Saturday, October 29, 2016

Tak patut biar boifren Nika Gee hina PM, Patut digantung JK Tatatertib



Muhyiddin cuba jadi pemberontak seperti ahli parlimen pembangkang tapi tidak kena gaya. http://www.rockybru.com.my/2016/10/abang-din-opposition-leader.html

Supaya kelihatan lebih meyakinkan, boifren Nika Gee cuba lebih provokasi dalam ucapannya.


Namun begitu, ucapan Tan Sri Muhyiddin telah melanggar had dan melampau serta menimbulkan persoalan. Patut digantung oleh JK Tatatertib Parlimen. Backbencher tidak sepatutnya biarkan dia dan pembangkang bermaharajalela di Parlimen:


Dalam ucapannya, dia mendedahkan bahawa dia mengesahkan ada bersekongkol dengan  Tan Sri Gani Patail:


Dia mendedahkan hal-hal urusan kerajaan yang bukan diputuskan tapi hanya perbincangan dalam mesyuarat dan perbincangan tertutup:
Bekas Menteri Dedah Rahsia Kerajaan, Langgar Sumpah Kerahsiaan - Pandikar Amin 

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bekas menteri-menteri yang mendedahkan rahsia kerajaan mungkin menghadapi tindakan perundangan.

"Mereka yang mendedahkan rahsia dan maklumat kerajaan termasuk di dalam Dewan Rakyat dianggap melanggar sumpah kerahsiaan dan etika, dan mungkin berdepan dengan tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan bekas anggota Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoal beberapa keputusan kerajaan terutama mengenai 1Malaysia Development Bhd ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.....
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1296592

Mahyuddin, Shafie dan husni telah melanggar Official Secret Act, dan Akta Hasutan tetapi berlindung disebalik immuniti Parlimen.
Umno MP hits out at ‘opposition stooges’ Muhyiddin, Husni


Hal ini ditimbulkan juga oleh blogger Bigdog:
Didn’t Muhyiddin understand the oath he took for secrecy?
https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/10/27/didnt-muhyiddin-understand-the-oath-he-took-for-secrecy/

Tambah lagi, banyak dari kenyataannya salah fakta dan berbohong. Hal ini tersiar dalam Snapshot2016:
http://snapshot2016.blogspot.com/2016/10/muhyuddin-berbohong-di-dewan-rakyat.html

Semua tiada bukti

Antara lain, Muhyiddin telah mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat tuduhan melulu terhadap Perdana Menteri seperti menuduh Najib "penyamun".

Hairan kenapa ahli Backbencher biar saja PM dihina dan pembangkang boleh sesuka hati berbicara dengan biadap sekali tanpa menghrmati etika ahli Parlimen.

3 comments:

  • Anonymous says:
    October 29, 2016 at 2:07:00 PM GMT+8

    Tiada kata kata kesat pun.Cakap berhemah tapi menikam kalbu ...
    Yang bersalah akan terasa bahang kebenarannya....

  • Quantum Metal Consultant says:
    October 29, 2016 at 5:11:00 PM GMT+8

    Biarlah PM defence dirinya sendiri jika dia masih ada maruah..

    Jangan asyik harap orang lain.

  • Anonymous says:
    October 29, 2016 at 6:13:00 PM GMT+8

    Kalau boleh didakwa di mahkamah, dakwa jelah. Biar mahkamah buat keputusan. Semasa menerima jawatan TPM dulu dia ada bersumpah di hadapan Agung kan.

fda

Archives