Monday, June 8, 2020

Wow!!! Sultan Johor Call Anwar Untuk Take Over Johor Dan Jadi Perdana Menteri...不不不


Ini baru gempak derrr...

Anwar dakwa DYMM Sultan Johor call suruh Anwar take over Johor...不不不

Betul-betul cannot brain penipuan terbaru Bang Non nie...

Chegu Bard, bekas Ketua Cabang PKR Rembau kata :

"Dia (Anwar) bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan".

Tambah Chegu Bard lagi :

"Dia juga menyebut beberapa Raja Raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,"

Tapi dengan syarat utamanya ialah kerajaan tanpa Dr Mahathir (BACA DI SINI)...

Jelas Anwar semakin tertekan dan semakin meroyan selepas Dr Mahathir adakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang baharu, Anwar juga semakin tertekan bila menyaksikan satu demi satu negeri yang dikuasai Pakatan Harapan tumbang ke tangan gabungan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

Kini gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional menguasai 8 negeri, Johor, Melaka, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu manakala 1 negeri di bawah GPS yang mesra kepada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional iaitu Sarawak.


Terkini angin bertiup kecang dari Sabah yang membawa berita kerajaan Warisan/Pakatan Harapan bakal tumbang kepada Muafakat Nasional/Perikatan Nasional (BACA DI SINI).

Lebih membingungkan Anwar, bila usaha sudah digerakkan untuk Muhyiddin dab PPBM kembali ke pangkuan UMNO (BACA DI SINI).

Kalau usaha yang digerakkan berjaya, bukan sahaja Anwar, malah Dr Mahathir dan juga Pakatan Harapan boleh melupakan terus impian untuk kembali ke Putrajaya.

Malah seperti yang diramalkan oleh Dr Mahathir, PPBM akan lenyap dari landskap politik tanah air pada tahun 2020.

Satu perkara yang tidak pernah diambil iktibar oleh Dr Mahathir dan Anwar, persngketaan mereka telah memecahbelahkan bangsa dan menghuru-harakan negara.

Dan satu perkara yang tidak penah diambil iktibar oleh pentaksub kedua-dua pemimpin itu ialah persengketaan yang tiada kesudahan kedua mereka telah memudaratkan negara dari setiap sudut.

Kedua-dua mereka MESTI ditolak dan kepimpinan tertinggi negara mesti diberikan kepada barisan pemimpin yang mengutamakan agama, bangsa dan negara dari kepentingan dan dendam peribadi.

0 comments:

fda

Archives