Tuesday, October 23, 2018

Tindak Tanduk Ganjil Mahathir Mengesahkan Tuduhan2 Terhadap Beliau Dan Kerajaan PH Benar

|0 comments

5 bulan kerajaan PH memerintah, Malaysia menjadi semakin teruk...

Dengan pelbagai masalah dan gejala korupsi yang semakin berleluasa...

Rakyat Malaysia yang memangkah Pakatan Harapan semakin sedar dan menyesal kerana tersalah undi...

Akibat tersalah pangkah :



Mahathir selaku PM ke-7 pula begitu sibuk menjaja satu dunia kononnya hutang Malaysia mencecah malah melebihi 1 trilion...

Dgn alasan ini beliau dan para menteri kabinetnya mengambil keputusan utk :



Melihat perkembangan ini, para pelabur melarikan diri...

Negara2 luar ketawakan Malaysia...

Malah para pemimpin negara asing turut mengelakkan diri dari berjumpa Mahathir...


Sangat2 memualkan sekali bila tanpa RASA MALU, Mahathir berucap dalam dewan parlimen seolah2 Malaysia makin baik bawah kerajaan PH dan pimpinannya...

Dan dengan selamba pulak mengaku hutang negara sebenarnya pada aras RM 686.8 Bilion, bukannya RM 1 Trilion sperti yg di sebarkan beliau dan para menteri PH...


Mahathir juga berulangkali menekankan untuk hapuskan rasuah dan korupsi tapi pada masa yg sama sehingga hari ini GAGAL mengistiharkan harta dan aset para menterinya, beliau dan anak beliau sendiri!!!

Hingga hari nie, apa yang Mahathir dan menterinya lakukan untuk rakyat Malaysia :

2 projek yang langsung tak berikan apa2 manfaat pada rakyat dan negara kecuali mungkin pada golongan tertentu jer...


Malaysia boleh ucapkan selamat tinggal pada pelaburan2 asing dan ribuan pelancong dari luar negara lepas ini...


Tak cukup dengan segala musibah yang dah di lakukan oleh Mahathir dan kerajaan PH pada rakyat Malaysia, beliau gunakan pula segala bentuk penganiayaan terhadap para pemimpin BN untuk lepaskan segala dendam terhadap mereka yang tak bersetuju dengannya...

Tekanan demi tekanan, ugutan demi ugutan malah gangguan berterusan dari SPRM terhadap para pemimpin BN melalui Akta AMLA...


Pada masa yang sama para pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang terang2 melakukan rasuah dan korupsi di bebaskan...


Malah bebas lakukan apa sahaja sesuka hati...

Sekiranya para pemimpin BN dapat di hapuskan maka akan lebih senanglah kerja Mahathir dan para pemimpin pakatan harapan melakukan sesuka hati mereka di negara Malaysia ini...


Dan rakyat Malaysia bersedia sahaja utk terus terjerumus ke masa depan yg lebih gelap.

Rakyat Malaysia perlulah insafkan diri dan bertanya semula kepada Mahathir...

Untuk apakah semua ini yang di laksanakan di bawah kerajaan PH dan di bawah pimpinan beliau :
  • Adakah benar semua ini utk kebaikan Rakyat Malaysia???
ATAU
  • Semua ini di lakukan demi kesenangan kaum kerabat beliau dan kroni2 beliau kerana masa bagi beliau semakin kurang???




Luahan Anak Malaysia

Sumber :

FB Reno Firdaus

Monday, October 22, 2018

Pemandu Teksi Akan Lumpuhkan KL Kalau 'Mahathir The Great' Tak Undur

|0 comments

Kifarah pada 'Mahathir The Great' atas segala kezaliman dan kerosakan yang dia lakukan dah bermula...


Hampir 50 tahun dalam dunia politik nampaknya belum lagi mematangkan 'Mahathir The Great' dengan apa yang di katakan kuasa rakyat!!!


Hampir 5 dekad bergelumang dalam politik, 'Mahathir The Great' masih lagi angkuh dan menganggap bahawa rakyat akan menurut apa saja yang dia katakan dan mudah untuk di peralatkan...


'Mahathir The Great' lupa bahawa rakyat bukan saja boleh menaikkan pemimpin tapi rakyat juga boleh menjatuhkan bukan saja dengan Pilihanraya Umum tapi kebangkitan dan kemarahan rakyat yang akan menyebabkan pemimpin jatuh tersungkur dengan cara yang cukup hina...



'Mahathir The Great' rasakan bahawa kuasa akan kekal selama2nya dengan beliau dan gagal ambil iktibar dari kejatuhan beberapa pemimpin dunia dengan cara yang cukup hina bila kemarahan rakyat memuncak!!!

'Mahathir The Great' lupa, kuasa yang kekal abadi hanyalah milik Allah swt dan bila Allah swt mengizinkan kuasa yang Dia pinjamkan pada hambaNya untuk di tarik balik maka kitalah yang akan menentukan bagaimanakah caranya kuasa itu akan hilang dari tangan kita...


Adakah melalui cara yang bermaruah atau cara yang cukup hina!!!

Amaran Awal Dari Langit Untuk Mahathir Fikirkan



Apakah rakyat Malaysia akan dapat ilham dan keberanian untuk bangkit dari kebangkitan pemandu2 teksi...

Baca surat dari Pengerusi Koperasi Teksi Wilayah Persekutuan :

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Tuan2, saudara dan saudari...

Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang di perintah Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap...

Di media sosial kini penyokong2 Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu2 teksi...

Kita di gelar orang yang busuk dan gasar...

Kita juga di katakan orang yang biadap...

Pemandu teksi di katakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi...

Tidak cukup kita di hina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber!!!

Tanya diri tuan2 sendiri...

Adakah kita bodoh dan biadap seperti mereka katakan!!!

Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun...

Di kalangan kita ada yang anak2 sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi...

Bila penyokong kerajaan galak memburuk2kan kita di media sosial, lama2 orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi...

Sedarlah, tindakan ini bukan saja ibarat menabur pasir ke dalam periuk nasi kita tapi seolah2 mahu merampas periuk nasi kita...

Kita ada persatuan... 

Kita juga ada koperasi... 

Bukan saja di KL tetapi di seluruh negara!!!

Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita!!!

Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!!!

Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman...

Tarikh dan masa akan di beritahu... 

Mohon tuan2 dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu2 teksi di KL...

Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak kerajaan berunding dengan kita...

Terima kasih

Jamil Mat Desa
Pengerusi 
Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

Sunday, October 21, 2018

Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang RM 1 Trillion

|0 comments

Dakyah hutang RM1  yang di rekacipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik mereka...


Antaranya ialah :
  • Memburukkan kerajaan BN sebelum ini...
  • Alasan untuk menjual aset-aset negara...
  • Alasan untuk tidak memenuhi janji2 manifesto...
  • Alasan untuk mengurang atau menghapuskan program pemberian dan kebajikan untuk rakyat...
  • Alasan untuk mereka membatalkan projek-projek kepada kawasan2 parlimen yang bukan di bawah PH...
  • Alasan untuk membuka tender semula projek2 dan beri peluang kepada pihak2 tertentu...
  • Alasan untuk menaikkan cukai sedia ada atau memperkenalkan cukai2 baru serta meminta rakyat berkorban...
  • Alasan untuk menuding jari kepada kerajaan BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot...

Oleh itu kerajaan PH akan terus menggunakan ayat trilion kerana ia amat mudah di fahami serta di geruni oleh orang ramai...


Walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, EPU dan BNM serta badan2 asing seperti Bank Dunia dan semua agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion...


Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada di tahap yang luar biasa tinggi manakala laporan rasmi RMK11 minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi (UPE) merumuskan :





Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh...

Waktu pembentangan rancangan jangkamasa 5 tahun dalam RM Ke 11, Mahathir secara akui sebenarnya ekonomi Makaysia hingga tahun fiskal ekonomi 2017 berada dalam landasan yang betul...


Dalam ertikata lain, Mahathir secara jelas dan langsung mengakui segala pembohongan tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang dia dan PH buat selama ini sejak sebelum PRU 14 dan selepas menumbangkan kerajaan Malaysia...



Satu soalan kepada kerajaan PH, sekiranya sebelum ambil alih kuasa keadaan ekonomi dan kewangan negara berada atas landasan yang kukuh, apakah sebabnya sekarang Malaysia berada di ambang krisis ekonomi yang kritikal???



Sumber :

FB Datuk Seri Najib Razak

Saturday, October 20, 2018

61 Tahun Tiada Sumbangan Sebab Mereka. Kenapa Ambil Orang Sama?

|0 comments

Kerajaan PH yang di terajui Mahathir sentiasa menyalahkan kerajaan BN 61 tahun memerintah telah merosakan negara...

Mari kita lihat siapa dalam kerajaan BN selama 61 tahun yang dulu...

Resume Kerajaan PH


Dr Mahathir Mohammad jadi Menteri dan PM dari tahun 1974 ~ 2003...

Anwar Ibrahim jadi Menteri dan TPìM
1982 ~ 1997...

Muhyiddin jadi MB dan Menteri serta TPM sejak 1974...

Daim Zainuddin jadi Menteri dan Menteri Kewangan 1984 ~ 2001...

Shafiee Afdal jadi Timbalan Menteri dan Menteri KKLW sejak tahun 1999...

Azmin Ali jadi pegawai khas Mahathir dan Anwar Ibrahim sejak 1994...

Saifuddin Nasution jadi Setiausaha Politik Syed Hamid menteri Pertahanan tahun 1994...

Air Kopi Kalau Letak Dalam Tin Yang Berlabelkan Air Teh, Tetap Rasa Air Kopi


So...

Apa dia orang nak sembang sekarang pasal dasar2 60 tahun kerajaan BN...

Mereka antara pembuat dasar2 kerajaan selama nie...

Sekarang nie dah jadi kerajaan balik walau pun dalam parti yang lain...

Tak payahlah cuba nak cari alasan kerosakan dasar2 kerajaan yang mereka sendiri buat...


Sembang sorang sorang gajah pun boleh terbang...

Semua ni taik tinggalan depa la!!!

Dah Rakyat Malaysia Pilih Penipu, Jadi Redha Jer lah Bila Kena Kencing


Antara janji2 mereka sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya...

Ternyata mereka TIPU!
  • Hapuskan tol - TIPAH TERTIPU
  • Hapuskan hutang PTPTN - TIPAH TERTIPU
  • Turunkan harga minyak - TIPAH TERTIPU
  • Banyakan peluang pekerjaan - TIPAH TERTIPU
  • Naikkan nilai mata wang - TIPAH TERTIPU
  • Stabilkan nilai pasaran saham - TIPAH TERTIPU
  • Hapuskan Uber & Grab - TIPAH TERTIPU
  • Turunkan harga barang keperluan - TIPAH TERTIPU
  • Teruskan BR1M - TIPAH TERTIPU
  • Hapuskan hutang peneroka - TIPAH TERTIPU
  • Tarik lebih banyak pelabur - TIPAH TERTIPU
  • Naikkan elaun nelayan & petani - TIPAH TERTIPU
  • Pulangkan royalti minyak pada rakyat Sabah dan Sarawak - TIPAH TERTIPU
  • Beri pendidikan percuma - TIPAH TERTIPU
  • Ringankan beban rakyat - TIPAH TERTIPU
  • Tingkatkan rizab Bank Negara - TIPAH TERTIPU
  • Kurangkan cukai terhadap rakyat - TIPAH TERTIPU
  • Pulangkan subsidi pada rakyat - TIPAH TERTIPU
  • Laksanakan janji 100 hari - TIPAH TERTIPU
  • Tunaikan manifesto - TIPAH TERTIPU
  • Dakwa perasuah (Mereka bebaskan perasuah Cth: Kes LGE) - TIPAH TERTIPU
  • Lantik Peguam Negara tiada kaitan parti politik - TIPAH TERTIPU
  • Hapuskan Kronisme - TIPAH TERTIPU
  • Hapuskan Nepotisme - TIPAH TERTIPU
  • Hapuskan rasuah - TIPAH TERTIPU
  • Bebaskan badan kehakiman - TIPAH TERTIPU



Dan kalau rakyat Malaysia masih lagi tak sedar maka tak perlu bimbang sebab akan ada banyak lagi 'stok' TIPAH TERTIPU akan menyusul lepas nie...



Kredit :
Roslan Latif

Friday, October 19, 2018

Sistem Perubatan Baru Naikkan Kos, Nafikan Khidmat Perubatan Rakyat Miskin

|0 comments
PM 4 Swastakan Jalan Untuk Kutip Tol Dan PM 7 Pula Swastakan Bangunan Hospital Untuk Kutip Sewa


Untuk bina bangunan baru PM ke 4 perkenalkan sistem TURN-KEY sampai hari ini rakyat sengsara bayar tol dan kalau tak cukup kerajaan pula kena bayar subsidi...

Turnkey or a turnkey project (also spelled turn-key) is a type of project that is constructed so that it can be sold to any buyer as a completed product...

Sekarang PM ke 7 nak ujudkan konsep REITs  pula pada bangunan hospital yang telah siap...

Dari bangunan kerajaan dah di jual untuk jadikan bangunan orang lain, tak pasal2 rakyat kena bayar sewa...

A real estate investment trust is a company that owns, and in most cases operates, income-producing real estate...

REITs own many types of commercial real estate, ranging from office and apartment buildings to warehouses, hospitals, shopping centers, hotels and timberlands.

Some REITs engage in financing real estate...

Mahathir Bawa Masuk Sistem Yang Dah Terbukti Gagal Di Luar Negara, Kenapa???


Sistem insurans gagal di negara2 barat...


Dah lah tak lagi murah, rakyat B40 di kenakan
insuran perubatan pulak...

Obama Care di batalkan Trumph kerana meningkatkan kos perubatan...

Bolehkah sistem insurans tampung sepenuh keperluan perubatan rakyat bila ada penyakit tak di beri liputan...

Orang tertentu tak boleh dapat liputan dan serikat akan bought out utk hadkan bayaran kos perubatan...

Kesihatan Ialah Perkhidmatan Asaa Yang Menjadi Tanggungjawab Kerajaan Bukannya Untuk Membuat Keuntungan


Adakah rakyat sedar yang ia nya langkah permulaan untuk swastakan hospital...

Yang kaya bertambah kaya...

Yang susah terus merana sebab tak pasal2 kerana pilih kerajaan yang tidak bertanggung jawap terhadap kebajikan rakyaat...

Thursday, October 18, 2018

Batal MRT2 : Mahal Rantai Dari Keberukan Guan Eng

|0 comments

Tular beberapa keping gambar menunjukkan runtuhan jejambat yang dahsyat dari satu projek lebuhraya yang masih dalam pembinaan...

Di kabarkan gambar tersebut kononnya dari projek Lebuhraya Berkembar Paya Terubung Pulau Pinang yang mula dibina pada awal Januari 2015 lalu...



Jejambat yang runtuh itu adalah projek yang di syorkan sendiri oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menelan belanja berjumlah RM275.6 juta...

Pembinaan jalan alternatif sepanjang 5 kilometer (km) itu bakal melancarkan laluan susur keluar (Bukit Jambul - Jalan Tun Sardon) sekaligus melibatkan laluan jejambat sepanjang 800 meter...

Netizen desak supaya pihak berkuasa menyiasat insiden ini kerana di khuati berlaku kecuaian yang boleh menyebabkan nyawa terkorban...

Gesaan juga di buat pada pihak berkuasa agar menyiasat semua projek yang telah di luluskan masa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, jadi Ketua Menteri Pulau Pinang...

Supaya dapat di pastikan keselamatan semua pihak terjamin dan hukuman yang berat di kenakan jika berlaku kecuaian atau penyelewengan kontrak...



Dan yang penting jejambat tu mesti 'KALIS ANGIN'...🤑🤑🤑

Idea Guan Eng Yang Terlebih Cerdik




Guan Eng nak yang lebih murah, nak buat atas tanah...😉😉😉

TAPI!!!

Lalu KLCC kena beli tanah...


Beli tanah sebagai laluan dan juga sebelah laluan...

Harga lagilah mahal!!!



MRT 2 dah pun beli dan pasang 'Boring Machine' untuk buat tunnel...


Dah pun di gaji orang...


Kalau tak bayar, serikat dan kerajaan blh kena saman...

Bayar sekali gus pulak tu...


Kos batal lagi mahal dan membebankan!!!

Oh Malaysia Baruku...

Sangat2 bertuah sebab dapat Menteri Kewangan 'SE CERDIK' Lim Guan Eng...

Wednesday, October 17, 2018

Sekolah Cina Dapat Peruntukan, Sekolah Islam Dan Masjid Di Batalkan Peruntukan

|0 comments

2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yg gah dan tersergam, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Tinggi, Bukit Mertajam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kay Sin yang jelas dalam perlembagaan di nyatakan bukan kewajipan kerajaan untuk biayai mendapat RM10 juta dan RM13 juta dari Menteri DAP...


Sewaktu buat lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Tinggi, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan peruntukan sebanyak RM23 juta telah di luluskan oleh Kementerian Kewangan dan pembinaannya akan di mulakan tahun hadapan oleh Jabatan Kerja Raya...




Dalam masa yang sama pula, kerajaan PH telah membekukan semua dana untuk membaik pulih atau membina masjid, sekolah agama rakyat dan tahfiz!!!


Zaman Najib pun sumbang pada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina...


Tapi sekolah tahfiz dan Sekolah Ahama Rakyat yang jelas dalam peruntukan perlembagaan berkenaan ugama di biayai kerajaan pun dapat...


Kali ini, DAP tutup KAFA, Tahfiz dan tarik peruntukan untuk masjid...

Dulu masa Mahathir jadi perdana menteri kali pertama pernah keluarkan arahan supaya Sekolah Agama Rakyat di tarik peruntukan...


Pada 20hb Februari 2003, Malaysiakini pernah melapurkan yang Mahathir masa jadi Perdana Menteri ke 4, keluarkan arahan supaya semua bantuan pada Sekolah Agama Rakyat di berhentikan...

Nampaknya dulu, kini dan selamanya Mahathir memang sehati dan sejiwa dengan DAP dalam beri tekanan pada Sekolah Agama Rakyat...

Hidup Mahathir!!!

Tu yang Maza kata akan bawa pemikiran Islam yang baru dalam Malaysia Baru!!!

Tuesday, October 16, 2018

Hutang Negara Bukanlah Isu Yang Boleh Di Manupulasi Untuk Dapatkan Political Mileage!!!

|0 comments

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta Menteri Kewangan untuk membentangkan satu kertas putih mengenai kedudukan sebenar kewangan Kerajaan Persekutuan sebelum pembentangan Bajet 2019 yang di jadual pada 2 November ini...

Kertas putih tersebut sangat penting untuk menyelaras kedudukan kewangan negara ekoran terdapat beberapa kecelaruan mengenai data yang di kemukakan oleh Menteri Kewangan dan pemimpin2 yang lain...


Menteri Kewangan dalam satu kenyataan kelmarin (13 Oktober) memberitahu kerajaan yang di pimpin oleh Barisan Nasional telah meninggalkan akaun wang tunai berjumlah RM450 juta pada 30hb April 2018...


Beliau turut mendakwa akaun hasil di satukan telah 'susut mendadak sebanyak 96% daripada jumlah asal iaitu RM 11.86 bilion pada akhir 2017'...

Penyusutan perbelanjaan mendadak perlu di perincikan supaya rakyat mengetahui apakah objek perbelanjaan yang telah di lakukan dan bagaimana kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dalam 'tempoh Mei hingga September 2018'...

Mat Sabu Jadi Nasi Tambah Tak Der Kuah


Menteri Pertahanan juga telah membuat satu kenyataan mengenai hutang Kerajaan Persekutuan dalam satu program di Universiti Malaya kelmarin (Sabtu, 13 Oktober)...

Beliau mendakwa nilai sebenar hutang negara jauh lebih besar dari RM1 trilion  seperti yang di nyatakan oleh Menteri Kewangan sebelum ini...


Kerajaan Persekutuan di katakan telah menyembunyikan nilai sebenar kerana jika di umumkan bimbang negara akan menjadi muflis seperti Greece...



Kenyataan Menteri Pertahanan tersebut amat serius...

Walhal, jawapan bertulis Menteri Kewangan pada 24 Julai 2018 kepada Ahli Parlimen Dungun menyatakan dengan jelas hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak 'RM 686.8 bilion pada 31 Disember 2017'...

Jawapan yang di berikan selaras dengan laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 yang telah di buat oleh Akauntan Negara Malaysia...

Sekiranya nilai sebenar hutang Kerajaan Persekutuan tidak benar dengan merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan, maka semua angka yang di laporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan 'jawapan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat adalah palsu'...

Oleh itu, bagi menangani kecelaruan ini, Menteri Kewangan mesti mengemukakan satu kertas putih untuk menyatakan kewangan negara secara tepat bagi mengelakkan kenyataan2 pemimpin negara di manipulasi...

Ia bukan perkara yang remeh sebaliknya boleh memberi implikasi buruk kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhannya...

Lim Guan Eng Mesti Berhenti Memanupulasi Jumlah Hutang Negara


Mengapa Lim Guan Eng di lihat semakin hari semakin rancak memanupulasi jumlah hutang negara?

Adakah ini sebagai persediaan untuk menghalalkan rancangan menjual aset negara terutamanya aset PNB dan Khazanah!!!

Atau adakah ini sebagai persediaan jawapan kepada kegagalan menggalas tanggungjawab membangunkan ekonomi negara yang kita lihat semakin hari semakin tenat?

Atau adakah ini sebagai salah satu strategi politik jangkamasa panjang supaya rakyat terus berikan sokongan pada PRU 15 kerana Pakatan Harapan akan di lihat sebagai hero yang menyelamatkan negara dari kerosakan kerajaan BN yang terdahulu?

Atau mungkin kerana seronok melihat kebodohan pentaksub Pakatan Harapan yang akan hadam apa saja yang datang dari Pakatan Harapan?

Apa pun alasannya, sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan Pakatan Harapan terutamanya Lim Guan Eng dan Mahathir mesti hentikan sikap memanupulasikan hutang negara...

Mereka harus sedar, bila mereka telah membentuk kerajaan, apa saja yang mereka katakan, ianya akan di lihat sebagai kenyataan rasmi yang keluar dari kerajaan Malaysia kerana mereka tidak lagi bercakap di atas kapasiti seorang Setiausaha DAP atau Pengerusi PPBM tetapi sebagai seorang Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia!!!




Suntingan dari sumber asal :

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
fda