Wednesday, December 27, 2017

Taktik Madey tutup rugi forex: Confuse the public

|0 comments


Surat terbuka Johari Ghani kepada Tun M

Kehadapan Tun,

1. Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul "Dear Mr Johari" mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing. Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara. Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.


2. Adalah sangat penting bagi orang ramai memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur. Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti "perjudian" untuk mendapatkan pulangan yang cepat. Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran.

3. Untuk melihat perkara ini secara perspektif, ia boleh dilihat melalui Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Juruaudit Dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994 yang mana Bahagian Operasi Pertukaran Asing Jabatan Perbankan di BNM terbabit dalam aktiviti perdagangan tukaran asing yang banyak sehingga pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993! Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

4. Laporan Audit Dalaman itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara itu hanya RM43.98 bilion pada masa itu. Aktiviti spekulatif ini menyebabkan BNM mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion dalam tempoh itu.

5. Laporan Audit juga menyatakan bahawa aktiviti perdagangan pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat / pengurusnya, Encik (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop, yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Kedua.

6. Dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, Kerajaan dipaksa untuk memindahkan sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB. Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, Kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu.

7. BNM dan kerajaan pada masa itu sudah melangkah terlalu jauh, terutamanya dalam melaksanakan pembaharuan serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan dengan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran asing. Hasil daripada pembaharuan ini, walaupun berlaku ketidakstabilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi kita terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi. Malah, rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalkan 7.5
bulan import tertangguh. Saya rasa sudah cukup untuk saya menjelaskan mengenai subjek ini dan jika masih yang tidak memahami kebenaran maka tidak ada apa yang dapat saya katakan lagi.

8. Saya harap Tun dan keluarga terus kekal sihat, berada dalam keadaan baik dan Selamat Tahun Baru; semoga Tahun Baru membawa keamanan dan kemakmuran kepada kita semua rakyat Malaysia.

Yang ikhlas,

Johari Abdul Ghani

26/12/2017

Tuesday, December 26, 2017

Isu Felda, tanding S'wangsa: Zahid Md Arip tau malu tak?

|0 comments

Zahid kelepet makan nasi bungkus sudah lupa masa susah. Kini sudah kaya duit berjuta dan DATO bergelar.  

Dulu mursyidul am Tibai. (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim). Kini dia mahu Anwar dibebaskan daripada penjara kerana dosanya sudah diampunkan bila Zahid join Tok wan dalam PH. 

Zahid orang kanan kiri depan belakang TS Isa Samad terlibat dalam kes rasuah pembelian hotel Merdeka Palace di Bandaraya Kuching Sarawak. Kalau terlepas boleh kaya macam bekas bekas ahli PKR. 

Kini dia buat lawak kononnya Gov sengaja buat cerita Felda untuk tutup kes 1MDB.

Kenapa buat lawah wahai bekas mursyidul am tibai? Takut masuk Sungai Buloh ka? 

==========teruskan bacaan ======

Today, there was an article with the headline "Felda scandal being used to divert attention from 1MDB, says Isa Samad's former aide".

It tickles me that the person making that statement is Zahid Mat Arip who is now a PRIBUMI party Committee member. 





He is also the person who was arrested and remanded by SPRM for his role in the over-priced purchase of hotels by Felda Investment Corp (FIC) - the same FIC that is now in the spotlight over the Semarak land-deal.

Baca sepenuh di Taiping Mali


Bukan itu saja lawak Zahid Md Arip. Rupanya ada cita2 nak jadi calun Parlimen Setiawangsa.

SETIAWANGSA: ZAHID MD ARIP ATAU MOKHZANI?

.... On paper, Setiawangsa ada hampir 50k pengundi dan 8k pengundi baru. Congak Nik adalah pengundi muda berpihak padanya dan majoriti BN 1,300 di PRU lps diatasi..

Walau bagaimana pun, Setiawangsa adalah target PPBM kerana mereka mahu tanding kawasan PKR kalah. Rasanya PKR hati nak beri sbb bila menang, PPBM blh konar balik ke UMNO. 

PPBM Swangsa mulanya ditaja Abang Ajis atau TS Aziz Yassin. ...


Namun dia telah tinggalkan kawasan ini dan tumpu ke Muar. Ketua Penaja sekarang yg dilantik Tun M sendiri adalah Zahid Md Arip. Ya ... Zahid yang itu.

Adakah Zahid bakal dicalunkan PPBM di situ? Selain masaalah yg ada, Zahid tiada wang untuk biayai pilihanraya. Suatu masa dia kecil hati dengan Tun dan anaknya Mokhzani.

Orang kata kadang itu semua sandiwara politik. Zahid dikatakan ...

Baca sepenuh di

Sunday, December 24, 2017

Madey marah Daim gagal propa Najib jual negara ke China

|0 comments

JAWAPAN BUAT VIDEO TANAH DAN TANAH PROTON TERGADAI

"TIADA tanah tergadai di forest city, TUDUM Sg Besi,  mahupun di Tg Malim milik Proton"

1. Di Forest City, hanya diberi strata title untuk apartment dan condo. tiada seinci pon hak kekal diberikan untuk landed property.. hanya lease hold.

2. Tanah TUDM BUKAN dijual kpd China. ianya dibangunkan bersama2 syarikat China yg syarikat China hanya pegang 24% pemilikan hartanah.

40% peratus - MOF Inc, 22% adalah milik Credence Resources Sdn Bhd (14% KPRJ Johor, 24% China Railway Engineering Corporation)

Ini bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.


3. Proton sekarang masih dikuasa oleh syarikat bumiputera Syed Mokhtar AlBukhary iaitu DRB HICOM, syarikat Geely drpd China memegang 49.9%

4. Tanah Felda di jalan semarak dirampas drpd Felda oleh pihak2 yg mencari keuntungan peribadi yg mudah. Felda yg diketuai Tan Sri Shahrir akan teruskan berjuang utk dapatkan semula hak keatas tanah tersebut - saj


Rujuk

[1] tiada seinci pun tanah diberikan freehold di forest city
https://m.malaysiakini.com/news/375651

[2] CREC hanya miliki 24%
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/01/06/1mdb-further-clarifies-bandar-malaysia-equity-sale/

[3] Geely 49.9%
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/24/drb-hicom-to-sell-49pt9pct-in-proton-to-geely-holding/

[4] Shahrir - "Felda akan buat apa saja utk dptkan semula tanah"
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/12/316973/felda-will-do-whatever-it-takes-get-back-jln-semarak-land-says-shahrir

Jawapan ini dan komen Daim yg lemah membuat Madey resah dan marah ...



Terdedah bahawa Madey dulu kena bayar balik Yen Jepun tiga kali ganda dsn Msia terjual mcm2 projek ke Jepun!

Mana Daim nak buat. Daim tidak.mahu hubjngan baiknya dengan China terjejas. Lalu hsnya tsnya pelaburan atau pinjaman.

Dia sendiri ke China pada tshun 1994 untuk terokai keretapi laju China. Ada bamysk dokumen berhubung lawatannya.

Akhirnya tak boleh buat sebab Madey terhutang body pada Jepun dan mahu hanya Jepun punya yang terlalu mahal dan lagi terdedah kepada Yen Jepun.

Video bodoh PH kedapatan di bawah:










Saturday, December 23, 2017

DAP gelabah gabungan dgn Mahathir 'backfire'

|1 comments

Khabarnya DAP tengah kerisauan kerana pembaca Roketkini menjunam turun dan merasakan ada wave pengundi cina terhadap DAP.

Seorang penganalisa dsn pemerhati politik yang berpengkalan di Australia berpendapat:

Chin is right to point out that three-corner fights between BN, PAS, and Pakatan will give BN the distinct advantage. But whose fault is that? 

It was DAP who unilaterally cut ties with PAS president Hadi Awang, setting in motion the events that led to Pakatan Rakyat’s demise. And the claim that DAP did that out of principled opposition to PAS’ advocacy of hudud holds little water.

In 2013, no less than DAP’s national organising secretary Anthony Loke said, “If you don’t rob or steal, there is no need to be afraid of hudud.” 

In the same year, Lim Guan Eng himself clarified a DAP-PAS joint statement by saying, “PAS has the democratic right, on its own, to champion Islam and the concept of an Islamic state.” 

So, why was there ever a need to throw a fit over PAS doing exactly that?

Worse, with PAS out of the picture, what did Pakatan officials do to shore up their support among Malay voters? 


They quickly brought Mahathir and his Pribumi party into the fold. 

Hence, in one stroke, the strategic geniuses took ownership of all the scandals and controversies associated with Mahathir’s dictatorial rule, handing a treasure trove of political ammunition to BN. 

There’s good reason why, earlier this year, I wrote an article titled “Why Najib’s greatest asset is Mahathir himself“.  


Sementara itu, DAP mula desperado dan menyedari congak Lim Kit Siang bersama Mahathir sudah banyak lari. 

Mereka cuba hampiri beberapa parti cina untuk sama bergabung tetapi kebanyakkan enggan. 

Sebabnya Lim Guan Eng angkuh dan Lim Kit Siang pemimpin kuku besi yang tidak tahu kerjasama dan tolak ansur.

DAP berharap parti cina ini akan dapat tambahkan kerusi untuk PH tapi mereka kata baik bersendirian dan boleh bincang dengan mana2 pihak yg setuju dengan pendirian mereka.

Mungkinkah pengundi cina fed up dgn DAP dan tidak akan keluar mengundi? Dua2 sama saja kata mereka.

Jika melayu pun malas mengundi maka parti yg ramai ahli seperti UMNO dan PAS yang mungkin untung. Sama2 kita tengok ...

Friday, December 22, 2017

KLVC: Bekas Cikgu memandai, buek KOJO BANGANG, PATUT KONO!

|4 comments

Isu ini melibatkan mukadepan Berita Harian semalam. Mesti ada sesuatu bila media prokerajaan buat pendedahan.


Entah kenapa.

Adakah mahu segerakan pendakwaan seperti dituntut peneroka2 di rancangan?

Mereka2 yang serang dan dedah kes ini serta halakan pada TS Isa Samad juga adalah yang pertahankannya ketika ditahan reman oleh SPRM dan mahu digugurkan jawatan di Felda.

Laporan dari jawapan segera Tan Sri Shahrir beeikut:


Khamis, 21 Disember 2017 3:48pm

Shahrir akui FELDA 'hilang' status tiga aset tanah

Oleh Che Wan Badrul Alias

KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA, 6 Januari lalu.

Beliau yang mengakui agensi itu 'kehilangan' tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak di sini, mahu mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali hak FELDA yang sudah bertukar tangan kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Katanya, keseluruhan kawasan milik FELDA itu bernilai lebih RM270 juta, namun hanya sebahagian kecil tanah dikenali SPA3 masih di bawah nama FELDA, manakala tiga SPA lain iaitu SPA1, SPA2 dan SPA4 bernilai keseluruhan lebih RM250 juta sudah bertukar tangan.

"Kita bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju KLVC dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai agensi yang meluluskan pindah milik tanah itu.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan perkara ini, apa yang kita mampu buat adalah cuba meletakkan Kaveat Persendirian, Februari lalu apabila dapat tahu hal ini berlaku untuk menghalang semua transaksi," katanya dalam pertemuan eksklusif BH.

Beliau mengesahkan tanah FELDA bertukar tangan apabila BH menunjukkan Catatan Carian Persendirian Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bertarikh 1 November 2017.

Catatan itu menunjukkan nama pemilik bagi lot 390 atau dikenali SPA1 adalah milik sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemaju KLVC dan bukan lagi FELDA.

Shahrir juga pelik apabila usaha pihaknya meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan FELDA tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.

"Lembaga Pengarah FELDA terpaksa meminta bantuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bantu meletakkan Kaveat Persendirian dan berjaya pada 14 April lalu," katanya.

Kaveat Persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh individu atau badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi menyekat atau menghalang sebarang urus niaga tanah itu, termasuk dipindah milik dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.

*Shahrir mengulas BH Bongkar semalam, FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.*

Tanah itu, dipercayai dibangunkan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Ditanya sama ada orang dalam terbabit dalam urus niaga itu, Shahrir berkata: "Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuat audit, jadi soal kesilapan mana-mana pihak akan diketahui kelak, termasuk individu yang terbabit dalam meluluskan transaksi," katanya.

Timbul persoalan yang ditimbulkan pro kerajaan juga:


Pemindahan milik itu telah berlaku melalui 4 Perjanjian Jual Beli diantara syarikat yg sama, iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB). SPSB telah di berikan Power of Attorney (PA) olih Felda pada 2014.
Felda pada April 2017 telah meletakkan kaveat persensirian ke atas apabila mendapat tahu tanah2 nya telah dipindahmilik melalui Perjanjian Jual Beli bernilai RM270 juta tapi tidak menerima apa2 pembayaran.

Semenjak mengetahui tanah2 ini telah dipindahmilik Jabatan Perdana Menteri bersama Perdana Menteri sbg menteri yg bertanggungjawab telah dimaklumkan kedudukan semasa dan tindakan yg diambil olih Felda.

Setelah di kaji secara perundangan olih pihak Kamar Peguam Negara, Felda telah dipersetujui supaya membuat laporan polis terhadap SPSB diatas kemungkinan berlakunya fraud dalam urusan tanah tersebut.

Felda telah membuat laporan polis pada 12 Dis lalu. Felda juga akan bertindak utk membatalkan PA yg dipegang olih SPSB. Tambahan pula, Felda akan meletakkan kaveat pendaftar keatas tanah2 itu. Tindakan sivil akan juga diambil terhadap SPSB.

Ini bermakna projek KLVC akan tertangguh tapi yg lebih utama agar Felda mendapat balik tanah2nya yg telah dipindahmilik kpd SPSB secara fraud.



Perkataan yang di ulang-ulang adalah FRAUD! FRAUD! FRAUD! Tapi ia perlu siasatan polis. Ini bukan ruang kuasa SPRM.

Malah Dato Azam Baki lihat ia kes bekas cikgu sekolah memandai nak buat deal korporat lalu buek kojo bangang ysng akhirnya dio ditipu buto2!!!!



SPRM dah teliti 4 bulan dulu pun ...

Sesuatu yang dapat dilihat sini adalah isu ini didedahkan media prokerajaan, diserang oleh portal, blog dan fb prokerajaan seperti Felda Voice.

Pembangkang tak dapat credit dan cap bunge tercungap nak menyelit. Suatu yg positif ... geng sendiri buek kojo bangang pun kono!

Tak mcm pembangkang asyik cover perasush.


Rasanya si toyol ni akan kono anytime. Takdonya SPAD jadi safehouse.

Thursday, December 21, 2017

PPBM tipu pilihan perwakilan ke AGM: ROS patut tutup!

|2 comments

Masihkah Mahathir dan TMI ingat lagi laporan ini?

Jika AGM mahu diadakan Desimber 30hb dan langsung, esuk harinya mengacau majlis orang nak sambut tahun baru, ada beberapa persoalan:


Pasti akan tertsnya di kalangan ahli akarumbi mereka entah bila mesyuarat cawangan dan bahagian diadaksn tetspi tiba2 dah ada mesyuarat agong...?

Balik tanya di kampong akan makcik-makcik, pakcik-pakcik, ansk2 saudara dan sdara mara setia dan percaya pada tun samada ada ke tidak dapat jemputan mesyuarat.

Khabarnya ada arahan yang dikeluarkan untuk pilih 7 org setiap Bahagian utk menghadiri perhimpunan perwakilan pusat tanpa mesyuarat Perwakilan Bahagian.

Sepatutnya perwakilan Bahagian dipolih dalam mesyuarat Bahagian yang dihadiri oleh perwakilan cawangan

Macam stail UMNO yg mereka tiru, perwakilan cangsn ke mesyuarat Bajagian pula sepatutnya dipilih dlm mesyuarat.

Sah mereka langgar perlembagaan PPBM mereka sendiri. Dan sendiri buat perlembagaan sendiri langgar..

😂 ingat 1 juta ahli UMNO dah lompat ke PPBM???? Cawangan meeting pun tak blh buat.







Wednesday, December 20, 2017

Daim: Bersuara dalam takut-takut, Diam-diam konon sokong

|0 comments


Tun Daim bercakap dalam satu dialog tertutup di Subang Jaya.

Nak bercakap pun takut-takut kata Dr Puad Zarkashi. Rasanya dalam dia memberi komen, ia macam terpaksa.


Jika dia berani, kenapa tidak komen berhubung RM160 billion yang Mahathir kata hilang akibat intervention BNM.





Padahal jelas komen Madey itu salah dan usaha nak menipu orang ramai yang tidak faham. Kalau Madey betul, sepatutnya Daim sokong dan pertahan dia.

Ini tidak. Macam takut-takut pula dia komen dan beri pandangan.



DIALOG MALAYSIA BARU BERSAMA TUN DAIM ZAINUDDIN

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

Dalam satu majlis dialog “Malaysia Baru” yang diadakan dua hari lalu  (17.12.17) Tun Daim nampak play safe bila menjawab soalan. Ini adalah antara hujah hujah beliau;

1. Kebebasan bersuara semakin disekat      berbanding di zaman Tun M......Tun Daim mungkin tidak tahu ISA sudah dihapuskan di zaman Najib.

2. Jurang semakin besar di antara yang kaya dengan yang miskin.......Tun Daim lupa dia lah yang bersekongkol dengan Tun M mengamalkan crony capitalism selama 22 tahun (dia salah seorang daripadanya) iaitu mengkayakan beberapa individu kononnya individu itu boleh melimpahkan kekayaan mereka kepada orang ramai. Sebab itu visi Najib ialah mengujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

3. Kalau ekonomi negara baik, mangapa banyak syarikat bankrap dan perlunya ada BR1M.....Tun Daim sekali lagi lupa bahawa yang menubuhkan “Danaharta” semasa krisis Kewangan dulu ialah Tun M. Ini dikritik oleh Anwar semasa merasmikan   Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu Mersing.

4. Menurut Anwar Danaharta adalah agenda Mahathir untuk “bailout” syarikat syarikat milik kroninya termasuk muslihat untuk menghalalkan bailout syarikat milik anaknya Mirzan yang hampir bankrap akibat krisis Kewangan itu. Tun M melihat ucapan itu sebagai perancangan Anwar mahu menjatuhkan beliau seperti jatuhnya Suharto di Indonesia. Sebab itu dia menggunakan isu liwat untuk menjatuhkan Anwar.

5. Mengenai BRIM, Daim tahu subsidi pukal untuk petrol perlu ditamatkan. Bila Najib hentikan maka penjimatan itu termasuk hasil GST dipulangkan kepada rakyat melalui BRIM.

6. Tun Daim sokong hanya sekolah satu aliran sahaja.....Tun Daim jangan hipokrit kerana dia tidak pernah pun memperjuangkan isu sekolah satu aliran semasa dalam kabinet dulu. Kalau berani buatlah kenyataan terbuka bukan di majlis tertutup (kehadiran 80 orang) dan media tidak dibenarkan masuk.

7. Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi dan GDP mencatat pertumbuhan yang membanggakan itu semua bukan satu realiti, ia hanya satu angka sahaja....Masa Tun Daim jadi Menteri Kewangan dulu apakah angka angka ini tidak penting kepada beliau?

8. Menurut Bank Dunia yang menyatakan Malaysia Economic Monitor (MEM) mencatatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita untuk Malaysia dianggarkan mencecah RM39,407 (AS$9,660) pada tahun 2017 menghampiri PNK negara berpendapatan tinggi yang ditakrifkan iaitu melebihi RM49,916 (AS$12,236).

9. Gabenor bank negara tidak boleh dilantik oleh menteri kewangan atau PM. Begitu juga Peguam Negara dan IGP, mereka mesti dilantik oleh Parlimen......Sepatutnya ini dilaksanakan masa dia jadi Menteri Kewangan apatah lagi semasa Tun M jadi PM selama 22 tahun dulu.

10. Tun M lantik dia sebagai menteri kewangan kerana dia bukan orang politik. Tengok kepada Tengku Razaleigh yang akhirnya lawan boss dia......Itu memang tidak penting kepada Tun Daim. Dia hanya memikirkan kekayaan dan perniagaan. Politik hanyalah alat kekayaan kepada beliau.

11. Menurut Daim, Allah telah bagi anda untuk membuat pilihan, syurga atau neraka, maka antara BN dengan PH, buatlah pilihan anda sendiri......Kalau itu perbandingannya, setujukah Tun Daim, kalau pilih Pakatan Harapan maka nerakalah jawabnya kerana Lim Kit Siang yang akan jadi PM.


Akhirmya Daim perlu ingat bahawa penyokong pembangkang pun hilang kepercayaan dengan pembangkang disebabkan Mahathir.

Buatlah hedging. Kamu orang berniaga.


Tuesday, December 19, 2017

Serang hubungan dgn China: Daim pura2 tak faham ECRL

|2 comments

PPBM meneruskan untuk kitar semula kritikan terhadap kejayaan Dato Najib mendapatkan pelaburan dari China dengan Tun Daim dipergunakan Mahathir untuk mempersoalkan ECRL:
Daim persoal sama ada projek China pinjaman atau pelaburanhttp://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/17/daim-persoal-sama-ada-projek-china-pinjaman-atau-pelaburan/
Ianya dijawab seorang akademik:
ECRL a domestic investment, says academic http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/18/ecrl-a-domestic-investment-says-academic/
Tetapi agak kurang pemahamannya.

Menurut blog Cucu Top Selampit:
Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin cuba mengelirukan Rakyat kerana mendakwa Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak membawa keuntungan sebaliknya menyusahkan negara kerana perlu membuat pinjaman. Dipetik kenyataan beliau di dalam Free Malaysia Today, baca di sini, menggesa Kerajaan untuk membawa pelaburan ke negara ini supaya peluang pekerjaan akan dapat disediakan kepada Rakyat. 
Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah berselindung atau menyembunyikan apa-apa fakta. Dari awal lagi beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85% dibiayai pinjaman mudah dengan kadar faedah 3.25% daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun. 
Sementara 15% lagi projek ECRL dibiayai program sukuk yang diuruskan  bank-bank pelaburan tempatan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30% kontraktor Malaysia terlibat di dalam ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.

Menjawab pertanyaan Tun Daim adakah ECRL membawa keuntungan kepada Malaysia? 
Jawapannya adalah YA! 
ECRL akan mengimbangi pembangunan ekonomi Pantai Barat dan Timur kerana merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan, pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pantai Timur.
Kedua, Pelabuhan Kuantan bakal menjadi terminal laut dalam yang mampu menampung  kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit dua puluh kaki kontena. 
Sama seperti 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Tun Daim juga terdesak untuk menjatuhkan kerajaan DS Najib Tun Razak semata-mata kerana mahu menjaga kepentingannya melebihi kepentingan negara dan Rakyat. 
Kesimpulannya, menjawab pertanyaan Tun Daim sama ada ECRL adalah bentuk pinjaman atau pelaburan, apa yang pasti ECRL adalah pelaburan Malaysia untuk masa depan. 
Read more at 
http://khairulryezal.blogspot.com/2017/12/daim-zainuddin-tanya-ecrl-pinjaman-atau.html#cCPR5ZMdyE81eB3b.99

----------------


Media Statement from Abdul Rahman Dahlan
Would Tun Daim and Tun Mahathir publicly call for the ECRL to be owned and controlled by a foreign company?_________
I am confident that Tun Daim Zainuddin being an experienced former Finance Minister under Tun Mahathir Mohamad’s government would understand why the present government preferred that the East Coast Rail Line (ECRL) project is structured as a domestic investment with foreign funding.
The government had made it clear with our numeours answers in Parliament and statements on the ECRL that the project is a domestic investment funded with a soft loan from China with very favourable rates that is lower than the government’s cost of funds.
Learning from our mistakes of the past where the government of Tun Mahathir and Tun Daim had borrowed extensively from Japan but ended up having to pay more than double when the Yen appreciated sharply  against the Ringgit, the present government made sure that the soft loan from China has built-in mechanisms to mitigate exchange rate risks.
Whether structured as a direct foreign investment or a domestic investment with a foreign loan, the objectives of the ECRL project to generate economic activity, create jobs and deliver a critical transportation link between the east coast and west coast of peninsular to bridge the economic divide, will still be achieved.
However, the crucial difference is that if the ECRL was a foreign direct investment then a foreign party would own and operate the rail link.
As this rail-line will cross peninsular Malaysia, the government has decided that the ownership and the operation of this line must remain in Malaysian hands due to national security and strategic economic reasons.
Therefore, the ECRL is owned and operated by a 100%-owned subsidiary of the Ministry of Finance which will then repay the foreign soft-loan when the line starts operations.
Had this project been a direct foreign investment instead, the foreign owner of the project would repatriate profits back to their country.
Funding domestic investment in local infrastructure projects using foreign funding is not a new concept in Malaysia.
During Tun Mahathir and Tun Daim's government, projects such as the KLIA, the Kenyir Hydroelectric Power Plant Project,  the Port Dickson (Tuanku Jaafar) Power Station and various others were funded by soft loans from Japan.
Closer to the present, the second Penang bridge was also funded by a soft-loan from China.
However, if Tun Daim or Tun Mahathir has issues with the ECRL project being a domestic investment with funding from soft loan instead of a direct foreign investment, I suggest that they issue official statement calling for the government to sell the strategic  ECRL infrastructure and place it entirely under ownership and control of the foreign ownership. Would Tun Daim and Parti Pribumi Bersatu Malaysia be happier if foreigners own and operate the ECRL instead? Of it was direct investment by China, would they still criticise the project and call it economic invasion by tChina just like they did to other China’s investments in Malaysia?
Let me reiterate once again that the Prime Minister envisions ECRL project as a long overdue economic game-changer that will provide a land bridge that connects the east coast and west coast ports and provide safe and efficient rail transport to millions. This project will significantly boost the economic future of our east coast states.
This crucial project should have had been done during Tun Mahathir’s era when the consultants appointed at that time showed much lower cost. Unfortunately Tun Mahathir preferred to build other mega projects rather than decide to build the rail network which would have given the people of the east coast an economic boost. If the current government delays the project further like what Tun Mahathir did, the cost will be much higher in the future.
Now that the ECRL project is finally taking off, it should not be derailed or worst, politicised. The people of Kelantan, Terengganu and Pahang deserve better treatment and opportunities.
Abdul Rahman Dahlan,
Minister
Prime Minister’s Department
Economic Planning Unit
Putrajaya.
19 Dec 2017.

----------------


Seeloknya Tun Daim lebih risaukan di mana duit RM32.5 billion forex BNM hilang?





Sehingga kini, Tun Daim masih tidak berusaha menyangkal tuduhan ICB kepunyaannya yang mempunyai rangkaisn bank di negara2 dunia ketiga adalah rangkaian cuci wang untuk sebahagian wang yg kononnya dikatakan rugi tetapi sebenarmya di curi.


Rentilah permainan propaganda murah untuk kaitkan Dato Najib atau UMNO bersekongkol dengan China komunis.

Seperti berbohong mengenai JV 51% Malaysia dan 49% China di Kuantan dan di China:


MCKIP: BNSC BIDAS KENYATAAN MAHATHIR, PAKATAN HARAPAN
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Eric See To menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dan ahli Pakatan Harapan berkenaan tembok dan larangan orang Malaysia untuk memasuki Taman Industri Kuanta Malaysia China (MCKIP).
http://www.barisannasional.org.my/news/mckip-bnsc-bidas-kenyataan-mahathir-pakatan-harapan 

MCKIP: BNSC SLAMS MAHATHIR, PAKATAN HARAPAN
Barisan Nasional Strategic Communications Deputy Director Datuk Eric See-To said that among one of the lies spread by PPBM Chairman Dr Mahathir Mohamad and members of the Pakatan Harapan is the Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), which is said to be walled up and has restricted entry to Malaysians.
http://www.barisannasional.org.my/en/news/mckip-bnsc-slams-mahathir-pakatan-harapan


Sebab Mahathir dah lama mulakan dulu. Malah yang menjemput Geely menyertai Ptoton adalah Mahathir.


Lupakah Mahathir akan EAEC atsu EAEG?

Dia yg syorkan China keluar dari malu-malu untuk mainkan peranan ekonomi dan politik di dunia


Monday, December 18, 2017

27 fitnah jual negara ke China oleh Cap Bunga

|3 comments

JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA

1. MALACCA GATEWAY - BUKAN milik China
 Kejuruteraan Asas Jaya Development KAJD (51%) &. Power-China International Group Limited (49%).

KAJD ialah syarikat tempatan yg dikorporatkan di Malaysia pada 2001

2. JOHOR ISKANDAR  - BUKAN milik China
ia adalah projek kerajaan johor yg menjual plot hartanah china RM26 billion, singapura RM20 billion, US, Jepun, Spain, Korea Selatan

3. FOREST CITY - BUKAN milik China projek kerajaan johor yg menjual unit hartanah; leasehold utk landed property dan freehold utk strata title

4. CAREY ISLAND - TIADA kaitan dgn China.. tapi India
Syarikat India, Adani Ports, dan syarikat Malaysia MMC Port Holdings (milik Syed Mukhtar Bukhari) dan Sime Darby Property.

5. EAST COST RAIL LINK - BUKAN milik China ia dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Malaysia dgn pembiayaan drpd Exim bank drpd China

6. BANDAR MALAYSIA - BUKAN milik China dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui TRX City Sdn Bhd

7. HIGH SPEED RAIL HSR - BUKAN milik China
Pemilik tender ialah kerajaan Malaysia dan Singapura. Pemenang tender belum diumumkan

8. IMPRESSION MALACCA - BUKAN milik China
Dimiliki oleh syarikat tempatan Yong Tai Berhad

9. EDRA ENERGY - Dimiliki oleh Syarikat China
menang melalui tender antarabangsa.. berjaya menjimatkan TNB dgn memperkenalkan tariff yg lebih kompetitif berbanding tariff zaman IPP kroni2 Mahathir

10. SUTERA HARBOR - Dimiliki oleh syarikat China
Ia adalah urusniaga jual beli saham syarikat swasta oleh syarikat swasta yg tak melibatkan mana2 kerajaan. GSH ialah syarikat hartanah China yg dilisted di pasaran saham Singapura SGX

11. BIRDS NESTS - BUKAN milik China
syarikat tempatan export sarang burung kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat sarang burung. Tiada sebarang  tanah yg tergadai kpd China.

12.  DURIANS - BUKAN milik China
syarikat tempatan export Durian kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat Durian. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

13. TOURISM - BUKAN milik Cmilik penduduk China datang melancong ke Malaysia.. tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

14. AQUACULTURE - China syarikat tempatan export produk2 aquaculture kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat produk2 aquaculture. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

15. PALM OIL - China syarikat tempatan export kelapa sawit kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat kelapa sawit. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

16. NAVAL PATROL BOAT
Malaysia beli patrol boat drpd China. Malaysia juga beli kapal selam drpd perancis, jet drpd U.S. dan Russia, kapal drpd UK. tak ada sebarang tanah yg tergadai kpd China

17. FELDA FGV - BUKAN milik China
Ia dimiliki oleh Felda, tabung haji, KWAP, Koperasi Felda, krjaan pahang. 89% Malaysia 11% org luar

18. ALIBABA DFTZ REGIONAL  HUB - mmg asal milik China.
Projek ini sebenarnya kita rampas drpd Singapura. DFTZ dijangka akan gandakan export Malaysia. Alibaba mmg asalnya milik China dan tak pernah jd milik Malaysia.. jd tak ada isu tergadai

19. PROTON - BUKAN milik China
Proton ialah milik Syed Mukhtar Bukhari 51% dan Geely 49%. Rkyat Malaysia sudah lama memilih Perodua sebagai kenderaan mereka dgn jualan Perodua 200 ribu dan Proton hanya 70 ribu pada 2016

20. SHELL
 Shell tak pernah jadi milik Malaysia pon.. Malaysia tak pernah memiliki Shell.. penukaran hak milik tidak melibatkan kerajaan Malaysia dan tiada sebarang tanah yg tergadai.

21. KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL - BUKAN milik China
Pelaburan China tak menjadi.. akan cari pelabur lain

22. KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK - BUKAN milik China
Kuantan Pahang Holding menguasai 51% MCKIP dan Guangxi memiliki 49%. ini adalah projek twin cities dimana Kuantan memiliki bandar kembarnya CMQIP di Guangxi, China

23. KEDAH RUBBER CITY
Mukhriz yg mulakan projek rubber city dgn China. Kalau salah, takkanlah Mukhriz nk mulakan kerjasama dgn China. China dijangka akan melabur RM10 billion dan akan menaikkan harga getah tempatan

24. NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE
Bukan 50 tapi hanya 10. Malaysia beli patrol vessel drpd China. Malaysia juga beli kapal selam drpd perancis, jet drpd U.S. dan Russia, kapal drpd UK. tak ada sebarang tanah yg tergadai kpd China

25. ROYAL MULU SWAK - BUKAN dimiliki China
masih dimiliki kerajaan sarawak

26. LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK - BUKAN dimiliki China tetapi dimiliki oleh Perak Corp Berhad dan Tenaga Nasional Bhd

27. ALOR GAJAH POWER PLANT dimiliki oleh Edra

Ni sebenarnya sama seperti dasar pandang timur oleh Tun Mahathir dimana Proton bermula dgn perkongsian dgn Jepun 70%:30%, Maminco-Makuwasa..

Dayabumi bagi kat Takenaka Kumagai, Kedah Simen kat Mitsui, Penang Bridge kat Hyundai , Proton kat Mitsubishi , Produa kat Daihatsu , Perwaja kat Nippon Steel , lepas sangkut bagi kat POSCO , kebanyakan empangan Jepun dan Korea yg sapu , Twin Tower pun Korea Jepun , KLIA pun akitek Jepun, pendek kata penasihat ekonomi pun Kasumaza Suzuki dan Keinichi Ohmae dibawa dari Jepun.

Walaupun kita bagi mcm2, tapi masa tu Malaysia nk dpt hak mendarat dibjepun pon Jepun tak bagi.. cheh. - saj

Rujuk

Melaka Geteway
https://asia.nikkei.com/Politics-Economy/International-Relations/Malaysia-and-China-ink-7.3bn-Melaka-Gateway-project

Iskandar Malaysia 2017
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://iskandarmalaysia.com.my/wp-content/uploads/2017/10/IM-BizWatch-July-2017.pdf&ved=0ahUKEwiNtunQwYnYAhUElpQKHQV2DnYQFgh7MBE&usg=AOvVaw0lpFxi3DSPC3v65zK0h6Kf

Carey Islad
 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/04/03/sime-darby-mmc-and-adani-ports-may-develop-maritime-city-on-carey-island/

ECRL
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/minister-yes-local-firm-in-ecrl-project-a-rm2-company-but-parked-under-mof

Bandar Malaysia
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/04/mof-calls-off-bandar-msia-deal/

HSR
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/spad-malaysia-singapore-to-build-own-portion-of-hsr-track

Impression Melaka
http://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-yongtai-launch-maiden-project-melaka-year

Sutera Harbour
https://www.propertyhunter.com.my/news/2014/01/320/sabah/china-firm-now-owns-sutera-harbour-resort-with-big-plans

Patrol Vessel
https://www.nst.com.my/news/2016/11/185136/malaysia-buys-navy-vessels-china

FGV
 http://www.feldaglobal.com/investors/substantial-shareholders/

DFTZ
 http://statestimesreview.com/2017/05/21/jack-ma-chooses-malaysia-over-singapore-as-e-hub-of-asean/

Proton
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/06/23/drb-hicom-and-zhejiang-geely-ink-final-contract-for-proton-lotus/

KIFT
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/11/303589/kedah-govt-seeks-new-investor-kedah-integrated-fishery-ttempatan

Kedah rubber
http://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-thailand-‘friendly-competition’-rubber-city-fdi

Lumut maritime
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/05/25/lumut-maritime-terminal-to-build-a-new-port/

Sunday, December 17, 2017

Shafie lawan Najib sebab duit Zahida dibeku dan salahkira politik

|0 comments

Seorang ahli politik yg mengenali Shafie Apdal bertanya kepadanya kenapa dia keluar UMNO dan lawan BN.

Dia jawab, " Salah calculation".

Ingatkan dia rapat dengan Dato Najib bolehlah jatuhkan orang yang bantu dia belajar Universiti iaitu Tan Sri Musa Aman.

Sebaliknya berlaku siasatan-siasatan SPRM terhadap agensi yang berkait rapat dengannya seperti MARA Inc, penyelewengan duit biasiswa MARA  dll.

Turut juga adalah terhadap isteri kedua dan proksi/kroni menyamunnya:

Zahida Rafik mengamuk dana dari Shafie Apdal dibeku LHDN! Turut terkena Wilfred Yong dan Albert Chan

Siapa kata Shafie Apdal dan proksinya disiasat SPRM selepas keluar UMNO/BN?

Bukan SPRM saja malah LHDN turut membekukan beberapa akaun mereka.  Zahida mengamuk, malah proksi Shafie Apdal yang lama seperti Albert Chan, Wilfred Yong dan Peter Anthony sudah lama disiasat.

http://sabahkini2.com/en/news/238/zahida-rafik-mengamuk-dana-dari-shafie-apdal-dibeku-lhdnturut-terkena-wilfred-yong-dan-albert-chan/view

Sikap Najib ialah tidak tahan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Ini yang membuat dia marah lalu sibuk ikut sama permainan Mahathir, Muhyiddin dll pihak untuk menuduh dan memfitnah Najib berhubung 1MDB.

Bila MKT gantung keahliannya dan dia dikeluarkan parti, dia merajuk dan terus marah keluar parti.

Eloklah tu sebab lagi laju LHDN dan SPRM 
fda