂😂😂

Kalau betul apa yang Dr Mahathir dakwa itu, suruhlah Syed Saddiq dengan 'girl friend' baru dia itu, Abe Lim, buat lapuran polis atas salah laku SPRM.

Abe Lim pun bukan kaleng-kaleng (BACA DI SINI).

Saturday, June 6, 2020

Dr. Mahathir Dan Pakatan Harapan Akan Singkirkan Anwar Sekali Lagi?

|0 comments

MPT PPBM selesai menggadakan mesyuarat dengan Presiden PPBM yang juga merangkap Pemangku Pengerusi PPBM, Muhyiddin Yassin pada 4 Disember 2020 jam 11.50 malam.

Dalam mesyuarat tersebut, MPE PPBM telah mengesahkan keahlian 5 orang ahli PPBM, mantan Pengerusi, Dr. Mahathir, mantan Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir, mantan Ketua Armada, Syed Saddiq serta Maszll Malik dan Amiruddin Hamzah telah terhenti aka dipecat dari PPBM.

Mereka berlima disahkan bukan lagi ahli PPBM ysng berdaftar.

Di hari yang sama, Dr. Mahathir pula mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan.

Yang menarik, pertemuan Dr. Mahathir dengan pemimpin Pakatan Harapan yang terdiri dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Presiden Warisan Shafie Apdal, mantan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dan mantan Setiausaha Agung PPBM, Marzuki tanpa kelibat Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim (BACA DI SINI).

Pertemuan Dr. Mahathir dengan pemimpin Pakatan Harapan tanpa Anwar Ibrahin atau mana-mana wakil PKR itu adalah kali kedua.

Untuk rekod, kali pertama adalah selepas Parlimen bersidang semasa mereka membuat sidang media di lobi Parlimen.


Sementara itu di sebelah malam pula, Pengerusi PPBM dan Presiden PKR pula mengadakan pertemuan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution tanpa ada kelibat Dr. Mahathir atau mana-mana wakil dari beliau (BACA DI SINI).

Dalam satu artikel yang ditulis oleh Sofea Amelia dan disiarkan oleh MYKMU.NET menyatakan kononnya Dr. Mahathir telah bersetuju Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya sekali lagi dengan syarat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (BACA DI SINI).

Pertemuan berasingan Dr. Mahathir dan Anwar bersama pemimpin PPBM adalah petanda yang sangat jelas kepada kita, sebenarnya Pakatan Harapan masih belum dapat menyelesaikan masaalah terbesar yang menghantui mereka dan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan yang mereka tubuhkan selama 22 bulan, iaitu siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir atau Anwar Ibrahim.


Dan kalau rakyat memberikan mereka mandat sekali lagi dalam PRU 15, kemelut yang sama tetap akan berulang.

Pakatan Harapan terutamanya DAP sedar, mereka perlukan sokongan undi Melayu sekiranya mahu kembali ke Putrajaya sekali lagi dan untuk itu mereka perlukan Dr. Mahathir.

Namun Pakatan Harapan juga sedar, sokongan undi Melayu kepada Dr. Mahathir semakin merudum sejak kebelakangan ini dan memburukkan keadaan lagi, Pakatan Harapan berisiko akan kehilangan Ahli Parlimen PKR sekiranya Anwar Ibrahim yang sudah 2 kali dipermainkan Dr. Mahathir bertindak balas.

Dan dalam keadaan sekarang di mana Dr. Mahathir sudah tersingkir dari PPBM, Pakatan Harapan juga sedar Dr. Mahathir lebih memerlukan Pakatan Harapan dari Pakatan Harapan memerlukan Dr. Mahathir.

Namun sekiranya Pakatan Harapan mencalonkan Anwar Ibrahim dan tidak mendapat persetujuan dari Dr. Mahathir, Pakatan Harapan terutamanya DAP tahu pengaruh Anwar tidak cukup kuat untuk membawa mereka sekali lagi ke Putrajaya.

Anwar sudah melakukannya dalam 4 Pilihanraya Umum tetapi terbukti gagal.


Sebenarnya, tiada dan tidak akan ada persefahaman antara Dr. Mahathir dan Anwar mengenai perebutan siapa bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya kembali ke Putrajaya.

Sebab itulah pertemuan antara Dr. Mahathir dan Anwar terpaksa dilakukan secara berasingan.

Pertemuan antara Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan pastilah membincangkan hasil pertemuan pemimpin parti Pakatan Harapan dengan Dr. Mahathir, manakala pertemuan dengan Dr. Mahathir pula membincangkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya kembali ke Putrajaya atau mungkin membincangkan bagaimana hendak menyingkirkan Anwar sekali lagi dari perebutan kerusi Perdana Menteri!!!

Friday, June 5, 2020

Amaran DYMM Sultan Johor Kepada Politikus Johor

|0 comments
 

Kesabaran DYMM sudah sampai ke kemuncaknya.

Dalam titah baginda yang di muat naik dalam Facebook, baginda memberikan amaran supaya politikus di Johor mengutamakan rakyat dari bercakaran sesama sendiri kerana gila kuasa.

Ada asas yang sangat kukuh kemurkaan baginda itu.




Dalam masa 2 tahun, Johor sudah mempunyai 3 Menteri Besar, Osman Sapian (PH/PPBM), Dr. Sahruddin Jamal (PH/PPBM) dan Hasni Mohammad (UMNO/barisan Nasional) (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).

Kita baca titah DYMM Sultan Johor dalam akaun Facebook rasmi bginda :
Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.

Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.

Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri.

Hadis Rasulullah SAW :

Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan, lalu Rasulullah SAW bersabda :

"Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan."

(Sahih al-Bukhari, no: 7149)

FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kemelut politik Johor bergolak kembali bila ada beberapa pihak dari PPBM tidak berpuas hati kerana tidak mendapat beberapa jawatan penting baik dalam kerajaan negeri mahu pun dalam GLC Negeri Johor.


Walau pun pihak kepimpinan PPBM negeri Johor sedang berusaha untuk menyelesaikannya (BACA DI SINI), namun ianya sengaja terus dibangkitkan untuk menghangatkan suhu politik di Johor (BACA DI SINI).

Ibarat menangguk di air yang keruh, kesempatan ini pantas di ambil oleh DAP dan PAN yang bertindak sebagai batu api (BACA DI SINI).


Keadaan menjadi semakin tegang bila ADUN Permas, Che Zakaria yang terkenal dengan sifat lalang beliau (BACA DI SINI), mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Johor memecat beliau dari jawatan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG) (BACA DI SINI).

Seharusnya Kerajaan Perikatan Nasional Negeri Johor mestilah lebih bijak dan berhati-hati dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil.

Ingatlah pesanan orang-orang tua kita, di kalangan kawan kita terdapat musuh yang tidak kita ketahui tetapi di dalam kalangan musuh tidak terdapat kawan kita.

Hentikan permainan politik, janganlah bila mendapat kuasa, kita ibarat anak serani dapat basikal, turun bukit pun hendak kita kayuh, bila sampai ke jalan yang landai, kita sudah kehilangan tenaga, apa tah lagi kalau sampai ke jalan yang berbukit.

Hadamkan baik-baik apa yang disampaikan oleh DYMM Sultan Johor dalam amaran baginda, kalau tidak Kerajaan Negeri Johor sekarang akan mencipta sejarah dunia bila menjadi sebagai kerajaan tersingkat memerintah.

Wednesday, June 3, 2020

Pemimpin Pakatan Harapan Sendiri Tidak Setuju Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Yassin

|0 comments

Semalam laman blog ini menulis tentang keraguan kebenaran dakwaan team pro Dr. Mahathir yang mendakwa telah mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI).

Hari ini admin menulis tentang rancangan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang sebenarnya tidak dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Harapan.


Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membincangkan agenda mengenai perjalanan Pakatan Harapan ke Putrajaya.

Kata Salahuddin, Pakatan Harapan sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi dan Pakatan Harapan boleh kembali ke Putrajaya sebelum Parlimen bermula pada Julai ini (BACA DI SINI).

Apakah benar apa yang dikatakan oleh Salahuddin itu?

Jika betul cukup nombor :

} Pakatan Harapan tidak akan mendedahkannya kerana ini akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengatur strategi.

 } Pakatan Harapan tidak akan mendedahkannya sebaliknya akan terus menghadap SPB YDP Agong untuk menubuhkan kerajaan.

} Muhyiddin akan menggunakan peruntukan perlembagaan untuk menasihatkan SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen.

Jika dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen, SPB YDP Agong akan melakukannya dari membiarkan kitaran politiking tak berkesudahan.

Jika ini berlaku, imej Pakatan Harapan akan jatuh merudum kerana mengingkari titah SPB YDP Agong supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.

Jika Parlimen dibubarkan, ramailah Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan sendiri yang tidak akan ada peluang untuk menikmati pencen sebagai Ahli Parlimen dan Perikatan Nasional mempunyai kelebihan yang besar dalam PRU 15 kerana ia akan berperanan sebagai 'caretaker government'.

Pakatan Harapan akan mengalami penolakan besar-besaran dalam PRU baru berdasarkan sentimen semasa rakyat.


Ianya diakui oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyebut:

"In the event of dissolution of Parliament, the risk of losing power to PAS and UMNO/MCA/MIC is very real".


Perkara yang sama juga diakui oleh pemimpin PKR, Nik Azmi Nik Ahmad :

"While concerns about its infighting and disunity are valid, Perikatan Nasional will likely hold together until the 15th general election" (BACA DI SINI).

Beranikah Pakatan Harapan mengambil risiko sangat besar ini?

Cakap-cakap cukup nombor ini sebenarnya hanyalah agenda peribadi Dr Mahathir serta psy-war Pakatan Harapan untuk menakutkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Harapan dari terus menyertai Perikatan Nasional sahaja.

Tuesday, June 2, 2020

GPS Sarawak Dan PPBM Sabah Sokong Muhyiddin, Celah Mana Dapat Angka 129 Tu?

|0 comments

Ada pihak dakwa Dr. Mahathir sudah ada nombor yang cukup untuk jatuhkan Muhyiddin Yassin.

Betulkah apa yang didakwa atau hanya sekadar psywar dari team Dr. Mahathir?

GPS Sarawak Sudah Nyatakan Sokongan Kepada Muhyiddin


Tidak pelik kalau GPS Sarawak keluarkan kenyataan menolak sokongan kepada Dr. Mahathir (BACA DI SINI).


Kerana walau pun sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali selama 22 tahun + 22 bulan, Dr. Mahathir sering mengingkari janji beliau kepada Sarawak.

Malah Sarawak dianggap sebagai negeri kelas oleh Dr. Mahathir.

Hanya selepas DS Najib menjadi Perdana Menteri, barulah pembangunan rancak di Bumi Kenyalang itu.

Maka sudah jelas Ahli Parlimen dari GPS menolak Dr. Mahathir.

GPS Sarawak mempunyai 19 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Setakat ini kesemua mereka menyatakan sokongan padu untuk mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

PPBM Sabah Nyatakan Sokongan Kepada Muhyiddin


Sementara itu, PPBM Sabah sudah keluarkan kenyataan mereka menyokong kepimpinan Muhyiddin secara rasmi

Ini bermakna 5 Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM tidak akan menyokong undi tidak percaya yang akan diusulkan oleh Dr. Mahathir (BACA DI SINI).


Perkiraan yang cukup sudah.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan sebelum tumbang ialah 125 orang.

Namun, sewaktu Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu, kedudukan sudah berubah menjadi 115 Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan 107 Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Walau pun dijangkakan akan ada Ahli Parlimen yang akan melompat, namun bukan dari kerusi kerajaan kepada kerusi pembangkang tetapi dari kerusi pembangkang kepada kerusi kerajaan.

Angka 129 yang digembar gemburkan itu bukanlah angka baru yang diperolehi tetapi adalah angka sokongan Ahli Parlimen yang bersetuju membentuk kerajaan tanpa DAP sewaktu kemelut politik Februari lalu (BACA DI SINI).

Ia sengaja dikitar semula sebagai serangan psikologi kepada Perikatan Nasional.

Hakikatnya, Dr. Mahathir semakin kehilangan kepercayaan bukan sahaja dari Pakatan Harapan malah dari PPBM sendiri.

Monday, June 1, 2020

RM50 Juta Untuk Satu Undi Tidak Percaya?

|0 comments

Dr. Mahathir sedang mengamuk.

Apa saja yang dia lakukan untuk dapat balik kuasa yang dia sendiri lepaskan pada akhir Februari lalu tidak menjadi.



Dan jangan lupa, bila Dr. Mahathir marah, beliau akan menjadi seorang yang cukup merbahaya, seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor.

Seperti yang Joceline Tan tulis dalam The Star, "Mahathir On The Warpath" (BACA DI SINI).

Tetapi Dr. Mahathir sekarang berada dalam keadaan yang jauh berbeza dari sebelum ini.

Sangat jelas bagi DAP, Dr. Mahathir sudah tidak ada 'political value' yang boleh membawa mereka kembali ke Putrajaya.

Anwar pula ibarat sudah membakar jambatan dengan Dr. Mahathir.

Tindakan Anwar dan PKR boikot sidang media yang Dr. Mahathir adakan selepas Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu adalah mesej yang cukup jelas kepada Dr. Mahathir bahawa Anwar sudah tidak mempercayai beliau lagi.

Tapi Anwar pun lemah. 

Saki baki 1/3 PKR sudah letih dan muak mengikut telunjuk DAP yang jelas menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan jelas sudah tidak bersama Dr. Mahathir.

Penyokong Dr. Mahathir cuma tinggal beberapa kerat dalam Parlimen.

Dalam PPBM, parti yang diasaskan Dr. Mahathir atas ehsan DAP pun cuma tinggal segenggam pentaksub dan yang konon berprinsip tapi dah ke gaung.

Bila-bila masa Muhyuddin boleh campak keluar.

Hendak harapkan penyokong dalam selimut UMNO untuk bawa Dr. Mahathir balik kepada UMNO, mereka mesti fikir panjang sebab hampir keseluruhan akar umbi UMNO sudah berikan mesej yang sangat jelas menolak malah sangat-sangat membenci Dr. Mahathir.

Dari bawa balik Dr. Mahatir, lebih baik bawa balik Muhyiddin ke pangkuan UMNO.

Dr. Mahathir Akan 'Shopping' Sakan Untuk Penuhi Nafsu Sarakah Politik Beliau


Satu-satunya pilihan yang Dr. Mahathir ada ialah dengan membeli seberapa ramai yang boleh Ahli Parlimen supaya menyokong undi tidak percaya yang akan beliau adakan nanti.

Ini adalah strategi terakhir dan Dr. Mahathir berada dalam keadaan 'DO' or 'DIE'.

Sekiranya gagal membeli Ahli Parlimen, Dr. Mahathir bakal mengakhiri karier politik dan mungkin juga hayat beliau dalam keadaan yang cukup hina.

Bukan sahaja beliau akan diingat sebagai pemimpin yang ditolak oleh gabungan parti dalam Pakatan Harapan, malah ditolak oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Rakyat pula akan mengingati beliau sebagai Bapa Kehancuran Negara.

Segala jasa-jasa beliau (sekiranya layak dipanggil jasa) selama 22 tahun akan terhapus.



Deretan kes mahkamah berkenaan salah guna kuasa, rasuah dan AMLA akan menunggu Dr. Mahathir.

Jadi, untuk mengelakkan itu semua berlaku, beli sahaja Ahli Parlimen.

Untuk membayar seorang Ahli Parlimen RM10 juta atau RM20 juta atau RM50 juta bukanlah masaalah yang besar bagi Dr. Mahathir yang memiliki kekayaan beratus bilion ringgit.

Tawar menawar dijangka akan berlaku dan mungkin sedang berlaku sekarang ini.

Dr. Mahathir pun sudah beberapa kali bagi clue, Muhyiddin mempunyai majoriti yang sangat sedikit, kalau 3 atau 4 orang Ahli Parlimen berpaling tadah, Muhyiddin akan jatuh.

Broker-broker sedang hadapi hari-hari yang sibuk sekarang ini hingga Parlimen bersidang pada Julai nanti.

Pelacur-pelacur politik akan menanti-nantikan kedatangan broker kepada mereka.

Persetankan prinsip dan perjuangan politik dan parti.

Hanif Khatri and gang did meet and claimed to have consummated a deal on raya ke dua.


Claimed PM, DPM sorted out and agreement with PH has specific terms.

Shahbudin started drumming up. 

RPK overspin Shahbudin punya spin dengan mendakwa Dr. Mahathir sudah ada 129 sokongan Ahli Parlimen. 

He denied and got discredited.

Dr. Mahathir and PAN's were spinning thus no more believable.

Zakhir pula claimed, 3 orang Ahli Parlimen dari team Muhyiddin sudah diberikan tawaran tetapi mereka tolak.

Sumber mengatakan setiap Ahli Parlimen yang ditemui telah ditawarkan sebanyak RM50 juta!!!

Dr. Mahathir juga sedang berperang dengan masa kerana Parlimen dijangka akan bersidang sepenuhnya bermula bulan Julai.

Kejayaan atau kegagalan Dr. Mahathir akan bergantung kepada keimanan dan istiqomah Ahli Parlimen dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

Namun, bagi yang bersedia menjadi pelacur politik untuk dilanggani Dr. Mahathir, bersedialah terima hukuman dari rakyat pada PRU 15 nanti!!!

Sunday, May 31, 2020

Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

|0 comments


Kalau pendedahan ini dilakukan oleh pemimpin UMNO atau PAS, pastinya Pakatan Harapan akan katakan ianya adalah satu pembohongan yang bermotifkan politik.

Kita menunggu respon dari Pakatan Harapan bila ianya didedahkan sendiri oleh bekas pemimpin Pakatan Harapan dan juga bekas Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam penyiasatan tuduhan Lim Guan Eng terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh melenyapkan duit kutipan GST sebanyak RM19 bilion.

Kita baca pendedahan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin (dahulu PKR sekarang bersama PPBM) :

Antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara.

Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. 

Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok.

Saya telah memberitahu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketika saya menganggotai jawatankuasa tersebut, supaya bercakap benar.



Tetapi YB Wong Chen (PKR), menyuruh saya ikut saja dan berkata : 

"Biar DAP uruskan perkara ini". 

"Kita kena menyokong kerajaan yang sedang memerintah".

Saya bertegas dan beritahu anggota di PAC, bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah tidak benar. 

Kita mempunyai tanggungjawab berkata benar.

Saya katakan kepada mereka ketika prosiding PAC : 

"Apa peranan kita di sini sekiranya apa yang kita katakan tidak benar” (boleh rujuk hansard PAC)."

2 minggu selepas itu, saya telah digugurkan dari PAC.

Saya tidak menyesal digugurkan dari PAC kerana jawatan tersebut bukan ada gaji atau imbuhan tambahan lain.

Tetapi saya paling kesal kerana kami (termasuk saya pada ketika itu) datang dari parti reformasi yang memperjuangkan keadilan, menentang kleptokrasi, bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti akan tetapi kita tidak amalkan apa yang kita perkatakan.

Sekarang saya boleh beritahu kepada semua kerana perkara ini tidak lagi di kenakan embargo.

Willie Mongin
Bekas Ahli Jawatankuasa PAC
Ahli Parlimen Puncak Borneo (Ex-PKR now PPBM)



Sudah jelas lagi bersuluh, penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat adalah penipuan yang disengajakan dan beliau mengetahui fakta sebenar.

Tetapi Lim Guan Eng dengan angkuhnya enggan meminta maaf atas tuduhan tersebut.

Malah Speaker Dewan Rakyat, Mohd. Arif, juga bersubahat bila menolak usul merujuk Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Parlimen kerana menipu (BACA DI SINI).

Menipu Dewan Rakyat dan bersubahat dalam penipuan dalam Dewan Rakyat adalah satu kesalahan yang sangat serius.

Zaman pemerintahan Pakatan Harapan perkara ini telah ditutup tetapi Kerajaan Perikatan Nasional mestilah mengambil tindakan yang tegas terhadap isu ini kerana ianya telah dilakukan oleh Menteri Kewangan (ketika itu) dan Speaker Dewan Rakyat.

Integriti dan akauntibiliti Dewan Rakyat mesti dipertahankan.

Saturday, May 30, 2020

Dr. Mahathir Meroyan Selepas Di Pecat PPBM, Arahkan Orang Luar PPBM Pecat SUK...😂😂😂

|0 comments

Apa sudah jadi dengan parti PPBM?

Apakah Presiden PPBM, Muhyiddin, sudah hilang kawalan terhadap partinya sendiri atau PPBM sudah menjadi parti sarkas atau Dr. Mahathir sudah meroyan kerana dipecat dari PPBM? (BACA DI SINI).


Perkembangan terkini, selepas SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi memecat Dr. Mahathir bersama 4 lagi Ahli Parlimen PPBM, Marzuki Cambridge pula memecat SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi (BACA DI SINI)...😲😲😲

You scratch my back, I scratch yours...🤭🤭🤭

Persoalannya, adakah 'pemecatan' yang Marzuki lakukan itu sah?


Marzuki sebenarnya sudah dipecat dari jawatan Setiausaha Agung PPBM berkuatkuasa 18 Mac 2020 (BACA DI SINI).

Ini bermakna, Dr. Mahathir mengarahkan orang dari luar PPBM memecat Setiausaha Kerja PPBM yang sah mengikut perlembagaan...😂😂😂

'Rule of law' mana yang digunakan untuk mengambil tindakan tersebut?

Jelas Dr. Mahathir sudah berjaya menjadikan PPBM sebuah parti yang menjadi bahan lawak bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Elok juga dijadikan bahan lawak untuk hilangkan stress dalam musim PKPB nie...🤣🤣🤣

Namun dari satu sudut, timbul pertanyaan, apakah Muhyiddin sudah hilang kawalan ke atas PPBM atau Dr. Mahathir and the gang tengah meroyan sebab kena pecat?

Friday, May 29, 2020

Akhirnya Dr. Mahathir Di Pecat Dari PPBM

|0 comments

Keadaan menjadi semakin sukar bagi Dr. Mahathir bila parti PPBM yang beliau sendiri tubuhkan mengambil tindakan memecat keahlian beliau dari PPBM (BACA DI SINI).


Surat rasmi PPBM yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja PPBM, Kapten (B) Muhammad Suhaimi bin Yahya telah menamatkan teka-teki sama ada PPBM berani mengambil tindakan tatatertib ke atas Dr. Mahathir , Mukhriz, Maszlee dan Amiruddin Hamzah.



Pemecatan itu dilakukan ekoran tindakan Dr. Mahathir dan 4 Ahli Parlimen itu berdegil untuk duduk di blok pembangkang sewaktu Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu, walau pun amaran sudah diberi oleh PPBM mengenai kemungkinan tindakan pemecatan sekiranya mereka masih berdegil untuk berada di barisan pembangkang sedangkan PPBM merupakan sebahagian dari kerajaan.

Fasal 10.2.3 Perlembagaan PPBM menyatakan, pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

Bolehkah Dr. Mahathir Di Angkat Sebagai Perdana Menteri Sekiranya Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Berjaya? 




Percaturan politik menjadi semakin menarik sekarang :

- Apakah Dr. Mahathir akan tetap medapat kepercayaan dan sokongan dari Pakatan Harapan dalam undi tidak percaya yang akan beliau usulkan nanti memandangkan Dr. Mahathir sekarang adalah Ahli Parlimen bebas yang tidak menyertai mana-mana parti politik?

- Atau Pakatan Harapan hanya akan menggunakan Dr. Mahathir?

Sekiranya usul undi tidak percaya itu berjaya, maka Dr. Mahathir akan dinafikan jawatan Perdana Menteri atas alasan beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

- Atau Dr. Mahathir terpaksa menyertai parti politik yang lain sama ada PAN atau DAP.

Namun besar kemungkinan Dr. Mahathir akan menyertai PAN dan terpaksalah beliau bertuankan Mat Sabu...😂😂😂

Apakah Dr. Mahathir sanggup bertuankan Mat Sabu yang bertuankan DAP dan PKR?

Namun apakah pilihan yang Dr. Mahathir ada sekarang kerana PKR sudah pasti menolak penyertaan Dr. Mahathir dalam parti tersebut.

Atau Mat Sabu akhirnya akan dijinakkan oleh Dr. Mahathir!!!

Tindakan memecat Dr. Mahathir merupakan pengisytiharan perang Muhyiddin atau PPBM ke atas Dr. Mahathir.

Seperti yang kita ketahui, Dr. Mahathir tidak akan berdiam diri apabila diserang sebegitu rupa.



Malah dikatakan beliau sudah pun memulakan langkah untuk melakukan serangan habis-habisan ke atas Muhyiddin Yassin.
Apakah ini merupakan penghujung karier politik Dr. Mahathir dengan keadaan yang cukup mengaibkan?


Atau apakah ini kifarah dari Allah SWT ke atas Dr. Mahathir yang selama ini terlalu banyak memecahbelahkan bangsa Melayu dan Allah SWT membalas dengan parti yang beliau sendiri tubuhkan di atas ihsan DAP memecat beliau?

Apa pun alasan atau penyebabnya, Dr. Mahathir kini sebenarnya sedang menerima seksaan zahir dan batin dari Allah SWT kerana keangkuhan dan ketamakan beliau.

fda