Sunday, July 8, 2018

Pendedahan Eksklusif Dari Najib : Punca Sebenar Permusuhan Dengan Mahathir

|0 comments

"Kami (sebelum ini) mempunyai hubungan yang sangat akrab"...

"Kami menghabiskan banyak masa bersama, dia (Mahathir) akan jemput saya ke rumahnya untuk makan malam dan selepas itu kami akan ke bilik di tingkat atas rumahnya dan duduk, berbual"...


"Pada peringkat awal selepas saya menjadi perdana menteri, sekitar tahun 2009 dan walaupun selepas pilihan raya umum ke-13, kami masih mempunyai hubungan baik," katanya"...

Bagaimanapun, Najib berkata hubungan mereka menjadi tegang apabila Mahathir mula memintanya "perkara-perkara tertentu" yang sukar untuk di lakukannya...

Baca disini :

Antara Punca Keretakan Hubungan Baik Najib Dan Mahathir

Keakraban Hubungan Bertukar Menjadi Permusuhan Bila Tuntutan Peribadi Tak Di Turuti

Sementara itu, Najib juga menyebut beberapa faktor lain yang menyumbang kepada keretakan hubungan mereka...

Apakah 'faktor2' yang di maksudkan oleh Najib sebagai punca keretakan hubungan baik dengan Mahathir...

Isu PERKASA Dan Perkauman


Najib mendakwa Mahathir yang bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA, ketika itu, merasakan bahawa Najib 'terlalu tunduk' kepada masyarakat bukan Melayu...

Najib juga mendakwa program 1Malaysia yang bertujuan menggalakkan keharmonian etnik dan perpaduan negara adalah antara sebab yang menyaksikan hubungannya dengan Mahathir menjadi renggang...

Bagaimanapun, beliau berkata Mahathir yang berperanan dalam PERKASA dan kemudian menjadi  penaung kumpulan itu mengubah rentaknya selepas menyertai Pakatan Harapan dan menjenamakan dirinya semula sebagai seorang 'reformis'...


Di tanya apakah beliau percaya perubahan pemimpin berusia 93 tahun itu adalah benar atau sekadar oportunisme politik, Najib merujuk kepada rekod Mahathir...


Katanya, "Mahathir melabelkan DAP secara konsisten sebagai parti perkauman dan anti-Melayu"...

"Saya tidak serang DAP dengan cara itu, saya tidak kata DAP adalah anti-Melayu secara terang-terangan, tetapi saya prihatin terhadap beberapa dasar mereka," katanya...

Apabila di nyatakan bahawa antara tema Umno pusat semasa kempen PRU 14 adalah memomokkan DAP dengan isu bangsa dan agama, beliau menolaknya...

"Saya tidak secara khusus, tidak secara jelas berkata bahawa mereka adalah perkauman atau anti-Melayu atau anti-Islam tetapi saya menyatakan kebimbangan mengenai DAP berhubung dasar mereka," katanya...

Apabila di beritahu bahawa terdapat pemimpin Umno menggunakan kata2 sedemikian semasa kempen ketika Umno di bawah kawalannya, Najib berkata parti itu adalah besar...

"Sudah tentu akan ada yang berkata sesuatu dengan bahasa mereka sendiri," katanya...

Najib berkata, "Mahathir, sebaliknya, sering memomokkan DAP dalam hampir semua ucapannya pada masa lalu dan DAP pula akan membalasnya"...

Oleh itu, katanya, "beliau langsung tidak menjangkakan Mahathir dan DAP akan bergandingan"...

"Jadi apabila mereka bersama, itu adalah sesuatu yang tidak saya jangkakan"...

"(Tetapi) saya jangka apabila kamu menyertai pembangkang (ketika itu), diri kamu akan di bersihkan, kamu di bebaskan dari semua kesalahan," katanya...

Isu Jambatan Bengkok



Permintaan pertama Mahathir, katanya, adalah supaya projek jambatan bengkok diteruskan semula - lebuh raya enam lorong untuk menggantikan tambak dari Johor Baharu ke Singapura...

Najib berkata sukar bagi beliau untuk meluluskan projek itu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkannya...

"Projek itu dibatalkan oleh Pak Lah (Abdullah), jadi sukar untuk saya jelaskan kepada rakyat jika kita memulakan projek itu semula, terutamanya selepas pampasan tinggi dibayar untuk membatalkannya" katanya...

Najib menjelaskan bahawa ini mungkin menyaksikan pihak tertentu yang berkaitan dengan jambatan bengkok mendapat ganjaran dua kali...

Isu Pembangunan Langkawi

Bekas perdana menteri itu berkata beliau cuba memenuhi permintaan Mahathir sedaya upaya...


"Seperti menyediakan lebih dana untuk membangunkan Langkawi"...

Baca disini :

Tuntutan Mahathir Supaya Langkawi Di Bangunkan Menguntungkan Rakyat Langkawi Atau Kroni ???

Isu Menteri Besar Kedah


Membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi menteri besar Kedah, namun beliau tetap tidak berpuas hati dengannya...

Isu Jet Rasmi Kerajaan Malaysia


"Dia tidak senang dengan perkara-perkara tertentu seperti 1Malaysia, dia tidak senang dengan jet itu, jet itu dibeli oleh Pak Lah, tetapi saya perhatikan sehingga kini dia (Mahathir) masih menggunakannya" katanya...

Isu Dasar2 Era Najib



Najib berkata, perbezaan dasarnya juga membuat Mahathir marah seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pembatalan Ordinan Darurat, layanan terhadap Proton serta gaji minimum yang di tentang oleh Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata seiring dengan peredaran masa, kemarahan Mahathir meningkat apabila lebih banyak permintaannya di tolak sehingga mengakibatkan keretakan hubungan mereka menjadi pecah.

Tun M bendendam dgn saya sehingga sanggup buat apa sahaja fitnah asalkan saya, isteri dan keluarga saya bersalah dlm apa jua sekalipun walaupun saya, isteri dan keluarga tidak bersalah.

Dgn kuasa yg ada padanya sekarang ini tun m akan buat apa sahaja untuk memastikan saya, isteri di malukan, di penjarakan

Dari terbitan asal Malaysia Kini

Saturday, July 7, 2018

Keadilan Yg Pernah Anwar Dapat Kini Di Berikan Pada Najib

|0 comments

Di Manakah Sifat Perikemanusiaan Regim Mahathirisme-DAP

Tahukah anda, ketika akaun seluruh anggota keluarga serta saudara mara Dato' Sri Najib di bekukan seluruh kewangan mereka terjejas!!!

Ini menyebabkan kos pembiayaan perubatan bagi anaknya, Puteri Norlisa yang mengidap kanser tergendala!!!

Gadis manis itu perlu menjalani rawatan kimoterapi bagi penyakit barahnya yg dah sampai ke tahap empat...

Rakyat tidak pernah tahu yang anaknya Puteri Norlisa mengidap kanser!!!

Dato Sri Najib bukanlah orang yang jenis suka menyusahkan orang lain!!!

Dia tak pernah buka mulut untuk memohon bantuan rakyat!!!

Kerana bagi Najib tanggungjawabnya untuk membantu rakyat bukan memperalatkan rakyat!!!

Berbeza dgn Anwar Ibrahim yg menggerakkan penyokongnya utk berhimpun di jalan2raya...

Tapi Najib tidak mahu meletakkan apa2 risiko pd penyokong2nya...

Sbb itu Najib tidak mahu penyokong2nya berhimpun di jalanraya sbb beliau sangat kenal Mahathir...

Tapi mana ada akar umbi yang yakin dengan keikhlasan dan jasa-jasanya kepada rakyat!!!

Di mana letaknya akal dan perikemanusiaan rakyat Malaysia bila sanggup malah ada yg bersorak gembira bila melihat Najib di aniayai dengan PDRMahathir  merampas harta benda keluarganya tanpa pertuduhan dengan anggaran RM1.1 bilion kononnya itu wang 1MDB...

Allah S.W.T. Banyak Membinasakan Kaum2 Yang Zalim Kepada Pemimpin Mereka


Ingatlah kembali sejarah manusia...

Berapa banyak tamadun atas dunia nie Allah s.w.t. dah musnahkan dgn cara yg cukup azab dan keji kerana mereka memfitnah rasul2 utusan Allah s.w.t...

Tidak cukup dgn di fitnah, ada antara kalangan rasul2 tersebut di aibkan malah ada yg sampai di bunuh...

Akhirnya Allah s.w.t. menamatkan riwayat tamadun mereka dengan cara yg cukup hina!!!

Mmg Najib buka seorang rasul tp apakah hak kita mengaibkan dan memfitnah beliau???

Apakah hak kita utk menjatuhkan hukuman kepada beliau sedangkan mahkamah belum lagi memulakan perbicaraan...

Lupakah kita pd pesanan Al Imam As Syafie pd murid2nya...

"Wahai anak2ku, di akhir zaman nanti bersama2lah dgn pemimpin2 yg banyak panah2 fitnah menuju kepada mereka kerana merekalah pemimpin yg berada dalam kebenaran"...

Tiba Masanya Rakyat Malaysia Membantu Pemimpin Yang Telah Banyak Berkorban Untuk Rakyat


Dato Sri Najib bukan orang miskin dia keturunan bangsawan Pahang...

Semua orang tahu ttg hakikat tu...

Tapi beliau telah menjadi jatuh terduduk angkara Mahathir yang terlampau takut akan kebangkitan beliau...


Beliau di fitnah, di aibkan, di rampas harta benda tanpa sebarang pertuduhan membabitkan harta rampasan!!!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak menggalakkan sebarang kutipan derma kerana mereka cuba memikirkan cara lain tanpa menyusahkan rakyat...

Tapi kita bersyukur sbb masih ada lagi di kalangan rakyat yg sanggup mengorbankan sedikit harta demi utk melihat kebenaran di tegakkan kembali di bumi Malaysia...

Masih ramai lagi rakyat yg dulu menentang Najib kini bersama2 menghulurkan derma kerana dah tak sanggup melihat kezaliman yg di lakukan ke atas Najib dan keluarganya...

Apalah sangat nilai RM50 dalam poket kering nie jika menderma bagi meringankan bebannya jika di bandingkan jasa2 Najib yang tidak ternilai besarnya!!!

Marilah kita bersama2 menghulurkan sumbangan secara ikhlas kepada Tabung Solidariti Najib...

Jangan Lacurkan Integriti SPRM



Kita mengharapkan agar SPRMahathir menjadi satu suruhanjaya yg benar2 telus dan berintegriti...


Tapi dengan alasan yg sama SPRMahathir membeku seluruh akaun mereka termasuk cucunya yang berusia 10 bulan!!!

Nampaknya harapan kita cuma tinggal harapan bila SPRMahathir menipu bila keluarkan kenyataan yg menafikan mereka membekukan akaun cucu Najib...

Baca penipuan SPRMahathir di sini :

Timbalan Pesuruhjaya SPRMahathir, Datuk Seri Azam Baki Nafiikan SPRMahathir Bekukan Akaun Keluarga Najib

Baca juga di sini :

CIMB Sahkan Terima Arahan Bekukan Akaun Keluarga Najib

Apalah dosa budak berumur 10 bulan bila di paksa sama2 menanggung fitnah yg di lemparkan ke atas datuknya...

Untuk menghalalkan rampasan ini! Tommy Thomas membuat pertuduhan mahkamah dengan kes yang tiada mengena dengan rampasan dan pembekuan akaun!!!

Malah tidak ada kena kena mengena dengan kes yang difitnah kepada Najib sebelum PRU14 iaitu melesapkan  RM42 bilion wang 1MDB  dan mengaitkan wang derma Tok Arab RM2.6 bilion sebagai wang dicuri dari 1MDB!!!

Apa Yang Berlaku Di Dalam Mahkamah Menjelaskan Segala2Nya


Mari kita fahamkan apa yg berlaku dalam mahkamah mengikut teks di mahkamah :

Tan Sri Shafee Abdullah (Peguambela) :

"Mana dokumen kes bagi setiap pertuduhan ?"

Tommy Thomas (Pendakwaraya) :

"Kita tidak boleh beri kerana dokumen belum siap..."

Tan Sri Shafee Abdullah (Peguambela) :

"Kalau dakwa hari ini, bermakna kamu sudah sedia untuk mendakwa, bagaimana kamu dakwa seseorang tetapi dokumen kesnya belum sedia ?"

Text ini cukup membuktikan semua ini di lakukan dengan tergesa2 untuk mengaburi mata rakyat!!!

Bagaimana ini jika terjadi kepada anda dan keluarga anda???

'Rule Of Law' Hanya Kepada Orang Tertentu


Inikah dinamakan keadilan!!!

Pada masa yang sama kes banglo Lim Guan Eng yang dah lengkap dokumen pendakwaan serta bukti di bekukan tanpa mahkamah menetapkan sebarang tarikh atau lebih tepat di mansuhkan secara halus!!!

Jasa Najib Terlalu Besar Untuk Di Lupakan


Di Malaysia ini, tiada seorang pun layak untuk menafikan jasa2 besar Najib kepada negara dan rakyat...

Lihatlah di sekeliling kehidupan dan keluarga kita...

Pasti ada jasa Najib yg telah kita nikmati...

Klinik 1Malaysia bila kita sakit...

UTC dan RTC bila kita kena berurusan dgn pihak JPN, JPJ dan pelbagai jabatan kerajaan di luar waktu pejabat...

SL1M, KR1M, BRIM, Rumah Rakyat 1 Malaysia dan berbagai2 lagi kita pernah nikmati kerana usaha dan jasa Najib...

Kalau tidak masakan semua produknya di tukar nama kepada ciptaan legasi Mahathir!!!

Masakan Guan Eng boleh berjoli sakan dengan RIZAB bank negara RM432 bilion hasil peninggalan Najib, iaitu rizab 400 kali ganda tinggi berbanding rizab peninggalan rizab Mahathir setelah meletak jawatan PM Ke 4...

Tidakkah kita nampak???

Terinayanya Najib bukan kerana dosa-dosa Mahathir dan Guan Eng semata-mata tetapi dosa2 rakyat yang tidak pernah hargai jasa beliau dan lebih suka memilih mempercayai fitnah!!!

Sesungguhnya bila malapetaka datang melanda maka rakyat jua yang menanggung azabnya!!!

Tidak kita sedar yang Dato Sri Najib Razak sedang di ikat, di kurung dan di bunuh secara pelahan-lahan???


INGAT RAKYAT MALAYSIA, ZAT YANG MENGUASAI KERAJAAN DI LANGIT DAN DI BUMI SEDANG MEMERHATIKAN KITA!!!

Friday, July 6, 2018

'Rule Of Law' Versi Baru Dalam Kes DS Najib Razak

|0 comments

DS Najib Di Tuduh Bersalah Sebelum Di Bawa Ke Muka Pengadilan

Bertahun2 Dato' Sri Najib di tuduh mencuri, merompak, menyamun duit rakyat melalui 1MDB dengan jumlah mencecah RM2.6 billion...


Tun Mahathir pulak dakwa kononnya kertas pertuduhan Tan Sri Ghani Patail dah siapkan sejak 2015 lagi!!!

Sebab tu lah kononnya Najib pecat Ghani Patail dari jawatan Peguam Negara...

Baca disini :

Mahathir Dakwa Pada 2015 Punca Ghani Patail Di Pecat Sebab Nak Dakwa Najib

Dari RM2.6 Bilion Bertukar RM42 Juta

Tapi akhirnya Najib cuma di dakwa atas tuduhan pecah amanah dgn salah guna kuasa jer...

Salah guna kuasa yg di kaitkan dalam transaksi SRC International bernilai RM42 juta jer dan bukannya bilion-bilion!!!

AG Tommy Thomas pulak cakap tak ada pertuduhan lain atas Najib...😲😲😲



Dah tu pulak siap minta tangguh perbicaraan sebab pihak pendakwaraya belum bersedia...

Beh tu naper pulak Mahathir kata Ghani Patail dah siapkan semuanya sejak 2015 lagi cuma tunggu nak dakwa jer!!!



Bukan tu jer, Mahathir siap jaja cerita kat luar negara yg kononnya kerajaan dah cukup bukti utk dakwa Najib!!!

'Rule Of Law' : RM42 Juta Boleh Beli Barang Sampai RM1.1 Bilion




Jadi, apa kaitannya barang yg polis rampas sampai RM1.1 bilion mcm yg Amar Singh umumkan tu!!!

Pelikkan, kes yg cuma bernilai RM42 juta tapi rampas harta sampai RM1.1 bilion...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Bila Najib beritahu kebanyakan barang rampasan tu ialah hadiah sepanjang dia terlibat dapam politik, sesumbing senyuman Mahathir, begitu jugalah sumbingnya senyuman sindiran Amar Singh...

Bila Najib beritahu lagi yg duit RM100 juta lebih tu baki duit Umno utk belanja PRU, Amar Singh mengejek bodoh...



Boleh pulak cakap, 'Tak ada tulis Umno pun atas duit tu!!!'

Lagi 'rare', duit RM42 juta boleh beranak pinak jadi RM100 juta lebih!!!

Dasat tu...

Maknanya, dah tentu ler duit RM100 juta tu bukan datangnya dari kes RM42 juta tu...

Pulangkanlah balik pd Umno...

Oh yer lupalah pulak, atas duit tu tak ada tulis Umno...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Agaknya dlm wallet Amar Singh, semua duit dia ada tulis Amar Singh, entah2 gambar pun bukan gambar Agong pertama tapi gambar Amar Singh kut...😉😉😉

Kes Anwar Dengan Kes Najib : Tajuk Cerita Sama Cuma Jalan Cerita Berbeza Sikit




Ingat lagi tak masa kes DS Anwar Ibrahim dulu...

Habis semua tilam2 buruk kena usung ke hulu ke hilir sbb kononnya tu lah barang kes...

Nampaknya semua beg2 tangan Hermes Bikin, Bijan, barang2 kemas tu senasib ler dgn tilam buruk dlm kes Anwar dulu...

Ialah dah penerbitnya orang yg sama yer tak...

Pengarah dgn pelakun terpaksalah 'yes sir' pd penerbit...

Kalau tak, faham2 jer lah...

Ada Kaitan Ker DS Jamal Yunos Dengan Kes RM42 Juta

Saksi utama yang terlibat dalam transaksi SRC ialah Nik Faisal Ariff yang di katakan sembunyi kat Indonesia sejak 2015...



Tapi, yg lawaknya kerajaan Malaysia sibuk suruh polis Indonesia cari @ tangkap Jamal Yunos dulu yg tak ada kena mengena dlm kes Najib...

Bukan nak cari @ tangkap Nik Faisal Ariff...

Apa mungkin ker Nik Faisal Ariff memang sengaja di lepas bebas supaya semua pertuduhan dapat di halakan pada Najib???

Tanya jer...🤔🤔🤔

Baru Round Pertama, Peguam Negara Dah Menggelabah



AG Tommy Thomas di hentak oleh Ketua Peguambela Shafie kerana dokumen dan bukti pendakwaan belum siap sepenuhnya dan perbicaraan ditangguh ke tahun hadapan...

Pasukan peguambela selamba berhujah dalam Bahasa Melayu, buatkan Ketua Pendakwaraya, yang tak reti Bahasa Melayu ternganga...😂😂😂

Apek kedai basikal pun terĕr cakap Bahasa Melayu derr...😂😂😂

Tak caya, baca kat sini :

Apek Kedai Basikal : Wa Boleh Cakap Melayu Tapi Wa Bukan Peguam Negara!!!

Yang haq akan berdiri, yang batil akan tersungkur!!!

Thursday, July 5, 2018

Pendakwaan Atas Najib Kerana Keadilan Atau Dendam ???

|0 comments

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menghadapi 4 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa...

3 pertuduhan yang di dakwa di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dan 1 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 telah di bacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Zainal Abidin Kamarudin...

Apa Tujuan Sebenar Pendakwaan Ke Atas Najib


Macam yg Mahathir cakap waktu mula2 jadi Perdana Menteri utk kali kedua, kerajaan Pakatan Harapan tak akan membalas dendam...

Sebagai rakyat kita sangat2 mengharapkan agar apa yg Mahathir cakap akan dia kotakan...

Memang kita tahu, salah satu janji PH sewaktu kempen PRU 14 yg lalu ialah mendakwa Najib atas semua salah laku dan rasuah...

Cerita salah laku dan rasuah yg di jadikan bahan kempen utama oleh PH berjaya mengubah pendirian rakyat dan menumbangkan kerajaan BN yg dah memerintah lebih dari 6 dekad...

Apakah Hukuman Dah Tersedia Sedangkan Perbicaraan Belum Lagi Di Jalankan


Sebelum pertuduhan di buat di mahkamah malah sebelum Najib di tangkap, Mahathir dah mengumumkan bahawa Najib akan di penjarakan dalan jangka waktu yang lama...

Kita semua tahu, semua pertuduhan yg di dakwa atas Najib boleh membawa hukuman maksima 20 tahun penjara jika di sabitkan kesalahan...

Persoalannya, bila Mahathir mengumumkan Najib akan di penjarakan dalam waktu yang lama, apakah keputusan bersalah dan di sabitkan kesalahan telah di buat lebih awal dari mahkamah!!!

Pertuduhan yang di buat mesti melalui proses perbicaraan di mana ada pendakwaan dan pembelaan...

Dan di akhir perbicaraan, barulah mahkamah akan membuat keputusan sama ada orang kena tuduh di sabitkan dengan kesalahan yang di tuduh ke atasnya atau pun tidak...

Selepas itu, barulah hakim dan bukannya perdana menteri yg akan menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukuman atas seksyen yang di dakwa...

Itulah perjalanan 'rule of law' yg di jamin oleh Mahathir sebagai ketua kerajaan sekarang...

Di Peringkat Pertuduhan Dah Menimbulkan Keraguan


Agak janggal malah sangat2 janggal bila tangkapan dah di buat...

Pertuduhan dah di buat...

Tapi pihak yg pendakwaan mengatakan bahawa mereka belum bersedia untuk menjalankan perbicaraan...

Mungkin seperti yg di katakan ketua panel pembela, Tan Sri Shafie, pihak pendakwa masih lagi tercari2 bukti utk mengukuhkan kes...


Atau pun mungkin tercari2 lagi di bawah seksyen mana atau pun akta mana pendakwaan akan di jalankan...

Kemonlah...

Nie bukan kes curi telur ayam bro...

Yang di dakwa ialah mantan perdana menteri dan bukannya penganggur jalanan!!!

Barisan pendakwaraya pula bukan calang2...

Peguam Negara yangbdi katakan antara peguam terbaik Malaysia...

Ada pulak bekas peguam negara dlm barisan pendakwaraya...

Apa kes belum bersedia pulak nie...

Lawak senario ker apa nie...

Kalau belum bersedia, yg korang kelam kabut ayam nak tangkap, dakwa Najib tu per kes...


Ker ada yg desak supaya kes di jalankan walau pun bukti tak kukuh!!!

Cer citer sikit...💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️

Beri Ruang Seluas2nya Pada Keadilan Untuk Membuat Keputusan


Seperti yg Mahathir beri jaminan bahawa 'rule of law' akan di laksanakan sepenuhnya...

Seperti komitmen yg Najib janjikan akan berikan kerjasama sepenuhnya utk undang2 dan keadilan di daulatkan...

Kita berharap, janganlah ada hukuman di jatuhkan sebelum perbicaraan di tamatkan...

Janganlah ada tangan2 ghaib yang akan menentukan keputusan mahkamah nanti...

Berilah ruang seluas2nya kepada 'rule of law' dan bukannya 'law of the jungle'...

Wednesday, July 4, 2018

Pekerja Bangla Pun Boleh Buat Sidang Media Dalam Bahasa Melayu

|0 comments

Memalukan, malah sangat memalukan!!!

Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, seorang yang di lantik sebagai Peguam Negara tak fasih atau senang cerita tak faham bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu...

Dan belum pernah terjadi dalam mana2 negara dalam dunia nie, seorang peguam negara tak fasih @ tak faham bahasa kebangsaan...


Betul juga, mana tahu surat letak jawatan ker...😂😂😂

Dah lah dalam mahkamah minta perbicaraan di jalankan dalam Bahasa Inggeris, tu kita tak boleh nak cakap apa lah sebab mungkin ada perkataan2 dalam perbicaraan tu nanti yg Peguam Negara tak faham...

Lagi pun hakim dah bagi kebenaran, jadi tak nak komen apa2 lah...

Sidang Media Tertangguh Sebab Peguam Negara Tak Faham Bahasa Melayu


Tapi bila nak buat sidang media pun nak 'speaking omputeh' dgn alasan tak faham Bahasa Melayu, dah melampau ler...

Bila rakyat Malaysia marah sbb Thommy Thomas tak faham Bahasa Melayu, janganlah pulak nak salahkan rakyat Malaysia kononnya tak ada adab...

Baca disini :

Sidang Media Kecoh Bila Thommy Thomas Tak Reti Bahasa Melayu

Juga disini :

Sidang Media Tertangguh Hanya Kerana Peguam Negara Tak Fasih Bahasa Melayu!!!


Thommy Thomas kena ingat yer, jawatan dia ialah Peguam Negara Malaysia dan bukan Peguam Negara Amerika ker @ Peguam Negara England!!!

Bahasa kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu...

Rendah sangat ker mutu Bahasa Melayu sampaikan dia tak nak perbaiki Bahasa Melayu dia sejak di lantik jadi Peguam Negara...

Antara tugas dan tanggungjawab Peguam Negara ialah jadi penasihat pd SPB YDP Agong...

Apa yg nak di nasihatkan kalau cakap Melayu pun tak reti!!!

Lagi pun, Thommy Thomas kena ingat, kerakyatan dia apa???

Kerakyatan Malaysia ker atau kerakyatan Amerika atau pun England!!!

Nak tanya Thommy Thomas sikitlah, Bahasa Tamil dia faham tak???

Janganlah marah, sebab nak tanya jer...😉😉😉

Pelbagai Penerimaan Rakyat Malaysia Mengenai Tangkapan Najib Oleh SPRM

|0 comments

Kira2 jam 2.35 petang,  3hb Julai 2018, sepasukan petugas khas 1MBD telah membuat tangkapan ke atas mantan Perdana Menteri Ke 6, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak berkaitan siasatan SRC International Sdn. Bhd...

Dakwaan Dan Hukuman Yang Di Jangka Akan Di Tuduh Ke Atas Najib

Najib di jangka akan di dakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(b) Akta 613 Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau AMLA...

Jika sabit kesalahan Seksyen 23 ASPRM boleh di kenakan hukuman maksima 20 tahun penjara DAN denda TIDAK KURANG 5 kali ganda nilai suapan atau nilai aktiviti haram...

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaa boleh di kenakan hukuman maksima 5 tahun penjara DAN sebatan...

Untuk Seksyen 4(1)(b) Akta 613 AMLA, jika sabit kesalaham boleh di kenakan hukuman maksima 15 tahun penjara ATAU denda TIDAK KURANG 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram ATAU denda maksima RM5 juta mengikut yang mana lebih tinggi...

Pelbagai Reaksi Dari Rakyat Malaysia

Seperti yang di jangkakan, berita tangkapan Najib oleh sepasukan petugas khas 1MDB mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia...

Reaksi Penyokong Kerajaan Pakatan Harapan



Bagi penyokong2 kerajaan Pakatan Harapan, berita penangkapan Najib merupakan satu berita yang sangat2 di tunggu selama ini...

Bila tular jer kenyataan rasmi yg mengesahkan penangkapan Najib oleh SPRM, penyokong kerajaan Pakatan Harapan bersorak gembira seolah terlupa bahawa yang di tangkap tu ialah mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 6...

Mungkin inilah klimaks pada penantian mereka selama nie!!!

Reaksi Penyokong Umno/BN


Bagi penyokong Umno, berita tangkapan ini di terima dengan hati terbuka mungkin kerana mereka dah menjangkan perkara nie PASTI akan berlaku...

Tak ada yg dapat di lakukan selain berdoa dan memberikan sokongan moral kepada Najib agar terus kuat dan tabah menghadapinya...

Reaksi Yang Berkecuali




Ada juga di kalangan rakyat Malaysia yg cuba berfikiran rasional...


Bagi mereka, penangkapan Najib bukanlah isu pokok yang harus di lihat tetapi keadilan dari setiap sudut bermula dari saat penyiasatan, cara tangkapan dan mereka juga akan memerhatikan perjalanan kes di mahkamah nanti...

Bagi mereka bukan isu penangkapan Najib yg menjadi agenda utama tetapi KEADILAN...

Biarlah Keadilan Yang Menjadi Agenda Utama Dan Bukannya Dendam


Apa Maksud Tun M Yang Najib Akan
Di Penjarakan Sedangkan Belum Di Bicarakan Pun...

Walau apa pun reaksi rakyat Malaysia terhadap berita tangkapan Najib, kita berharap agar kerajaan Pakatan Harapan melakukannya semata2 kerana ingin membersihkan pentadbiran kerajaan dari amalan rasuah seperti yang mereka janjikan sebelum PRU 14 dan bukannya bermotifkan dendam...


Sekiranya memang Najib bersalah maka sewajarnya bekiau menerima hukuman...


Tetapi memfitnah dan mencipta bukti serta memutar belit fakta untuk memenjarakan Najib kerana dendam kesumat yg sekian lama terpendam di dalam hati adalah kezaliman yang Maha Zalim...

Meminjam kata2 Rafizi, walau apa sekali pun, Najub wajar di beri layanan sebagai seorang bekas Perdana Menteri Malaysia...

Keadilan Untuk Semua

Bagi pihak Najib, sudah pasti perbicaraan di mahkamah akan menjadi peluang yg terbaik utk bela diri dan menjawab segala tuduhan ke atas beliau...

Bagi pihak kerajaan yg mendakwa, inilah masanya utk melihat sama ada segala dakwaan dan tuduhan ke atas Najib berasas atau tidak...

Bagi rakyat, inilah masanya utk kita menilai kesahihan segala tuduhan ke atas Najib dan kerajaan BN dahulu...

Najib Berhak Di Beri Peluang Untuk Membela Diri Tanpa Tekanan


Untuk keadilan semua pihak, kita perlu menunggu dengsn sabar perjalanan kes nie...

Janganlah kita terlalu emosi sampai mendahului mahkamah dalam membuat keputusan...

Najib berhak di beri peluang dan ruang secukupnya untuk membela diri tanpa tekanan...

Sekiranya Najib bersalah maka kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar mengampunkan dosa2nya dgn hukuman yg akan di terimanya nanti...

Sekiranya Najib tidak bersalah maka kita doakan agar Allah s.w.t. menunjukkan kebenarannya...

Kuasa yg Allah s.w.t. pinjamkan ialah untuk menegakkan kebenaran dan bukannya dgn sengaja meletakkan kesalahan pd pihak2 tertentu semata2 kerana dendam...

Kepada Allah s.w.t. kita berserah kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Adil...

Tuesday, July 3, 2018

Cuepacs Cadangkan Gaji Penjawat Awam Di Potong Utk Tabung Harapan

|0 comments

Cadangan Cuepacs Supaya Penjawat Awam Bersedekah Ke Tabung Harapan Malaysia Secara 'Sukarela'

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan pemotongan RM10 gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia...

Azih Muda 'Hero' Kerajaan Pakatan Harapan


Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dpanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa...

"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia...

"Secara majoritinya kongres telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," kata Azih dalam sidang akhbar hari ini...

Tabung Harapan Malaysia, Tabung RM1 Trilion!!!




Sehingga kini Tabung Harapan Malaysia telah menerima sejumlah RM132,075,418.12 dari orang perseorangan dan syarikat...

Tabung tersebut bagi membiayai pembayaran hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion...

Rela Dalam Paksa


Azih berkata, pihak Cuepacs berharap penjawat awam dapat menyumbang secara 'ikhlas'...

"Kami tidak mengenakan apa-apa 'paksaan' kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara...

"Harapan dan sasaran kami adalah sebanyak RM10 juta dan hasil kutipan tersebut akan kami umumkan," kata Azih...


Apa Keperluan Gaji Penjawat Awam Di Potong Seperti Cadangan Cuepecs

Rakyat Malaysia akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan Malaysia sekiranya benar negara tercinta ini terancam dari sudut apa pun...

Tak kira sama ada dari sudut keselamatan atau pun ekonomi pengorbanan rakyat Malaysia tak perlu di tagih!!!

Zaman tuntutan kemerdekaan dah buktikan betapa rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu (majoriti penjawat awam) akan korbankan apa saja demi Malaysia...

Sedia berkorban TIDAK SAMA dengan sedia di perbodohkan!!!

Tapi dalam keadaan sekarang, apakah keperluan di potong gaji penjawat awam...

Kalau pun benar seperti dakwaan kerajaan Pakatan Harapan bahawa hutang Malaysia melebihi RM1 trilion namun keupayaan negara utk membayar balik tak pernah di ragui oleh pihak2 penarafan kredit antarabangsa...

Bank Dunia sendiri mengunjurkan pertumbuhan ekonomi menggalakkan bagi Malaysia untuk tahun ini...

Jadi di mana kewajaran cadangan Cuepacs utk memotong gaji penjawat awam!!!

Biar Majlis Penasihat Kerajaan yang fikirkan bagaimana nak menjana pendapatan negara!!!

Biar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yg fikirkan bagaimana nak stabilkan ekonomi negara yg terjejas akibat pengumuman2 membuta tuli mereka!!!

Cuepacs di tubuhkan untuk menjaga kebajikan penjawat awam...

Jadi fikirkanlah bagaimana nak membantu penjawat2 awam yg di buang kerja tu dan bukannya macam mana nak selesaikan hutang negara!!!

Monday, July 2, 2018

Mas Emeriati : Jangan Bagi Alasan Bodoh Untuk Keluar Umno!!!

|0 comments

Mantan Ketua Puteri Umno Di Anggap Pengkhianat Umno

Betul ker Mas Emeriati keluar Umno sbb kecewa dgn keputusan pemilihan Umno yg lepas...

Kononnya, Mas Emeriati yg 'suci dan ikhlas' perjuangannya utk ugama, negara dan bangsa kecewa sbb tak nampak apa2 perubahan dlm barisan kepimpinan baru Umno...

Jadi utk menzahirkan keikhlasan yg 'tulus dan mulus' perjuangan beliau maka keputusan keluar parti ialah yg 'terbaik'...

Pemilihan Umno Di Gunakan Sebagai Alasan Supaya Mas Emeriati Nampak SUCI


Dari awal beliau dah ambil sikap berkecuali...

Jentera Umno parlimen Masjid Tanah sendiri
pun pertikaikan kenyataan beliau...


Yg paling di kesalkan, jentera parti yg bertungkus lumus bekerja utk beliau pun tak di maklumkan...


Jentera parti yg bukan saja berkerja keras dlm PRU 14 tp amat rapat dgn Mas Emeriati juga terpinga2 bila hanya mendapat tahu keputusan Mas Emeriati utk keluar Umno cuma dari media sosial...

Tak Perlu Cipta Alasan Untuk Keluar Umno


Jelas menunjukkan keputusan keluar parti dah di buat sebelum pemilihan Umno lagi...


Hakikatnya keputusan melompat parti (bukan keluar parti) dah di buat sebaik saja BN tewas kerana sbb utamanya ialah hendakkan jawatan s/ada dlm parti PPBM atau pun dlm kerajaan...

Jd x perlulah salahkan kepimpinan Umno yg baru di pilih dan x perlulah kata dah hilang keyakinan pd Umno...

Umno pun x pernah larang sesiapa juga yg nak tinggalkan kami malah Umno x perlu 'pelacur politik'  yg hanya pentingkan diri sendiri...

Perbezaan Antara Pejuang Dan Petualang

Pejuang akan terus berjuang dlm susah dan senang, perjuangan akan tetap diteruskan biar pun bermandikan darah dan airmata...

Petualang akan bersama2 ketika kesenangan dan akan meninggalkan jemaah ketika kesusahan...



Sebab tu walau pun mendapat kecaman dari akar umbi hingga ke pucuk kepimpinan, Mas Emieriati tetap tega menjadi 'pelacur politik' yg melacurkan prinsip dan perjuangan kerana DNA Mas Emieriati ialah DNA petualang parti dan bukannya DNA pejuang parti...

Baca di sini :

Zahid Hamidi : Jangan Keluar Parti Hanya Untuk Kepentingan Diri Sendiri

Dan juga di sini :

Ketua Puteri Umno, Zarida Zarik Khan Ulas Isu Mas Emieriati Keluar Umno

Selamat maju jaya YB Mas Emieriati...

Kami dan Umno akan pahatkan nama Mas Emieriati sampai ke akhir hayat kami sebagai manusia yg 'melacurkan' perjuangan anak bangsa demi mendapatkan jawatan dan kepentingan peribadi!!!

Mahathir mahukah tebus dosa pada Sabah Sarawak?

|0 comments

Akta Pembangunan Petroleum 1974 ialah undang-undang yang digunakan untuk memindahkan hak-hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletak hak nya pada suatu Perbadanan –PETRONAS.

Namun perairan wilayah milik Sabah dan Sarawak telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan 3 Akta Parlimen seperti berikut sebelum hak ini dipinda milik kepada PETRONAS:

1. Akta Pelantar Benua 1966 (The Continental Shelf Act 1966);

2. Akta Perlombongan Petroliam 1966 (The Petroleum Mining Act 1966); and

3. Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) No.7 1969 (The Emergency (Essential Powers) Ordinance no.7 1969)

Akta Pelantar Benua 1966 menjadi tulang belakang rampasan ini di mana ia mentakrifkan: “Pelantar benua” ertinya dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri, permukaan yang terletak pada kedalaman yang tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau, jika kedalaman perairan superjasen boleh di eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut akan di lakukan sedalam mana pun;

Dengan Akta ini, Kerajaan Persekutuan merampas “Pelantar Benua” yang telah di peruntukan kepada Sabah dan Sarawak melalui Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954. Kemudian dalam Akta Pelantar Benua ini memperuntukkan bahawa hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mengeksploitasi Pelantar Benua tersebut:
TETAPI

Apabila Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada 23 November 2011 telah mengisythirkan bahawa Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa diseluruh negara sejak 15hb Mei 1969 ditarik balik berdasarkan Artikal 150 (7). Dengan pengisytiharan ini, bermakna semua undang-undang yang bentuk oleh Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa enam bulan selepas pengisytiharan ini dibuat.

Ini bermaksud pada 24hb Mei 2012, semua perairan wilayah di Sabah dan Sarawak yang sejauh 180 km seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954 (North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954) kembali menjadi milik Sabah dan Sarawak. Seksyen (2) Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954 berkata “sempadan Colony Borneo Utara adalah dengan ini diperluaskan kepada kawasan pelantar benua menjadi dasar laut dan tanah bawah yang yang terletak di bawah laut lepas berpesisir dengan perairan wilayah Borneo Utara. “

1. Akta Pelantar Benua 1966

2. Akta Perlombongan Petroliam 1966

Dalam keadaan normal kedua-dua Akta ini tidak boleh berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak kerana penguatkuasaannya perlu diwartakan dan warta ini memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan bagaimanapun mengatasi keperluan untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan mewartakan 2 Akta tersebut menggunakan warta P.U (A) 467/1969 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 tahun 1969 bertarikh 8 November 1969. Dalam keadaan Negara Darurat dan menggunakkan Ordinan Darurat, Kerajaan Persekutuan boleh merampas hak-hak Negari atau individu dengan sewenang wenangnya tanpa sekatan walau daripada Mahkamah sekali pun.

Undang-undang ketiga yang digunakan oleh Kerajaan negeri ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 1969 yang mana Seksyen 4 (2) memperuntukan:
Di bawah undang-undang ini Wilayah Laut setiap negeri dihadkan hanya kepada 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut. Ini bermakna melalui Ordinan ini, Wilayah Laut setiap Negeri di atas 3 batu nautika adalah milik Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, 3 undang-undang atas hanya boleh berkuatkuasa keatas Sabah dan Sarawak apabila Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969 digunakkan. Ini bermakna apabila pengisytiharan Darurat itu ditarik balik oleh Najib pada 23 November 2011, semua ketiga-tiga undang-undang terhenti dari digunakan di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak harus peka mengenai hak hak negeri. Apabila Najib menarik balik Proklamasi Darurat pada 23 Nov 2011 sebenarnya Najib tanpa disedari telah mencetuskan perkara perkara berikut:

Pertama, Sabah dan Sarawak enggan untuk menerima pakai Akta Pelantar Benua 1966 namun DIPAKSA berdasarkan Ordinan Darurat (Kuasa Perlu) No 10 1969 yang diwartakan pada 8 November 1969. Ini bermakna apabila Proklamasi Darurat tarikh 23 November 2011 di tarik balik, Pelantar Benua dan Perairan Wilayah secara otomatik menjadi bidang kuasa Kerajaan Sabah dan Sarawak menurut Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954 dan Ordinan Tanah Negeri masing-masing.

Ini juga bermakna bahawa perairan Sabah dan Sarawak kini seluas 180 km dari pantai dan bukan terhad kepada hanya 3 batu nautika lagi. Ini juga bermakna apa jua kuasa untuk memberi atau menarik balik apa-apa konsesi di kawasan tersebut sekarang kembali kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Kedua, kuasa meluluskan lesen bagi operasi dan perlombongan petroliam dan gas kini kembali kepada Ordinan Tanah di Sabah dan Sarawak dan Ordinan Perlombongan Negeri yang berkenaan; ini adalah kerana Akta Perlombongan Petroleum 1966 telah dipaksa ke atas Sabah dan Sarawak melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 dalam warta bertarikh 8 November 1969.

Ini juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen Perlombongan Petroliam kepada syarikat-syarikat Perlombongan. Oleh itu, setiap syarikat pelombongan yang beroperasi di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak wajib membuat permohonan baru kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Ketiga, semua undang-undang yang memerlukan kelulusan, pengurusan dan pentadbiran dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak perlu mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri terutama kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Jika tidak dibuat Undang-Undang atau Akta tersebut adalah melanggar Perlembagaan Malaysia oleh dengan sendirinya undang undang tersebut terbatal dan tak sah. Sebagai contoh, Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perairan Wilayah Malaysia Akta 2012 perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum mereka boleh digunakan di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.

Keempat, apabila semua kuasa undang-undang ini terhenti, bermakna undang undang ini tiada kesan ke atas Sabah dan Sarawak, ia juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hak didalam laut atau pun didasar laut, Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.

Ini juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tiada apa apa hak untuk memindah apa apa jua miliknya kepada PETRONAS seperti yang dinyatakan dalam Seksyen (2) Akta Pembangunan Petroleum 1974. Semua pindahan hak yang dibuat Kerajaan Persekutuan berdasarkan Akta Pelantar Benua 1966, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan had wilayah laut yang dikenakan atas Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 TIDAK boleh digunakan lagi.

Kelima, PETRONAS tidak mempunyai hak untuk memberi kawasan konsesi minyak kerana kawasan yang diberikan kepada PETRONAS bukan lagi milik Kerajaan Persekutuan. Oleh itu secara logiknya –PETRONAS tidak boleh menandatangani apa-apa Kontrak Perkongsian Petroleum dengan sesiapa pun. Ini kerana apa jua milik PETRONAS kini dimiliki kembali oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.”

Ini juga bererti pemilik perairan wilayah sekarang adalah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Ini juga bermakna bahawa selepas pengisytiharan darurat ditarik balik Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk memindahkan perairan wilayah tersebut kepada PETRONAS.

FB Penerangan Parti STAR



Nampak gayanya Mahathir hanya suka berkelahi. Dosa.lama pun diulsng kembali.
fda