Wednesday, April 17, 2019

Ada Tangan Ghaib Dalam Menentukan Keputusan Inkues Allahyarham Mohd. Adib? (Updated)

Updated : 12.18pm


Dalam kita meraikan beberapa kejayaan rakyat seperti penarikan Malaysia dari Statut Rom, kejayaan hatrik rakyat menumbangkan calun PH dalam 3 PRK, Cameron Highland, Semenyih dan yang terkini di Rantau serta perkembangan positif dalam usaha penyatuan ummah di Malaysia, jangan sekali2 kita lupakan tuntutan keadilan terhadap Allahyarham Mohd. Adib, anggota Bomba yang terkorban kerana di pukul oleh 4 orang perusuh India ketika Allahyarham Mohd. Adib di arahkan untuk memberikan bantuan kepada perusuh2 di kuil Sri Mariamman, Seafield, Subang Jaya...

Kenapa Komitee Kuil Sri Mariamman Tidak Lagi Berminat Mengikuti Inkues Terhadap Pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib?


Pada 31 Januari 2019, Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan komitee kuil Sri Mariamman supaya membenarkan mereka mengikuti perbicaraan inkues untuk menentukan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib...

Dalam penghakimannya, Rofiah berkata :

"Tidak ada asas yang substantif, tulen dan munasabah untuk menjadikan mereka sebagai pihak yang berkepentingan" (BACA DI SINI)...

"Begitu juga permohonan sekumpulan kecil penganut Hindu yang memohon untuk mengikuti perbicaraan inkues di tolak kerana di dapati tiada kaitan dengan perbicaraan tersebut"...

Siti Zabedah Kassim yang mewakili kumpulan penganut Hindu dan M. Visvanathan yang mewakili komitee kuil Sri Mariamman bersetuju untuk failkan semakan semula di Mahkamah Tinggi...

Menimbulkan tandatanya bila pihak kuil dan penganut Hindu yang di lihat bersungguh2 memohon untuk mengikuti perbicaraan inkues, tiba2 membatalkan rayuan mereka (BACA DI SINI) selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah memberikan kenyataan @ afidafit kepada mahkamah bahawa kematian Allayharham Adib bukanlah kerana di pukul...


Afidafit yang di buat oleh Hamdan Hamzah itu sangat memusykilkan dan bertentangan dengan prosedur perbicaraan kerana perbicaraan inkues masih lagi berjalan...

Berbeza dengan perbicaraan inkues punca kematian Teoh Beng Hock, Timbalan Pendakwa Raya memberikan afidafitnya selepas semua saksi selesai memberikan keterangan...

Afidafit Hamdan Hamzah di lihat sebagai usaha mempengaruhi keputusan yang akan di buat oleh mahkamah dan yang menjadi persoalan ialah kenapakah Koroner Rofiah membenarkannya?

Sedangkan tugas Timbalan Pendakwa Raya adalah untuk memastikan kehadiran saksi untuk memberi keterangan kepada koroner yang bertindak sebagai majistrate...

Tindakan Hamdan Hamzah bukan saja bertentangan dengan prosedur perjalanan perbicaraan inkues malah lebih dari itu jelas menunjukkan adanya campurtangan tangan2 ghaib dalam menentukan keputusan mahkamah dan tidak pelik bila pihak kuil dan penganut Hindu yang sebelum ini bersungguh2 mahu mengikuti perbicaraan inkues telah membatalkan niat mereka kerana keputusan mahkamah sudah boleh di jangkakan walau pun perbicaraan masih berjalan...

Campurtangan Tangan Ghaib Bermula Dari Peringkat Awal


Pada 29 Disember 2018, laman blog ini pernah menyiarkan tulisan mengenai permintaan pihak polis ke atas pindaan pertuduhan dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas niat membunuh terhadap 4 orang perusuh India yang menyebabkan kematian Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI)...

Tapi ianya telah di tolak oleh Peguam Negara, Tommy Thomas malah Tommy Thomas telah mencadangkan supaya inkues di adakan untuk menyiasat punca kematian, sedangkan PUNCA KEMATIAN ALLAHYARHAM MOHD. ADIB SUDAH DI KENAL PASTI DALAM KERTAS SIASATAN PENDAKWAAN AWAL DI BAWAH SEKSYEN 307 KANUN KESEKSAAN...

Bila pihak polis mengumumkan, akan di adakan inkues untuk menentukan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib, orang ramai mula pertikaikan keperluan inkues di adakan terhadap kes yang sudah di dakwa di mahkamah!!!


Di samping untuk menyelamatkan nyawa 4 perusuh India dari ke tali gantung atas kesalahan membunuh, tujuan inkues di adakan adalah untuk menyelamatkan Waythamoorthy, Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ganabatirao, yang mengeluarkan kenyataan rasis dan tuduhan melulu terhadap polis sehingga menyebabkan rusuhan yang bermula dari kumpulan kecil menjadi besar sehingga sukar di kawal...


Juga di lapurkan, 4 orang perusuh India yang menyebabkan kematian Allahyarham Mohd. Adib yang di dakwa bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, di lepaskan dengan jaminan polis dan ianya adalah sesuatu yang TIDAK PERNAH di lakukan sebelum ini...

Amat memeranjatkan bila pihak polis mengumumkan akan menghentikan siasatan terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib dan hanya akan bergantung kepada keputusan perbicaraan inkues...

Keraguan makin memuncak bila beberapa orang doktor India di katakan tidak bersependapat dengan beberapa orang saksi kejadian bahawa Allahyarham Mohd. Adib memang di lihat di heret keluar dari van EMRC Jabatan Bomba & Penyelamat dan beliau memang di lihat di pukul oleh beberapa orang perusuh...

Cuma seorang doktor Melayu yang mengesahkan bahawa Allahyarham Mohd. Adib memang telah di pukul...

Sudah jelas lagi bersuluh, memang terdapat campurtangan tangan2 ghaib dalam perjalanan peebicaraan inkues bila Hamdan afidafit Hamdan di lihat dengan jelas akan mempengaruhi keputusan mahkamah hingga menyebabkan pihak kuil dan penganut Hindu merasakan tiada keperluan untuk terus mengikuti perkembangan perbicaraan inkues...

Hamdan juga di katakan menanyakan soalan2 yang tidak relevan kepada saksi semasa sesi soal jawab, mungkin untuk memutarbelit fakta atau membuat saksi keliru...



Peringatan kepada semua yang beragama Islam yang terlibat di dalam perbicaraan inkues Allahyarham Mohd. Adib, termasuk Perdana Menteri, Menteri2 dan sesiapa saja :

ALLAHYARHAM MOHD. ADIB PASTI AKAN MENDAPAT KEADILAN UNTUK DIRINYA, SAMA ADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT...

KALAU KAMU SEMUA BERSUBAHAT MENAFIKAN KEADILAN ALLAHYARHAM MOHD. ADIB :


》BELIAU AKAN TUNTUT HAK BELIAU DI HADAPAN ALLAH SWT...

》KAMI RAKYAT MALAYSIA AKAN BERDOA MUGA KEJADIAN YANG SAMA SERTA PENAFIAN KEADILAN YANG SAMA AKAN BERLAKU KEPADA SAMA ADA DIRI KAMU ATAU ANAK CUCU KAMU DI HADAPAN MATA KAMU SENDIRI!!!




Kredit :

Laman Blog Another Brick In Wall

0 comments:

fda

Archives