Tuesday, August 8, 2017

Gelang Patah tanya mana Kit Siang hilang?

|0 comments



Lari sana sini masih mahu orang sokong ka ...


Orang pun tara mau ...




Jgn heran Kit Siang ditolak!



Usah cepat ketawa LGE, Rasuah terbaru Penang 41 tuduhan

|0 comments

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/court-rules-no-need-for-guan-eng-to-file-defence-before-graft-trial

https://m.malaysiakini.com/news/391112

https://m.malaysiakini.com/news/391110

Dah dijangka Mahkamah Rayuan banyak pro-pembangkang. Akan dirayu ke mahkamah persekutuan.


Sebenarnya, apa isunya kepada pendakwaraya kalau pihak yg tertuduh tidak beri hujah lebih awal untuk dilihat?

Bukankah kes-kes lain mcm tu juga kena lawan di mahkmah. Seksyen 62 just beri fakta lawan sahajakan. Bukan ada apapun. boleh lawan

--------

Tokong very happy that the courts have sided with him in the appeal and made and posted self-congratulations pictures in all 3 languages.

So, DAP should never say the courts are unfair.

It cannot be that the courts are only fair and just when you win but are unfair and manipulated if you lose, correct?

And Tokong and DAP should not say courts are unfair if he is found guilty in his actual  corruption trials as well as the contempt of court trials.

Pakatan, DAP and Tokong should accept those verdict as fair and square then.

LSS.

https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1755690021127758

Sementara itu di Penang .....


41 Tuduhan Rasuah: COO Rapid Penang Ikut Jejak Langkah Ketua Menteri

Dakwaan 41 tuduhan rasuah terhadap Mohd Shukri Abdul Rahman 54, melengkapkan drama bersiri bahawa Pulau Pinang bukan sahaja sebuah negeri hub pemprosesan dan pengedaran dadah antarabangsa, kegiatan jenayah berat, sarang maksiat dan pelacuran, malahan ia juga sebuah negeri rasuah.

Shukri yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Kuantan  atas 41 pertuduhan rasuah berjumlah RM438,418.91 yang diterimanya dari empat buah syarikat bermula 2013 sehingga 2017.

Mengikuti jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah dan skandal banglo, demikianlah juga Shukri apabila pertuduhan dibacakan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Beliau  menghadapi 10 pertuduhan menerima suapan tunai berjumlah RM31,500 dari Alexander Dennise (M) Sdn Bhd sebagai dorongan membantu syarikat tersebut memperoleh kontrak pembekalan 80 bas setingkat dan 40 bas dua tingkat.

Selain dari itu, beliau juga didakwa dengan tiga pertuduhan menerima suapan  tunai RM300,000 dari Jayonik MSC Sdn Bhd bagi projek ‘Develop, Design, Manufacture, Supply, Delivery, Installations, Testing, Commissioning and Warranty of Bus Simulator System for Prasarana’ yang dianggar bernilai RM8 juta.

Pertuduhan lain yang dihadapi oleh Shukri adalah 13 pertuduhan menerima suapan tunai berjumlah RM74,000 dari  Nato Auto & Engineering Sdn Bhd sebagai imbalan meluluskan pembayaran bagi pembekalan alat ganti bas.

Shukri juga didakwa atas tujuh pertuduhan lain menerima suapan dari  syarikat yang sama dalam bentuk pembaharuan insurans kenderaan dan pembayaran cukai jalan bagi kenderaan milik peribadinya berjumlah RM13,057 sebagai imbalan  meluluskan pembayaran bagi pembekalan alat ganti bas.

Suapan tunai berjumlah RM19,861.91 yang diperolehi oleh Shukri dari Yon Ming Auto & Industrial Park Sdn Bhd  berhadapan dengan lapan pendakwaan rasuah sebagai imbalan meluluskan bayaran bagi  kerja-kerja pembekalan alat ganti bas.

Kesemua 41 pertuduhan rasuah tersebut dilakukan antara 2013 hingga 2017 di beberapa daerah di Pahang, antaranya di Pekan dan Kuantan.

Shukri  didakwa di bawah  Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi  20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon kepada hakim agar kesemua pertuduhan itu dibicarakan serentak  selain pasport antarabangsa Shukri diserahkan kepada mahkamah.

Ahmad Akram  juga meminta tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin memandangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Menurut Ahmad Akram, "Jika dibenarkan diikat jamin, saya memohon kepada mahkamah agar menetapkan satu jumlah yang tinggi iaitu sebanyak RM300,000 memandangkan kesalahan dilakukan melibatkan jumlah yang besar.”

Bagaimanapun peguam tertuduh Datuk Shukri Mohamad memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya kini dalam proses mendapatkan rawatan penyakit kencing manis selain tertuduh juga telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan kes itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 4 September  ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh kemudian membayar wang ikat jamin berkenaan.

Sebelum ini Mohd Shukri juga didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd pada 20 April 2015.








Sunday, August 6, 2017

Dibedak Zahid, Madey lari ke Jepun

|3 comments

ZAHID CUTICURRA KUTTY SAMPAI LARI KE JEPUN!!!

Cuticura jenama lama bedak yg popular
di kalangan rakyat Msia suatu ketika. Ingatkan Azeez Raheem yg perlu cerah tapi rupanya tak perlu.


Satu keling ngaku Melayu dan perasan Melayu guna dia serta tak ngaku Kutty Kerala di Cuticura sampai cabut ke Jepun.

"... beliau (Zahid) rela untuk disiasat demi memperbetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan besar tetapi pada masa sama, kekayaan yang dimiliki bekas Perdana Menteri itu termasuk anak-anaknya juga perlu disiasat SPRM." - Utusan

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-sedia-disiasat-sprm-1.511586


Di Jerlun pula:

".... Timbalan Perdana Menteri berkata, "macam mana ada lojik saya (nak jatuhkan PM) 10 hari selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri.”

“Dia (Dr Mahathir) kata saya nak jatuhkan Perdana Menteri… sedangkan dia yang rancang,” katanya." - Agendadaily

Zahid ada rakaman penuh dan sanggup sumpah laknat. Kutty pembohong hati hitam dan tak boleh dicerahkan dgn Cuticura.

Sumber: Facebook



Friday, August 4, 2017

Lim Kit Siang lari dari Gelang Patah

|3 comments



Ingat DAP dah sedia nak ambilalih Johor. Dah cabut utk tutup salahlaku korupsi LGE di Penang.

-----------

Eh? Lim Kit Siang baru tukar alamat dari Gelang Patah dan ada hasrat untuk tanding di Parlimen Tanjong ataupun DUN Komtar kali ini?

MP Tanjong sekarang ialah Ng Wei Aik dan ADUN KOMTAR sekarang ialah Teh Lai Heng.

Adakah Uncle Lim mahu tanding kerusi DUN Komtar supaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru untuk mengambil tempat anak dia yang bakal masuk ke dalam?

Pengundi Gelang Patah macam kena tipu lagi. Kena hantam dan lari.

LSS.

Thursday, August 3, 2017

Ku ingatkan satu dua juta, rupanya RM10 juta disamun

|4 comments


Inilah BERSATU yang sebenarnya dan tidak diketahui.


Ngata orang sendiri yang lebih.


Dasar Bapa Perasuah Negara ... demi kegilaan kuasa dan politik, perasuah sentiasa dipertahankan.

Wednesday, August 2, 2017

PPBM yang kritik FELDA rupanya yang samun Felda

|1 comments




Apa yang dia samun?




RM3 juta yob ..

Rupanya janji 100 hari PH untuk Felda serupa nak samun jadikan beberapa kroni dan proksi jutawan dan billionaire!


Tambah lagi ... PPBM sama kuat menipu dengan Madey.





Saturday, July 29, 2017

Madey guna cara Nazi "create fear, suspicious and horror"

|1 comments


Pembangkang Guna Taktik Politik Hitler Untuk Hasut Rakyat

Dato Seri Dr Zambry Kadir, Menteri Besar Perak menyifatkan  pembangkang menggunakan taktik menteri gerak saraf Hitler, iaitu Joseph Goebbels untuk menghasut rakyat.

Beliau berucap ketika memberi ucapan aluan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Parit di Dewan MRSM Parit, Perak pada 29 Julai 2017.

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/yang-tuduh-orang-pencuri-adalah-ketua.html

"Dulu pembangkang panggil dia Mahafiraun, sekarang orang itu sudah bersama mereka.

 Pada tahun 1941, Goebbels telah mencipta satu suasana, don't attack the people, attack the plutocracy" kata Zambry.


"Create fear, suspicious and horror" inilah cara yang digunakan oleh pemimpin Nazi di Jerman. Menurutnya, ia sama juga dengan apa yang pembangkang buat sekarang, mereka panggil kerajaan kita kleptorasi. Dulu Goebbels cipta ayat "plutocracy", kini ayat propaganda jahat itu diganti dengan nama "kleptocracy".


Biarpun Bank Dunia telah iktiraf ekonomi negara namun pembangkang mahu gunakan elemen "horror" ini bagi menakutkan nakutkan rakyat. Oleh itu, Dr Zambry mengajak semua ahli UMNO bersatu melawan propaganda hasutan cara Goebbels pembangkang ini.


Sambil memetik kata kata Pak Hamka, seperti berikut ;

"Jangan jadikan diri kita gunting, walaupun berjalan lurus tetapi ianya memisahkan yang satu menjadi dua.

Jadilah diri kita seperti jarum, walaupun jarum itu menekan dan menyakitkan, tetapi jarum itu menyatukan yang dua menjadi satu" kata Dr Zambry.

Datuk Seri Najib ketika ucapan perasmian mengulas lanjut apa yang disebut Dr Zambry mengenai taktik propaganda cara Hitler yang diamalkan pembangkang kini.


Menurut Datuk Seri Najib, Goebbels ini mengamalkan prinsip "the enemy of my enemy is my friend". Oleh itu, bila Hitler serang Soviet Union. Amerika dan Britain tidak suka Soviet, tetapi mereka bantu Soviet untuk mengalahkan Hitler.

"Bila selesai World War, mereka (Amerika dan Soviet Union) bergaduh. "Cuban Crisis, perang dingin dan sampailah ke hari ini, mereka tidak yakin antara satu sama lain.


Samalah jadi dengan pembangkang di Malaysia. Sesama mereka masih lagi sangsi antara satu sama lain. Bila reformasi dulu ditubuhkan untuk apa? Sebab hendak gulingkan orang yang sudah 22 tahun jadi Perdana Menteri.

Reformasi mahu gulingkan orang yang digelar Mahafiruan, nepotisme, diktator dan salah guna kuasa. Sampai semua orang ditangkapnya. Kit Siang, Anwar dan Dr Zambry pun ditangkap

Siapa masuk ISA zaman saya?, tiada. Ini kerana saya dah mansuhkan ISA. Saya lagi demokratik dari orang yang hari ini menuduh kerajaan kita tidak demokrasi" kata Datuk Seri Najib.

"The big lie, the more it repeated, the bigger it become truth. Ini adalah cara Goebbels" ulas Dato Seri Najib.


Hari ini pembangkang menggunakan strategi pembohongan berterusan dan kaedah pembohongan secara berulang cara Goebbels ini untuk menghasut rakyat.

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Najib telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk rakyat di Parit. Inilah bukti kerajaan yang beri harapan sebenar dan merealisasikan apa yang rakyat hendak.

Bukan seperti pembangkang yang hanya pandai hasut rakyat siang dan malam. Hanya memberi harapan palsu dan hasutan sahaja pada rakyat

Beruang Biru

Friday, July 28, 2017

Penyokong pembangkang TOLAK MADEY,

|4 comments







Tuesday, July 25, 2017

99% tuduhan terhadap Rosmah bohong

|1 comments


Selalu kita dengar petanan beliau dalam PERMATA dipertikaikan. Padahal ...


Selalu dikatakan Siti Hasmah macam baik ...


Orang banyak cerita tentang anak2 Mahathir dan Siti Hasmah. Adik beradik Siti sama kuat kaki projek dan jadi macai taukeh ciba!!!!

Pembohongan begitu banyak twrhadap Rosmah begitu bersungguh2 hingga sanggup mereka hina Sultan Brunei demi nak malukan Datin Seri Rosmah.

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/nak-hina-rosmah-sultan-brunei-dipersenda.html


Tunggu balasan Tuanku

Monday, July 24, 2017

Azmin dicabar Rizal Mansor jawab Selangor-Leaks.com

|0 comments

PM aides dares Azmin to explain payment to non-performing company
https://m.malaysiakini.com/news/389538

UNISEL tak setuju dengan penyelesaian Azmin-MBI
https://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/unisel-tak-setuju-dengan-penyelesaian.html

Selangor-leaks.com dedah dokumen salah laku MBI

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

SHAH ALAM -  Sebuah laman web, selangor-leaks.com mendedahkan beberapa dokumen rahsia mengenai salah laku dilakukan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang didakwa mengarahkan Universiti Selangor (Unisel) membayar tunggakan berjumlah RM77.1 juta kepada sebuah syarikat konsesi asrama, Jana Niaga Sdn. Bhd (JNSB).

Pengeluaran arahan surat rasmi bertarikh bersurat 16 Mei 2016 itu dengan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kepada Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof. Datuk Dr. Mohamed Redzuan Othman.

MBI merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan surat itu, MBI memaklumkan cadangan penyelesaian berkenaan yang dituntut oleh JNSB iaitu sebuah syarikat konsesi yang dilantik untuk membina, penyelenggara dan mengurus penempatan kakitangan serta pelajar universiti itu.

Cadangan itu didakwa telah telah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) yang bermesyuarat pada 27 Julai 2015 dan 21 Mac 2016.

Bagaimanapun, surat arahan itu mencetuskan tanda tanya berikutan berdasarkan rekod Unisel dan MBI sendiri, kontrak Jana Niaga telah pun ditamatkan pada 2011.

Ini berikutan kegagalan syarikat konsesi itu membaik pulih asrama pelajar universiti itu yang berhadapan dengan masalah kerosakan sebelum ini seperti termaktub dalam Perjanjian Konsesi (CA), Perjanjian Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) dan Perjanjian Penyelenggaran (MA).

MBI sebaliknya didakwa bermurah hati membuat bayaran kepada JNSB sebanyak RM10juta melalui perjanjian bersama yang dibuat kedua-dua pihak tanpa membabitkan Unisel.

Ini termasuklah tambahan bayaran RM6 juta lagi pada 24 Julai 2016 kepada syarikat konsesi itu atas nama 'penyelesaian pertikaian' di antara JNSB dan Unisel.

Syaratnya yang dituntut ke atas UNISEL adalah JNSB diteruskan konsesi dan diberi kontrak penyelenggaraan di UNISEL.

Ini berbeza apabila Unisel didakwa telah berjaya mendapatkan penangguhan bayaran kepada JNSB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Disember 2012 disusuli dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2013.

Ekoran daripada keputusan mahkamah itu, Unisel kemudiannya didakwa telah menamatkan kontrak JNSB pada 31 Disember 2015 dan melantik pihak ketiga untuk mengambilalih
tanggungjawab syarikat konsesi itu di bawah CA, O&M dan MA.

Susulan daripada penamatan kontrak itu, jumlah hutang JNSB kepada Unisel didakwa sebanyak RM60,431,515.16 termasuk jumlah pendahuluan RM10 juta yang dibayar oleh MBI pada 24 Februari 2015 di bawah perjanjian penyelesaian di antara MBI dan JNSB.

Namun, berdasarkan laman web itu JNSB didakwa  menafikan hutang tersebut sebaliknya mendakwa Unisel yang masih berhutang dengan syarikat konsesi tersebut sebanyak
RM63,730,356.20 berdasarkan penyata akaun bertarikh 28 Februari 2015.

Sementara itu, Dr. Mohamaed Redzuan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima cadangan daripada MBI membabitkan penyelesaikan pertikaian di antara universiti itu dengan JNSB sebelum ini.

Namun, beliau menegaskan tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara itu kerana pertikaian tersebut telah berlangsung membabitkan tempoh masa yang lama iaitu
sebelum beliau dilantik sebagai Presiden dan Naib Canselor Unisel pada 1 Januari 2016.

"Saya tidak tahu lanjut mengenai penyelesaian hutang itu. Sebaiknya merujuk kepada MBI sendiri," katanya.

KOSMO

Sunday, July 23, 2017

Lupakanlah undi Felda ... hutang peneroka dari zaman Madey

|3 comments

Baru berjanji akan reformasikan Felda ...mana tidak:

6 Berita Baik PM Umumkan Buat Peneroka


1) PM umumkan insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) PM umum pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.


3) PM Najib umum pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) PM umum kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion.

5) PM umumkan geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) PM umum dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula  melebihi jangkaan RM40,000.

Ha ha ha ...


Hadiah Birthday PM yang memeningkan doggie nika gee.

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/harijadi-dato-najib-hari-ini.html

Saturday, July 22, 2017

Sapa tubuhkan PTPTN wahai budak hingus!

|1 comments

Wahai Syed Saddiq ...sapa tubuhkan PTPTN supaya pelajar hanya dapat pinjaman dan kena bayar balik tu?

Nak comment gunalah akal. Kajilah dulu ...


Memang masa tu parti pemerintah nama saja UMNO tapi yang berkuasa total adalah diktator yang bernama Mahathir

Melayu dikudanya dengan pujuk rayu dan kekerasan. Ramai di aniaya termasuk student Melayu.

Dia banyak lakukan kesalahan tapi orang lain yang akhirnya dipersalahkan.

Baca Cucu Tok Selampit

http://khairulryezal.blogspot.my/2017/07/lagi-hujah-dangkal-dibuat-pendebat.html

Wednesday, July 19, 2017

7 janji 100 hari PH dan lain2 hanya penipuan Top Dog

|1 comments

https://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/07/7-janji-baru-pakatan-pembangkang-adalah.html

http://wp.me/p1BZg7-5Fh

Tidak boleh tercapai. Hanya trick top dog gilakan kuasa.



Top dog dan Mat Sabu boneka DAP.

https://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/top-dog-madey-hanya-boneka-dap.html

Cuba Top Dog jawab ...



Dah menggeletar ka ...





Kedurjanaan terbesar menggadaikan harta negara akan terdedah!!!

fda