Thursday, December 20, 2018

PTPTN : SYED SADDIQ DENGAR ANWAR DARI TUN, TAPI INGIN JADI MPT PPBM


Khabarnya Syed Saddiq merancang untuk bertanding tempat dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi PPBM, tetapi desas desus dalam PPBM mengatakan beliau bakal di cantas kerana isu PTPTN...

Memang salah satu janji 100 hari Manifesto PH ialah untuk menghapuskan hutang PTPTN...

Janji ini memang menarik pada pengundi muda yang berpelajaran tinggi dan sokongan segmen ini boleh merebakkan pengaruh PH...

Syed Saddiq pula adalah antara mereka yang paling lantang memainkan isu ini pada orang muda...

Sebaik saja 100 hari habis, Kerajaan PH ambil pendirian utk tidak tunai janji ini...

Jumlah yang mahu di hapuskan adalah RM54 billion dan baru PH sedar realiti ianya tak mungkin dapat di laksana...


Pada mulanya, Syed Saddiq akur dengan keputusan bersama yang di buat oleh jemaah kabinet...

Dia pun turut sama menukar pendirian mengatakan hutang mesti di bayar...

Namun, hati orang muda yang tiada pengalaman kerja dan mudah terusik tidak dapat tahan di ungkit2 telah mencapati janji kepada penyokong dan pengundi...

Tambah lagi, dalam bajet terbaru yang di bentang LGE, jadual pembayaran balik telah meletakkan gaji minima untuk di wajibkan mula bayar balik PTPTN ialah RM1,000 sebulan...


Bukan setakat itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful mengulang kembali polisi LGE dan menekan rancangan ini akan di kuatkuasakan...

Syed Saddiq lagi berhadapan dengan tekanan dari media sosial dan anak2 muda...


Ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim memberi reaksi untuk masuk campur dan berjumpa dengan Maszlee...


Syed Saddiq ambil peluang itu untuk bersuara...


Akibatnya, PTPTN terpaksa umumkan akan merangka skim baru bayar balik PTPTN...

Ketika itu, UMNO masuk mencelah dan bekas Pengerusi PTPTN cadangkan ikut balik skim yg telah di jalankan bawah kerajaan BN...

Suatu yang memalukan kepada kerajaan PH yang kelihatan flip flop dan U turn berkali2 serta kabinet di lihat hilang kredibiliti oleh orang ramai dan pengundi muda...

Keadaannya lebih menekan hingga sekumpulan bekas mahasiswa telah berarak ke Parlimen dan muncul di Perhimpunan Bantah ICERD atas isu PTPTN...


Syed Saddiq merasakan dia berjaya perjuangkan isu PTPTN dan ini menaikkan profilnya dalam parti untuk tanding dalam pemilihan pertama PPBM untuk tempat dlm MPT...

Selain itu, Syed Saddiq merasakan dia  perlu tinggalkan politik Armada dan naik ke politik taraf dewasa dengan segera sebelum kelemahan dan kegagalannya sebagai Ketua Armada dan Menteri KBS lebih terserlah...

Syed Saddiq naik atas payung pemimpin2 utama PPBM seperti TS Muhyiddin, Tun Daim dan Tun Mahathir...


Tetapi dia sudah lupa diri dan tidak faham pendirian Tun M berhubung PTPTN amat tegas yang berhutang perlu bertanggungjawab...

Tambah lagi, PTPTN adalah polisi yg di bentuk oleh Tun M...

Pantang orang tua itu polisinya di kacau...


Syed Saddiq telah berkali2 di tegur dengan terakhir sekali, dia di panggil Muhyiddin dan di beri khutbah panjang berkomennya tentang ialah Ketuanan Melayu dll...

PPBM mahu di bentuk untuk mengganti UMNO sebagai pembela Melayu tapi Syed Saddiq mahu bawa agenda liberal dan terbuka ala PKR...


Sudah jadi buah mulut dalam PPBM bahawa Syed Saddiq lebih sesuai untuk PKR dan di tambah dengan gandingannya dengan Anwar dalam isu PTPTN, ramai mula persoalan Syed Saddiq kerana mengengkar Tun M dan tidak peduli dengan signal yang di beri Pengerusi PPBM...

Ketika persaingan kuasa Anwar-Mahathir tengah mula membara dan mainan lompat AP UMNO ke PPBM sedang berlaku, Syed Saddiq mula di lihat orang dalaman PPBM sebagai orang PKR dan individualistik yang tidak boleh kerja berpasukan dan hanya pentingkan diri...

Tidak lama lagi, dia akan hadapi dilema untuk kekal Ketua Armada atau tanding MPT tapi kalah...

Habis tempoh AP, jangan heran dia di gugurkan sebab dah tak berguna...

Jajalah surat palsu tawaran Oxford yg tidak ada nilai sebab tak ada pengalaman kerja...

0 comments:

fda

Archives