Thursday, February 15, 2018

Mahathir The Legend termalu, Rizal Mansor jawab



11 fakta isu Datin Seri Rosmah Naik Jet Kerajaan - Jawapan Kepada Tun Mahathir

1. Sebuah laman Facebook yang digunakan sebagai satu platform pemujaan Tun Mahathir Mohamad telah menaikkan satu video ucapan Tun M pada tahun 2016. Dalam video tersebut Tun Mahathir telah menuduh bahawa kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM86 juta untuk menyewa jet peribadi bagi kegunaan Datin Seri Rosmah ke luar negara.

2. Tuduhan ini bersifat jahat kerana Tun Mahathir cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan pembaziran kerana menaiki pesawat peribadi yang disewa oleh kerajaan dan tidak menaiki pesawat komersil.

3. Sebenarnya, kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut KHUSUS untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan.

4. Kiraan kos sewaan sebanyak RM86 juta juga adalah tidak benar sama sekali dan sengaja dibuat untuk megelirukan rakyat. Ia hanyalah anggaran yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli. Kiraan tersebut adalah tidak masuk akal kerana YB Rafizi mengambil kiraan kos penerbangan sebanyak RM60,000 sejam x 24 jam x 60 hari. Sudah tentu pesawat tersebut tidak terbang 24 jam setiap hari selama 2 bulan.

5. Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk sementara waktu dalam tempoh 2 bulan (Mei dan Jun 2016) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang pada masa itu sedang dalam proses penyelengaraan.

6. Datin Seri Rosmah telah menaiki pesawat tersebut untuk ke Istanbul, Turki bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak PERMATA Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.

7. Tanpa disangka, program PERMATA Negara yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Ini melambangkan bahawa kejayaan program PERMATA diiktiraf masyarakat antarabangsa sekaligus menjadi satu tanda kebanggaan negara. Keputusan anugerah tersebut hanya diketahui beberapa minggu sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

8. Datin Seri Rosmah telah bertolak ke Istanbul pada jam 12 tengahari, 25 Mei 2016 dan tiba di Istanbul pada jam 8 malam waktu tempatan hari yang sama. Pada keesokan harinya, 26 Mei 2016, Datin Seri Rosmah telah menghadiri majlis penyampaian anugerah dan terus bertolak balik pada jam 11 malam untuk menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Langkawi.

9. Melihatkan kepada jadual yang padat ini, tidak mungkin Datin Seri Rosmah boleh menaiki pesawat komersil. Kebetulan pula, pada ketika itu pesawat yang disewa oleh kerajaan ini tidak dipakai oleh sesiapa.

10. Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, beg-beg yang kelihatan dibawa naik ke atas pesawat bukanlah beg Datin Seri Rosmah seorang. Beg-beg tersebut adalah termasuk beg penumpang yang lain. Ruang bagasi pesawat yang disewa tersebut telah diubahsuai untuk menambah kapasiti minyak. Dan ruang yang ada dimuatkan dengan peralatan dan kostum anak-anak PERMATA Seni yang akan membuat persembahan.

11. Bagaimana seorang negarawan boleh mendengar dan percaya kepada khabar angin ‘hearsay’ sebegini. Sebagai seorang negarawan, Tun M seharusnya menyemak dan menyelidiki terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan. Jangan letak kepentingan politik mengatasi hukum dan adab sehingga menimbulkan fitnah.

Rizal Mansor

Itu saja ker Dato Ainon, Dato Kadir Jasin, dll bekas wartawan dan pemberota upaya timbulkan isu

Bsnyak sangat fake news. Takde ker yg berfskta?

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 15, 2018 at 12:09:00 PM GMT+8

    kasihan pada tun mahathir yg dah nyanyok...diambil kesempatan oleh makhluk2 berkepentingan utk senang didunia...

fda

Archives