Tuesday, June 26, 2018

Stmt Mandarin, PC Tamil ... Semua rakyat Msia faham ker?


Ingat lagi tak masa wartawan dari China tanya Lim Guan Eng pendapat dia bila jadi antara orang Cina yang jadi menteri kewangan...

Dengan poyo Guan Eng cakap, dia tak menganggap diri dia bangsa Cina tapi dia menganggap diri dia 'bangsa Malaysia'...

Walau pun pernah ditulis dlm blog nie, kenyataan Guan Eng tu menandakan bermulanya idealogi Malaysian Malaysia DAP atau nama sopannya Malaysia Baru tp ramai tak percaya...

Baca disini :

Keangkuhan Guan Eng Tunjukkan Wajah Sebenar DAP Sebagai Parti Perkauman




Bila surat rasmi dari Kementerian Kewangan nie viral kat media massa, ramai yg kritik Guan Eng atas tindakan melampaui batas tu...

Tapi Guan Eng berikan respon dgn cukup angkuh dengan mengatakan pengkritik2 beliau sebagai rasis...


Dan beliau tak akan tunduk dgn kritikan2 serta akan terus mengeluarkan kenyataan Kementerian Kewangan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina..

Lagi memualkan bila Guan Eng terus pertahankan tindakan beliau dan mengatakan bahawa apa yg dilakukan itu tak bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan...

Baca disini :
https://suara.tv/25/06/2018/ini-malaysia-barulah-lim-guan-eng-pertahan-guna-bahasa-cina-dalam-kenyataan-rasmi-kerajaan/

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67



Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan persekutuan...

Dan Perkara 152 (1)(a) pula menyatakan tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa2 bahasa lain...

Dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1973/67 seksyen 2/9 mengatakan bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud2 rasmi...

Ini bermaksud, setiap surat atau pun kenyataan yang dikeluarkan secara sah dan rasmi dari mana2 jabatan atau kementerian dalam Malaysia MESTI menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan...


Felo Penyelidik Utama KITA UKM, Prof Datuk Dr. Teo Kok Seong dalam Forum Liputan Pasca PRU 14, menegaskan bahawa "bagi urusan rasmi negara, tidak boleh bahasa selain bahasa Melayu kerana perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan"...
Baca disini :
Jelas tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berbahasa Cina dari Kementerian Kewangan dengan menggunakan kepala surat rasmi Kementerian Kewangan merupakan satu kesalahan dan pencabulan ke atas Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67...
Tak perlu menegakkan benang yg basah dgn memberi alasan ianya hanya untuk disiarkan dimedia sosial peribadi...
Sekiranya kenyataan itu berbentuk peribadi dan tak menggunakan kepala surat Kementerian Kewangan maka ianya boleh di anggap sebagai kenyataan peribadi diatas kapisiti beliau sebagai Lim Guan Eng...
Tetapi bila kenyataan itu disiarkan dengan menggunakan kepala surat rasmi Kementerian Kewangan maka ianya adalah urusan rasmi kerajaan Malaysia dan MESTI menggunakan Bahasa Melayu kerana ianya dikeluarkan diatas kapisiti beliau sebagai Menteri Kewangan...
Lim Guan Eng MESTI meminta maaf diatas kesilapan yang dilakukan...

Bahasa Jiwa Bangsa


Matlamat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa 1963/67 ialah ke arah membentuk keharmurnian kehidupan dan perpaduan kaum di Malaysia...

Seperti kata2 Lim Guan Eng sewaktu dilantik Menteri Kewangan ketika ditanya wartawan dari China bahawa beliau tak merasakan beliau ialah seorang berbangsa Cina tetapi beliau merasakan beliau berbangsa Malaysia, jadi buktikan dengan peelaksanaan dan bukan hanya sekadar kata2...

Bangsa Malaysia mesti menghormati semua Perlembagaan Malaysia...

Dan Perlembagaan Malaysia dah menetapkan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi...

Itulah yang dikehendaki dalam kontrak sosial diMalaysia yang memberi kewarganegaraan berasaskan Jus Soli...

Rasanya YB Lim Guan Eng lebih arif tentang itu...

TERKINI 8:30 PM

Peguam Pembangkang pun kritik Guan Eng


Mahathir cuba perkecilkan masaalah


Tapi Kulasegaram pulak buat perangai.




Malaysia baru atau kerajaan Malaysia baru gila


0 comments:

fda

Archives