Tuesday, June 26, 2018

Stmt Mandarin, PC Tamil ... Semua rakyat Msia faham ker?

|0 comments

Ingat lagi tak masa wartawan dari China tanya Lim Guan Eng pendapat dia bila jadi antara orang Cina yang jadi menteri kewangan...

Dengan poyo Guan Eng cakap, dia tak menganggap diri dia bangsa Cina tapi dia menganggap diri dia 'bangsa Malaysia'...

Walau pun pernah ditulis dlm blog nie, kenyataan Guan Eng tu menandakan bermulanya idealogi Malaysian Malaysia DAP atau nama sopannya Malaysia Baru tp ramai tak percaya...

Baca disini :

Keangkuhan Guan Eng Tunjukkan Wajah Sebenar DAP Sebagai Parti Perkauman




Bila surat rasmi dari Kementerian Kewangan nie viral kat media massa, ramai yg kritik Guan Eng atas tindakan melampaui batas tu...

Tapi Guan Eng berikan respon dgn cukup angkuh dengan mengatakan pengkritik2 beliau sebagai rasis...


Dan beliau tak akan tunduk dgn kritikan2 serta akan terus mengeluarkan kenyataan Kementerian Kewangan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina..

Lagi memualkan bila Guan Eng terus pertahankan tindakan beliau dan mengatakan bahawa apa yg dilakukan itu tak bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan...

Baca disini :
https://suara.tv/25/06/2018/ini-malaysia-barulah-lim-guan-eng-pertahan-guna-bahasa-cina-dalam-kenyataan-rasmi-kerajaan/

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67



Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan persekutuan...

Dan Perkara 152 (1)(a) pula menyatakan tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa2 bahasa lain...

Dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1973/67 seksyen 2/9 mengatakan bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud2 rasmi...

Ini bermaksud, setiap surat atau pun kenyataan yang dikeluarkan secara sah dan rasmi dari mana2 jabatan atau kementerian dalam Malaysia MESTI menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan...


Felo Penyelidik Utama KITA UKM, Prof Datuk Dr. Teo Kok Seong dalam Forum Liputan Pasca PRU 14, menegaskan bahawa "bagi urusan rasmi negara, tidak boleh bahasa selain bahasa Melayu kerana perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan"...
Baca disini :
Jelas tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berbahasa Cina dari Kementerian Kewangan dengan menggunakan kepala surat rasmi Kementerian Kewangan merupakan satu kesalahan dan pencabulan ke atas Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67...
Tak perlu menegakkan benang yg basah dgn memberi alasan ianya hanya untuk disiarkan dimedia sosial peribadi...
Sekiranya kenyataan itu berbentuk peribadi dan tak menggunakan kepala surat Kementerian Kewangan maka ianya boleh di anggap sebagai kenyataan peribadi diatas kapisiti beliau sebagai Lim Guan Eng...
Tetapi bila kenyataan itu disiarkan dengan menggunakan kepala surat rasmi Kementerian Kewangan maka ianya adalah urusan rasmi kerajaan Malaysia dan MESTI menggunakan Bahasa Melayu kerana ianya dikeluarkan diatas kapisiti beliau sebagai Menteri Kewangan...
Lim Guan Eng MESTI meminta maaf diatas kesilapan yang dilakukan...

Bahasa Jiwa Bangsa


Matlamat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa 1963/67 ialah ke arah membentuk keharmurnian kehidupan dan perpaduan kaum di Malaysia...

Seperti kata2 Lim Guan Eng sewaktu dilantik Menteri Kewangan ketika ditanya wartawan dari China bahawa beliau tak merasakan beliau ialah seorang berbangsa Cina tetapi beliau merasakan beliau berbangsa Malaysia, jadi buktikan dengan peelaksanaan dan bukan hanya sekadar kata2...

Bangsa Malaysia mesti menghormati semua Perlembagaan Malaysia...

Dan Perlembagaan Malaysia dah menetapkan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi...

Itulah yang dikehendaki dalam kontrak sosial diMalaysia yang memberi kewarganegaraan berasaskan Jus Soli...

Rasanya YB Lim Guan Eng lebih arif tentang itu...

TERKINI 8:30 PM

Peguam Pembangkang pun kritik Guan Eng


Mahathir cuba perkecilkan masaalah


Tapi Kulasegaram pulak buat perangai.




Malaysia baru atau kerajaan Malaysia baru gila


Monday, June 25, 2018

Cadangan MPK Kurangkan Kos HSR - Cadangan Bodoh @ Nyanyuk!!!

|0 comments
Majlis Penasihat Kerajaan
Pertama kali dalam sejarah negara Malaysia, kerajaan Malaysia dikritik malah dikatakan mengeluarkan idea yg bodoh!!!

Itulah 'jasa' Majlis Penasihat Kerajaan kepada negara dan rakyat Malaysia...

Kalau dah otak tu bengap, letak jawatan jer lah dari jd ahli Majlis Penasihat Kerajaan!!!

Kerajaan Pakatan Harapan Terus Membodohkan Rakyat Malaysia


MEMALUKAN!!!

Kali pertama dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan digelar bodoh oleh negara asing...

Itulah akibat bila terlalu taksub nak buktikan kelemahan pentadbiran bekas kerajaan BN bawah pimpinan DS Najib...

Dan akibat terlalu tamak nak bolot semua projek2 mega yang dirancang oleh Najib utk diserahkan pada keluarga dan kroni masing mcm projek ECRL, kedua2nya terlupa bahawa pentadbiran Singapura tak lah sebodoh pentaksub mereka diMalaysia...


Akibatnya, idea yg diketengahkan hanya jadi bahan lawak dan digelar IDEA BIJAK YANG PALING BODOH!!!

Baca disini :

http://statestimesreview.com/2018/06/23/malaysia-suggest-cheaper-high-speed-rail-singapore-says-stupid-idea/

Dan juga disini :

https://www.todayonline.com/singapore/cheaper-alternative-kl-spore-high-speed-rail-feasible-may-be-shortsighted-experts

Kita tak lah terasa sangat kalau wakil diperingkat pegawai yg dihina mcm tu tapi bila Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dikatakan bawa IDEA BIJAK YANG PALING BODOH, 7 lapis rasanya tebal muka kita bila terserempak dgn warga Singapura...

Tukar Nama Tapi Infrastruktur Tetap Sama


Majlis Penasihat Kerajaan atau lebih popular dipanggil Council Of Elders mencadangkan supaya tren High Speed Reel atau HRS gunakan gabungan infrastruktur keretapi dan Electric Train Service atau ETS yg ada sekarang...

Kononnya boleh jimatkan kos sebab tak payah buat landasan baru, tak payah beli banyak tanah dan segalanya tak payah...

Cuma yg terlupa MPK nak cadangkan ialah tak payah buat!!!

Cuma sambung 'overhead line' dari Gemas ke Johor Baru ' utk supply letrik pd tren...

Badan Ferari Tapi Enjin Proton


Maknanya, kalau dah gunakan infrastruktur yg sama, kelajuan tren tu lebih kurang sama ler...

Kelajuan maksima ETS 160km/jam...

Kalau upgrade infrastruktur yg ada bolehlah pergi 200km/jam...

Tu kelajuan maksima tu derrr...

Tapi kelajuan purata HRS ialah 320km/jam...

Anggaran tempoh perjalanan HSR dari KL ke Singapura ialah 90 minit atau satu jam setengah...

Tapi gunakan 'HRS' yg diubahsuai mcm cadangan MPK perjalanan tu jadi empat jam setengan ke lima jam berbanding enam jam skrg yg guna separuh ETS (KL Sentral - Gemas) dan separuh keretapi biasa (Gemas - JB)...

Teknik Silap Mata ECRL DiUlang Dalam  HRS


Masa mula2 dapat ambil alih kuasa, Mahathir umumkan ECRL dibatalkan sebab kos yang terlalu tinggi dan tak bawa apa2 faedah pada rakyat...

Tambag Mahathir lagi, Malaysia tak mampu nak sediakan dana RM55biliion utk projek ECRL sbb hutang terkini negara RM1trilion...

Tapi bila 'menteri kewangan paling bijak dalam sejarah menjarah Malaysia', Lim Guan Eng umumkan penambahan RM15billion iaitu RM55billion kepada RM70billion utk projek ECRL, tiba2 projek yg tak bawa apa2 faedah pd rakyat Malaysia jd bawa banyak faedah pd rakyat Malaysia...

Baca disini :

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3534623230230063849#editor/target=post;postID=2140574983836725901;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=2;src=postname

Tapi betullah, Tan Sri Vincent Tan tu kan rakyat Malaysia...

Cuba tanya Vincent Tan, projek ECRL tu bawa faedah atau tak!!!

Macam tu juga dgn projek HRS...


Dengan anggaran kos RM72billion, MPK kata kos tu terlalu tinggi dan HRS tak berbaloi sebab trek pendek...

Jadi MPK pun buatlah kajian utk 'kurangkan' kos...

Lahirlah idea2 'canggih' yang 'bangang' dari MPK...

Maka sukacita diumumkan, kos berjaya 'dikurangkan' dari RM72billion kepada RM110billion!!!

Bukan tu jer, dgn RM72billion, rakyat Malaysia dapat bukan saja HRS tapi juga dengan semua kelengkapan dan infrastruktur yg baru...

Tapi dgn RM110billion, mungkin tren barulah...

Tapi kelengkapan dan infrastruktur second hand yg dinaik taraf!!!

Macam tu lah cara Majlis Penasihat Kerajaan yg semua ahli majlisnya dah expired menasihati kerajaan yg PM nya lagi expired!!!

Kesimpulannya, Majlis Penasihat berserta dgn kerajaan yg dinasihat, sama ada bodoh atau nyanyuk...

King baru: Vincent Tan dapat satu lagi lesen judi?

|0 comments

Betul ker Vincent Tan akan dapat lesen judi? Teringat Mahathir kata:


Nampaknya macam- macam wahyu kabulkan kontrak untuk Tan Sri Vincent Tan.




Sudahlah semalam tulis pasal dapat projek Ecrl.


Apa yang pengundi dapat?



Duit dia gubah luar negara dlm kelab bolasepak


Cayang Atok




https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1385963778214375&id=141855919291840
Kawan lama ma ...


No more cash is king. Vincent Tan is king.

Sunday, June 24, 2018

ECRL : Duit Raya Mahathir Pada Anak2 Dan Kroni

|0 comments
TAK MUNGKIN MAHATHIR BATAL ECRL SBB DIA DAH DPT DEDAK DAN SEKARANG NAK AYAM DAN REBANNYA SEKALI


Malas nak cakap awal2 tapi tahu tak mungkin Mahathir batalkan ECRL begitu jer...

Gempaq jer nak kensel tapi tak mungkin kensel  sebab La Farge kan dah dapat kontrak...

Cuba baca kat bawah nie :
Kontrak Bernilai Ratusan Juta Untuk Lafarge Dalam Projek ECRL!!!

Cuba tanya Mirzan dia tahukah sapa La Farge?

Kenapa beli byk kilang simen PLC dulu? 😉😃😉

Welcome Disaster To Malaysia Baru

Cina hanya tahan order sawit and we will face a revolution within a year.

Baca disini :
Ekspot Sawit Malaysia Jatuh

Malaysia Menuju Krisis Ekonomi Terburuk Dalam Sejarah


PH blh mampus dan meranapkan ekonomi Malaysia dlm 6 bulan....


'Tahniah' pd Mahacai dan pengundi2 K Pop ...


Kan Mat Sabu pernah ingatkan yg Mahathir tu bapak perompak negara!!!

Tp korang tetap cayer sgt naratif politik bapak perompak pasal Najib jual negara pd China...

Ko dan anak cucu cicit dah kena jual...

Tentu anak cucu cicit korang akan 'berterima kasih' pd korang nanti...

Dengan Muka Tak Bersalah Geng Perompak Merompak Rakyat Malaysia

Daim kata fasa kedua ECRL ialah RM11billion...

Padahal kos fasa 2 tu dah masuk dlm kos keseluruhan projek ECRL sebanyak RM55billion!!!

Dan ikut kos asal, kos fasa 2 tu cuma RM9billion dari jumlah keseluruhan RM55billion!!!

Tu skrip pertama WAYANG TINGGI PRODUCTION dalam misi merompak rakyat Malaysia...

Skrip kedua dari TOKONG ENTERTAINMENT pula, up kan lagi RM15billion!!!

Jadi jumlah keseluruhan dari RM55billion dah jadi RM70billion...

Dah tambah RM15billion...😰😰😰

Baca disini :
Tokong Umumkan Kos ECRL RM70billion, Tambahan RM15billion Dari Kos Asal!!!

Agak2 korang saper yg kena bayar penambahan2 mengarut tu...🤔🤔🤔

Tak yah lah buat muka bingai, jawapannya dah tentulah korang dengan anak cucu cicit dan oneng2 korang yg kena bayar melalui harga tiket yg tak masuk akal tu nanti...

Baik Atoq, Daim atau pun Tokong tak naik tren tu...

Dia org ada jet peribadi!!!

Tapi Mahacai dgn pengundi K Pop x kesah, betul x ???


Buktinya masa Rumah Terbuka Aidil Fitri Mahathir, berbondong2 tunjukkan kesetiaan dan kasih sayang membabi buta pd bapak perompak negara sambil ucapkan, 'I Love You', siap cium tangan lagi, mmmuahhh...

Taukey Judi Bersama2 Bangunkan ECRL, Jangan Tren Tu Kena Sambar Petir Dah Ler


Cakap jer ECRL nak dikaji semula, kroni cium mulut Mahathir, Vincent Tan, pun muncul...

Baca disini :
ECRL Ang Pau Dari Mahathir Pada Vincent Tan

Juga disini :

ECRL, Dari China Pindah Ke Kroni

Kasih sayang Mahathir pada Vincent Tan tak perlu dipersoalkan lagi...

Kalau tak, takkan lah Mahathir sanggup ambil risiko kencing negara China semata2 sbb ketulusan kasih sayang dia pada Vincent Tan, betulkan cai...

Rujuk disini :

Ketepikan Kuasa Besar Demi Kroni - 1

Dan disini :

Ketepikan Kuasa Besar Demi Kroni - 2

Memang Tepat Sekali Mahathir Cakap Penyokong PH Uneducated

Tapi Mahacai dgn pengundi K Pop yang taksub akan beri mcm2 alasan menjustifikasi termasuk guna 1MDB dan SRC serta lain2 tuduhan isu korupsi lain...

Dulu,kini dan selamanya tertipu dengan si tua yang kononnya nak selamatkan Malaysia bersama2 dgn DAP hahaha...😆😆😆

Remember double tracking project behind reason Pak Lah was brought down.

Last2 ERL / HSR sapa dapat?

Hubungan Perdagangan Antarabangsa Malaysia Menuju Ke Era Sukar Di Bawah Regim Mahathirisme DAP

Implikasinya, dunia akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang tak menghormati MoU dan kontrak2 yang dah dipersetujui...

Itulah mesej yg cukup jelas kita bagi kepada seluruh dunia!!!

China Mampu Melumpuhkan Perdagangan Antarabangsa Dan Ekonomi Malaysia

Jangan lupa tentang isu Suzhou dan macam mana China bertindak balas terhadap Singapura dengan cadangan projek Thailand's Kra Canal!!!

Baca disini :
Projek Thailand's Kra Canal Akan Membunuh Perindustrian Pelabuhan Singapura dan Malaysia

China berupaya dari sudut kepakaran, teknologi dan pembiayaan utk meneruskan projek tu...

Sekiranya projek tu menjadi realiti ianya bukan saja akan membunuh perindustrian pelabuhan Singapura malah akan menghantar perindustrian maritim kita ke dalam muzium!!!

Dan ianya akan terus melumpuhkan ekonomi Malaysia kerana kehilangan pendapatan percukaian dari aktiviti industri maritim...

Selain itu, perdagangan impot eksport kita juga akan menghadapi masa depan yang cukup sukar!!!

Apakah kita akan terus korbankan masa depan negara dan anak cucu kita semata2 untuk memenuhi nafsu serakah seorang tua yg berusia 93 tahun!!!

Well done pentaksub dan yg kepoh pasal harga barang naik.

Kaji balik asal usul barang naik sbb IPP dan Highway.

Kerana peningkatan impot komoditi dari China yg menyelamatkan ekonomi Malaysia...

Dan sekarang kita memberikan China seribu alasan untuk menekan ekonomi kita semula...

Saturday, June 23, 2018

Jangan Kempen Serang Menyerang

|0 comments

JANGAN JADIKAN PEMILIHAN UMNO 2018 SEBAGAI PUNCA PERPECAHAN DALAM UMNO


Jangan BUNUH Umno

Semakin hampir hari pemilihan bagi jawatan tertinggi Umno, ramai ahli Umno yg sayangkan parti keramat yg dah terlalu banyak jasa pd bangsa Melayu dan tanah air tercinta nie rasa semakin risau, kenapa ???

Sebab corak kempen yang penyokong2 pemimpin yg bertanding semakin hari semakin ganas...

Serang menyerang, maki hamun, fitnah memfitnah makin berleluasa di media2 sosial...

Setiap calon yg bertanding ditelanjangkan setiap hari tanpa segan silu dan belas kasihan...

Yang diketengahkan ialah segala keburukan pesaing seolah2 mereka ialah musuh tegar Umno...

Apakah kita lupa, semua calon yg menawarkan diri tu ialah ahli Umno yg juga sayangkan parti Umno...

Zahid, Ku Li dan KJ ada kelebihan masing2...


Ketengahkan misi dan visi calon pilihan kita untuk dipertimbangkan oleh perwakilan dihari pemilihan nanti...

Umno Dah Tak Mampu Untuk Berpecah Lagi...

Pengalaman Guru Yang Terbaik


Belajarlah dari pengalaman dan sejarah Umno...

Bermula dari sebuah parti yang sangat kuat dan disayangi oleh orang Melayu, akibat perpecahan yang berlaku berulangkali dalam Umno, kini Umno dilihat sebagai parti yg berada dalam keadaan nazak...


Akibat percaya pada fitnah, akhirnya mantan presiden Umno, DS Najib menjadi mangsa...

Baca disini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2025289134397946&id=100007506374532

Pemilihan Akan Datang Ialah Peluang Terbaik Musuh Membunuh Untuk Membunuh Umno


Jangan terpedaya pada hasutan fitnah atau manusia yang suka menangguk di air yg keruh...

Kerana sudah pasti ianya dirancang oleh musuh2 Umno yg datang dari luar atau pun mungkin dari dalam Umno sendiri...

Jangan Salah Buat Pilihan

Umno memerlukan seorang presiden bersama barisan kepimpinan yang jujur dan ikhlas berjuang supaya panji2 Umno kembali berkibar megah dipersada politik tanah air...

Kepentingan parti mestilah mendahului kepentingan peribadi...

Untuk Selamatkan Umno, Pemimpin Kangkung WAJIB DiTolak



Umno perlukan seorang pemimpin yg berjuang utk parti dan bukannya utk diri sendiri...

Kita menghormati pengalaman pemimpin2 veteran dan tak jadi masaalah utk kita terima sebagai presiden parti dgn syarat buktikan keikhlasan dalam perjuangan!!!

Musuh Sentiasa Mengintai Peluang Untuk Membunuh Keperibadian Pemimpin Umno




Bila ada yang menyebarkan berita tentang keburukan pemimpin kita, jangan terpedaya dgn terus percaya...



Dapatkan penjelasan dari pemimpin kita sendiri atas satu2 tuduhan atau fitnah yang dilemparkan...

Apakah kita akan lebih mempercayai kata2 musuh dari penjelasan pemimpin kita sendiri!!!


Dan pemimpin juga MESTI bijak dalam setiap tindakan supaya tak menimbulkan keresahan...


Sebaik2nya pemimpin muda yang masih mentah janganlah terlalu gelojoh utk sampai ke puncak kuasa...

Adat anak muda berdarah panas, silap percaturan akan bawa kemusnahan yang tak dapat diselamatkan lagi...

Ilmu saja tak cukup utk mengemudi parti terbesar didunia ini apatah lagi ianya perlu dirawat dari luka yang amat parah kesan kekalahan PRU 14 lepas...

Pengalaman, kematangan, kebijaksanaan serta kesabaran adalah ramuan yang diperlukan utk selamatkan parti keramat orang Melayu ini...

Kembali Bersatu Selepas Pemilihan

Setiap calon dan penyokong sama ada yang menang atau pun yang kalah dalam pemilihan mestilah bersatu kembali dgn semangat Umno sejati...

Yg menang janganlah terlalu angkuh, insaflah kemenangan tu tak menjanjikan kemewaham atau pun kekuasaan mutlak...

Kemenangan tu menandakan bermulanya episod pengorbanan kepada satu perjuangan menyelamatkan parti keramat orang Melayu ini...

Yang kalah pula janganlah memanjang merajuk atau pun kecewanya...

Berganding bahu bersama barisan kepimpinan yg menang supaya dapat memantapkan lagi perjuangan...

Ibarat biduk yg telah berlalu maka kiambang bertautlah kembali...

Janganpah kita ibarat menang sorak tapi kampung kita tergadai...

Kerana akibatnya nanti yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu...

Yang akan menanggung akibatnya nanti ialah anak cucu kita...

Kepada barisan kepimpinan yang baru dan cali 2 yg kalah, kami merayu, selamatkanlah Umno demi ugama, bangsa dan tanah air tercinta ini...

Friday, June 22, 2018

Ikrar rakyat pertahan Raja-Raja Melayu

|0 comments


Bismillahirahmannirrahim

Wallahi, wabillahi, wattallahi

"KAMI, rakyat Malaysia, yang berhimpun di Masjid Negara Kuala Lumpur, pada hari ini, 22 HB Jun, 2018, Bersumpah dan berikrar:

Selagi hayat dikandung badan, selagi darah masih mengalir ditubuh kami, setiap inci sisa hidup kami, akan kami gunakan untuk menggembling seluruh tenaga dan usaha kami, untuk memastikan bahawa :

1. Kami akan mempertahankan kepentingan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputra di negara ini.

2. Kami akan membela Institusi- Institusi Islam demi memelihara kesucian agama Islam.

3. Kami juga berikrar, akan mempertahankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, selaku payung Agama Islam di bumi Malaysia ini.

Kami bersumpah dan berikrar, bahawa Kami akan memerangi, sesiapa jua yang memperlekeh, mempersenda dan menghina, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra, Institusi-institusi Islam dan Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Sekian lafaz sumpah kami.  Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

-------

TAKDE SEBAB RAKYAT PERLU TAKUT MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU. KITA SUDAH DIBEBASKAN ZAMAN NAJIB DAN PAK LAH
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/1936356316408618/

Himpunan Pertahan Institusi Islam dan Raja- Raja Melayu, Masjid negara 22/6/2018 (Dipertengahan Video Baru Peserta Berani Turun Dan Menyertai Kami)
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/1936304613080455/

Dakwa Najib dgn adil tanpa manipulasi media, mahkamah

|0 comments

Penafian Dato Najib kepada Reuters SINI membuat Tun M marah.

Antara lain, Najib kata dia tidak tahu menahu akan salahlaku yg dilakukan pegawai-pegawai. Malah sepatutnya, Lembaga Pengarah patut bertanggungjawab memantau pihak pengurusan.


Turut dikata, duit-duit yang dijumpa adalah duit pulihanraya UMNO dan banyak beg-beg adalah hadiah.

Mungkin ramai khususnya Tun M tidak mahu percaya. Harus ingat, susah juga untuk percaya dia kata RM42 billion lesap. Maka jangzn hanya duit SRC RM42 juta saja dibicara.

Kini janji 100 hari Manifesto PH pun tak upaya dilakukan dalam masa 1 bulan saja memerintah.

Ketua Shukri Abdull kata sudah patut dakwa dahulu seblum dia dipecat tapi kini masih belum didakwa. Malah Task Force 1MDB kata perlu lebih 100 hari untuk siasat.

Jauh sekali untuk lepas PRU menang akan terus penjarakan Najib seperti dijanjikan Mukhriz.

Apa pun ...



TANGGUNGJAWAB MAHATHIR DAN KERAJAAN BUKTIKAN PERTUDUHAN

Jika Najib bohong pun, tanggungjawab pihak pendakwa untuk bukti "criminal intent" atau istilah undang-undang dlm Latin adalah "mens rea".

Baik kes SRC atau 1MDB atau RM2.6b, perlu collaborative evidence berupa dokumen dan saksi. Semua ini perlu dibicara dlm mahkamah yg diyakini adil dan tidak ada campurtangan serta ikut wahyu dati atas

Pemecatan AG dan dua hakim Persekutuan menimbulkan persoalan.

Bagi Tun M nak persoal Najib, kita belum lihat bukti-bukti yg dia kata ada sejak penuduh Najib dgn terbuka dari 2015.

Dijangka Najib akan didakwa isu kredit kad yg mana dituduh duit dari SRC. Cuma ... isu sebesar ini usah mengelat guna AMLA yg bukan undamg2 jenayah dan beban bukti diletak pada tertuduh.



Kebenaran harus berasaskan keadilan, bukan seperti kata Hanipa Maidin dan LKS rumuskan tak perlu bukti utk kata Najib bersalah.

Itu mahkamah rimba atau fancy words diguna utk pertahankan sebagai court of public opinion.

FB

Nampaknya seolah-seolah tingkah laku pembangkang mahu dakwa dan penjarakan melalui proses mahkamah yg tidak tulus:


http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2018/06/repeating-1988-juficiary-crisis-to-fix.html


Tertulis pandangan bekas ketua Hakim Negara Tun Hamid yang melihat csmpurtangan eksekutif dlm hal ehwal sistem penghakiman.

Blog juga melihat manipulasi media dalsm menghukum Najib sebagai bersalah mendahului pendakwaan dan perbicaraan mahkamah serta untuk tujuan propaganda politik.

Sah bukan Malaysia Baru yang membawa harapan baru.



Thursday, June 21, 2018

Bibit-bibit kelahi PPBM-PKR

|0 comments


Dari Grup Teruna Sokmo
🌐 https://bit.ly/2InaJje


DRAMA PERTEMBUNGAN PPBM DAN PKR SEMAKIN RANCAK

1️⃣ Tun Daim Zainuddin pada 15 Mei 2018 lalu mengkritik pihak media kerana memberi liputan meluas kepada pengampunan dan pembebasan DS Anwar Ibrahim dari penjara.

2️⃣ Beliau  juga turut dilaporkan berkata  bahawa adalah sesuatu yang bodoh untuk kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Anwar.

3️⃣ Menyokong kenyataan Daim tersebut, YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyatakan bahawa Anwar tidak mungkin akan menjadi perdana menteri dalamasa dua tahun.

4️⃣ Mahathir turut menegaskan bahawa beliau akan menjadi perdana menteri selagi rakyat mahu dan beliau mampu.

5️⃣ Semalam (20 Jun 2018), Tun Daim Zainuddin dilaporkan mengkritik DS Anwar Ibrahim sebagai bongkak dengan kemenangan pada PRU 14.

6️⃣ Daim menegaskan bahawa Anwar sedang mempopularkan dirinya dan mengerahkan jentera parti melancarkan propaganda bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 adalah disebabkan oleh faktor dirinya (Anwar) dan PKR.

7️⃣ Kenyataan Anwar selari dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini bahawa kemenangan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan oleh faktor Mahathir.

8️⃣ Daim menegaskan bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 lalu adalah disebabkan faktor Mahathir.

9️⃣ Senario politik Malaysia semakin menarik dengan pertembungan dalaman di kalangan para pemimpin PKR dan PPBM sementara para pemimpin DAP dan PAN dilihat memilih jalan selamat.

1️⃣0️⃣ Ketidaktentuan ekonomi dan ketidakstabilan kerajaan baru berpotensi mencetuskan gelombang rakyat yang merasa tertekan dengan senario semasa.

1️⃣1️⃣ Sehingga kini, setelah 43 hari Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, ramai di kalangan para pengundi mereka dan rakyat Malaysia tidak melihat sebarang perkembangan positif terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi negara.


fda