Wednesday, June 6, 2018

21 bukti Mahathir hanya kuda DAP!!!!



21 Langkah DAP Peralatkan Mahathir, Laksanakan Malaysian Malaysia!

|Catatan Mohd Fadzil |3 Jun 2018

Dalam kesibukan orang melayu melayan cerita-cerita Mahathir dan Guan Eng menjalankan propaganda “Manipulasi Hutang Negara” dengan mencipta angka negara muflis, memerangkap Dato Sri Najib dengan mengaibkan dan membuat tuduhan-tuduhan jenayah, malah menghidangkan 3 bulan tanpa GST untuk rakyat bergimbira hingga terleka.

Tanpa orang-orang melayu sedari rancangan halus DAP telahpun bermula sejak dari hari pertama lagi Pakatan Harapan memerintah negara!

Tolong baca betul-betul dan hadam dengan bandingkan kepada apa yang sedang berlaku ketika ini, untuk anda fikirkan tentang apa nasib Melayu Islam dan Raja-raja Melayu nanti.

Dalam masa Lima Tahun, DAP akan arahkan Mahathir Membina Negara Baru berlandaskan Demokratik Liberal dalam membentuk dasar Malaysian Malaysia bagi menggantikan Negara Islam!

Apa yang akan berlaku secara terancang, tersusun dan secara halus:

1. Kuasa Raja-Raja Melayu hanya tersurat tapi tak dapat dilaksanakan!

Fasa ini telah dimulai dengan Kadir Jasin telah mula memberi  isyarat dan amaran kepada Raja Raja Melayu apabila dia secara terang terangan membangkitkan isu KONTRAK SOSIAL ANTARA RAJA DAN RAKYAT!Lebih tepat lagi ianya berbaur HASUTAN.

Ini bukan suara biasa kerana dia adalah KETUA MEDIA DAN KOMUNIKASI MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN PH,(MPK-PH) satu badan yg di lihat sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baru.

2. Menukar Ketua Pengarah SPRM
Fasa ini telah berlaku dengan sempurna di mana Mahathir telah melantik Mohd Shukri Abdull sebagai KP SPRM malah telah Berjaya melakonkan drama air mata di dalam satu sidang media untuk menjatuhkan hukuman terhadap Dato Sri Najib ebagai bersalah dalam isu 1MDB, sebelum Dato Sri Najib selesai disoal siasat dan sebelum dihadapkan ke Mahkamah.

Proses ini lebih dilihat untuk mengalih perhatian rakyat dari melihat rancangan halus DAP dalam mengarah Mahathir membina negara baru berasaskan Malaysian Malaysia!

3. Peguam Negara - Melayu tetapi semua DPP Kanan bukan Melayu
Pada cubaan pertama Mahathir dari arahan DAP telah mencalonkan seorang peguam Majlis Peguam, Tommy Thomas untuk memegang jawatan Peguam Negara. Yang merupa peguam membela kes Cheng Peng dari Parti Komunis Malaya malah seorang yang pernah pertikaikan kedudukan raja-raja melayu.

Namun cubaan ini gagal apabila pencalonan ini telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agung. Untuk itu Ram Karpal Singh telah mencadangkan kepada Mahathir untuk mencalonkan Tan Sri Zainun Ali yang juga pro DAP, di mana calon ini adalah salah seorang dari 5 hakim yang sebulat suara! dalam kes M Indira Gandhi. Mereka telah memutuskan pengislaman ke atas ketiga-tiga anak bekas suami M Indira sebagai tidak sah dan melanggar undang-undang! Setakat penulisan ini, pencalonan ini belum lagi mendapat kata putus Yang Di-Pertuan Agong!

Sekiranya Mahathir Berjaya melantik calon melayu yang pro-DAP tetapi harus dingat bahawa Director of Public Prosecutions nanti akan digantikan kepada yang bukan melayu pro-DAP. Bermakna ini adalah langkah membahayakan kedudukan kedaulatan islam dari segi Mahkamah Syariah dan undang-undang kecil islam. Yang akan membawa perubahan ketara kedudukan melayu islam dalam Membina Negara Baru Malaysian Malaysia bagi menggantikan negara Islam.

4. Ketua Hakim Negara - Melayu tetapi Hakim-hakim Persekutuan 60% Bukan Melayu

Fasa ini akan sampai nanti!

5. Jabatan Kemajuan Agama-Agama Di Malaysia akan menggantikan JAKIM

Hal ini telah disuarakan oleh Mahathir sendiri untuk mengkaji kedudukan JAKIM malah dari kalangan pro-DAP dalam Pakatan Harapan telah menyuarakan permansuhan JAKIM malah ada yang mengarahkan JAKIM menghentikan pembiayaan sekolah-sekolah Agama dan Tahfiz.

Dalam pada masa yang sama, ketika ini guru-guru Kafa telah diberhentikan atau disekat pembayaran elaun. Bergitu juga elaun Tok Imam satu, tok iman 2 dan siak telah digantung.

Tindakan ini akan terjawab apabila pembentukan Kabinet Penuh Pakatan Harapan yang mana Menteri Bukan Islam akan ambil alih prihal agama di Malaysia.

6. Speaker Dewan Rakyat Bukan Islam

Ini adalah fasa seterusnya yang akan berlaku, yang mana ketika ini kedudukan kerajaan Pakatan Harapan dikuasai 71 kerusi bukan islam berbanding 41 islam, Malah parti Mahathir sendiri hanya mempunyai 13 kerusi berbanding PKR 47, DAP 42 dan Amanah 11 yang mana amat jelas Mahathir hanyalah PM Boneka!

Peranan Speker ini akan melakukan berberapa strategi untuk mengekang bantahan MP pembangkang terutama dari kalangan UMNO dan PAS, terhadap apa usul untuk menyokong rancangan ini.

7. KEMAS, JASA dan BTN dibubarkan

Ini telah berlaku dengan sempurna dengan DAP bermatalamatkan untuk menghapuskan terus pengaruh melayu dari bangkit dan menggangu rancangan halus DAP!

Lain fasa yang akan menyusul!

8. KSU - 30% bukan Melayu. 

Semua Kementerian akan ada Panel Penasihat Rakyat - menasihati Menteri dan memantau KSU. Keahlian Panel 70% bukan Melayu. Panel ada kuasa lsntuk Perunding Antarabangsa menilai semula polisi negara atas keperluan kawal selia yang telus dan efektif.

9. Peruntukan bajet pembangunan Islam dari kutipan zakat dan bukan dari belanjawan negara

10. Semua institusi pendidikan bumiputera - terbuka semua kaum dan berdasarkan merit. Ini melibatkan UiTM, UniKL, MRSM, KPTM, KKM dll.

11. Rejimen Askar Melayu Diraja ditukar ke Rejimen Askar Malaysia Diraja dan terbuka kepada semua kaum di Malaysia

12. Panglima Angkatan Tentera tetap Melayu, tetapi Panglima TUDM dan TLDM bukan Melayu

13. PAT tidak akan dapat bertindak tanpa sokongan Panglima TUDM dan TLDM.

14. Ketua Polis Negara Melayu, tetapi Timbalan KPN akan ada 2 - seorang Melayu dan seorang bukan Melayu

15.  Ketua Cawangan Khas - Bukan Melayu

16. Pengarah Urusan Khazanah - Bukan Melayu.

17. PNB - semua skim dibuka kepada semua Rakyat Malaysia

18. Agensi seperti Teraju, YPEIM, PUNB, PNS, dll akan dikaji oleh Perunding Antarabangsa

19. MARA kekal tetapi bajet pembangunan di potong 80%.

20. Melantik pengarah SPR baru

21. Penempatan dan penyusunan kedudukan semula pola pengundi proDAP melalui kaedah penempatan perumahan dan sebagainya.

Sebab itu aku sentiasa mengatakan

#MahathirBapaMalapetaka kepada Malaysia. Jika masih ada Ahli Parlimen melayu yang belum sedar hal ini, maka bersedialah seperti maka kata ustaz Kazim

“Bukan kata 5 tahun, 5 jam mereka boleh buat macam-macam”.

Oleh itu suka aku peringatkan sekali lagi, sekali mereka telah berkuasa sampai kiamat mereka akan cari jalan untuk enghalang kebangkitan orang-orang melayu.

Buat ketika ini apa yang penting orang-orang melayu harus bersatu mempertahankan hak-hak melayu, islam dan raja-raja melayu!

||| Mohd Fadzil ||| Sebarkan kepada kawan-kawan kita atas semangat Fisabilillah ABATA!!

#SelamatkanMalaysia #SelamatkanKedudukanIslam #MahathirBapaMalapetaka #RinduZamanNajib

0 comments:

fda

Archives