Tuesday, March 12, 2019

Perhimpunan LGBT Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin PH

|0 comments

Perhimpunan LGBT yang di hadiri lebih 1,000 orang yang mengamalkan cara hidup dan budaya songsang mendapat kecaman dari pelbagai pihak...


Ketua Wanita Umno, Dato' Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpulan LGBT...

Beliau berkata golongan itu mempunyai hak seperti rakyat yang lain, tetapi hak kerajaan ialah menghalang mereka melakukan aktiviti tidak bermoral...

"Sekiranya LGBT di iktiraf dan bebas melakukan apa sahaja aktiviti mereka, maka mereka akan merasakan mereka benar dan di lindungi undang2," katanya...

Akibatnya, akan lahir pula generasi baru dalam kalangan mereka...

Noraini berkata tindakan penyokong LGBT membawa bendera pelangi, yang menjadi lambang golongan tersebut, dan sepanduk berkaitan di khuatiri akan menjadi punca kerosakan institusi sosial yang lebih besar...



Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman pula berkata tindakan mempromosi dan mempertahankan hak LGBT ini di lihat sebagai mencabar perintah Allah SWT...

Kejadian ini di sifatkan sungguh memalukan serta merendahkan martabat wanita di Malaysia dan mencemarkan imej sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang di sambut di seluruh dunia kelmarin (semalam)...


Laungan 'Hidup Wanita, Hidup LGBT' dan 'Hentikan Stereotaip dan Prejudis' serta perjuangan kesaksamaan gender jelas bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia kerana ia hanya berasal dari gerakan-gerakan di Barat dan Eropah yang bercanggah dengan tatasusila serta adat ketimuran di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini...


Normala yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Malaysia berkata, tindakan kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Sisters In Islam (SIS) juga adalah tindakan yang dianggap seolah2 mengiktiraf kewujudan budaya songsang ini di Malaysia...


Katanya, SIS adalah pertubuhan yang telah di fatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan ini jelas membuktikan perjuangan mereka bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keharmonian dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita...


Mufti2 di beberapa negeri juga mengeluarkan kenyataan mengecam perhimpunan LGBT tersebut...


Antaranya, Mufti Besar negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Dr. Maza menyifatkan perhimpunan para 'pejuang' budaya songsang tu bukan saja menghairankan manusia, malah haiwan yang tak berakal pun hairan...

Dr. Maza juga mengecam cucu Mahathir yang mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan tu sebagai orang 'cacat' yang mencacatkan fitrah manusia (BACA DI SINI)...


Mufti Besar negeri Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula menyatakan golongan tersebut sudah melampau serta mencabar kesabaran umat Islam (BACA DI SIN)...

Allah SWT Telah Berikan Amaran Tidak Sampai 24 Jam Perarakan LGBT Di Adakan



Tidak sampai 24 jam perarakan dari pendokong2 LGBT, malah tak sampai 12 jam, Allah SWT telah berikan amaran yang cukup keras!!!








Pada sebelah petang hari yang sama, KL dan kawasan sekitar Putrajaya telah di landa ribut dan hujan batu...

Apakah pendokong LGBT mahu Allah SWT terbalikkan bumi Malaysia baru mereka nak sedar?

Kembalilah kepada fitrah manusia yang sebenar sebelum terlambat...

Pendirian Kerajaan PH Mengenai LGBT Yang Mengikut Musim


Dalam kemarahan umat Islam dengan perhimpunan LGBT, Mahfuz Omar sempat buat lawak bodoh...

LGBT berdemo sebab kerajaan PH tegas (BACA DI SINI)...😂😂😂

Kalau betul kerajaan tegas, puak2 songsang nie bukan saja berdemo, malah nak menunjukkan diri pun takut...

Macam masaalah penagihan dan pengedaran dadah di Malaysia...

Sebab kerajaan Malaysia mempunyai sikap dan pendirian yang begitu tegas dalam masaalah dadah, maka kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di lakukan dalam pasaran gelap...

Pernah ker Mahfuz tenguk lenagih atau pengedar dadah berdemo untuk tuntut hak kebebasan mereka menagih dan mengedar dadah?

Tak tahulah kalau kat Pokok Sena ada...🤔🤔🤔

Tapi bila admin google balik isu LGBT, admin jumpa bukti2 'ketegasan' yang Mahfuz maksudkan :

Dana RM30,000 Kepada Sister In Islam


Sister In Islam (SIS) ialah NGO yang paling kuat menyokong LGBT...


Orang penting SIS, Marina Mahathir, anak pada Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, menterjemahkan sokongan padu bukan saja dengan perjuangan beliau tapi juga dengan anak beliau, Ineza Roussille (bin @ binti siapa, admin tak pasti)...

Jadi sebagai 'ketegasan' yang Mahfuz maksudkan tu, kerajaan PH berikan dana RM30,000 pada SIS (BACA DI SINI)...

Toleransi Terlampau Dan Pendirian Tak Konsisten Wakanda Mujahid


Menteri Agama, Mujahid Yusof pernah keluarkan kenyataan bahawa tak semua 300,000 gay amalkan seks songsang...

Mujahid juga minta supaya rakyat ambil sikap yang lebih positif terhadap golongan LGBT...

Pening admin baca kenyataan Mujahid nie, Wakanda nie faham ker tak maksud GAY...

Kalau Wakanda Mujahid tak faham, nie admin sertakan link maksud GAY (BACA DI SINI)...


Tapi sekarang, Wakanda dah U-Turn...

Kecam dan suruh ambil tindakan, tapi dalam Facebook jer lah (BACA DI SINI)...

Ketua ARMANJA Bersatu


Ketua ARMANJA Bersatu aka Menteri Belia Dan Sukan pernah di bidas sebab keluarkan kenyataan mempertahankan golongan pondan dalam klip video bertajuk Nasi Lemak Pondan...

Dengar tajuk video klip dah seram...


Dan bukan juga rahsia bila Ketua ARMANJA Bersatu pernah melantik penganjur Big Gay Iftar sebagai Pegawai Khas beliau...

Kesimpulannya, sikap pemimpin PH terhadap kegiatan songsang LGBT adalah sangat2 tak konsisten dan mengikut musim...

Di saat awal kemenangan PH dalam PRU 14 dan di kala sokongan rakyat masih lagi kuat pada PH, pemimpin2 PH tanpa segan silu pertahankan kegiatan songsang LGBT atas alasan hak asasi manusia...

Tapi sekarang, bila kemarahan rakyat semakin memuncak dan penolakan rakyat pada PH makin ketara seperti di PRK Cameron Highland dan PRK Semenyih, PH mengambil sikap populis atas kepentingan politik dengan kenyataan2 yang mengecam LGBT...


Tentu kita masih ingat lagi, bagaimana akibat dari teguran secara profesional Dr. Nur Illiyani kepada Marina Mahathir, telah menyebabkan beliau di kenakan tindakan tatatertib (BACA DI SINI)...

Apakah ini 'ketegasan' pihak PH dalam menangani budaya songsang, seperti yang di maksudkan oleh Mahfuz!!!

Dan mungkin juga sebab PRK Rantau dah semakin hampir, jadi untuk mengelakkan PH dari alami kekalahan 'hatrick', maka kenyataan2 mengecam di keluarkan oleh pemimpin PH...

Untuk pengetahuan PH, budaya LGBT dalam tamadun manusia dah bermula beribu tahun yang lampau, iaitu sejak zaman Nabi Luth as...

Allah SWT telah keluarkan hukum yang cukup tegas dalam membenteras budaya hidup dan seks songsang nie...

Carilah dalam Al Quran dan Al Hadis, banyak ayat2 dan sabda baginda Rasulullah SAW yang bersikap tegas dengan budaya hidup dan seks songsang...

Janganlah menjadi MUNAFIK semata2 kerana survivor kuasa dan politik...

Sebab dalam Islam, YANG HALAL ITU NYATA DAN YANG HARAM ITU NYATA!!!

Monday, March 11, 2019

Apa Tujuan Sebenar DAP Menyerang Gelombang Penyatuan Ummah

|0 comments

DAP parti rasis dan pemimpin2 utama DAP bersikap cauvenis!!!

Dan kebijaksanaan DAP ialah, setiap kali melakukan kezaliman yang bertunjangkan sikap rasis mereka, DAP akan dengan sengaja menimbulkan isu, untuk mengalih perhatian umum...

Baru2 nie, Menteri Kewangan aka Setiausaha Agung DAP keluarkan kenyataan yang mendapat kecaman (BACA DI SINI) dari segenap lapisan masyarakat...


Lepas Guan Eng keluarkan kenyataan hasutan berunsur perkauman, Nga Kor Ming keluarkan kenyataan yang lebih biadap (BACA DI SINI)...

Kenyataan Nga Kor Ming sebenarnya adalah tuduhan beliau bahawa masyarakat Melayu dan Islam yang berada dalam UMNO dan PAS adalah pengganas!!!

Perjuangan politik UMNO ialah mendaulatkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara!!!

Perjuangan politik PAS ialah mendaulatkan Islam di Malaysia tanpa pernah ada tercatit dalan sejarah perjuangan parti, PAS melakukan atau merancang atau menaja keganasan dalam apa bentuk sekali pun...

Memang pernah terjadi pertembungan antara UMNO dan PAS hingga mengakibatkan kejadian pertumpahan darah seperti di Memali...

Tapi waktu itu, yang jadi Presiden UMNO ialah Pengerusi Pakatan Harapan sekarang...

Jadi, memang betullah macam yang Hanipa Maidin kata, orang PAS tak akan lupa apa yang UMNO buat dulu, atau lebih tepatnya, apa yang Pengerusi Bersatu sekarang nie buat masa jadi Perdana Menteri ke 4 dulu (BACA DI SINI)...

Kalau Nga Kor Ming nak tahu siapa orangnya, tanyalah Perdana Menteri sekarang nie, siapa orangnya...


Hakikatnya, parti yang pernah melakukan kerosakan hingga pertumpahan darah di Malaysia kerana memperjuangkan idealogi politik sempit mereka ialah DAP!!!

Mungkin masa Tragedi 13 Mei 1969, Nga Kor Ming masih menetek dengan mak dia, sebab tu dia tak tahu, tapi, rajin2lah baca buku sejarah...

Apa yang kita persoalkan ialah, bagaimana seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat boleh keluarkan kenyataan dan tuduhan bodoh begitu?

Sebab itu, hampir seluruh rakyat Malaysia marah dengan kenyataan kedua2 pemimpin ultra kiasu DAP nie, kecuali macai2 DAP yang akan setia mempertahankan tindakan tuan besar mereka :

Parti Amanah Malaysia (PAN)



Presiden Amanah, Mat Sabu kata apa yang Guan Eng maksudkan dengan 'declaration of war' tu bukanlah perang angkat senjata tapi perang politik (BACA DI SINI)...

Admin pening juga dengan Bang Mat nie, kata tak ikuti kenyataan Guan Eng tu, beh tu camner Bang Mat boleh tafsirkan maksud kenyataan Guan Eng...🤔🤔🤔

Si Kalut Samad pulak tuduh UMNO dan PAS gunakan konsep politik assobiyah, maksudnya politik perkauman, guna perkataan Arab, baru nampak cerdik, yer tak...😉😉😉

Tapi confirm si Kalut nie memang bahlol, tolol dan samdol...


Jelas, dari kenyataan bersama UMNO dan PAS, penyatuan ummah TIDAK AKAN meminggir @ mendiskriminasi mana2 ugama dan kaum di Malaysia...

Itu kenyataan bersama UMNO dan PAS lepas Mesyuarat Badan Induk Penyatuan Ummah...


Dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi BN, MCA dengan MIC pun tak ada halangan dengan kerjasama UMNO dengan PAS...

Jadi celah mana yang si Kalut nie tuduh penyatuan ummah yang di gerakkan UMNO dan PAS adalah politik perkauman?


Tapi sekali jadi macai DAP, selama2nya akan jadi baruah DAP...

Kenapa DAP Timbulkan Ketegangan


Masih ingat lagi pada tarikh 8 Disember 2018?

Atau lebih tepat lagi pada Himpunan Daulat 812 kerana menolak keputusan kerajaan PH/ DAP untuk meratifikasikan ICERD...


Ratusan ribu, malah ada yang menjangkakan mencecah jutaan orang masyarakat Melayu Islam keluar ke jalanraya kerana membantah keputusan kerajaan PH (BACA DI SINI)...

Sedang kita semua menumpukan perhatian pada bantahan ratifikasi ICERD, DAP secara senyap2 dan terancang menjarah harta orang2 Melayu (BACA DI SINI), hingga kita terlepas pandang pada agenda sebenar DAP di sebalik menimbulkan ratifikasi ICERD melalui 'menteri kayu' di Kementerian Luar, Saifuddin Abdullah...

Sekarang sekali lagi DAP timbulkan ketegangan dengan memainkan api perkauman...

Tapi, apakah yang sebenarnya sedang DAP lakukan :



》Sedang kita menumpukan perhatian pada kenyataan BANGANG Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, DAP telah berjaya memberikan satu BENCANA BESAR pada masyarakat Melayu Islam...

Sekali lagi melalui 'menteri kayu' di Kementerian Luar, Saifuddin Abdullah, di gunakan oleh DAP dalam menjayakan agenda Malaysian Malaysia mereka...

Tanpa merujuk kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja atau dengan memberikan nasihat yang salah kepada SPB YDP Agong, pada 4 Mac 2019, Saifuddin atas kapasiti wakil kepada kerajaan Malaysia telah menandatangani persetujuan Malaysia ke atas Rome Statute (BACA DI SINI)...

Adakah Saifuddin sebagai Menteri Luar telah beeikan nasihat kepada SPB YDP Agong bahawa hampir KESEMUA negara yang ada sistem Beraja MENOLAK ROME STATUTE ini termasuk Brunei, Thailand dan negara2 Arab Beraja?

Adakah Saifuddin telah maklumkan kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja semua, bahawa ICC di bawah ROME STATUTE ini boleh OVERULE Makamah Khas Di Raja yang Mahathir wujudkan sewaktu Krisis Perlembagaan 1993 dahulu?

Apa implikasinya pada negara, khususnya masyarakat Melayu :

YDP Agong dan Panglima Angkatan Tentera Boleh di dakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di bawah Rome Statute...

Secara halus sistem monarki telah pun di hapuskan secara beransur2 dan Malaysia sekarang ke arah negara republik...

Apabila anggota Majlis Raja Raja dan SPB YDP Agong sudah tidak lagi mempunyai kedudukan istimewa di dalam perlembagaan, maka 4 perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia, kedudukan istimewa Raja Raja, hak2 istimewa orang Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan BOLEH di mansuhkan tanpa mendapat persetujuan SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja...

Keengganan SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja untuk bersetuju, menyebabkan baginda boleh di anggap sebagai gagal atau dengan sengaja bertindak bertentangan dengan perlembagaan negara...

Tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan, boleh di anggap sebagai jenayah dan baginda boleh di tangkap serta di dakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)!!!

Prinsip Raja Payung Negara telah berjaya DAP musnahkan kali ini selepas usaha mereka untuk meratifikasikan ICERD gagal!!!

Ini adalah bencana yang sangat besar pada bangsa Melayu bukan saja yang hidup pada hari ini malah generasi Melayu yang akan datang!!!

Kita mempunyai Raja Raja, tapi Raja Raja kita sudah tiada kuasa untuk melindungi rakyat baginda kerana kuasa Raja Raja sudah secara rasminya di cabut oleh Si Kitol yang bernama Saifuddin Abdullah!!!

Pada masyarakat Melayu yang masih lagi bersama2 dengan Pakatan Harapan, terutamanya DAP, sedarlah, kehancuran yang besar sedang menunggu kita...

UMMAH WAJIB BERSATU!!!

Cukuplah kita bermusuhan selama ini kerana ianya hanya akan menguntungkan musuh kita...

Kalau pun tak mahu bersatu dalam gelombang penyatuan ummah, janganlah pula bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan ummah...

Kelak akan di kenang di dalam sejarah sebagai pengkhianat ugama dan bangsa di bumi Malaysia...






Sunday, March 10, 2019

Tun Mahathir, Janganlah Jadi Seperti Orang Yang Gila Talak

|0 comments
Janganlah Terus Bernostalgia


🎶Asal Kapas, Jadi Benang🎶
🎶Dari Benang, Di Buat Baju🎶
🎶Barang Lepas, Jangan Kenang🎶
🎶Sudah Jadi Orang Baru, Mengapa Di Rindu🎶

Dalam laman blog beliau, Mahathir memberikan 2 hujah tentang pandangan beliau mengenai kerjasama UMNO dan PAS... 

Hujah Pertama 



☆ Mahathir bernostalgia mengenai cerita politik lama, tentang naratif PAS mengkafirkan UMNO dan Amanat Haji Hadi sebagai hujah utama mengapa bagi beliau, kerjasama ini bermasalah...

》 Mahathir lupa, tercatit di dalam sejarah, hubungan yang tegang antara UMNO dan PAS berlaku adalah di era beliau menjadi Perdana Menteri yang ke 4 selama 22 tahun...

Puncanya adalah kerana sikap Mahathir yang sejak dahulu hingga sekarang menentang dan berdendam dengan PAS (BACA DI SINI)
dan (DI SINI)...

Mungkin kerana rekod politik Mahathir pernah tercalar akibat kekalahan dalam PRU 3 pada tahun 1969 dengan majoriti 989 undi kepada Mursyidul Am PAS yang pertama Allahyarham Tuan Haji Yusuf Rawa di parlimen Kota Setar, Kedah...

》Soal sembahyang 2 imam, kafir mengkafir dan pelbagai lagi tuduhan terhadap PAS adalah cerita lama yang di ulang2 tanpa sudah...

Sedangkan perkara tersebut tidak lagi berlaku dalam Malaysia pasca moden...

Nampaknya itu sahaja naratif Mahathir untuk PAS...

Mungkin Mahathir masih hanyut dengan nostalgia lama dan tak sedar, orang Melayu telah lama melupakan naratif tersebut... 

PAS telah lama menjadi parti Islam yang 'sophisticated'... 

Dengan slogan 'Islam Untuk Semua' dan 'Membangun Bersama Islam', PAS telah menjadi pergerakan politik yang di hormati... 

Jika tidak, masakan DAP dan PKR pernah bersekutu dengan PAS!!!

Dan Mahathir sendiri, sebelum PRU 14 lepas, bermati2an cuba mendapatkan kerjasama PAS untuk menentang BN...

Cercaan Mahathir pada PAS telah membuakkan rasa tidak senang pelbagai pihak kerana ia sangat merugikan umat Melayu - Islam khususnya... 

Sifat tertutup, dan tidak besar hati pimpinan Mahathir telah memecah belahkan umat Melayu dalam pelbagai kelompok selama ini...

Hujah Kedua



☆ Kerjasama PAS dan UMNO akan menghalalkan jenayah Datuk Seri Najib dan mengembalikan beliau sebagai seorang pencuri semula (BACA DI SINI)...



》 Sudah tiba masanya untuk Mahathir duduk dan merenung situasi politik sekarang...

Janganlah nama Najib menjadi ratib zikir Mahathir pada usia sebegini... 

Naratif '1MDB', 'kecurian' mahupun 'kleptokrasi' sudah muak di dengari rakyat, tatkala kos sara hidup, gaji, perumahan kos rendah dan insentif2 pro-kebajikan untuk mereka samada tidak beransur naik, sudah di hapuskan atau berkurangan...

Ya, awam akui tindakan mahkamah telah di mulakan... 

Kenapa tidak kita serahkan kepada pihak berkuasa dan sistem kehakiman untuk menentukannya... 

Sehingga sesuatu itu terbukti salah, maka kita tidak boleh sepenuhnya menghukum secara total... 

Bukankah itu 'Rule Of Law' yang Mahathir selalu pekikkan?

Sudah wujud naratif baru yang sedang menggantikan 'kleptokrasi', iaitu kerajaan 'kakistokrasi', 'kelentongkasi' dan 'daddykasi' pimpinan Mahathir yang merugikan rakyat marginal dan menguntungkan kroni kapitalis semata2...

Kerjasama UMNO dan PAS demi watan akan menjadi ketumbukan politik yang bakal mengubah lanskap berpolitik dan bernegara..

Ia akan menyatukan orang Melayu pada tahap yang tidak pernah kita lihat sebelum ini...

Ingatlah peringatan Allah swt :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


وَالْعَصْرِ (١
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣


Mafhumnya :

1) Demi Masa!!!

2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

3) Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan kesabaran...

Surah Al Asr : 1 ~ 3

UMNO dan PAS tidak ingin lagi membuang masa dengan bercakaran tanpa henti... 

Telah tiba masanya melakukan kebaikan dan amal soleh untuk bangsa dan tanahair melalui kerjasama politik...

Urusan kerjasama UMNO dan PAS adalah urusan pemimpin UMNO dan PAS...

Biarkanlah pemimpin UMNO dan PAS mengurusnya... 

Sama ada ia akan berjaya atau sebaliknya, terpulang lah kepada ikhtiar pemimpin UMNO dan PAS...

Namun kami yakin, In Sya Allah, dengan keikhlasan kepimpinan UMNO dan PAS sekarang, serta doa rakyat Malaysia yang cintakan penyatuan ummah, ianya akan di permudahkan oleh Allah swt serta menjadi kenyataan...

Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama, terutamanya masyarakat Melayu Islam menyambut baik usaha yang sedang di lakukan...



Hakikatnya, inilah yang mereka harapkan...

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama rindukan kehidupan yang harmoni dengan nilai2 toleransi seperti di era pra kemerdekaan...

Kami doakan yang terbaik jua untuk Bersatu dengan kekasih baru, DAP, supaya dapat jalan bersama, kerana itulah yang Mahathir pilih dan dukung...

Tentang UMNO dan PAS yang Mahathir sendiri tinggalkan, tak perlulah campurtangan lagi...

Janganlah jadi seperti janda atau duda yang gila talak, kerana Mahathir sendiri dah jatuhkan talak tiga dan tak mungkin DAP sanggup jadi Cina Buta...






Dari tulisan asal :

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

Saturday, March 9, 2019

Mana Ambiga, Marina dan Eric Paulsen?

|0 comments

Hak Asasi Manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang di buat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948...

Perisytiharan ini yang di kenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)...


Antara yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia ialah :


Perkara 25 : 


Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan...


Rakyat Malaysia Di Nafikan Hak Asasi Manusia, Mana Perginya Suara SUHAKAM!!!




Tarikh 07 Mac 2019, tak mungkin akan di lupakan oleh 22 keluarga yang tinggal di rumah PPR Taman Manggis, Pulau Pinang...

Kira2 jam 10.00 pagi, sekumpulan penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang tiba di kawasan perumahan PPR Flat Taman Manggis 1, untuk mengusir keluar 22 keluarga yang dah menetap bertahun2 di sana...




Di sebabkan tiada tempat untuk berteduh, tiada ruang rundingan dan belas ihsan di beri, 22 keluarga malang, terpaksa menjadi gelandangan di tanah air sendiri...😢😢😢



Ke mana perginya Ambiga, Marina Chin dan Eric Paulsen yang selama nie mendabik dada sebagai pejuang hak asasi manusia ketika anak2 kecil terpinga2 kerana tak faham kenapa mereka di usir keluar dari rumah mereka...😢😢😢



Sudah hilangkah suara lantang Ambiga, Marina Chin dan Eric Paulsen di saat warga2 emas yang di usir dari rumah mereka menangis di dalam hati kerana terpaksa menjadi gelandangan di bumi sendiri...😢😢😢



Oh, rupa2nya Ambiga tengah seronok ber'twist'...

Mana Hilangnya Pemimpin PH Yang Berkokok Kononnya Hanya Mereka Yang Akan Menjaga Kepentingan Rakyat!!!



Mana pergi Mahathir!!!

Ke mana hilangnya Muhyiddin!!!


Gua mana pula yang Anwar masuk!!!


Masa berkempen di PRU 14, segala ceruk rantau korang redah!!!


Korang laungkan nak selamatkan negara dan rakyat dengan slogan SELAMATKAN MALAYSIA!!!




Siang malam korang menyalak, kepentingan Melayu akan jadi keutamaan korang!!



Janganlah bagi alasan2 yang bodoh untuk lepaskan tanggungjawab...

Tak tersentuh ker hati korang bila tenguk OKU, ibu tunggal dan orang2 tua di halau dan terpaksa jadi gelandangan!!!


Atas undi2 orang yang terpaksa jadi gelandangan nie lah yang meletakkan korang di puncak kuasa!!!




Lagi menyayat hati, kanak2 juga terpaksa merempat di kaki lima, bila di halau keluar dari kediaman mereka oleh regim DAP!!!



Tidak ada satu makhluk atas muka bumi Allah swt nie yang tergamak melakukan kekejaman sebegini kecuali binatang!!!




Benar, kita akui, ada antara penghuni2 tu yang dah tak menepati syarat yang di tetapkan, tapi mereka ialah rakyat Malaysia...

Sedangkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), di berikan tempat perlindungan sementara dan di sediakan makanan dan tak di biarkan menjadi gelandangan serta kelaparan!!!

Mana pergi hati perut Ketua Menteri Pulau Pinang!!!


Antara Fakta Dan Auta Kerajaan Negeri Pulau Pinang




Auta Kerajaan DAP Pulau Pinang :

 》Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR dari tahun 1990... 


Fakta Sebenar :




》Mula duduki tahun 2006, bukan tahun 1990, kalau rumah PPR Taman Manggis tu siap tahun 2004, macam mana pulak boleh di duduki dari tahun 1990!!!

Auta Kerajaan DAP Pulau Pinang :


》Sewa hanya RM100 sebulan, tapi tetap tak nak bayar...


Fakta Sebenar :


》Sewa di kenakan RM124, bukan RM100... 


Untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, RM124 memang kecil tapi untuk warga miskin tetap tinggi...


Dengan kos kehidupan dan harga2 barang melambung sebab SST, peluang pekerjaan yang masih susah, sewa RM124 sangat2 membebankan kalau mengikut taraf kehidupan hari nie bawah pentadbiran PH, tapi PATI yang duduk kat kem tahanan tu boleh kasi free, takkan rakyat Malaysia yang duduk kat flat PPR tu, tak boleh bagi free, lagi pun masa DAP ambil alih, flat tu dah siap pun dan kerajaan pusat BN yang tanggung semua kos RM24 juta tu...


Auta Kerajaan DAP Pulau Pinang :


》5 penyewa berkahwin dengan warga asing (Bangladesh dan Indonesia), melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja...


Fakta Sebenar :




》Warga asing tu ialah ayah atau ibu mereka tapi anak2 mereka adalah rakyat Malaysia...

Auta Kerajaan DAP Pulau Pinang :

》8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orang lain...


Fakta Sebenar :




》Fikirkanlah sendiri, seorang ibu tunggal, di katakan mempunyai suami dan mempunyai rumah sendiri...

Walaupun dah kemukakan bukti tapi tetap di halau keluar!!!


Auta Kerajaan DAP Pulau Pinang :


》Arahan pengosongan telah di berikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)...


Fakta Sebenar :



》Adakah warga emas seperti ini mampu untuk mencari penempatan baru?

Apakah warga emas seperti ini juga hilang kelayakan untuk duduk di PPR Taman Manggis?


Auta Kerajaan DAP Pulau Pinang :


》Kerajaan DAP mendakwa, ada 400 orang berada dalam senarai menunggu untuk mendiami PPR Taman Manggis...

Fakta Sebenar :




》Perkara ini tak akan berlaku sekiranya kerajaan Pulau Pinang bawah DAP tak batalkan projek PPR Taman Manggis Fasa 2 yang telah di rancang oleh kerajaan persekutuan bawah BN ketika itu...

Tapi di sebabkan kerakusan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau telah membatalkan projek PPR Taman Manggis Fasa 2 dan merancang membina rumah mampu milik yang bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000 satu unit...


Mampukah mereka yang membayar sewa RM124 sebulan membeli rumah yang berharga RM200,000!!!


Kezaliman Yang Tidak Boleh Di Maafkan




Penguatkuasa menjadi watak Aziz (Sarawak) seperti yang Hue katakan :

Keluarga 1


Di arahkan keluar serta merta jam 11.00 am...


Ketika itu si ibu sedang memasak makanan hidangan tengahari... 


Penguasa menengking : 


"Kalau tak keluar sekarang, kami akan kunci kamu di dalam rumah!!!"... 


Maka si ibu memaatikan api dapur dan meninggalkan rumah dengan sehelai sepinggang...😢😢😢


Keluarga 2


Ketika penguasa datang, hanya ada anak kecil berusia 5 tahun sedang tidur di rumah sedang di jaga oleh seorang nenek... 


Ibu bapa semua keluar bekerja... 


Penguasa mengarahkan si nenek mendukung anak yang sedang tidur itu untuk di bawa keluar dengan sehelai sepinggang...😢😢😢


Keluarga 3


Ketua keluarga di timpa kemalangan 3 minggu sebelumnya dan kaki terpaksa di simen ke paras lutut... 


Sekarang dalam cuti sakit dan berehat di rumah... 


Penguasa Perumahan menggegar pintu rumah dan mengarahkan lelaki berkenaan segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang...


Hanya bertongkat terjingkit2 lelaki itu dalam tangisan meninggalkan rumah...😢😢😢


Keluarga 4


Apabila penguasa mengarahkan keluar rumah, si bapa enggan... 


Penguasa menyerbu masuk seramai 5 orang bersama 3 anggota polis dan dengan kasar menggari tangan si bapa di depan mata anak2 yang masih kecil, membuatkan anak2 itu menangis ketakutan...😢😢😢


KEZALIMAN APAKAH INI!!!


DI MANA TIMBANG RASA BUDI BICARA DAN PERTIMBANGAN MORAL KAMU?


APA DOSA MEREKA SEHINGGA BEGITU DI PERLAKUKAN?


Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Mengusir 22 Keluarga PPR Flat Taman Manggis Bertentangan Undang2




Tindakan kerajaan negeri mengusir 22 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown, tidak sah kerana ia satu pencerobohan dan jenayah serta tidak mengikut undang2...

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengusiran berkenaan di dakwa tidak sah apabila keseluruhan proses itu di buat tanpa mendapat perintah daripada mahkamah (BACA DI SINI)...

Walau pun di asak hebat oleh netizen dan di viralkan ke seluruh dunia, namun kerajaan PH/ DAP Pulau Pinang hanya membenarkan penduduk2 PPR yang di usir kembali ke rumah untuk 3 hari saja (BACA DI SINI)...

Ke manakah haluan mereka selepas ini?


Apakah yang akan berlaku kepada warga emas yang terpaksa tunduk dengan kezaliman PH/ DAP!!!


Apakah masih ada ruang untuk OKU menumpang di bumi sendiri...😢😢😢


Bagaimanakah pula dengan pendidikan anak2 nanti?


Bagi kerajaan DAP Pulau Pinang, itu adalah masaalah penduduk tersebut dan bukan masaalah kerajaan!!!


Dalilnya, kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tiada perancangan alternatif untuk penduduk PPR Flat Taman Manggis yang di usir :


Kenyataan 1 : 8 Mac 2019


》Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri SUDAH MEMPUNYAI PERANCANGAN utk membantu penduduk yang di arah mengosongkan rumah mereka (BACA DI SINI)...


Kenyataan 2 : 8 Mac 2019


"Kita MASIH BELUM ADA keputusan sama ada mereka perlu keluar semula daripada unit masing2 selepas tempoh kebenaran tamat, iaitu pada Ahad ini"...


"Pada masa sama, kita SEDANG BERBINCANG mengenai pelan tindakan lanjut yang perlu di ambil bagi mengatasi masalah ini," kata Exco Dr. Afif Bahardin Bahardin (BACA DI SINI)...


Yang mana satu yang betul? 


'Sudah mempunyai perancangan' atau 'sedang berbincang'!!!


Mana Chow Kon Yeow 曹觀友 Yeow & Jagdeep Singh?


Jika benar 'sudah mempunyai perancangan', tidak mungkin keluarga2 itu terpaksa merempat di KOMTAR!!!



Atau perancangan yang di maksudkan oleh kerajaan DAP hanya halau usir begitu sahaja? 

Mana sifat perikemanusian puak DAP ini?




Apa lagi bukti kezaliman kerajaan PH di bawah tunggak DAP yang kita mahu saksikan, supaya kita dapat bangkit!!!

Adakah kita akan terus menunggu hingga kezaliman datang sampai ke dalam rumah kita dan merobek anak bini kita, baru kita mahu membuka mata hati kita!!!


BANGSA MELAYU...


NAMAMU SUDAH DI SERU...


MENYAHUTLAH, SEBELUM LIDAH MU KELU!!!








Kredit :


》Fb Dr. Novandri

》Tetuan Azam Aziz

Friday, March 8, 2019

Peja Hilang Kuasa MB, Mahu Bubar DUN Perak?

|0 comments

Mungkinkah kita akan melihat berulangnya krisis politik Perak 2009? 

Bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu tumbang dan di gantikan dengan Barisan Nasional (BN)...




UMNO dan PAS yang sudah bersetuju membentuk kerjasama politik secara rasmi, dah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak...

Kalau di ambil kira pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, Gabungan UMNO dan PAS mempunyai 28 kerusi, manakala PH pula 30 kerusi dan satu lagi kerusi adalah Bebas...


Di khabarkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Datuk Nolee Ashilin Radzi yang sebelum ini keluar UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar, berkemungkinan besar akan beralih kepada gabungan UMNO-PAS, situasinya bakal berubah kepada 30-29 antara PH dan pembangkang...


Ini situasi yang tidak stabil bagi sebuah kerajaan negeri...


Gabungan UMNO-PAS hampir2 membentuk kerajaan negeri di Perak selepas PRU-14 yang lalu, dengan UMNO ketika itu mempunyai 27 kerusi DUN, PAS 3 manakala PH 29...


2 ADUN UMNO ketika itu iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin memilih menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal yang merupakan satu2nya ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menjadi Menteri Besar...


Ketika Nolee Ashilin memilih untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, Zainol Fadzi pula menyertai Bersatu...


Mungkin sebagai sokongan kepada Ahmad Faizal...


Dengan termeterainya kerjasama politik antara UMNO dan PAS, sudah tentu memberi ancaman kepada PH... 


Seperti di buktikan ketika mahu membentuk kerajaan negeri itu pasca PRU-14, sokongan ADUN boleh berubah...


Kali Kedua Peja Hadapi Kemungkinan Di Jatuhkan Dari Jawatan Menteri Besar


Baru reda cerita konspirasi yang di gerakkan oleh Exco negeri Perak, Aziz Bari, ADUN Bukit Tinggi dari DAP, sekali lagi Peja berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan Menteri Besar...

Tapi kali nie, bukan saja Peja yang berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan, malah PH sendiri berhadapan risiko tumbang sebagai kerajaan negeri Perak...


Dengan penyatuan antara UMNO dan PAS, kedudukan PH sebagai kerajaan negeri Perak menjadi sangat genting...


Dengan kelebihan hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri, negeri Perak akan mengalami krisis politik yang serius...

Apa lagi pilihan yang ada pada Menteri Besar dan PH di Perak selain mengadakan Pilihanraya Negeri untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat Perak...

Penindasan Dan Kezaliman Menyebabkan Kerajaan Negeri Perak Berterusan Di Landa Masaalah



Rakyat negeri Perak memberikan mandat pada PH supaya mereka dapat mentadbir dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu seperti yang PH laungkan semasa kempen PRU 14...

Tapi sebaliknya, selepas mendapat mandat dari rakyat, dasar2 PH jelas jauh dari melaksanakan apa yang mereka ucapkan...


Tiada suara pemimpin2 kerajaan negeri Perak bila bangsa Melayu dan ugama Islam di tindas...


Rakyat yang merasa teraniaya dan tertipu, pasti akan mengadu kepada Yang Maha Berkuasa di atas segala2nya...



Ibarat si kaduk naik junjung, pemimpin PH lupa, kuasa yang Allah swt bagi melalui mandat rakyat, adalah satu amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka untuk menjaga ugama Allah swt di samping memakmurkan negeri untuk di nikmati oleh rakyat semua...

Thursday, March 7, 2019

Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan UMNO Dan PAS Beri Menafaat Pada Semua, Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

|0 comments

UMNO dan Pas mencapai kata sepakat untuk bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal antara kedua2 parti bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam setiap PRK dan juga PRU 15 yang akan datang...

Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, dalam perbincangan lebih dua jam di Menara Dato’ Onn di sini hari ini, kedua2 parti telah membincangkan hala tuju parti ke arah penyatuan ummah...


"Kami selesai mengadakan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas hari ini hasil daripada kerjasama tidak formal yang di lakukan selama ini"...

"Kita akan buat rangka kerja dalam menghadapi PRK masa akan datang, terutama di DUN Rantau, iaitu kawasan saya sendiri"...



"Perbincangan ini juga bersetuju untuk memantapkan kerjasama kedua parti di peringkat Parlimen, di kawasan pembangkang iaitu UMNO dan Pas sebagai semak dan imbang"...

"Kita akan jadi pembangkang yang akan bahas isu dan memberi sokongan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara"... 

"Kita tidak akan setuju kalau ia mendatangkan mudarat kepada rakyat dan negara," katanya...



Mohamad berkata, hasil perbincangan itu akan di bawa bersama antara UMNO dan Pas ke peringkat rakan parti masing2 iaitu bagi Barisan Nasional (BN), rakannya ialah MCA, MIC, manakala Pas pula Gagasan Sejahtera (GS) iaitu Parti Ikatan dan Berjasa...

"Yang penting, kita tidak akan pinggirkan rakan parti masing2"... 

"Kita mahu isu penyatuan ummah ini dapat di terjemahkan sebaik mungkin"...

"Kita akan terus menjadi pembela kepada kemajmukan rakyat dan negara, tanpa meminggirkan mana2 bangsa dan kaum," katanya...

Di Harap Rakan2 Cina Dan India Jangan Salah Tafsir Terhadap Usaha Penyatuan Ummah



Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kemakmuran negara, dah pasti kita akan menyokong ke arah penyatuan ummah...

Macam yang Tok Mat cakap, bila kita sebut tentang penyatuan ummah, ia bukan tertakluk pada masyarakat Melayu Islam saja, tapi dalam konteks masyarakat majmuk negara Malaysia...

UMNO dan PAS sekali2 tak akan meminggirkan, jauh sekali menindas golongan bangsa lain terutamanya Cina dan India...

UMNO dan PAS sangat2 menyedari, hasil dari sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh dari ketiga2 bangsa ini, menyebabkan kuasa penjajah tersohor dunia tunduk pada perjuangan kemerdekaan negara...

Semangat inilah yang hendak kita hidupkan semula, kerana di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, keutuhan dan keharmornian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, di lihat semakin hilang...

Menteri yang membakar sentimen perkauman dengan mengeluarkan kenyataan2 biadap seperti Waythamoorti, Kulasegaran, Ramasamy, Nga Kor Meng, Teressa Kok di biarkan berleluasa hingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan hubungan antara kaum di Malaysia...

Bila menteri sendiri dah keluarkan kenyataan2 yang membakar semangat perkauman tanpa sebarang tindakan di ambil oleh perdana menteri, malah mempertahankannya, penyokong2 mereka akan menjadi lebih berani untuk mengeluarkan kenyataan2 yang jauh lebih biadap seperti penghinaan kepada ugama Islam dan Rasulullah saw, yang di lihat semakin berleluasa sekarang ini...



Kita mahu kembalikan semangat perpaduan antara kaum di zaman pra merdeka, di mana anak Melayu adalah juga anak Cina, anak Cina adalah juga anak India dan anak India adalah juga anak Melayu...

Inilah kenikmatan sebenar dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia dan kita telah kehilangan nikmat ini terutamanya sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara...

Berhati2 Dengan Musuh Dari Dalam Dan Luar Yang Sentiasa Berusaha Menggagalkan Usaha Penyatuan Ummah Dalam Berbagai Cara



Dalam keghairahan kita melihat usaha penyatuan yang sedang subur berputik, jangan kita lupa pada musuh2 yang sentiasa menunggu peluang untuk menggagalkannya...

Musuh yang datang dari luar seperti Pakatan Harapan pasti akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menggagalkan usaha penyatuan ummah...

Pujukan, tawaran dan ugutan adalah sangat sinonim dengan Mahathir dalam memperkukuhkan kuasanya...


Memutarbelitkan fakta, menabur fitnah untuk memecahbelahkan masyarakat adalah kemahiran yang ada pada Mahathir, Anwar dan DAP...

Sebagai masyarakat yang bijak dengan kemudahan teknologi maklumat berada di hujung jari, kita WAJIB menggunakannya dengan bijak bagi mengelakkan kita terpedaya dengan kelicikan musuh...



Selain musuh2 yang datang dari luar, kita juga mesti berhati2 dari musuh yang datang dari dalam...

Sudah jelas, bagaimana musuh2 dalam selimut ini telah menggerakkan usaha untuk menggagalkan gelombang penyatuan ummah...

Beberapa Kerajaan Negeri Di Jangka Akan Bertukar



In Sya Allah, UMNO dan PAS di jangka akan dapat menawan kembali beberapa kerajaan negeri bila dapat berkerjasama sepenuhnya...

Negeri Perak adalah antara negeri yang berkemungkinan besar akan di rampas semula oleh gabungan UMNO dan PAS berdasarkan jumlah ADUN mengikut parti :

DUN Perak

PH 30
BN 25
Pas 3
Bebas 1
Pas+BN= 28
(Dari sumber yang di percayai, ADUN Bebas berkemungkinan besar menyertai gabungan BN dan PAS, menjadikan gabungan BN dan PAS mempunyai 29 ADUN)


Kerajaan negeri Kedah juga di jangka terpaksa bubarkan Dewan Undangan Negeri kerana tak lagi mempunyai kerusi majoriti untuk bentuk kerajaan :

DUN Kedah

PH 18
BN 3
Pas 15
Pas+BN=18

Sama2 kita berdoa supaya Allah swt  permudahkan usaha penyatuan ummah yang sedang di gerakkan oleh pemimpin2 UMNO dan PAS...



Untuk rakan2 kita yang berbangsa Cina dan India, buatlah keputusan yang bijak, janganlah merasa risau kerana anda tidak akan di pinggirkan, itulah jaminan pemimpin kami dan itulah yang akan kami di peringkat akar umbi ini laksana dan pertahankan...

Tentu kita rindu dengan zaman di mana anak orang Melayu adalah anak orang Cina, anak orang Cina adalah anak orang India dan anak orang India adalah anak orang Melayu...
fda