Friday, May 18, 2018

PH Terus Menipu Rakyat


Sejak menubuhkan kerajaan 10hb Mei 2018 hingga ke hari ini -17 Mei 2018, genap 7 hari Pakatan Harapan dapat menawan Putrajaya...


Ramai pengundi kat luar sana dah mula pertikaikan kesungguhan Pakatann Harapan menunaikan janji2 pilihanraya...

Lain Yang Di Janji, Lain Yang Terjadi

Mahathir Mungkir Janji Untuk Menghadkan Kuasa Perdana Menteri Dalam Kabinet


Manifesto PH : Untuk mengehadkan kuasanya, Perdana Menteri dilarang memegang jawatan kabinet yang lain.

Apa Yang Berlaku : Tun Mahathir telah menamakan dirinya Menteri Pelajaran.

Mahathir Mungkir Janji Bila Perdana Menteri Campurtangan Dalam Perlantikan Pegawai Kanan


Manifesto PH : Untuk mengurangkan kuasa PM untuk mempengaruhi pelantikan pegawai-pegawai utama kepada SPR, SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, pelantikan sedemikian mesti ditegaskan oleh  Pesuruhjaya Pemilihan  Parlimen yang relevan.

Apa Yang Berlaku : Tun Mahathir melantik Mohd Shukri Abdull sebagai ketua SPRM. Malah, belum ada seorang anggota kabinet yang bersumpah dan tidak pernah mengadakan parlimen baru.

Mahathir Mungkir Janji Bila Umumkan Cukai GST Tak Mansuh Cuma Pada Kadar 0%


Manifesto PH : GST akan dimansuhkan sepenuhnya.

Apa Yang Berlaku:  GST tidak dimansuhkan tetapi akan dikurangkan kepada 0% pada 1 Jun.

Sistem GST akan tetap kukuh dan boleh ditingkatkan apabila dikehendaki.

Mahathir Mungkir Janji Untuk Mengurangkan Dan Stabilkan Harga Petrol




Manifesto PH :  Harga petrol akan stabil dan dikurangkan.

Apa Yang Berlaku : Harga petrol stabil tetapi tidak dikurangkan. Ia masih ditetapkan pada RM2.20 seliter untuk RON95.

Mahathir Mungkir Janji Untuk Tidak Berdendam




Manifesto PH : Tidak akan ada dendam terhadap Najib Razak.

Apa Yang Berlaku:  Najib Razak dan keluarganya dikenakan serbuan polis awal yang berlangsung selama 15 jam pada malam Ramadan yang direka untuk menakut-nakutkan dan memalukannya.

Najib juga ditolak hak asasi manusia dan dihalang daripada keluar negara, pelawat tidak dibenarkan melawatnya semasa serbuan polis dan terdapat pengawal polis di hadapan rumahnya.

Jelas, kesungguhan yang ada pada kerajaan Pakatan Harapan sekarang hanyalah untuk membalas dendam pada DS Najib Razak...

Secara sah, kabinet kerajaan Pakatan Harapan sekarang cuma ada seorang yang dah angkat sumpah iaitu Perdana Menteri...

Sementara menteri2 yang lain, termasuk Timbalan Perdana Menteri cuma baru di calunkan dan masih belum mempunyai kuasa menteri kerana belum angkat sumpah...

Sedangkan hampir semua kerajaan negeri sudah di bentuk...

Kenapakah Mahathir melengah2kan utk menubuhkan kabinet yang sah?

Apa kah masaalahnya?

Apakah pada pandangan Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan tak ada yang layak untuk menjadi menteri?

Atau Mahathir ada agenda tersendiri iaitu melunaskan dendam pada mantan perdana menteri DS Najib Razak...


Mungkin Mahathir berpendapat, sekiranya kabinet yang sah ditubuhkan segera maka akan ada pemimpin Pajatan Harapan akan menentang agenda Mahathir untuk balas dendam pada DS Najib Razak...

Sebab dah ada di kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri yang membantah tindakan ke atas DS Najib...

Selagi kabinet yang sah belum ditubuhkan, cuma Mahathir seorang yang ada kuasa mutlak dalam Malaysia...

Inikah keadilan yang di laungkan..

Inikah bentuk harapan yang di bawa oleh Pakatan Harapan!!!

Sekiranya seorang mantan perdana menteri boleh di aibkan, di nafikan hak asasinya dan di perlakukan sehingga sebegitu rupa, apakah jaminan keselamatan dan keadilan yang ada pada rakyat Malaysia di bawah pemerintahan regim Mahathir dan Pakatan Harapan!!!

9 comments:

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 9:29:00 AM GMT+8

    Ni baru seminggu memerintah. tak tau la 5 tahun lagi. masa tu harta dan rizab negara pun dah tak banyak nak mememnuhi tuntutan rakyat yang kalu boleh nak semua benda free...

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 11:20:00 AM GMT+8

    Kahkahkah, padan muka, dulu buat sesuka hati, rasakan akibat perbuatan sendiri.

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 11:40:00 AM GMT+8

    ngo2 dulu yg bising gitu gini pasal hak asasi manusia kononnya..
    hmm..
    sekarang dah menang.. dah bole bubar segala bagai ngo yg ada..
    line clear..
    yg sebenar ngo2 yg wujud, cuma rekaan dan jadi org suruhan pakatan je sebenarnya.. dan menyeludup masuk sumber dana?

  • Hasrul Hassan says:
    May 18, 2018 at 12:38:00 PM GMT+8

    Www.hasrulhassan.com

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 12:42:00 PM GMT+8

    kitorang heran juga kenapa apa-apa yang viral tentang kelemahan Tun Mahathir disekat (tak tahu kalau ianya di lakukan di sesetengah tempat macam tempat kami ni) sedangkan mana-mana viral tentang pujian kepada Tun Mahathir takde pulak diorang sekat ?? apakah ini sebahagian dari plot untuk perlakuan penyelewengan yang bakal di lakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas mereka berkuasa ? Bezanya Allahyarham Dato' Megat Junid Megat Ayob dah takde kerana pasti dia lebih mengenali sikap dan kegelojohan Tun Mahathir lebih dari orang lain. (kami tak percaya sebesar kuman pun kat Tun Daim)
    Ada sesiapa yang tahu fakta berkaitan kematian Tan Sri Yahaya Ahmad (Pengerusi DRB Hicom) yang terbunuh dalam tragedi Helikopter terhempas pada 3.3.1997 dulu ? kerana ada berita yang mengatakan sepatutnya DS Anwar Ibrahim turut berada di dalam Helikopter tersebut ? dan Berikutan pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun berikutnya sejurus selepas tamatnya Sukan Komanwel yang berlangsung di Malaysia tahun 1998 dan Rumah Kediaman DS Anwar Ibrahim juga diperlakukan seperti mana yang diperlakukan kepada rumah DS Najib semalam ( ini tak bermakna kami menyokong Penyelewengan cuma untuk mengimbas tindakan terhadap DS Najib lebih kurang sama dengan tindakan terhadap DS Anwar Ibrahim dulu )

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 2:19:00 PM GMT+8

    Bn pon dlu cam tu jugak...

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 3:41:00 PM GMT+8

    PH parti gabungan baru... maka beri mereka masa utk susun atur pentadbiran dengan tenang... takyah lah nak gelojoh nau... dorang 1++ hari utk setup kabinet mereka.... xyah pening2 xyah risau...beli popcorn tenogk je drama kol 8 live tiap2 mlm

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 4:10:00 PM GMT+8

    tak faham saya. rakyat sekarang ramai jadi bawang busuk dan berlagak hakim pandai. apa yang dibuat oleh PH disetujui bulat bulat dan yes man sahaja. tapi..long term, memang kaum Melayu menang sorak kampung tergadai. kaum kaum lain pun tumpang sama kena kencing dengan kerajaan tabur fitnah ni

  • I says:
    May 18, 2018 at 6:02:00 PM GMT+8

    TM dulu pun dinafikan keistimewaan sebagai mantan Pm...

fda

Archives