Saturday, September 1, 2018

PETRON Dapat Tender Supply Minyak Kenderaan Kerajaan, HAAA TEPOOKKK...🤗🤗🤗

Wang Besar Untuk Petron...
Agak2 Siapa Taukey Petron Yer...🤔🤔🤔

Terkezut!!!

Sumpah tak terkejut bila dapat gambar kat atas tu...

Cuma aku geram + marah...

Tengah rakyat mengeluh dengan harga barangan keperluan harian naik dan tak nampak jalan turun...

Tengah rakyat mengeluh sebab harga getah, sawit merudum...

Tengah rakyat resah sebab harga barang gerenti melambung bila SST mula hari Sabtu (01/09/2018) nie...

Tiba2 anak Mahathir dapat 'wang besar' hasil dari kontrak yg Kementerian Kewangan bagi pada Petron!!!


Apa statement dari MOF bila peekara nie dah viral?

Petron bukanlah satu2nya syarikat pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan...

Iyolah...

Rakyat nie kan 'bodoh' dan senang di perbodoh2kan dengan 'kenyataan bodoh separuh matang' mcm tu, kannn...

Bukan Irihati Tapi Orang India Cakap 'Chet Poodah'



Teras kelima dalam '5 Teras Utama Janji 100 Hari Pakatan Harapan' yang 'TOP DOG' (masa tu ler) Pakatan Harapan umumkan ialah 'menghapuskan amalan runding terus' @ 'direct nego' pada semua kontrak kerajaan...

Cuba dengar baik2 apa yg Mahathir cakap tu...

Nie lah namanya, cakap tak serupa bikin!!!

Ingat Mahathir, Ingat Kronisma


Nie bukan kali pertama Mahathir gunakan kuasa dan pengaruh yang ada pada dia untuk kembungkan temolok anak2 dia...

DS Anwar Ibrahim pernah dedahkan, Petron kepunyaan Mirzan Mahathir (anak Mahathir) pernah di 'hadiahkan' kontrak MEMBEKALKAN MINYAK PADA MALAYSIA AIRLINE SYSTEM (MAS) SELAMA 6 BULAN!!!

Sekarang bila dah jadi PM, nafsu serakah anak2 Mahathir lagilah besar...


Cakap pasal anak Mahathir nie...



Mahathir kata masa dia jadi PM dulu, anak2 dia tak kaya...

Maksudnya dia tak gunakan kuasa utk bagi kontrak istimewa pada anak2 dia...

Tapi sekarang nie, cuba cerrr sikit Atoq...

Siapa PM Malaysia sekarang...😉😉😉

Kontrak 'rela dalam paksa' MAS sekarang nie berulang pada semua kenderaan jabatan kerajaan Malaysia!!!

Dalam keadaan harga minyak dunia jatuh, sepatutnya kerajaan berikan kontrak tu pada Petronas...

Apa Kaitan Penamatan Kontrak Pak Lah Sebagai Penasihat PETRONAS Dengan Pemberian Kontrak Kepada PETRON


Apa yg menjadi kemusykilan ialah, adakah  penamatan kontrak Pak Lah sebagai penasihat Petronas ada kaitan dengan pemberian kontrak pada Petron?

Mungkinkah Pak Lah yang menjadi penghalang kepada kontrak Petron, lalu kontraknya sebagai penasihat Petronas di tamatkan serta merta tanpa sebab2 yang munasabah!!!

Sekiranya benar, maka adakah undang2 rimba kembali di kuat kuasakan di negara kita dan tanpa ragu2 lagi, zaman keemasan kroni sedang berulang sekali lagi di Malaysia...

Mana perginya suara Rafizi?

Mana perginya suara Anwar??

Dan yang terpenting, mana perginya suara rakyat Malaysia???

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.