Sunday, September 23, 2018

Ingat Janji2 PPBM Usah Di Lalai Politik Regim Madey - 1

|0 comments
Dulu Bahan Najib Pasal Manifesto BN Dalam PRU 15, Sekarang Apa Cerr Atoq...


Sebelum menang PRU 14 dan jadi PM kali kedua, Tun Mahathir cara sinis sindir Datuk Seri Najib yang kononnya Manifesto Barisan Nasional yang Najib bentangkan sekadar auta...

Lima Tindakan Utama Dah Tunai Ker Belum...


Maka...

Rakyat pun nak bertanya, 5 Tindakan Utama tu dah mula bertindak ker belum...😉😉😉

Nie dah lebih 100 hari dah nie...

Jom kita tenguk, apa 5 Tindakan Utama yang Mahathir janjikan tu...

Tindakan Utama 1


Tangkap MO1 rupanya...

Tangkap memang dah tangkap, dah dakwa pun...

Tapiii...


Laaa...

Tangkap, dakwa lepas tu minta tangguh perbicaraan...

Sebabnya pihak pendakwa tak bersedia lagi...

Dalam mahkamah pun boleh main chup chup lah pulak...😂😂😂

Ok ready, one, two, three...

Oppp... chop chop chop, aku tak ready lagilah, aegen, aeigen eehhh...😂😂😂

Per citer nie...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Tindakan Utama 2


Nak tubuh RCI aka Royal Commision of Inquiry aka Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk siasat 'penyelewengan 1MDB dan FELDA'...

Dah tubuh ker...

RCI Untuk 1MDB


Pulak dah...

Tetapkan pertuduhan baru tubuh RCI, ahahaxxx...😂😂😂

Boleh tak Mahathir quote, kes mana dalam Malaysia nie yg proses dia cenggitu...😉😉😉

Amalannya ialah dari lapuran RCI lah baru kita tentukan sama ada sesuatu isu tu ada asas yang kukuh untuk di dakwa dalam mahkamah...

Nama pun dah suruhanjaya siasatankan...

Camner pulak boleh tuduh dulu lepas tu baru nak siasat...🤔🤔🤔

Betullah peguam Datuk Seri Najib, Tan Sri Shafee kata pihak pendakwaraya belum bersedia...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Dan patutlah baru2 nie sampai rumah bonda Datuk Seri Najib, Tun Hajjah Rahah, pun kena serbu...

Bukti tak cukup ler tuuu...😄😄😄


Kabarnya sampai siling pun kena polis pecahkan...😂😂😂

RCI FELDA


Konfiden jer Mahathir kata Datuk Seri Najib sebagai 'top man' terlibat dalam isu 'kehilangan 3 keping tanah FELDA'...

'Maka sekiranya Pakatan Harapan berkuasa, kami berjanji akan menubuhkan RCI untuk menyiasat FELDA'...

Dan bertepok soraklah penyokong2 uneducated kegembiraan sampai bergolek2 keseronikan sebab kena tipu dengan Mahathir...🤣🤣🤣


Rupa2nya tak ada apa2 kes Felda yang boleh di dakwa...

Nie baru betul, tukar kerajaan sebab nak kebajikan yang lebih baik daripada apa yang kerajaan Barisan Nasional bawah Datuk Seri Najib bagi tapi yang dapat ialah bantuan sara hidup warga Felda di hentikan...🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♂️

Kali nie baru betul2 'Failed Dah', tak gitu Cheff Wan...😉😉😉

Tindakan Utama 3


Kembalikan duit dan harta negara yang di curi melalui jalan rasuah...

Bley tahu tak harta apa yang di curi, duit kat mana yang kena curi dan siapa yang mencuri...

Kapal Equanimity


Antara harta negara yang Mahathir spin di beli menggunakan duit rakyat ialah kapal mewah Equanimity...


Untuk jadikan cerita lebih syahdu lagi, Guan Eng pulak di katakan 'menangis' masa kali pertama naik kapal mewah tu...😢😢😢

Kononnya Guan Eng fikirkan berapa banyak duit rakyat 'di curi' untuk kegunaan peribadi yang mewah tu...😭😭😭

Tu semua menunjukkan betapa 'mulianya' seorang menteri yang bernama Lim Guan Eng...

Mungkin 'tangisan tak berairmata' Guan Eng tu jauh lebih menyayat hati dari tangisan rakyat di Pulau Pinang yang tertipu dengan kes terowong dasar laut Pulau Pinang dan kautim banglo di Jalan Phihon...

Dan pasti 'tangisan tanpa airmata yang penuh keikhlasan' Guan Eng, jauh lebih sedih dari kampung2 Melayu dan kampung2 India di Pulau Pinang yang di robohkan sebab nak buat projek rumah mewah...

Seyes, sedih nie derrr...


Walau pun 'Admirality Court' Kuala Lumpur meluluskan permintaan Kerajaan Pakatan Harapan utk jual kapal mewah Equanimity tapi sejak kapal tu berlabuh di Malaysia, kerajaan terpaksa membelanjakan kira2 RM2 juta ringgit sebulan duit rakyat bagi tujuan penyelenggaraan jer...

Guan Eng tak nak nangis lagi ker...😉😉😉

Benar kelulusan mahkamah untuk kapal mewah tu di jual dah dapat...

Tapi kerisauan kita ialah Malaysia bakal berhadapan saman yang tinggi jika benar proses membawa pulang kapal ini tidak mengikut prosedur undang2 Malaysia dan Indonesia... 

Tidak mustahil pemilik kapal tersebut akan menyaman kerajaan Indonesia dan Malaysia jika mereka mendapati proses ini tidak mengikut prosedur perundangan... 

Ini akan membabitkan kos pampasan jutaan ringgit pada masa hadapan...

Kolumnis Abdul Jalil Backer mengulas perkara tersebut dalam Sinar Harian...

Tindakan Utama 4


Jadikan SPRM sebagai badan bebas dan lapur terus pada parlimen...

Agak2nya SPRM dah bebas ker belum sekarang nie...😉😉😉

Dalil SPRM 'Dah Di Bebaskan Sebebas2nya Dan Tak Ada Yang Tak Bebas Melainkan Bebas Belaka

Dalil 1


Sikap KP SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull yang lebih sudu dari kuah sangat2 meragukan...

Ker sebab menurut perintah...😂😂😂

Dalil 2


Apa alasan SPRM tiba2 memutuskan untuk tak teruskan pendakwaan kes yang dah di jalankan perbicaraan di mahkamah malah separuh saksi2 dah di panggil...

Dan pagi melucukan bila 'badut2' SPRM yang buat lawak kena sound dengan peguam Guan Eng supaya jangan pura2 tak tahu aka terkejut...

Hamba menurut perintah tuan...

Tindakan Utama 5


Hapuskan amalan runding terus aka 'direct negotiation' dalam semua kontrak kerajaan...

Vincent Tan Kroni Siapa Yer, Boboi Tanya Jer...

Mahathir dan kroni berpisah tiada...


Gambar nie di ambil lepas Mahathir jadi PM ke 7...

Maksudnya lepas Mahathir lafazkan ikrar 5 Teras Utama Pakatan Harapan sekiranya menjadi kerajaan...

Dan tak lama lepas gambar nie tular, Mahathir main teka teki pasal projek ECRL...

Kejap kata batal, kejap kata tangguh...

Tiap kali tukar statement, kos pun bertukar dan makin tinggi...

Sampailah projek ECRL tu kompom Vincent Tan dapat barulah harga tak berubah...😉😉😉

Ishh Ishh Ishh, Anak Siapalah Mokhzani Nie Yer, Pandai Sungguh Berniaga


Malaysiakini melapurkan syarikat Mokhzani dapat kontrak TM 5 hari lepas PRU 14...

Wow, cepatnya!!!


Dan bukan tu jer...

Petron juga dah dapat kontrak bekalkan baban api pada kenderaan jabatan kerajaan...


Wow, wow, wowww...

Apa yang pasti, semua janji 5 Teras Utama Pakatan Harapan yang Mahathir ucapkan sebelum PRU 14 cuma janji kosong...

Bahagian 2 akan di dedahkan pula Manifesto Pakatan Harapan dan apa kaitan dengan semua isu yang berlaku sekarang nie dengan manifesto2 PH...

Ada kaitan derrr...

TUNGGUUU...

Saturday, September 22, 2018

Rakyat Dah Mula Bagi Isyarat Pada Tun Mahathir

|0 comments
Rupanya Puluhan Dakwaan AMLA Ke Atas Datuk Seri Najib Masih Lagi Tak Memuaskan Hati Tun Mahathir


Nampaknya 25 pertuduhan yang akan di kenakan pada Datuk Seri Najib Razak masih lagi tak cukup buat Tun Mahathir...

Senyuman Najib seolah2 jadi racun yang berbisa dan menusuk sampai ke pangkal jantung yang berfungsi gunakan bateri Mahathir...

Dalam ucapan Mahathir sempena Hari Jepun dan Perasmian Residensi UTMKL (yang langsung tak ada kaitan dengan pertuduhan ke atas Najib), Mahathir luahkan sakit hati dengan berkata :

"Di sini (Malaysia), kita lihat orang senyum ketika mereka akan di humban ke dalam penjara, kita lihat mereka senyum walau pun mereka di panggil sebagai pencuri, mereka ini tiada rasa malu"...

Kalau Najib senyum pun jadi satu kesalahan pada Mahathir, apa reaksi Najib yang Mahathir harapkan bila Najib di dakwa...

Takkan Mahathir nak Najib menangis teresak2 kut...

Kan ker senyum tu satu sedekah dan bukannya satu jenayah yang boleh di dakwa bawah AMLA...😉😉😉

Rupanya Bukan Najib Saja Yang Di Berikan Tekanan Tapi Ibu Najib (Balu Allahyarham Tun Abdul Razak) Juga Di Berikan Tekanan


Tun Rahah ialah balu kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke 2, negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak...


Allahyarham Tun Abdul Razak ialah seorang negarawan ulung dan Bapa Pembangunan Malaysia...

Allahyarham Tun Abdul Razak jugalah individu yang bertanggungjawab membawa Mahathir masuk balik ke dalam Umno selepas di singkirkan...

Kegilaan dan kezaliman apa yang sedang berlaku di depan mata kita sekarang!!!


Apakah ada bukti dan asas yang kukuh untuk di kaitkan penglibatan Tun Rahah dalam kes yang sedang di hadapi anak beliau sekarang hingga pihak PDRM merasakan ada keperluan untuk menyerbu rumah Tun Rahah hingga memecahkan siling rumah Tun Rahah!!!

Atau adakah ini merupakan satu strategi untuk menjatuhkan semangat juang Najib yang di lihat masih lagi tenang dalam menghadapi pertuduhan ke atasnya!!!

Tan Sri Shahrir Samad : Tegas Dan Bukannya Keras


Tan Sri Shahrir Samad menyeru kerajaan supaya lebih beretika dalam menyiasat dan mengendalikan pendakwaan ke atas Najib...

Antara petikan ulasan Shahrir dalam 'Facebook'  beliau :

'Di dalam mencari bukti ke arah pendakwaan Najib kronologinya bermula ketika serbuan polis telah di buat ke kediaman anak Najib'... 

'Heboh juga di perkatakan di media tentang hasil rampasan pihak polis seperti beratus jam tangan, beratus beg tangan dan juga beratus juta wang tunai'...

'Apa yg di rasakan lebih aneh dan menghampiri luar tabii proses penyiasatan polis ini adalah apabila kediaman Tun Hjh Rahah juga di serbu polis pada waktu yg sama DS Najib di dakwa di mahkamah dengan 25 tuduhan tentang pelbagai salahlaku'...

'Di sini persoalannya adakah Tun Hjh Rahah juga bakal di dakwa dan kerana itu polis telah menyerbu ke kediaman beliau sebelum di panggil bagi tujuan soal siasat'...🤔🤔🤔

'Ataupun adakah polis masih hendak mencari bukti tambahan terhadap tuduhan2 yang telah di kenakan terhadap Najib'???

'Apakah bukti dakwaan masih belum cukup kuat hinggakan melibatkan bonda Najib yang berusia 86 tahun dalam keadaan uzur itu'???

'Senario menyiasat dan mendakwa seorang mantan perdana menteri merupakan  sesuatu yg agak luarbiasa'...

'Apatah lagi menyerbu kediaman balu Allahyarham Tun Abdul Razak yang pernah berjasa membawa masuk semula Perdana Menteri ke 7 ini ke dalam UMNO dan seterusnya di lantik sebagai senator pada tahun 1973 dulu'...

'Saya pernah bertugas dengan Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai setiausaha politik di Jabatan Perdana Menteri'... 

'Saya pernah menyatakan di hadapan Najib dalam suatu majlis Felda yang saya rindukan zaman Tun Abdul Razak'... 

'Ketika zaman itu, adanya juga ketegasan dalam soal urus tadbir dan kepentingan negara'... 

'Tapi keras jauh berbeza dari tegas'...

Noktahkan Kezaliman Yang Sedang Berlaku Sebelum Rakyat Bangkit



Bila kuasa rakyat bangkit, sejarah dunia pernah menyaksikan bagaimana hinanya kematian Muamar Gaddafi di tangan rakyatnya sendiri!!!

Sejarah ialah guru terbaik manusia dan yang paling penting sejarah jujur dan tak pernah menipu...

Bangsa Melayu Dan Rakyat Malaysia Sudah Beri Isyarat


Hingga ke hari ini, sejarah Malaysia belum pernah lagi menyaksikan penentangan rakyat Malaysia pada pemimpin mereka sendiri...

Tapi jangan lupa, tercatit dalam sejarah bangsa Melayu bangkit menentang pemimpin mereka yang zalim...


Bumi Kota Tinggi pernah menjadi saksi...


Bumi Langkawi juga pernah menjadi saksi...












Kini, bangsa Melayu bersama2 rakyat Malaysia sudah mula berikan isyarat supaya kegilaan dan kezaliman ini di hentikan segera...

Jangan di ambil ringan isyarat yang di berikan oleh rakyat kerana rakyat Libya pernah menumpahkan darah regim pemimpin mereka yang zalim...

Kita percaya, semarah2 bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, belum lagi terlintas di hati mahu melakukan kebangkitan yang sama...

Dengan syarat, hentikan segala kegilaan dan kezaliman yang berlaku sekarang ini serta merta...

Kerana bila rakyat sudah hilang sabar dan bangkit, hanya kuasa Allah s.w.t. saja yang mampu menghentikan kuasa kebangkitan 34 juta rakyat Malaysia!!!

Friday, September 21, 2018

Keluar UMNO, Buka PPBM Dan Sekongkol DAP Untuk Akhirkan Kuasa Melayu, Tak Pecah Belah Melayu Ker???

|0 comments
Dendam Kesumat Tun Mahathir, Kenapa?


Pertamanya, saya sangat teruja dengan tulisan Tun Mahathir yang beliau keluarkan semalam...

Secara tak langsung beliau telah mempromosikan PAS kepada rakyat yang belum mengenali PAS...

'Sangkaan beliau' terhadap penyokong2 PAS kononnya tak mendengar kritikan dan tak baca tulisan beliau adalah satu tanggapan yang 'TIDAK BETUL'... 

Malah melihat komen natizen kat FB Mahathir, segala isi dan hujah dalam tulisan beliau tersebut di patahkan secara mudah oleh penyokong2 PAS mahupun bukan ahli2 PAS...

Mahathir masih gunakan 'modal' dan hujah kuat beliau kununnya PAS :

i. PAS parti mengkafirkan..
ii. PAS memecah belahkan orang Melayu...
iii. PAS parti yang selalu kalah dlm PRU...

'Modal' lain Mahathir boleh baca dalam rencana 'indah' beliau nanti...

Cuma yang nak kita komen 3 'point utama' yang kerap Mahathir keluarkan...

PAS Parti Mengkafirkan?


Jawapan : TIDAK BETUL...

Siapa sebenarnya yang suka bermain dengan tuduhan kafir mengkafir...

Saya yakin dari dulu sampailah sekarang, penyokong2 PAS sudah lali dengan cacian dan tohmahan kununnya PAS ini parti mengkafirkan...

Dan kali ini Mahathir cuba jadi hero dalam tulisan beliau dengan mengolah sejarah lapuk, ayat manis untuk menghentam PAS...

Kesian tengok 'PM Malaysia' usia sebegini tetapi punya hasad yang cukup tinggi...

Dan sampai sekarang Mahathir tiada bukti kukuh PAS ini mengkafirkan orang, yang ramai masuk Islam adalah...

Hakikatnya, Mahathir sendirilah yang kuat mengkafirkan orang Islam...

PAS Memecah Belahkan Orang Melayu?

Jawapan : TIDAK BETUL...




Untuk makluman, sejarah Mahathir 'keluar dan masuk' parti UMNO/BN sudah capai 3 kali...


Tahun pertama 1969 bila tikam belakang Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj...


Seterusnya keluar lagi tahun 2008 semasa pemerintahan Pak Lah kununnya prestasi UMNO/BN ketika itu teruk di bawah pemerintahan Pak Lah...


Dn akhirnya keluar lagi  bersama isteri beliau pada tahun 2016, isu yang sama di bawah pemerintahan DS Najib kunun negara ini makin teruk dan hampir bankrap...


Hakikatnya, Mahathirlah manusia yang memecahbelahkan orang Melayu dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), dan merendahkan orang Melayu...

Orang ramai sudah tahu, kelicikan Mahathir dalam politik...

Orang ramai sudah tahu, kegilaan kuasa dan kroni beliau yang sangat kuat...


Beliau sendiri katakan, orang Melayu ini malaslah, tak pandailah dan kerana sebab ucapan2 hasad beliau itu juga orang Melayu ini makin berpecah belah kerana mahu mendapatkan kuasa...


Isu lain sewaktu,  Zahid Hamidi hadir ke Perasmian PAS Pusat baru2 ini pun, jelas puak2 PH kepanasan dan cuba manipulasikan kepada orang ramai...

Hakikatnya, segala usaha mereka tidak kesampaian, dan tidak mencapai sasaran kerana Islam kita bekerjasama dlm semua hal...

Jangan di persalahkan PAS...

Dasar dan prinsip yang di bawa oleh PAS cukup jelas sejak penubuhannya pada tahun 1950...

Iaitu memartabatkan Islam...

Dengan membawa kembali manusia kepada ajaran Islamlah, umat akan bersatu...

Sebab itu jualah, PAS masih kekal dan semakin di terima oleh rakyat sehingga ke hari ini...

Kerana PAS berjaya menjadi model dan kepimpinan yang baik untuk Malaysia...

PAS Parti Yang Selalu Kalah Dalam PRU?

Jawapan : TIDAK BETUL... 


Tulisan Mahathir jelas menunjukkan beliau sangat cemburu dengan prestasi PAS hari ini...

Menganggap PAS selalu kalah dalam tiap PRU...

Mahathir tak tahu ker @ buat2 tak tahu?

Penyokong2 PAS sudah mencapai sejuta ahli?

Mahathir terlupa ker, cheq bagi peringat naa...

Negeri Terengganu & Kelantan di tadbir oleh PAS walaupun bersendiri...

Mungkin dok sibuk nak balas dendam sengan Najib, Mahathir tak perasankah?

Ahli2 PAS ada bertapak di seluruh negera, mempunyai markas, cawangan2 dan aktivis yang aktif...

Walaupun PAS tidak menang menjadi sebuah kerajaaan pusat tapi PAS dah bertapak sedikit demi sedikit menuju ke arah itu...

Sebab PAS cukup matang membawa mesej yang baik untuk rakyat, menampilkan kepimpinan baik untuk Malaysia, dan bukan hanya pemimpin pembohong semata2 dan fitnah...

Rasanya cukuplah tulisan ini menjawab dendam Mahathir terhadap PAS...

Sudah2lah tu menghentam PAS...

Mahathir tak akan dapat apa2 pun...

Buat Mahathir, kuasa dah ada...

Manfaatkanlah dengan bina negara ini lebih baik dan sejahtera...

Buanglah sikap ego, tamak dan dengki yang nampak macam tak der kesudahan tu...

Banyakkan berdoa, moga Allah s.w.t. buka pintu hati kita, menyesali perbuatan, rasuah dan di beri hidayah muga berada di jalan kebenaran...

Fokus dan laksanakanlah janji Manifesto PH 10 janji, 100 hari tu...

Rakyat terlalu lama menunggu...

Ramai rakyat kita yang masih menderita dengan kos sara hidup sekarang nie...

Dan sudah2lah menipu rakyat....



Kredit :

Haniff Istiqomah
Anak Muda
20 September 2018

Thursday, September 20, 2018

Sebab Dendam Nak Hancurkan Umno, Ramai Kontraktor Bumiputera Kena Gulung Tikar

|0 comments

Ratusan kontraktor Bumiputera berisiko gulung tikar berikutan penangguhan projek serta pemberhentian dana oleh kerajaan sebelum dan selepas PRU14...

Penangguhan dana termasuk membabitkan tuntutan sebanyak RM8 juta bagi dua projek yang sudah siap tetapi belum di bayar oleh kerajaan...




Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF Malaysia), Tukiman Radion, mendakwa selepas PRU14 pembekuan dana menyebabkan kontraktor hilang sumber pencarian selain tuntutan belum di bayar bagi projek yang siap sebelum pilihan raya...



Beliau mendakwa jika isu itu tidak di tangani di khuatiri sehingga 400 kontraktor kelas F Bumiputera akan terjejas dan menghadapi risiko gulung tikar...



Tukiman mendakwa dua tuntutan projek yang siap sebelum PRU14 itu membabitkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu...


Ada pihak dakwa peruntukan di seleweng namun katanya
 projek berkenaan di laksanakan pada Februari lalu dan sudah siap sepenuhnya dua bulan selepas itu...

Proses pembayaran tuntutan selalunya di buat apabila projek selesai dalam tempoh 14 hari selepas invois di kemukakan...




"Kerajaan sudah memperuntukkan dana bagi projek ICU dan SPNB sebelum penganugerahan dan pelaksanaan kerja" katanya lagi...


Dalam erti kata lain, wang sudah ada barulah kerja2 di mulakan...




Nasib kontraktor semakin malang selepas PRU14 kerana bajet yang di luluskan kerajaan terdahulu telah di tarik balik menyebabkan kontraktor hilang mata pencarian malah saya sendiri tidak bekerja ketika ini" katanya memetik laporan BH...




Bukan nak pulangkan paku buah keras tapi kita dah penat ingatkan Pakatan Harapan sebenarnya tak ada agenda khas untuk bangunkan ekonomi negara apa lagi golongan bumiputera...



Matlamat utama PH hanyalah untuk membalas dendam dan ingin melihat kehancuran pada Umno dan Barisan Nasional...

Kebaikan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang kepada rakyat dan negara sesuatu projek di ketepikan demi mengutamakan dendam mereka...

Akibatnya selepas hampir suku tahun berkuasa, rakyat makin terhimpit, hubungan luar negara antarabangsa yang sebelum ini sangat baik kini menjadi tegang...

Malahan hubungan dua hala antarabangsa Malaysia yang sebelum ini sangat mesra perniagaan akhirnya menjadi tegang...

Hingga ke hari ini dan saat ini, pucuk pimpinan kerajaan PH hanya memikirkan cara untuk mengukuhkan kuasa dengan pelbagai ancaman dan tekanan...



Mungkin bagi mereka, rakyat masih sayang dan percayakan mereka maka selama2nyalah rakyat akan terus sayang dan percayakan mereka biar pun sekarang mereka beraja di mata dan bersultan di hati...



Seronokkan hidup dalam Malaysia Baru!!!

Wednesday, September 19, 2018

Kes 1MDB : Jangan Cuba Pengaruhi Proses Keadilan

|0 comments


Kebenaran mengedarkan buku bertajuk 'Billion Dollar Whale' tulisan Tom Wright & Bradley Hope dan 'The Inside Story of 1MBD Expose'  keluaran Sarawak Report jelas menunjukkan ada usaha dari pihak2 tertentu cuba mempengaruhi keputusan perbicaraan kes yang sedang di hadapi oleh Datuk Seri Najib Razak...

Secara terang dan nyata, Najib sekali telah di hukum bersalah sedangkan di mahkamah sebutan kes hanya bermula pada 18hb Februari 2019!!!

Malah siasatan penuh tentang kes Najib pun belum di sempurnakan...

Media Report dalam mengulas hasil tulisan Tom Wright dan Bradely Hope mengatakan segala yang di dakwa sebagai 'fakta' dalam tulisan mereka hanyalah sekadar maklumat yang cuma 'di dapati dari mendengar percakapan orang lain atau dalam mahkamah di namakan 'hear say facts'...

Biarlah mahkamah sebagai badan perundangan menjalankan proses keadilan tanpa di pengaruhi oleh mana2 pihak...

Sekiranya benar Najib bersalah maka sewajarnya beliau menerima hukuman tetapi biarlah sabitan bersalah atau tidak di lakukan oleh pihak mahkamah dan bukannya oleh orang awam terutamanya pihak wartawan...

Antara Komen Yang Menjatuhkan Hukuman Hanya Berdasarkan Persepsi aka Fitnah


Perbicaraan di laman media, sama ada media konvensional seperti cetakan akhbar @ buku dan media elektronik seperti di media sosial boleh menimbulkan sub judice kepada perbicaraan yang adil...

Cuma berdasarkan apa yang di baca dalam sebuah buku yang belum di pastikan kesahihannya, bekas duta Amerika Syarikat membuat rumusan yang melulu :

1MDB Scandal : 

It's even worse than you thought
John R Malott

After reading this book, I reached a number of conclusions :

1) Jho Low must be brought to justice, whether in Malaysia or the United States...

2) Both Najib and Rosmah clearly should also face the justice of the Malaysian people...

Plus there are so many other people in Malaysia and around the world who were complicit in allowing this crime against the Malaysian people...

To me, Najib's and Rosmah's and all of the cronies' complicity is beyond doubt...

Not just for defrauding the Malaysian people but for staining the nation's reputation around the world...

3) As an American, I am both sad and proud... Sad that some Wall Street banks and law firms were so greedy...

More concerned about their fees and profits than ethics and the law... 

They aided and abetted Jho Low in exchange for money...

All in all, ‘Billion Dollar Whale’ is a whale of a tale...

John R Malott
14 Sep 2018
7:49 am

Petikan Kata2 Lord Reid Dalam Perbicaraan Attorney - General vs Times Newspaper (1973)


We don’t see a better way to end than this quote from Lord Reid in Attorney-General v Times Newspapers (1973) :
"I think that anything in the nature of pre-judgment of a case or of specific issues in it is objectionable, not only because of its possible effect on that particular case but also because of its side effects which may be far reaching...
"Responsible 'mass media' will do their best to be fair, but there will also be ill-informed, slapdash or prejudiced attempts to influence the public"... 
"If people are led to think that it is easy to find the truth, disrespect for the process of law could follow"...


Masa memohon 'Interim Gag Order' yang kemudiannya di benarkan oleh mahkamah tinggi, Tan Sri Shafie menerangkan alasan macam mana 'perbicaraan' di luar mahkamah boleh mempengaruhi perjalanan kes...

Sekali lagi kita tegaskan, biarlah proses keadilan berjalan dengan cara yang sewajarnya supaya sabitan bersalah atau tidak dapat di tentukan mahkamah tanpa apa2 pengaruh dari luar...

Sekiranya Najib memang bersalah maka sewajarnyalah beliau mendapat hukuman yanh setimpal namun sekiranya beliau akhirnya di dapati tidak bersalah maka sewajarnyalah beliau di bebaskan...

Janganlah kita menjatuhkan hukuman yang cuma berdasarkan cakap2 @ perbincangan yang kita dengar sebelum proses keadilan berjalan...

Hormatilah kedaulatan undang2 negara kita yang menjamin keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia...

Tuesday, September 18, 2018

Jika Tun M Dan Daim Kata Anwar Lps Nie Kenapa Orang Tun Gabra Dan Orang Anwar Marah

|0 comments
Anwar PM Malaysia Ke 8???

Relaks dulu, jangan terburu2...😉😉😉

Jom kita selongkar apa yang  tersirat di sebalik yang tersurat dalam dunia politik Malaysia...

Mahathir Kata Akan Akur @ Patuh @ Mengikut @ Atau Apa2 Yang Sewaktu Dengannya Dengan Perjanjian Peralihan Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan


Tu apa yang Mahathir cakap masa lawatan rasmi ke Brunei untuk 'pau' kerajaan Brunei Darus Salam (tapi khabarnya hasil yang Mahathir dapat hanya mengabehkan duit rakyat jer)...😂😂😂


Dan nie yang Mahathir cakap masa wartawan Malaysia tanya...

"Saya merestui tapi saya tak akan berkempen", maksudnya tu apa yer, rela dalam paksa kuuttt, hehehe...😉😉😉

Nie PRK untuk PM ke 8, takkan tak nak tolong ek, cer citer sikit...😄😄😄


Tu pulak apa yg kroni 'cium molot' Mahathir cakap, 'Daim The Diam'...

Tapi mcm tak ikhlas jer...😜😜😜

Ker sebab terpaksa cakap cam tu...😂😂😂

Tapi Kenapa Bila Langkah PD Di Umumkan Orang Tun Gabra...🤔🤔🤔


Laa kata nak bagi laluan pada Anwar jadi PM ke 8...

Nak jadi PM mestilah kena jadi ahli parlimen kan...😉😉😉

Takkan PM Malaysia cuma bertaraf senator, per kelasss...🙄🙄🙄

Nie per kes pulak PPBM PD tak nak bagi Rafizi dengan Abdullah Sani kempen untuk Anwar Ibrahim kat PD...😲😲😲

Per citer nie derrr...🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♂️

Cam nak sabotaj jer...😁😁😁

Memanglah peluang Anwar nak menang cerah tapi jangan over confident...

Sedangkan BN yang dah memerintah lebih 60 tahun boleh tumbang kat Malaysia inikan pulak Anwar yang dah bertahun2 terpisah dari arus politik tanah air...

Walau pun peluang Anwar menang agak cerah tapi tak mustahil boleh kalah...

Tapi tak pelik jugalah kan...

Yang nak bertanding Anwar dari PKR...

PKR punya kerusi jauh lebih banyak dari PPBM dalam Pakatan Harapan...

Maksudnya kalau Anwar menang kat PD, mesej yang jelas utk Mahathir ialah cepat2lah cari pintu keluar...

PPBM pulak cuma bergantung glamer pada Mahathir yg jadi PM sekarang...

Kalau Mahathir dah tak jadi PM lagi, takut2lah nanti kan Pakatan Harapan keluarkan surat jasamu di kenang pada PPBM...😂😂😂

Nak harapkan Muhyiddin dengan Boboi...

Mmmm... malas nak cakap...💁‍♂️💁‍♂️💁‍♂️


Tak cukup dengan macai2 dalam PPBM, Mahathir nampak macam terdesak nak sekat Anwar sampai gunakan Siti Kassim...

Laku ker cakap minah nie...😂😂😂

Dari Kem Anwar Nie Pulak Ceritanya


Yang bercakap dalam video klip atas tu bukannya orang UMNO @ PAS...

Rafizi sendiri mengaku ADA ORANG DALAM PKR SENDIRI YANG NAK SAILANG ANWAR DARI JADI PM 8...

Bila ada orang dalam PKR yang berani sailang Anwar, dah tentulah puak2 nie dah restu dan kekuatan dari luar yang di rasakan jauh lebih kuat dari pengaruh Anwar...🤔🤔🤔

Kalau tak, masakan berani nak sailang bapak presiden PKR kan...😉😉😉

Sebab bagi ahli PKR, Anwar adalah segala2nya...

Siapa Yang Nak Sailang Anwar Dan Siapa Yang Jadi Tok Dalang


Yang bercakap kat atas tu pun bukannya orang UMNO @ PAS yer...

MP Kapar, Abdullah Sani ialah salah seorang dari barisan kepimpinan PKR...

Mengejutkan ker pendedahan beliau tu!!!


Anak janda Anwar, MP Permatang Pauh, YB Nurul Izzah pulak siap bagi 'warning manja' pada Mahathir...😂😂😂

Dulu, Kini Dan Selamanya Mahathir Takkan Biarkan Anwar Jadi PM

Dulu


Tu satu, tenguk yg nie pulak...


Dari dulu Mahathir memang akan lakukan apa saja untuk menghalang Anwar jadi PM...

Kini


Perjanjian asal ialah maksima 2 tahun tapi sekarang cakap tu cuma 'time frame'...😉😉😉


Nampaknya 'Daim The Diam' dah tak boleh duduk diam lagi...😂😂😂

Mungkin Selamanya


Dan mungkin selagi Mahathir hidup, dia akan gunakan apa juga cara untuk menghalang Anwar dari menjadi perdana menteri...

Kenapa...

Kena tanya Mahathir sendiri...

Kerusi Perdana Menteri Lebih Penting Dari Penderitaan Rakyat


Pada rakyat Malaysia (terutamanya pengundi K-Pop) yang harapkan 'Malaysia Baru' yang lebih baik dengan slogan 'Selamatkan Malaysia' eloklah korang buang jauh2 impian dan niat suci korang tu...

Bukan apa, takut nanti mati kempunan!!!

Korang nilai sendiri, harga komoditi jatuh berdesup...

Nilai RM semakin teruk...

Harga petrol tetap tak turun walau pun harga minyak mentah dunia dah lama dan jauh turun!!!

Tak cerita lagi pasal Tabung Amanah yang di katakan pungut beratus juta ringgit dari rakyat tapi tetiba senyap macam MH 370!!!

Poket rakyat makin kering...

Dalam segala bantuan pada rakyat di tarik balik, rakyat makin di himpit akibat SST yang main 'HANTAM'!!!

Nasib rakyat dan penderitaan rakyat langsung tak ada dalam agenda politikus2 yang bergelar perdana menteri @ bakal perdana menteri @ menteri kanan @ menteri kiri @ macai2 kanan, tengah dan kiri...

Janji2 di bakul sampahkan dan kerajaan dulu secara terus2an di jadikan alasan kononnya menjadi halangan...

Kalau pun betul alasan yang di beri, sebagai kerajaan, kuasa kat tangan korang, carilah jalan atasi halangan yang korang katakan masaalah tu...

Sebenarnya jawatan dan kuasa yang jadi agenda utama!!!

Korang ingat sikit ker belanja nak adakan PRK tu???

Kalau penyandangnya meninggal dunia, kita fahamlah tapi kenapa PRK PD nak di adakan, lu pK lah sendiri...

Sebab apa Anwar nak jadi PM???

Nak selamatkan Malaysia ker???

Nak selamatkan dari siapa dan dari apa???

Apa rakyat Malaysia sekarang memang tak selamat ker!!!

Duit siapa yg korang pakai utk PRK tu kalau tak duit rakyat!!!

Dan rakyat akan terus di pinggirkan dan di anggap cuma layak jadi pemerhati permainan politik mereka...

Ye lah, Malaysia nie kan MAK BAPAK dia orang punya dan kita yang jadi rakyat nie cuma hamba tebusan dia orang jer...


Bestkan Malaysia Baru...

Monday, September 17, 2018

Mahasiswa UIAM Kurang Ajar @ Maszlee Yang Terlebih Di Ajar

|0 comments
 Maszlee vs Mahasiswa 'Kurang Ajar'


Perjumpaan antara Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee dgn mahasiswa/i UIAM pd Rabu lepas 12hb September 2018 dapat pelbagai respon...

Perkara pokok yang di bincangkan ialah isu  Maszlee melantik dirinya sendiri sebagai Presiden UIAM...😉😉😉

Komen Penyokong Kerajaan :

》Mahasiswa apa nieee!!!

Menteri depan mata...

Kau guna la peluang berdialog...

Ingat zaman BN dulu ada ke peluang nak jumpa menteri mcm ni kat kedai mamak???

Jawapan :


》Video yang tular tersebut hanya menunjukkan 'aksi' para mahasiswa selepas perbincangan lebih 1 jam di antara YB Maszlee dan para mahasiswa yang telah menemui jalan buntu...

Maka untuk mengatakan mereka tidak menggunakan peluang untuk berdialog dengan Maszlee adalah tidak benar sama sekali...

Sepanjang 1 jam dialog tersebut para mahasiswa telah mengemukakan hujah2 yang sangat bernas mengapa Maszlee harus meletakkan jawatan sebagai presiden UIA...


Namun kerana Maszlee tak nak letak jawatan, malah di depan media Maszlee sebut, "I will not resign until I complete my mission in IIUM to bring back it's glory (kira2 UIA skrg nie tak cemerlang lah yer 😉😉😉)"...

Maka kumpulan mahasiswa telah memberi 'ultimatum' 7 hari untuk Maszlee letak jawatan presiden UIA sebelum menghadapi tentangan mahasiswa yang berikutnya...

Kesimpulan :


》Sesi dialog gagal...

Sebab itulah kumpulan mahasiswa tersebut memberikan reaksi sebegitu...

Jadi kata2 Maszlee yang dia seorang menteri berfikiran terbuka dan bileh menerima pandangan dan kritikan hanyalah retorik sama macam isu tol...😛😛😛

Kenyataannya, Maszlee hadir ke dialog dengan keputusan beliau akan tetap pertahankan jawatan presiden UIA (yang di lantik oleh dirinya sendiri) walau apa pun pandangan dan hujah mahasiswa UIA...

Komen Penyokong Kerajaan :


》Kenapa mahasiswa ni tak berdemo suruh Najib yang korup untuk meletak jawatan?

Maszlee ni baru je jadi menteri, kenapa nak suruh dia resign?

Tangkap je geng hipokrit ni...

Confirm budak baju merah tu macai Umno!!!

Jawapan :

'Budak baju merah' tu namanya Asheeq Ali...

Asheeq Ali adalah aktivis mahasiswa yang di gantung satu semester daripada pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas Lembaga Disiplin UKM mendapati beliau bersalah kerana menyertai perhimpunan rasmi  'Tangkap Official No. 1'..

Lebih menarik termasuk di kalangan mereka ialah kumpulan mahasiswa yang telah memberikan sokongan padu kepada Maszlee apabila lantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan telah di pertikai oleh golongan2 tertentu dulu...

Kesimpulan :

Maka komen yang mengatakan bahawa kumpulan mahasiswa ini adalah geng hipokrit kerana tak demo melawan Najib ataupun macai Umno adalah tidak 'valid'...

Komen Penyokong Kerajaan :


》Bunyi laung tu sebijik mcm Umno punya demonstrasi...

Adik angkat Lokman ke???

The way they do the demonstration looks like they’re fresh from just receiving a training... 

I bet they were those first batch of trainees from Janda Baik last week... 😂😂😂

Jawapan :

Mahasiswa yang hadir semalam ada di antaranya adalah dalam kalangan aktivis mahasiswa yang kerap turun dalam demonstrasi mahasiswa seperti Mahasiswa BangkitLawan Tetap Lawan, Hak Berpolitik Hak Mahasiswa, Occupy Dataran, Himpunan Kembalikan Autonomy University, Kembalikan Hak Mahasiswa, Tangkap Malaysian Official 1 dan banyak lagi...

Kesimpulan :

Dakwaan mereka adalah 'demonstrater' yang di latih di Janda Baik adalah tidak berasas kerana mereka bukannya kawan Lokman Adam atau 'freshie' dalam berdemo...

Malah mereka juga adalah di kalangan mahasiswa yang telah di 'nurture' oleh pihak pembangkang sebelum ini termasuklah dari kalangan anak murid Maszlee sendiri...

Dan bunyi serta nada laungan tu sama dengan laungan Adam Adli (UPSI) dulu, takkan buat2 lupa kuttt...😉😉😉

Komen Penyokong Kerajaan :

》Tak der adab, cakap elok2lah...

Manjerit2 'UNDUR MASZLEE'...

Tak menggambarkan etika mahasiswa langsung apa lagi adab kesopanan timur kita, memalukan!!!

Kalau zaman BN hampa masuk dalam dah!!!

Jawapan :


》Kalau setakat melaungkan 'UNDUR MASZLEE' pun jadi isu, dah lupa atau buat2 lupa, ada di kalangan mereka juga pernah melaungkan 'UNDUR NAJIB'...

Kenapa dulu mereka tidak nyanyi dengan sopan santun mcm Zapin atau Dondang Sayang 'SILA UNDUR WAHAI PERDANA MENTERI KU, YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK"...😂😂😂

Kan lebih beretika dan beradab...😉😉😉

Kesimpulan :

》Yang sepatutnya menunjukkan kematangan dan sikap beretika ialah Maszlee dan bukannya mahasiswa...

Kata2 Maazlee, "I will not resign until I complete my mission in IIUM to bring back it's glory " jelas berbentuk provokasi dan bersifat tamak serta mementingkan diri sendiri...

Beretikakah seorang 'pemimpin' tetap bertegas mahu jadi pemimpin sedangkan orang @ kumpulan yang hendak di pimpin dengan JELAS DAN LANTANG MENOLAK KEPIMPINANNYA!!!

Komen Penyokong Kerajaan :

》Orang UIA sendiri ramai sambut baik Maszlee jadi presiden UIA...

Korang orang luar pula yang kecoh, budak UKM pulak tu!!!

Apa masalah dia jadi presiden???

Jawapan :

》Memanglah orang UIA mengalukan2kan sebab mereka juga yang akan dapat manfaatkan!!!

Cuba kita tukar senario UIA jadi UITM...

Bayangkan kalau Maszlee tu lepasan UITM, bekas pengajar UITM...

Kemudian jadi menteri dan di lantik pula jawatan besar dalam UITM...

Dan di sebabkan dia, ada penaja nak menaja pelajar di UITM...

Dalam pada yang sama universiti lain termasuklah UIA nak dapat peruntukan universiti bukan main payah birokrasinya...

Kementerian tak ada duitlah...

Universiti kena cari duit sendiri dsbnya...

Adil???

Tak berkepentingan???

No conflict of interest???

Agaknya kalau ini berlaku adakah warga UIA juga mengalu2kan perlantikan ini???




Ya ada masalahnya.

Masalahnya adalah kerana janji nombor 50 dalam manifesto PH :

Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi yang telah menjanjikan autonomi kepada universiti dan bebas dari cengkaman kerajaan...

Kesimpulan :

》Tak ada siapa yang PAKSA Pakatan Harapan untuk memasukkan janji yang ke 50 ke dalam manifesto mereka...

Jelas dan nyata dalam hukum syarak, salah satu dari sifat orang munafik ialah apabila mereka berjanji maka mereka memungkiri...

Apakah UNIVERSITI ISLAM ANTARABNGSA rela dan redha seorang yang telah jelas sifat munafiknya di angkat sebagai presiden mereka!!!


Komen Penyokong Kerajaan :

Patutnya kena berdemo ke Sultan Pahang...

Sultan yg berkuasa untuk melantik...

Jawapan :


Ingat tak ketawa 3 kerat Mat Sabu...

Hah... Hah... Hah...

Hang pandai buat lawak naaa...

Kes Tommy Thomas di lantik Peguam Negara tu per citer...

Hakikatnya SPB YDP Agong perkenankan ker ???

Kesimpulan :

Dalam dialog yang tempohari, selepas di bacakan perlembagaan UIA yang mana Sultan hanya melakukan perkenan setelah menerima nama yang di 'endorsed' kerajaan Malaysia untuk menjadi Presiden UIA...

Barulah Maszlee mengaku dan mengatakan bahawa nama beliau telah di calonkan oleh Mahathir...

Sultan Pahang hanya menerima 'consented' nama yang telah di 'endorsed' tersebut...

Dan soalan yang kita kena tanya selanjutnya  adalah :

Siapakah pula yang 'endorsed' nama Maszlee pada Mahathir?

Memang Mahathir sendiri 'handpicked'ker...


Jadi kalau gunakan logik yang sama, mahasiswa kena demo kepada Mahathir ke guane...😉😉😉

Dan apa pula justifikasi pemilihan Maszlee untuk di 'endorsed' kepada Sultan yang secara terang-terangan telah 'membakul sampahkan' janji nombor 50 dalam manifesto Pakatan Harapan itu sendiri!!!
fda