Sunday, November 27, 2016

Benarkah Yunos, suami Maria Chin pro-PLO dan anti-Amerika?



Gambar-gambar suuami Maria Chin, Yunos Lebai Ali. DI bawah Yunus dalam suatu demonstrasi menentag Israel di masa lepas.

Sejarah Yunos boleh dibaca di AIDC 
https://aidcnews.wordpress.com/2016/11/24/menyingkap-latar-belakang-arwah-yunus-lebai-ali-suami-maria-chin-abdullah/
Dalam tulisan oleh Hassan Karim, bekas aktivis Persatuan Sosialis Universiti Malaya pernah mengajaknya ke suatu tempat di London:

Dari Timur Tengah yang bergolak itu, Yunus itu kemudiannya berhijrah ke Eropah dan bermastautin di London. Ketika itu sekitar tahun 1981. Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi. Pada tahun 1982 Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu.

Aku pun pergi ke London beberapa hari sebelum Hariraya AidilAdha tahun 1982. Aku berhariraya Korban di London. Sekitar dua minggu aku di sana dan Yunus dengan rendah hati bertindak menjadi tourist guide kepadaku. Seperti pelancong-pelancong lain juga, tanpa aku minta Yunus telah membawa aku melawat lokasi-lokasi biasa pelancongan seperti Trafalgar Square untuk melihat burung-burung merpati, Istana Buckingham, London Tower dan banyak lagi. Pada suatu hari Yunus mengajak aku pergi melawat ke pusara Karl Marx di suatu kawasan tanah perkuburaan di London yang namanya mungkin Hillgates. Aku kurang pasti nama itu. Yunus merakamkan dengan kameranya –gambar aku berdiri di sebelah pusara Karl Marx. Gambar itu hilang dalam sibuk-sibuk aku menyelamatkan diri semasa Operasi Lalang 1988.


Namun begitu, Anwar Ibrahim yang ketika seorang student leader konon berdemo menentang macam-macam tindak tanduk dan pendirian amerika tetapi akhirnya menjadi operative CIA dan Council of Foreign Relation.

Apa bezanya dengan Yunos dan Maria Chin? Baca di Snapshot 2016
Maria Chin sekongkol jatuhkan kerajaan berperlembagaan
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/11/maria-chin-sekongkol-jatuhkan-kerajaan.html
Dan
Bilakah John Pang akan ditahan polis bawah SOSMA?
http://theunspinners.blogspot.my/2016/11/bila-john-pang-akan-polis-tahan-bawah.html

0 comments:

fda

Archives