Monday, April 15, 2019

Kerajaan PH : Failed Government, Di Malukan Sekali Lagi

Kerajaan PH Gagal Pinda Perlembagaan Negara Kerana Tidak Mendapat Undi Yang Cukup


Tak cukup selepas di malukan dalam isu Statut Rom, sekali lagi kredibiliti kerajaan PH menjadi bahan jenaka...

Sejarah tercipta di Parlimen Malaysia pada 9 April jam 10.25 malam...


Usul kerajaan untuk meminda PERLEMBAGAAN NEGARA berjaya di patahkan oleh muafakat pembangkang apabila usul meminda perlembagaan oleh YAB Langkawi (Dr. Mahathir) gagal mendapat 148 undi atau 2/3 undi seperti yang di perlukan...

Gabungan Parti Parti Sarawak, BN dan PAS telah ambil pendirian TIDAK MENGUNDI @ berkecuali...

Penolakan ini adalah atas dasar PINDAAN PERLEMBAGAAN YANG CUBA DI BAWA TIDAK MENEPATI HASRAT RAKYAT SABAH DAN SARAWAK YANG MAHUKAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA 63) DI LAKSANAKAN...

Tapi sebaliknya kerajaan hanya cadang meminda Perkara 2(1) Perlembagaan Persekutuan...

Ianya di anggap TIDAK MEMADAI, BERSIFAT KOSMETIK DAN MEMBELAKANGI HASRAT SEBENAR RAKYAT SABAH DAN SARAWAK...

Terdahulu sebelum undian secara belah bahagi, semasa menggulung perbahasan, pihak kerajaan TELAH MENOLAK SEMUA CADANGAN PIHAK PEMBANGKANG SUPAYA PINDAAN PERLEMBAGAAN DI BUAT SECARA LEBIH CERMAT,TERATUR DAN MENYELURUH DENGAN MEMASUKKAN SEGALA ASPEK SELARI DENGAN MA 63, yang antara lain :

》Merujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Terpilih/ Special Select Committee Parliament...

》Memperbincangkan terlebih dahulu di Dewan Negeri Sabah dan Sarawak...

》Memasukkan dengan jelas perkataan 'BERDASARKAN SEMANGAT PERJANJIAN MSIA 1963'...

》Kerajaan menolak ketiga2 cadangan pembangkang menyebabkan pembangkang sepakat untuk BERKECUALI dan menyebabkan USUL KERAJAAN TERTEWAS...

Sikap kerajaan yang enggan MENUNAIKAN JANJI DALAM MANIFESTO MEREKA SECARA TOTAL dalam isu MA 63, telah mengakibatkan mereka di tewaskan pembangkang di Parlimen...

INILAH KUASA RAKYAT yang telah membuktikan SEMAK DAN IMBANG berjaya di laksana dengan berkesan DEMI MARUAH DAN SUARA RAKYAT...

Kerajaan tidak boleh di biar berdolak dalik dengan janji dan manifesto mereka...

Muktakhir ini, kerajaan PH banyak mengabui mata rakyat dgn melancarkan PERANG PERSEPSI, dengan cara mereka2 alasan untuk meletakkan kegagalan mereka menunai janji dengan menyalahkan BN...

Kali ini mereka terperangkap dengan taktik mereka sendiri...

Selepas ICERD dan STATUT ROME, kegagalan meminda perlembagaan SECARA KOSMETIK, adalah kegagalan ketiga PH apabila suara rakyat berjaya di pertahan menerusi MUAFAKAT PEMBANGKANG...


Kalau di negara maju, peristiwa seperti ini sudah pasti membawa kepada PERLETAKAN JAWATAN ATAU PEMBUBARAN PARLIMEN...

Tapi kita tahu Kerajaan PH akan cuba bertahan dengan menggunakan kuasa menindas, menekan dan memfitnah pihak yang tidak menyokong mereka...

NAMUN KUASA RAKYAT DAN TAKDIR ILAHI TERNYATA LEBIH BESAR...





Kredit :

Tan Sri Annuar Musa
Ahli Parlimen KETEREH

0 comments:

fda

Archives