Tuesday, November 26, 2019

Rakyat Melaka Tak Faham, Apa Yang Norhizam Banggakan Sangat Mengenai Isu Tembak Babi Hutan!!!


Apa yang dapat admin kata ialah amat memalukan, malah sangat-sangat memalukan...

Isu yang dibangkitkan ialah menembak babi hutan...

Tuduhan yang diberikan ialah, babi hutan itu asalnya dari Indonesia dan berenang merentasi Selat Melaka untuk bermigrasi ke Melaka serta merosakkan tanaman dan mengancam kehidupan rakyat Melaka...

Yang ingin dibuktikan ialah 'beliau' telah menjalankan tugas 'beliau' dengan cemerlang dan 'beliau' tidak seperti Exco kerajaan Barisan Nasional dahulu...


Fakta yang dikemukakan ialah bilangan yang 'beliau' berjaya tembak dan gambar-gambar selfie 'beliau' dengan babi-babi tersebut...

'Beliau' merasa sangat bangga dengan 'prestasi cemerlang beliau' tanpa mengambil peduli, rakyat melihatnya sebagai gimik murahan dari seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka yang berstatus Datuk!!!

YB Datuk Norhizam...

Apakah tak terfikir, apabila membuat sidang media atau pun temuramah secara live di sosial media, 'beliau' bercakap atas kapasiti seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka atau pun bercakap mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan bukannya atas kapasiti 'beliau' sebagai Norhizam bekas 'van driver'...

Kenyataan 'beliau' mengenai babi hutan yang datangnya dari negara jiran, pasti akan menimbulkan perasaan kurang senang pemimpin dan rakyat dari negara jiran...

Walau pun tiada bantahan rasmi yang dikeluarkan oleh negara jiran namun di mana skil diplomasi antarabangsa pemimpin DAP ini?

Datuk YB Norhizam...


Exco Kerajaan Negeri adalah ibarat menteri dalam kabinet Malaysia...

Kemonlah, ini abad ke 21...

Omputeh cakap, 'work smart not work hard'...

Apa gunanya Pegawai Perhilitan yang kita ada?

Apakah 'beliau' mempunyai lesen senjata api untuk sama-sama menembak babi hutan?

Datuk YB Norhizam...

Apakah petani-petani, peladang-peladang di negeri Melaka tidak mempunyai masaalah yang lebih mendesak selain dari masaalah babi hutan?


Seperti yang 'beliau' katakan, pada tahun 2019, hingga bulan November 'beliau' telah berjaya menembak sebanyak 479 ekor babi hutan...

Ini bermakna, purata hanya 45 ekor babi hutan telah ditembak setiap bulan...

Apakah 45 ekor babi hutan ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap hasil pertanian petani dan peladang di negeri Melaka hingga perlu mendapat perhatian khas di dalam DUN Negeri Melaka...

Sidang DUN adalah tempat untuk Kerajaan Negeri Melaka membuat dasar-dasar untuk negeri Melaka...

Kehidupan petani makin terhimpit dengan harga komoditi dan kos ekonomi yang semakin hari semakin meningkat...

Sudah hampir 2 tahun Norhizam menjadi Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Melaka...

Apakah ada dasar yang telah beliau buat untuk membantu memajukan industri pertanian negeri Melaka?


Jika tidak ada, maka layaklah beliau digelar oleh Speaker DUN Melaka sebagai Juara Tembak Babi dan mungkin Ketua Menteri Melaka perlu mewujudkan satu lagi potfolio iaitu Potfolio Babi Hutan dan 'beliau' boleh dilantik sebagai Exco Babi Hutan Seumur Hidup, tak kira apa pun parti yabg memerintah negeri Melaka!!!

0 comments:

fda

Archives