Thursday, May 10, 2018

Jangan Lupa Janji 100 Hari PM Ke 7


Suara rakyat suara keramat !!!

9hb May 2018, dalam PRU 14, rakyat Malaysia membuat tsunami politik...

BN yg dah memerintah lebih dari 6 dekad akhirnya tumbang dengan kertas undi rakyat Malaysia...




Tahniah kita ucapkan kepada Pakatan Harapan kerana berjaya membentuk kerajaan baru dan pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir, di jangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 pukul 9.30 mlm nie...

JANJI 100 HARI PERTAMA SEBAGAI KERAJAAN OLEH PAKATAN HARAPAN




Insentif Yang Di janjikan Pakatan Harapan Dalam PRU 14

*▶ Insentif Pakatan Harapan memenangi PRU 14:*

1. Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di! tingkatkan.

2. Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.

3. Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000

4. Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.

5. Lesen motosikal Percuma.

6. Mansuh GST.

7. Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8. Bantuan Pendidikan Percuma.

9. Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.

10. Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.

11. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

12. Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.

13. Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.

14. Menstabilkan harga barang.

15. Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal  kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.

16. Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.

17. Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.

18. Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.

19. Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.

20. Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.

21. Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.

22. Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.

23. Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.

24. Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.

25. Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.

26. Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

27. Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.

28. Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.

29. Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.

30. Insentif tunai Kelahiran Baru.

31. Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.

32. Menarik pelabur asing lebih banyak.

33. Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

34. Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.

35. Khidmat kesihatan Percuma.

36. Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.

37. Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.

38. Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.

39. Menaik taraf kehidupan Rakyat.

40. Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.

41. Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.

42. Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.

43. Memansuhkan sistem AES

44. Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.

45. Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

🛑Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.🇲🇾

10 Janji 100 Hari ialah senjata yg cukup ampuh Pakatan Harapan gunakan utk cipta tsunami politik di Malaysia...

Rakyat tak peduli, dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan, siapa yg akan di pilih jadi PM...

Pandai2lah bincangkan sesama Pakatan Harapan...

Yang rakyat peduli ialah sebaik saja PH di umumkan menang PRU 14 oleh SPR ialah dalam apa cara sekali pun, 10 janji mesti di kotakan...

Pakatan Harapan Janji Nak Turunkan Harga Minyak


Apa macam???

Harga minyak petrol dah turun ker belum sebab katanya, "hati nie tawan Putrajaya, harga minyak turun serta merta!!!"

Kerajaan Tanpa GST


GST pulak macam mana???


Pekedai dan peniaga dah bolehlah tukar sistem kat kaunter tu kut...

Perkataan dan caj GST dah bolehlah di haramkan...

Perkataan haram kasar sangat kut, di mansuhkan yer...

Bila Nak Mansuhkan Tol???



 Dah boleh round satu Malaysia dah nie...

Harga minyak dah turun, tol pulak mansuh, bila haus ker, lapar ker, bileh singgah petrol pam beli makanan dgn minuman banyak2 sebab dah tak ada GST...

Tunaikan Janji Segera



Rakyat semua tengah menunggu PH tunaikan janji2 sebelum PRU 14...

Ingat, suara rakyat, suara keramat...

Kalau 100 hari lepas PH ambil alih kuasa tapi gagal tunaikan janji2 manis sebelum PRU 14, rakyat tak akan tunggu 5 tahun lagi untuk bersuara...

Sekadar peringatan kepada semua pemimpin PH.

Suara Rakyat Suara Keramat!!!





12 comments:

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 12:13:00 AM GMT+8

    yer...rakyat tunggu&akan tagih janji...jgn ada alasan&buat2 lupa....

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 12:52:00 AM GMT+8

    Tahniah , Malaysia akan jadi negara pertama dunia yang hapuskan GST . Seluruh dunia kan tertawakan Malaysia sebab meraka tahu tak lama lagi bangkrap laa Malaysia .

  • Unknown says:
    May 11, 2018 at 1:19:00 AM GMT+8

    Ok. Rumusan nya skrg..
    Malaysia telah di selamatkan
    Spr tak tipu
    Rakyat tak kan takut jln2 luar sbb penjenayah akan kurang..
    Rakyat takan hidup susah lagi sbb pendapatan tinggi nnt..
    Tiada rasuah lagi lepas ni
    Nak isi minyak tader masalah dah murah..
    Tiada masalah 1mdb lagi lepas di sisat semula..
    Felda tiada masalah lagi lepas di siasat nnt..
    Tabung hj bertambah duit krn tk guna duit cover sana sini

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 7:24:00 AM GMT+8

    kami mahu jambatan bengkok...kembalikan jambatan bengkok...!!! jangan mudah lupa..

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 10:40:00 AM GMT+8

    Terima Kasih Tuan. Semoga jadi pembangkang yg baik...

  • Zamani Salleh says:
    May 11, 2018 at 1:22:00 PM GMT+8

    Sabar tuan, sekarang fokus penyusunan kabinet dan jawatankuasa dulu. Bila dah selesai itu baru mula laksana dasar2 yg dijanjikan.

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 3:05:00 PM GMT+8

    Yang kau sibuk2 nak tuntut janji tu apehal? Kau tak layak sebab kau tak undi pun diorang.

    Itu maksudnya kau tak setuju dengan janji dan manifesto diorang.

    Biar kami yg mengundi mereka itu yg menuntut janji itu sebab kami yang mengundi diorang!

    Kau dan pemakan2 dedak haram najib pegi jauh2!! Syoooh syoooh!!!

    Kah kah kah

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 10:30:00 PM GMT+8

    janji tu..errr...errr...saya bergurau je

  • Anonymous says:
    May 11, 2018 at 11:47:00 PM GMT+8

    Org yg terinaya doa mereka makbul. Rakyat yg merasa diri sudah tertipu kini boleh lah berdoa, doa apa saja buat PH!

  • Anonymous says:
    May 12, 2018 at 6:10:00 PM GMT+8

    EH...PENYOKONG PARTI PENYANGAK/PENGKLEPET BUATPE NAK MENYALAK-NYALAK PASAL GST...KORANG PI LA BAYAR GST...BAYAR BIL AIR...BODOH NAK MAMPUS...TIBA2 SIBUK2 LAK DGN GST DIMANSUHKAN

  • Anonymous says:
    May 14, 2018 at 2:21:00 AM GMT+8


    Boleh tolong jelaskan tak bagaimana cara siasatan yg begitu berteknologi dan digunapakai oleh seluruh dunia dibwh AMLA?

    Leonardo pun pulangkan hadiah sbb dia tahu kesan Dari siasatan money laundering Dan kbykan manusia semua tahu dn sedar akta ni.

    Officer telah dilatih dgrnya bertahun tahun dulu.
    Ingatkan semula alma berlainan dgn akta sprm.
    Mohon penjlasan tuan.

  • Anonymous says:
    May 14, 2018 at 8:37:00 AM GMT+8

    melayu mudah lupa.. maka tak tau brapa lama diorg akan ingat janji2 pakatan ni..

fda

Archives