Monday, November 11, 2019

Kadir Jasin Serang Azmin Sebab Sokong Anwar Atau Nak Jatuhkan Dr. Mahathir?


Semua tahu, Kadir Jasin,  Daim dan Azmin adalah orang kuat dalam team Dr. Mahathir...

Nama-nama inilah yang jadi tunggak untuk kekalkan Dr. Mahathir sampai akhir penggal dan seterusnya mengesahkan Anwar sebagai PM tepi buat selama-lamanya...

Kalau Kadir Jasin atau Daim atau Azmin serang Anwar, kita tak rasa pelik...


Tapi bila Kadir secara 'tag team' belasah Azmin Ali, gerenti timbulkan tandatanya...

Dalam hantaran akaun Facebook beliau, Kadir Jasin tanpa berselindung membelasah Azmin (BACA DI SINI)...

Serangan yang dibuat oleh Kadir terhadap Azmin dikatakan selepas mendapat peluru dari kem Daim!!!

Apa yang menarik ialah bila Kadir dedahkan Azmin tidak bayar balik pinjaman belajar dulu...😲😲😲


Dan terkini, portal pro Pakatan Harapan, MalaysiaKini melaporkan, maklumat dari Sarawak Report mendedahkan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd berkata Azmin berhutang bagi perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019 sebanyak RM328,901 yang masih belum dibayar (BACA DI SINI)...


Jadi, sementara Pejabat Zakat memasukkan nama Azmin dalam asnaf zakat, marilah kita beramai-ramai hulurkan derma untuk Azmin, alaaa, macam Tabung Harapan dulu...😉😉😉


Perincian mengenai hutang tersebut dihuraikan oleh penulis blog ktemoc.blogspot (BACA DI SINI)...


Ada juga pemerhati yang mengandaikan pendedahan berhubung keengganan Azmin bayar bil perjalanan semburit ke Sandakan dan holiday di Morocco bersama keluarga H20 telah didedahkan oleh GRUP ANWAR melalui Sarawak Report...


Penulis blog anotherbrickinwall.blogspot pernah timbulkan persoalan samada Daim terlibat membocorkan video semburit kepada operatif Anwar (BACA DI SINI)...

Antara tulisan admin blog itu :

"So it is not Anwar, not Mahathir, and not Taib, could it be Daim then?"

"Daim have been quiet and minding his business to focus on the economy, whacking at Guan Eng, and getting sabotaged by him"...

"It would seemed he has distanced himself from politics"...

Berbalik pada persoalan asal, apa tujuan Kadir melakukan serangan terhadap Azmin?

Kadir ada kata tak mungkin H20 berjaya capai kerajaan pintu jalan belakang bersama Azmin...

Adakah serangan terhadap Azmin ini untuk bantu Anwar, yang mana orang-orang Anwar pernah jadi rakan niaga Kadir dalam RealMild?

Dan kenapa pulak Daim juga terlibat dalam menyerang Azmin?

Nampaknya, baik yang berada dalam Pakatan Harapan atau di luar Pakatan Harapan tapi berperanan sebagai pendokong kuat, saling bercakaran demi untuk kepentingan peribadi masing-masing!!!

Kehidupan rakyat korang campakkan dalam bakul sampah ker!!!





Dari tulisan asal :


Fb Salahuddin Hisham

0 comments:

fda

Archives