Sunday, December 2, 2018

Isu Berhubung Audit Dan PAC 1MDB Banyak Persoalan


Kenyataan media Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah membuktikan kerajaan PH amat memerlukan isu 1MDB untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka...

Bukan itu sahaja mereka juga mahu ahli UMNO percaya kekalahan UMNO di sebabkan 1MDB bukan isu GST dan janji bohong PH...

Najib mesti di persalahkan...

TS Madinah mengakui Mesyuarat Kabinet, mengarahkan beliau membuat kenyataan media pada hari Ahad (semalam) kononnya laporan akhir pengauditan 1MDB kepada PAC telah di pinda beberapa kali...

Tidak di sebut secara nyata, apa yang di pinda...

Adakah yang di pinda itu ialah memadamkan nama suspek, pindaan ayat, pindaan angka angka kewangan atau pindaan untuk melindungi kesalahan?

Mengenai Jho Low, Najib telah pun menjelaskannya melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 (lebih awal daripada tarikh dakwaan pindaan 2016), iaitu Jho Low hadir ke mesyuarat itu kerana dia mewakili syarikat Petrosaudi dan Putera Turki...

Jawapan sebelum tarikh dakwaan pindaan itu di buat membuktikan tiada cover up...

Sudah pasti kenyataan media itu menimbulkan persepsi iaitu Najib cuba menipu dan melindungi penjenayah...

Kenyataan TS Madinah itu masih kabur tetapi di buat secara terbuka kepada orang ramai...


Justeru, rakyat perlu membaca penjelasan terkini DS Najib dalam Facebook-nya...

Peguam TS Shafie Abdullah juga mempertikaikannya sebagai 'content of court'...

Tan Sri Ambrin pula telah menafikan dakwaan mengenai pindaan tersebut...

Maka kenyataan media itu ada muslihat tertentu...

Bahkan dalam kenyataan media itu di dedahkan, laporan akhir pengauditan 1MDB di anggap sebagai satu krisis dan mantan PM minta siasatan di lakukan oleh pihak penguatkuasa...

Itu bermakna tiada unsur untuk melindungi...

Tetapi isu 1MDB terus di panaskan oleh pemerintah...

Kenapa?

Kerana Najib di anggap sebagai satu ancaman kerana dia aktif menjawab isu di media sosial, jawapannya berfakta dan hujahnya di parlimen kukuh...

Najib mesti di musnahkan lebih awal secara total walaupun kes mahkamahnya belum bermula dan dakwaan mengenai 1MDB belum di buat...

Itulah dendam keadilan Kerajaan PH?

Dalam proceeding PAC, Jho Loh ada di timbulkan dan di jawab...

Its on record...

Adakah kehadhiran Jho Loh releven utk highlight dalam audit report?

Tak ingat term of reference audit utk tujuan apa?

TS Shukry arah tukar laporan tu salah...

Tapi jika ada meeting dgn macam2 orang termasuk Arul ada untuk bincang Audit Report, takde kerja sorok2...

Satu hal biasa untuk perbincangan antara auditor dan pihak yang di audit...

Selalu juga auditor buat salah andaian dan salah faham...

Cuma bila Mardinah buat kenyataan hari Ahad maka dah macam arahan dan skrip drama...


Mardinah ini dulu perlantikan di persoalkan PH...

Takut di dakwa kot...

Tak pun takut kena buang kerja...

Malu woohhh kalau Ketua Audit Negara kena buang kerja macam pekerja kontrak yang lain...

Tapi biasalah, ada piii, mesti ada maiii, naaa...

Silapnya Amrin telah release digital report dengan embargo pada editor tapi bila final copy yang OSA berbeza...

Tak der cerita Nafisah hero pasal simpan copy...

All press dah ada...


Lagi memusykilkan bila Pengerusi PAC, Ronald Kiandee umumkan siasatan semula PAC ke atas 1MDB di tangguhkan sampai proses mahkamah selesai...


Deyyy...

Biasanya sebelum di tentukan ada kes atau tak, PAC akan siasat dulu, bila PAC dah pasti ada merit barulah di rujuk pada pejabat AG dan AG yang akan tentukan sama ada ianya akan di bawa ke mahkamah atau tak, lepas tu barulah proses mahkamah berjalan...

Itu amalan yang biasa...

Tapi kali nie sesepel...

Tuduh kat mahkamah dulu, baru lepas tu baru AG nak siasat, bila proses mahkamah dah abes baru PAC nak siasat pulak!!!

Ek eleh, kalau proses mahkamah dah abes, siasat abah kau...

Tak ker menghina mahkamah namanya!!!

Ker...

PAC nie reserve bullet, kalau2 mahkamah tak sabitkan kesalahan Datuk Seri Najib nanti sebab Kadir Jasin dah hence, jangan terlalu mengharap Najib ke penjara!!!

Ada isu yang tak clear isu dan perlu curiga bila ada elemen wayang politik banyak...

0 comments:

fda

Archives