Monday, July 22, 2019

Tok Pa Dah Pandai Bohong, Tak Lama Lagi Ikut PH Bersemburit!!!

|0 comments

Kerajaan PH semakin melampau dengan propaganda pembohongan dan penipuan mereka...

Ada banyak yang tidak betul dengan muka hadapan Berita Harian ini :

》Tok Pa dipetik sebagai berkata bahawa hutang 1MDB RM32.2 bilion menyumbang kepada kenaikan hutang negara sebanyak RM54.2 bilion di bawah kerajaan PH dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM741 bilion akhir tahun 2018...

Kenyataannya, hutang 1MDB tidak bertambah sejak tahun 2016...

Tapi tiba-tiba hutang 1MDB pula boleh menyumbang kepada kenaikan hutang untuk tahun 2018?

Sendiri naikkan hutang, PH nak salahkan 1MDB pula...

Tidak hairan jika 1MDB juga akan disalahkan lagi untuk kenaikan hutang negara sebanyak RM63 bilion pada akhir tahun 2018 kepada RM804 bilion pada bulan Jun 2019 ini...

Mereka petik hutang sahaja tapi tidak memetik aset dan apa yang telah dibangunkan oleh 1MDB...

Kalau nak main 'apa kita dapat dengan hutang RM32.2 bilion ini', mereka patut senaraikan yang ini pula :


》8 pangkalan udara yang dibina dan dinaiktarafkan termasuk pangkalan udara Sendayan (BACA DI SINI)...


》Projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang telah pun dijual oleh kerajaan PH kepada syarikat China pada bulan April 2019 (BACA DI SINI)...


》Projek TRX bernilai RM40 bilion yang digelar oleh Guan Eng sebagai antara aset terbaik negara (BACA DI SINI)...


》Penyelesaian untuk perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah yang ditinggal zaman PM ke-4 yang sedang dan bakal menjimatkan RM400 bilion untuk negara untuk tempoh 20 tahun (BACA DI SINI)...


》Perjanjian penyelesaian dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk mendapat kembali semua wang yang didakwa hilang setelah dipindah kepada atau dijamin IPIC (BACA DI SINI)...


》Projek-projek CSR 1MDB termasuk bantuan pemandu teksi, biasiswa pelajar, bantuan Haji dan sebagainya (BACA DI SINI)...

Jika Berita Harian jujur, mereka juga patut melaporkan yang atas itu...

Mereka juga patut bertanya :

》Apa yang kita dapat dengan kenaikan hutang negara sebanyak RM54.2 bilion pada tahun 2018 di bawah PH, sedangkan banyak bantuan dan projek rakyat dimansuhkan...

》Apa yang kita dapat dengan kenaikan hutang negara sebanyak RM63 bilion untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2019 ini?

》Apa yang rakyat dapat selepas PH jarah RM82 bilion dari PETRONAS?

》Apa yang ktia dapat dengan wang BNM Forex RM33 bilion (bersamaan dengan nilai RM100 bilion sekarang) yang lesap begitu sahaja?

Sedangkan satu sen pun tidak dapat kembali dan satu sen aset pun tidak ditinggalkan oleh dana BNM yang lesap itu...

Dah nak sampai 15 bulan PH memerintah tetapi 1MDB masih menjadi bahan propaganda utama mereka...

Selepas apa yang Dr. Mahathir dan Menteri Kewayangan cakap mengenai kedudukan ekonomi negara dah tak laku, maka Tok Pa pula diarahkan untuk menipu...

Salam takziah kepada Tok Pa kerana merelakan maruah dan harga dirinya diletak di bawah tapak kaki Dr. Mahathir dan Guan Eng...



Kredit :

Fb DS Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Sunday, July 21, 2019

Cermin Azmin Bukan Hanya Untuk Dirinya Dan Bang Non Saja Tapi Untuk Semua Pemimpin Pakatan

|0 comments

Kalau sebelum nie, satu Malaysia pernah dilanda fenomena 'TERKEJUT', hari nie, Pakatan Harapan sekali lagi bawa fenomena baru...

Kali nie, fenomena 'CERMIN' melanda negara...


Kisah bermula bila Azmin Ali ('gegurlz' yang disyaki berlakun dalam telenovela Semburit), dinasihatkan supaya bercuti atau meletak jawatan oleh Bang Non (Presiden PKR merangkap Menteri di Jabatan BAKAL Perdana Menteri), sekiranya benar dia yang yang melakunkan watak 'gegurlz' dalam telenovela Semburit...


Tapi Azmin suruh Bang Non cermin muka dia dulu atau bermuhasabah, betul-betul lawan tokey...

Admin tak berminat nak tulis pasal perang Bang Non dengan Azmin, sebab cerita tu dah mula basi, skrip dengan 'ending' dia pun kita dah tahu...

Apa yang admin nak katakan, sebenarnya, cermin ajaib yabg ada kat dinding tu, bukan hanya untuk Azmin tapi untuk semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya Dr. Mahathir...

Dah terlalu banyak kerosakan terhadap rakyat dan negara yang mereka buat sebaik saja ambil alin pemerintahan di Putrajaya...

Dah terlalu banyak penipuan yang mereka lakukan...

Dah terlalu banyak janji-janji yang mereka mungkiri tanpa ada sedikit pun rasa bersalah...

Kita imbas balik sebahagian dari penipuan-penipuan dan janji-janji yang mereka mungkiri :

Dr. Mahathir


Berjanji untuk selamatkan Malaysia daripada apa tak tahulah dan macam-macam lagi janji-janji manis yang ditaburkan sebagai gula-gula pilihanraya...

"Saya cuma perlukan 2 tahun untuk pulihkan 'keadaan'"...

Keadaan apa yang Dr. Mahathir maksudkan, tak tahulah...

Dah tertunaikah janji-janji tu, dah pulihkah 'keadaan' yang dikatakan tu?

Khalid Samad


"Jika kita menang, esok lepas subuh kita akan tutup kilang arak"...

Akhirnya dia di uji dengan menjadi Menteri Wilayah, sudahkah dia uruskan tempat maksiat di KL?

Sebaliknya dia berjanji pula nak buat pilihanraya untuk memilih Datuk Bandar yang kalau dilaksanakan akan menjadikan kaum Cina sebagai Datuk Bandar...

Mat Sabu


"Kalaulah saya jadi Menteri Pertahanan segala aset yang ada kita akan bantu Palestin mengalahkan tentera Israel"...

Allah SWT datangkan ujian pada Mat Sabu dalam bentuk kuasa sebagai Menteri Pertahanan!!!


Sudahkan Mat Sabu membantu rakyat Palestin?

Kita bersangka baik, mungkin amoi tu salah seorang rakyat Palestin!!!

Mujahid Yusuf Rawa


"Nak laksanakan Islam kita kena menang Putrajaya"...

Allah SWT datangkan ujian pada Mujahid dalam bentuk menteri yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Ugama Islam sebagai Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri...

Sudah terlaksanakah Islam di Malaysia?

Dr. Maszlee Malik


Saya sudah solat Istikharah beberapa kali sebelum masuk politik dan jika kita menang rakyat tidak perlu lagi membayar tol dari Kuala Lumpur ke Simpang Renggam...

Sudah terhapuskah tol dari Kuala Lumpur ke Simpang Renggam?

Kalau kita nak senaraikan seorang demi seorang ucapan mereka, lepas tahun depan pun belum habis untuk diperkatakan tapi tiada seorang pun yang bercakap tu dapat laksanakan apa yang mereka ucapkan...

Takziah buat mereka...

Alhamdulillah kita tidak menjadi sebahagian dari mereka...

Benar kita berbeza ideologi politik tapi kita tetap bertuhankan Allah SWT, kita tetap berkiblatkan Ka'abah, kita tetap berkitabkan Al-Quran, kita tetap bersyariatkan Nabi Muhammad SAW dan kita mengucapkan kalimah syahadah yang sama...

Hidup tak akan menongkat langit walau secanggih mana pun sains dan teknologi yang ada...

Sampai masanya kita pergi, kuasa dan jawatan yang dipegang akan ditinggalkan...

Tapi setiap penipuan yang dilakukan, setiap fitnah yabg ditaburkan, setiap janji yang dimungkiri, akan terus kekal dalam kitab amalan baik dan kitab amalan jahat kita...

Di mahkamah Rabbul Jalil, segala yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan ke atas kita...

Tak ada lagi Tommy Thomas untuk menggugurkan kes, tak ada lagi Hamid Bador untuk katakan filem amal yang sedang ditayangkan tu tak ada kaitan dengan kita...

Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka...

Bila apa yang kita lakukan sering ada halangan dan rintangan, itulah tanda yang datang dari langit supaya kita tidak lagi meneruskannya dan itu peringatan dari Allah SWT supaya kita tidak terus terjerumus dalam sifat-sifat munafik...

Semoga mereka mampu jawab dengan Allah SWT nanti...

Fikir-fikirkanlah...

Saturday, July 20, 2019

Perbicaraan SRC, Kalau DS Najib Update Dalam Media Sosial Kira, Sub Judice Tapi Kalau Tommy Tomato, Kira OK...

|0 comments

Mahkamah Tinggi memutuskan sebarang posting awam mengenai perbicaraan kes SRC International membabitkan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Dato' Seri Najib Razak, dianggap menghina mahkamah...



Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat perintah itu sehingga permohonan pihak pendakwaan supaya Najib memohon maaf kepada mahkamah kerana memuat naik posting mengenai kenyataan saksi dalam perbicaraan kes berkenaan, didengar Isnin depan...


Mohd Nazlan kemudian menetapkan Isnin ini untuk mendengar hujahan dan buat sementara waktu, beliau memutuskan sebarang posting yang dikeluarkan sehingga pendengaran itu, dikira menghina mahkamah!!!




Tommy Thomas mengemukakan permohonan menuntut Najib memohon maaf kepada mahkamah kerana menyiarkan posting pada laman Facebook berhubung keterangan saksi membabitkan penggunaan kad kredit miliknya...


Beliau berkata, DS Najib memuat naik posting menjelaskan penggunaan kad kredit miliknya dengan menyatakan ia bagi membeli hadiah untuk kerabat Di Raja luar negara...


"Kebebasan berucap walau di mana-mana negara seluruh dunia adalah tidak muktamad"... 


"Apa yang dilaporkan media mengenai perbicaraan ini adalah versi kami kerana pada peringkat ini ialah kes pendakwaan"...


"Apa yang kami mahu ialah sehingga Isnin ini, tertuduh memberikan aku janji untuk tidak mengeluarkan kenyataan membabitkan perbicaraan kes ini," katanya...


Ketua Barisan Peguambela Pertikaikan Sikap Ridak Konsisten Pihak Pendakwaraya



Pada prosiding terdahulu, ketua barisan peguambela DS Najib, Tan Sri Muhammad Shafee berkata, tindakan anak guamnya bukan subjudis dan meminta semua pihak kembali pada Isnin depan untuk pihaknya menjawab permohonan pendakwaan...


Beliau berkata, apa yang dinyatakan anak guamnya, tidak bersifat kontroversi...


"Sebagai peguam hak asasi, kita pernah meminta perintah larangan daripada orang awam dan media membicarakan merit kes itu, tetapi mereka (pendakwaan) tak bagi"... 


"Kini mereka minta aku janji supaya anak guam kami tidak keluarkan kenyataan, ini adalah bertentangan"...

"Saya boleh beritahu bahawa alasan utama anak guam saya berbuat demikian ialah media tidak melaporkan penuh apa yang berlaku, mereka sekadar memetik apa mereka hendak tulis," katanya...


Tommy Thomas 'Merogol' Mahkamah Dan Undang-Undang Malaysia



Tommy a/l Thomas lupa atau terlupa...

Dia pernah cakap, dia tak pernah menerima Prinsip Sub Judice...

Cuba baca apa yang Tommy Tomato cakap dalam 2 tarikh yang berbeza...



Tommy Thomas Aug 14, 2018 :

"I have never accepted the principle of sub judice"...

"The principle of sub judice does not exist in Malaysia because jurists don't exist"...

Tommy Thomas Jul 18, 2019 :

"My Lord, his (Najib) action is sub judice, and he must be treated the same as any other accused"... 

"He cannot be treated any differently just because he is a politician and former prime minister"... 

"The prosecution demands an unconditional apology from the accused and his word that he will not repeat it"...


Tommy rasa sangat-sangat seronok bila orang ramai terpengaruh dengan fitnah-fitnah mengenai 1MDB...

Untuk menggalakkan supaya fitnah-fitnah 1MDB tersebar luas, Tommy mengatakan beliau tidak pernah terima Prinsip Sub Judice...

Malah Tommy menggalakkan satu dunia bercakap tentang 1MDB!!!

Tapi bila dilihat setiap tuduhan dalam perbicaraan kes SRC terhadap DD Najib, dijawab dengan fakta dan bukti-bukti sahih oleh DS Najib sendiri, dengan serta merta Tommy Tomato 'beriman' dengan prinsip Sub Judice...

Kenapa?

Kerana Tommy Tomato takut 'ditelanjangkan' dengan fakta-fakta serta bukti-bukti sahih yang DS Najib kemukakan...

Kalau itu berlaku, maka rakyat malah satu dunia akan tahu betapa 'adilnya' proses perbicaraan mahkamah di era kerajaan Pakatan...

Seperti yang dihujahkan oleh ketua barisan peguambela DS Najib, TS Shafiee Abdullah, apa yang dilakukan oleh DS Najib adalah memberikan penerangan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku...

Media pasti tidak akan melapurkan perkembangan yang sebenar kerana media terpaksa akur dengan apa yang diperintahkan kepada mereka...

Dan sampai sekarang, kita masih tertanya-tanya, kenapakah kerajaan Pakatan tidak bersetuju untuk membuat siaran langsung perbicaraan kes SRC (BACA DI SINI)...

Kenapakah kerajaan Pakatan tidak bersikap telus dan apakah yang mereka takutkan atau cuba sembunyikan?



Dalam satu perkembangan lain, apakah keputusan Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara dari 10 hari kepada 5 hari kepada seorang ibu muda, Chong Ann Ni yang didapati bersalah kerana mencuri pelbagai barangan yang bernilai RM291.39 kepunyaan Aeon Co. Malaysia, di pasaraya Aeon Mid Valley pada 2 Jun 2019, adalah kerana dipengaruhi kritikan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan? (BACA DI SINI)...



Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata hukuman penjara 10 hari yang dijatuhi terhadap perayu yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau adalah berlebihan setelah mengambil kira keadaan perayu yang mempunyai bayi perempuan berusia 15 bulan yang masih menyusu...

“Seorang ibu (yang kesempitan hidup) pasti akan melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang, mahkamah mengambil kira keperluan anak yang masih menyusu badan itu,” kata hakim itu dan menambah perayu juga telah mengaku bersalah dan telahpun meringkuk dalam penjara selama lima hari...

Sedangkan Chong Ann Ni dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda...

10 hari penjara dari 10 tahun penjara, apakah tidak cukup ringan hukuman yang dijatuhkan?



Sebelum perbicaraan semakan dan juga selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengurangkan hukuman, isu ini hangat dibincangkan dalam media sosial...

Apakah ini tidak dianggap Sub Judice yang boleh mempengaruhi keputusan mahkamah atau menghina keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah?

Atau penentuan Sub Judice hanya akan di sah perlakukan selepas mendapat kelulusan dari Tommy Tomato...

Dan kelulusan Tommy Tomato adalah bergantung sepenuhnya pada 'endorsement' pihak-pihak tertentu...

Friday, July 19, 2019

Sediakah Tun Ke Neraka Kerana Bohong, Jika Midah Sedia Ke Tg. Rambutan?

|0 comments

Sayang sungguh Dr. Mahathir pada Lim Kit Siang...

Dr. Mahathir nafikan Lim Kit Siang yang mencadangkan penubuhan BERSATU untuk mencuri sepuluh peratus undi orang UMNO...

Orang yang buat tuduhan itu boleh pergi ke Tanjung Rambutan kata Dr. Mahathir (BACA DI SINI)...


Lim Kit Siang pula nafikan dia pernah tuduh Dr.  Mahathir sebagai bapa rasuah (BACA DI SINI)...

Hebat setiakawan antara Dr. Mahathir dengan Lim Kit Siang, dah melebihi tahap cium molot dah nie...

Tapi hubungan Dr. Mahathir dengan Lim Kit Siang nie, 'suci' tau...

Tak ada aksi atau babak 18SX macam telenovela Semburit tu...

Jadi jangan fikir yang bukan-bukan...😉😉😉

Kenyataan Akhbar Dato' Hamidah Osman


Begitu pantas Dr. Mahathir membalas kenyataan dan pengakuan saya berkenaan penubuhan PPBM adalah berasal dari cadangan Lim Kit Siang...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10% undi UMNO...

Nampak nya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Lim Kit siang yang sudah lupa...

Walaubagaimana pun, saya agak heran kenapa setelah mengakui, Dr. Mahathir mencadangkan supaya saya dan Dato Seri Najib masuk ke Tanjung Rambutan...

Namun saya berpendapat biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara...


Saya tak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa saya untuk kepentingan sendiri...

Di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain...

Ini semua kita terpaksa jawab di akhirat nanti...

Dr. Mahathir Berdepan Jalan Mati


Apa yang diluahkan Dr. Mahathir sebenarnya adalah ekspresi perasaan marah yang meluap-luap dengan pelbagai tekanan yang datang dari segenap sudut...

Kredibiliti orang harapan Dr. Mahathir, Azmin Ali, tercalar teruk kredibilitinya bila polis mengesahkan video telenovela Semburit adalah tulen (BACA DI SINI)...

Rancangan Dr. Mahathir untuk menarik seberapa ramai MP UMNO ke PPBM untuk mengelakkan usaha kerjasama UMNO dengan PAS menemui jalan buntu bila Tok Mat Hassan berjaya menyekat penghijrahan MP UMNO dan keadaan bertambah runcing bagi Dr. Mahathir bila DS Zahid umumkan kembali aktif...


Rancangan untuk memujuk MP PAS ke dalam PPBM juga gagal bila Presiden PAS, TG Hj. Hadi secara terang-terang memberikan respon dingin...

Di tambah dengan pendedahan Hamidah, pastinya sokongan orang Melayu pada Dr. Mahathir dan pada PPBM akan jatuh merudum dengan teruk sekali...


Sedangkan sokongan orang Melayu adalah insuran pada jawatan Perdana Menteri dan keberadaan PPBM dalam Pakatan Harapan...

Seandainya berlaku perpecahan dalam PKR akibat dari video telenovela Semburit dan Anwar berjaya mengekalkan sekurang-kurangnya 80% MP PKR Melayu, Anwar akan kelihatan lebih meyakinkan DAP dalam meraih sokongan orang Melayu...

Kalau ini berlaku, Dr. Mahathir dan PPBM akan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan tiada lagi alasan untuk Dr. Mahathir mengekalkan jawatan Perdana Menteri dan sudah pasti PPBM akan dilihat sebagai melukut di tepi gantang dalam Pakatan Harapan...

Kerana itu, Dr. Mahathir 'WAJIB' menafikan kewujudan PPBM adalah atas kehendak Lim Kit Siang, bukan kerana mahu pertahankan Lim Kit Siang, tapi kerana mahu pertahankan jawatan Perdana Menteri dan kewujudan PPBM dalam Pakatan Harapan...

Tak hairan kalau Dr. Mahathir akan melkukan apa saja dalam keadaan yang sangat-sangat genting begini, walau pun ianya akan membuka jalan ke neraka buat dirinya...

Satu pantun kanak-kanak sebagai nasihat pada Dr. Mahathir :

Tipu Berdosa...
Mati Sengsara...
Dalam Kubur Kena Siksa...
Mati Nanti, Masuk Neraka...

Thursday, July 18, 2019

IGP Sahkan Video Semburit Tulin, Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

|0 comments
Updated : 5.03pm


Tuduh menuduh, serang menyerang dah bermula antara kem Anwar Ibrahim dengan kem Azmin Ali dalam PKR...

Dasat penangan video semburit nie yer...🤔🤔🤔

Mana tak dasatnyer, pelakun utama sebagai 'gegurlz' dikaitkan dengan orang yang bakal menjadi manusia paling berkuasa di Malaysia!!!

Dan Tok Dalangnya pulak, dikaitkan dengan penyandang terunggul Jabatan Bakal Perdana Menteri...😂😂😂

Serang Menyerang Antara Geng Kartel Dengan Geng Bang Non


Sebaik jer video klip Semburit tular dan diikuti pengakuan dari 'boboi Semburit', Haziq Aziz, dan mengaitkan seorang menteri kanan sebagai 'gegurlz Semburit', geng Otai Reformasi mula melakukan serangan terhadap Azmin...

Dalam satu kenyataan media, Pengerusi Otai Reformasi, Idris Ahmad, mahu Putrajaya menggesa Azmin Ali supaya mengambil cuti hingga kes selesai (BACA DI SINI)...

Geng Otai Reformasi juga mempertikaikan respon Dr. Mahathir bila mengetahui skandal Semburit dan membandingkan respon yang berbeza dari Dr. Mahathir ketika mengetahui kes liwat Anwar Ibrahim...


Dan bukannya satu perkara yang mengejutkan bila Dr. Mahathir mempertahankan Azmin sebagai respon pada desakan geng Otai Reformasi (BACA DI SINI)...

"(Jika) ia siasatan terhadap salah laku atau jenayah, (maka) mereka boleh ambil cuti,"...



"Dia tidak didapati bersalah hingga dibuktikan" kata Dr. Mahathir...

Rupa-rupanya, baru kita tahu, aktiviti Semburit, bukanlah satu kesalahan jenayah...


Serangan kedua yang datang dari kem Anwar ialah dari Ketua Penerangan PKR merangkap Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin, membuat gesaan supaya mana-mana pemimpin yang berada dalam siasatan supaya bercuti dan tidak menjadikan Perdana Menteri sebagai perisai (BACA DI SINI)...

Mungkin panas dengan serangan berterusan, Azmin mula memberi signal pada team kartel supaya bertindak balas...


Dalam satu kenyataan ringkas pada wartawan, Azmin mengingatkan Shamsul supaya jangan munafik (BACA DI SINI)...

Bila 'abang besar' dah bagi arahan maka pencacai-pencacai dengan pantas pertahankan 'abang besar'...


Naib Presiden PKR, Zuraidah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tampil sebagai orang pertama yang pertahankan 'abang besar' geng kartel dengan menyindir Shamsul...

"Ada orang panik, polis makin hampir dedah dalang" (BACA DI SINI)...

Apa maksud sindiran Zuraidah?

Apakah ianya satu sindiran atau tuduhan bahawa Shamsul adalah dalang kepada video Semburit?

Atau adakah Zuraidah mahu memberitahu bahawa tidak timbul isu siasatan polis ke atas 'boboi dan gegurlz' video Semburit, siasatan hanya bertumpu pada Tok Dalang video Semburit, jadi 'abang besar' geng kartel yang menjadi 'gegurlz' dalam video Semburit akan dilindungi 'insuran super dooper'?


Kenyataan Zuraidah disusuli pula oleh Din Botox sebagai mikrofon 'taukey insuran super dooper'...

Din Botox pula gesa supaya semua video kes-kes liwat dan juga video 'China Doll' yang membabitkan Menteri di Jabatan BAKAL Perdana Menteri juga disiasat semula (BACA DI SINI)...


Admin melihat kenyataan Din Botox nie sebagai AMARAN dari 'taukey insuran super dooper' pada team Bang Non, hentikan desakan supaya Azmin letak jawatan atau sesuatu akan berlaku pada Presiden PKR!!!


Sekarang, Azmin suruh Anwar cermin diri sendiri sebelum nak suruh dia letak jawatan (BACA DI SINI)...


Wow, serang menyerang dah berlaku, nampaknya retak dah menanti belah, tapi tak pasti, sama ada kem Anwar atau kem Azmin yang terlebih gelabah...

Lantak komer ler, rakyat kasi kuasa untuk tadbir negara bukannya untuk buat seks luar tabie secara bermaharajalela, bulan puasa pulak tu!!!

KPN, Tan Sri Hamid Bador Sahkan Video Semburit Tulin


Terkini dan berita yang baru diterima, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengesahkan video telenovela adalah tulen (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Bagaimanapun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan yang tular sebelum ini...

"Jawapan yang kami terima, mereka kata TULEN"...

"Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video)"...

"Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai"… 

"Perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan"...

"Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara," kata Hamid Bador...

Apa Tujuan Siasatan Polis Sebenarnya?


Kalau ikut pada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pengakuan Haziq dah cukup untuk bawa kes ke mahkamah dan di dakwa bawah seksyen 377 (B) atas kesalahan meliwat (BACA DI SINI)...

Ada asasnya apa yang dikatakan TS Musa, yang buat kesalahan dah tampil mengaku, apa relevannya nak siasat sama ada video tu tulin atau tidak?

Yang penting ialah pengakuan tertuduh dan pemeriksaan doktor ke atas Haziq dan pasangannya...

Tak salah kalau polis nak siasat dan dakwa siapa yang merakam dan mengedarkan video Semburit tu...

Tapi yang sepatutnya menjadi keutamaan ialah 'boboi dan gegurlz' dalam video Semburit tu...

Tapi nampaknya si polis nie sibuk nak siasat siapa dalang, siapa pengarah dan siapa pengedar video Semburit...

Ada tangan ghaib ker yang beri arahan, teman tanyer jer?

Rakyat tak nak tahu siapa pengarah atau pengedar video Semburit tu...

Rakyat nak tahu, betul atau tidak Azmin adalah 'Gegurlz' yang 'diramas' dalam video Semburit tu...

Lagi pun, tak kan 'Boboi' dah mengaku, 'Gegurlz' nak biar 'Boboi' terkapai-kapai sorang...

Betul tak Nyah...😉😉😉

Wednesday, July 17, 2019

Dari Tuan Tanah, Peneroka Felda Jadi Pekerja Estet

|0 comments
Bila Kroni Menjadi Keutamaan, Dr. Mahathir Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Peneroka Felda


7 Julai 2019 yang lalu, peneroka Felda menyambut Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selanchar 3...

Dua tiga hari sebelum sambutan, media pro kerajaan Pakatan war-warkan, kononnya Dr. Mahathir akan mengumumkan satu insentif baru yang akan mengeluarkan peneroka Felda dari kesempitan hidup yang semakun menghimpit mereka sekarang (BACA DI SINI)...

Berpuluh-puluh bas di sewa untuk membawa peneroka Felda dari seluruh negara untuk hadir dalam sambutan Hari Peneroka Felda 2019, ye lah, Dr. Mahathir yang akan datang, dah tu, Dr. Mahathir di katakan akan buat pengumuman yang akan buatkan peneroka Felda di seluruh Malaysia menari nafas lega...

Apa Yang Dr. Mahathir Umumkan?


Peneroka sangka panas sampai ke petang, rupanya sebelum matahari keluar, hujan dah turun mencurah-curah...

Dr. Mahathir umumkan, kerajaan Pakatan bercadang untuk mengambil alih tanah-tanah Felda dan di satukan untuk di jadikan estet...

Estet tersebut akan di serahkan pada syarikat-syarikat tertentu untuk diuruskan dengan lebih baik dari pengurusan yang ada sekarang...

Menurut Dr. Mahathir, beliau merasa cukup simpati kerana dengan pentadbiran yang lemah, pengurusan ladang yang tidak produktif dan keluasan ladang yang kecil, membuatkan pendapatan peneroka tidak dapat menampung perbelanjaan harian mereka...

Jadi, dengan mengambil alih kesemua ladang-ladang Felda dan di letakkan di bawah pentadbiran baru yang lebih profesional, hasil yang lebih baik akan dapat dinikmati oleh semua peneroka Felda...

Apa Tujuan Sebenar Dr. Mahathir?


Dalam satu tulisan yang di siarkan oleh blogger Another Brick In The Wall, keikhlasan Dr. Mahathir adalah sangat-sangat diragui (BACA DI SINI)...

Dari fakta-fakta yang dikemukakan, jelas terdapat agenda yang tersembunyi di sebalik rancangan untuk mengambilalih tanah-tanah ladang milik peneroka Felda...


Penderitaan hidup peneroka Felda bukanlah menjadi keutamaan dalam master plan Dr. Mahathir, malah mengambil kesempatan dari kesempitan adalah matlamat yang menghalalkan cara...

Kenapa Rancangan Dr. Mahathir Mesti Di Tentang


Sebab utamanya ialah, sekiranya rancangan De. Mahathir menjadi kenyataan, secara tidak langsung, peneroka Felda akan menyerahkan hak milik tanah kepada pemilik estet...

Dalam ertikata lain, pegangan tanah tersebut akan secara tidak langsung dimiliki oleh pemilik estet dan peneroka yang menjadi pemilik asal tanah tersebut akan bertukar status menjadi pekerja-pekerja estet di atas tanah mereka sendiri...

Displin kerja akan ditentukan oleh pihak pengurusan estet, pendapatan peneroka akan dibahagikan dan ditentukan oleh pihak estet...

Sekiranya sebelum ini, semua hasil ladang akan dimiliki oleh peneroka sendiri maka selepas ini peneroka akan cuma diberi mengikut kadar peratusan yang akan ditentukan oleh pihak estet...

Segala-galanya akan ditentukan oleh pihak pengurusan estet dan peneroka cuma mampu akur dengan segala syarat dan perjanjian yang telah ditandatangani dengan pihak estet, di mana perjanjian itu sudah pasti akan lebih memihak kepada pihak estet...

Sebab keduanya, penyebab utama kepada pendapatan yang semakin sikit kepada peneroka bukanlah kerana pentadbiran Felda yang lemah atau pengurusan ladang yang tidak produktif...

Penyebab utana kepada penderitaan hidup peneroka sekarang ialah kerana kesalahan dasar-dasar luar negara serta dasar baru kerajaan Pakatan sendiri...

Era pemerintahan kerajaan BN, di bawah pentadbiran Felda sebelum ini dan dengan jumlah ladang serta peneroka yang sama, hasil ladang yang sama, peneroka-peneroka Felda pernah menikmati pendapatan sehingga RM3,000 hingga RM4,500 sebulan...


Persolannya sekarang, di manakah kebenaran dakwaan Dr. Mahathir bahawa kesempitan hidup peneroka adalah kerana amalan perladangan yang tidak produktif, pengurusan ladang yang tidak efektif serta pentadbiran Felda yang tidak efisien?

Diusahakan oleh peneroka Felda yang sama, dengan jenis hasil tanaman yang sama dan di bawah pentadbiran Felda sebelum ini, pendapatan bulanan peneroka jauh lebih tinggi dari apa yang mereka miliki hari ini...

Dan kenapakah bila bertukar kerajaan dan pentadbiran Felda, keadaan menjadi sebaliknya...

Bukannya zaman pemerintahan BN dah berlalu sampai 10 atau 15 tahun, bolehlah kita katakan tanaman komiditi seperti sawit dan getah dah tak relevan lagi...

Satu lagi persoalannya ialah, kenapa pekebun kecil negara jiran seperti Indonesia TIDAK menghadapi masaalah penurunan pendapatan malah mereka membuka ladang-ladang baru kelapa sawit?

Hakikatnya, penurunan harga sawit bukanlah disebabkan penurunan permintaan komoditi sawit dunia tapi adalah kerana penurunan permintaan komoditi sawit terhadap Malaysia saja...

Kenapa?

Kerana dasar luar kerajaan Pakatan yang tidak mesra pada pengimpot utama sawit Malaysia terutamanya China dan India dan ini menyebabkan lambakan komoditi sawit di pasaran tempatan...

Kesempitan hidup peneroka Felda bukanlah disebabkan pengurusan ladang yang tidak produktif atau peneroka Felda malas tetapi adalah kerana kesilapan dan kelemahan pentadbiran tertinggi Felda yang membekukan dana tanaman semula pokok sawit...

Semakin usia pokok meningkat, maka akan semakin berkurangan hasil yabg di keluarkan sedangkan di masa yang sama, kos penyelenggaraan ladang tetap sama...

Sudahlah harga sawit menjunam jatuh, hasil ladang makin berkurangan, kos penyelenggaraan kena tanggung, kos keperluan kehidupan kena disediakan, bantuan tanaman semula dihentikan sepenuhnya, apa yang mampu dilakukan oleh peneroka-peneroka Felda?

Di saat inilah, Dr. Mahathir datang dengan membawa harapan dan janji palsu kepada peneroka Felda...

Serahkan tanah ladang pada taukey estet, hasil pasti akan bertambah...

Sekiranya pasaran baru tidak dicari, pasaran yang sedia semakin menguncup, lambakan komoditi sawit pasti akan menjadi lebih parah dan harga akan jatuh lebih teruk...

Jadi, serahkan ladang pada taukey estet adalah usaha kerajaan Pakatan mengambil kesempatan dari kesempitan...

Sekiranya Dr. Mahathir benar-benar ikhlas dan prihatin terhadap peneroka Felda, teroka pasaran baru, pulihkan hubungan dengan pengimpot utama dan berikan semula pinjaman tanaman semula untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak...

Bukannya memaksa peneroka serahkan tanah ladang yang sudah menjadi milik mereka untuk dijarah oleh puak-puak kroni yang tak pernah kenyang!!!

Tuesday, July 16, 2019

Bahaya Wan Ji Bukan Hanya Hasutan Terhadap Raja Berperlembagaan

|0 comments

Laman blog ini pernah menyiarkan tulisan mengenai pembebasan manusia penunggang ugama, Wan Ji, dari penjara setelah cima sempat menjalani hukuman selama 48 jam sahaja (BACA DI SINI)...

Wan Ji di hukum penjara selama 1 tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan beliau supaya mengkaji balik hukuman penjara selama 9 bulan yang telah di jatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Hasutan sebelum itu...

Bila Wan Ji di penjarakan, ada suara-suara yang membantah dengan mengatakan hukuman yabg di jatuhkan adalah hukuman drakonian...

Lebih menyedihkan, ada di kalangan yang membantah terdiri dari masyarakat dan pemimpin Islam sendiri...

Tanpa meneliti apa yang telah di lakukan oleh Wan Ji, mereka membantah membuta tuli...

Selusuri dan fahamilah kemusnahan akidah yang menanti masyarakat Melayu Islam hasil dari perbuatan dan kenyataan manusia pengkhianat penunggang agama yang bernama Wan Ji!!!

Dikatakan bahawa Wanji pernah berada di Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas, Kelantan...

Kemudian melanjutkan pengajian di Jamiah Faroqiah Karachi, Pakistan...

Walaupun dia pernah mengaku berada di Pondok Lubuk Tapah namun apabila meninggalkan pondok itu dan berada di Karachi Pakistan, dia mula suka dengan 'manhaj wahhabi' dan berpegang dengan banyak fahaman itu berdasarkan pengakuannya sendiri...

Walaubagaimanapun seluruh warga pengajian pondok berlepas diri daripadanya dan penyelewengannya...

Melihat kepada kesesatannya selama ini dan penyelewengannya dalam agama, maka umat Islam bersolidariti menyokong tindakan penangkapannya berdasarkan fakta berikut :


》Memperlekehkan syurga dan nikmat di dalamnya (BACA DI SINI)...

》Mengaku terpengaruh dengan pemikiran wahhabi ketika belajar di Pakistan (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI)...


》Mempertahankan aliran wahhabi dan mendakwa secara dusta dan bohong bahawa aliran ini sebagai aliran Hanabilah yang betul...

》Dia juga mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri mengikut Imam Ahmad bin Hanbal...


Padahal apabila disemak dan dirujuk kepada pendapat ulama ahli sunnah wal jamaah, hakikat adalah sebaliknya bahkan Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikutnya dikira sebagai perosak kepada mazhab Hanbali itu sendiri...


Wanji mendakwa isu perbahasan antara al-Wahhabiyyah dan al-Asyairah dalam isu 'istiwa' adalah hanya isu khilafiyah bahkan mengganggap keyakinan al-Wahhabiyyah yang kata Allah SWT duduk di atas Arasy adalah betul bukan mereka mujassimah kerana mereka setelah sebut Allah SWT duduk di atas Arasy, mereka bawakan ayat al-Quran dalam Surah As- Syura, ayat 11 kononnya itu sebagai mensucikan Allah...

Disini disertakan sebahagian kecil sanggahan terhadap dakwaan bohong tersebut :

(BACA DI SINI)(DI SINI)(DI SINI)(DI SINI)(DI SINI) dan (DI SINI)...

》Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengharamkan dan melarang menyebarkan buku buku penulisannya yang terkandung fahaman yang sesat lagi bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

》Mempertikaikan tindakan pihak berkuasa dalam pengharaman buku yang membawa kesesatan kepada masyarakat sebagai tindakan yang tidak bertamadun....

Antara buku  yang dimaksudkan adalah buku syiah yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan lain-lain (BACA DI SINI)...

》Menyamakan tindakan JAKIM mengharamkan buku adalah seperti tindakan gereja di zaman kegelapan Eropah (BACA DI SINI)...

》Menghina dan memperlekehkan 2 sultan yang agung dalam sejarah Islam...

Pertama adalah Sultan Muhammad al Fatih dan kedua adalah Sultan al Alim Solahudin al Ayyubi...

Kedua-dua sultan dan imam yang besar ini adalah termasuk Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana kenyataan ulama (BACA DI SINI) atau boleh jadi dia tidak bersetuju dengan pendirian al-Hafiz al-Suyuti tentang akidah imam Sultan Solahuddin al-Ayyubi yang dikaitkan dengan al-Asya'irah...

Al-Hafiz Jalalud-Din al-Suyuti (W 911 H) berkata dalam kitabnya al-Wasa’il ila Ma'rifatil-Awa'il (hlm. 15) menyebut tentang Sultan Solahud-Din al-Ayyubi:

فلما ولي صلاح الدين بن أيوب أمر المؤذنين في وقت التسبيح أن يعلنوا العقيدة الأشعرية، فوظف المؤذنين على ذكرها كل ليلة الى وقتنا هذا

"Ketika Sultan Solahud-Din memegang tampuk pemerintahan, baginda memerintahkan para muazzin mengumandangkan akidah al-Asy'ariyyah (rumusan akidah yang dilakukan oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy'ari) pada waktu tasbih (waktu sebelum masuk waktu subuh)"...

"Lalu para muazzin berterusan menyebut akidah tersebut pada setiap malam hingga ke waktu kita ini"...

Iaitu hingga ke waktu al-Imam al-Suyuti yang wafat pada tahun 911 H...

》Menghina Sultan Selangor dan Raja Raja Melayu yang lain serta mempertikaikan kelayakan Sultan sebagai ketua agama...


Bukti rakaman bahawa dia berhasrat menghapuskan pengamalan sistem kesultanan di Malaysia berjaya didedahkan walaupun dia sebelumnya pernah cuba menafikan hal ini...

Terkini Wanji telah ditangkap kembali dan dipenjara selama setahun kerana telah sabit di sisi mahkamah kesalahannya melakukan penghinaan terhadap Raja Raja Melayu di Malaysia berdasarkan fakta yang sah...

Di dalam kertas pertuduhan, beliau didakwa telah mengeluarkan kata-kata begini terhadap Sultan Selangor khasnya dan terhadap Raja Raja Melayu lain umumnya melalui laman Facebooknya pada jam lebih kurang 10.00 pagi 8 November 2012 :

(1) Jenis syaitan tak baca hadis Nabi...
(2) Bahana bodoh agama tapi nak jadi ketua agama...
(3) Perasan bagus, tapi bodoh agama...
(4) Buang je Sultan-Sultan ni...
(5) Perabis duit rakyat...
(6) Si syaitan ni buat projek pembodohan...
(7) Bila orang bodoh, dia akan berkuasa...
(8) Firaun moden...
(9) Nak kaya dalam keadaan bodoh adalah jadi Sultan...
(10) Kalau di Malaysia, yang buat kerja (pembodohan) ni adalah UMNO dan Sultan...

Penghinaannya terhadap Sultan Johor dengan mengatakan ciri ciri adik beradik syaitan ada pada Sultan Johor (BACA DI SINI)...

》Mengenengahkan isu neraka tidak binasa kepada masyarakat dan mendakwa secara dusta ia hanya suatu isu khilafiyyah bukan ijmak...


Seterusnya dia kelihatan lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan kebinasaannya dan mengkritik pendapat yang sebaliknya serta mendakwa azab kepada golongan kuffar akan berakhir seterusnya azab itu bertukar menjadi nikmat kepada kuffar sebagai rahmat daripada Allah (BACA DI SINI)...

》Mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri dan dan pihak berkuasa yang lainnya kerana melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible yang dialih bahasa kepada versi Bahasa Melayu kepada Non Muslim (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Kenyataannya juga dilihat membantah dan  menentang fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan di Malaysia (BACA DI SINI)...


Wanji mendakwa bahawa adalah bidaah yang haram lagi mesti ditinggalkan amalan mengiringi jenazah dengan kenderaan...

Padahal asal pada sesuatu itu adalah harus serta tidak sabit pun dakwaan mengatakan amalan itu hanya berasal dari adat golongan kuffar...

Walaupun sunnah dengan cara mengusung jenazah dan berjalan kaki, namun para ulama tetap mengatakan tidak ada nas mengharamkan perkara tersebut.

Wanji mengakui bahawa tidak menjadi suatu kesalahan mempertikaikan ijtihad ulama mujtahidin dan fatwa fatwa mereka...


Idea ini menurutnya adalah hasil atau kesan pengaruh dari bacaannya terhadap Buku Ahmad Wahib seorang liberal yang terkenal di Indonesia melalui bukunya yang berjudul Pergolakan Pemikiran Islam...

Lebih dahsyat lagi dalam mempromosikan pemikiran liberal Ahmad Wahib ini, Wanji mendakwa bahawa ijtihad perlu dilakukan oleh semua orang termasuk orang awam sendiri kerana ulama ada kemungkinan melakukan kesalahan oleh itu tidak salah menurutnya ijtihad dan pentafsiran al-Quran itu pula jika ia dilakukan oleh orang awam kerana tidak ada siapa pun yang berhak menentukan yang ini salah dan yang itu benar...


Wanji berbohong dengan mengatakan bahawa hukum wanita wajib menutup muka mereka adalah perkara ijmak padahal perkara yang sebetulnya adalah sebaliknya sebagaimana kenyataan ibn Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Kubra  (j.h,199), Syaikul Islam Zakaria al-Ansori dalam Asna al-Matolib (j.3,h.110 dan j.1, h. 176), Syaikh Muhammad al-Ilays al-Maliki dalam Syarah Mukhtasor Khalil (j.,h. 222),al-Nawawi dalam Raudhah al-Tolibin (j.1, h. 283) dan selain mereka...

Dihalang dari berceramah di kebanyakan negeri di Malaysia Selangor, Terengganu dan lain lain (BACA DI SINI)...

Pernah berkali kali ditangkap kerana menyebarkan fahaman sesat, liberal dan fahaman wahhabi yang merosakkan umat Islam (BACA DI SINI)...

Mempertikai pihak berautoriti agama di Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan lain-lain dalam pemberian tauliah dan mempertikaikan pihak terbabit yang tidak memberi kebenaran berceramah kepada Dr. Asri Zainal Abidin dan Dr. Rozaimie Ramli yang terkenal menyebarkan fahaman Wahhabi dan memecah belah masyarakat dengan pendapat pendapat yang menyeleweng (BACA DI SINI)...

Turut dihinanya adalah Mufti di Malaysia selain Sultan dengan mendakwa mereka menghabiskan duit rakyat (BACA DI SINI)...


Wan Ji dalam sebuah rakaman menegaskan boleh hukumnya mengutuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan dan juga isi kandungan khutbah dari jabatan agama secara mutlak semata-mata kerana ada rasa tidak setuju...


Wan Ji dilantik secara rasmi sebagai pegawai penerangan Lim Guang Eng Di Pulau Pinang...

Jelas apa yang di lakukan oleh manusia pengkhianat bernama Wan Ji bukan setakat menghasut rakyat supaya membenci Institusi Raja Raja Melayu yang menjadi tunggak kepada sistem Raja Berpelembagaan tapi lebih dahsyat lagi, Wan Ji mempersendakan nikmat syurga Allah SWT, menghina ulamak-ulamak dan pemimpin Islam yang muktabar, malah Wan Ji dengan angkuh dan sombongnya menipu dan mengeluarkan fatwa-fatwa dan ajaran sesat di kalangan masyarakat Islam di Malaysia...

Apakah kita masih lagi mahu mempertahankan manusia penderhaka dan pengkhianat penunggang agama seperti Wan Ji?

Apakah kita mahu terus bersekutu dengan musuh Allah SWT dan RasulNya?

Semoga Allah menjaga Islam dan  umat Islam di negara ini dari khutoba' as-Suu'.

Monday, July 15, 2019

Maszlee Suka Kasut Hitam, Mat Sabu Pulak Tak Suka Baju Lokap SPRM Warna Oren

|0 comments

Ingat lagi tak, tahun lepas kecoh seantaro Malaysia, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee memperjuangkan kasut hitam untuk budak sekolah...

Kalau pakai kasut hitam, taklah kasut budak-budak sekolah tu nampak kotor sangat kata Dr. Maszlee...

Ramai ibubapa tak setuju, sebab tak nampak kotor, jawabnya sampai dua tiga bulanlah kasut hitam tu tak berbasuh...

Kena yang terlebih rajin, boleh 'extend' sampai hujung tahun tak basuh kasut!!!

Tapi Dr. Maszlee tetap berdegil, nak jugak tukar pada kasut hitam...

Mungkin Dr. Maszlee nak buat satu dasar pendidikan negara yang di namakan dasar kasut hitam!!!

Bang Mat Pulak Tak Suka Baju Oren Rupanya


Bila bos SPRM, Lathefa Koya cakap SPRM tak nak guna baju lokap warna oren, Mat Sabu pun nak bercakap juga...

Mat Sabu cakap, Amanah sebagai parti yang memperjuangkan kerajaan yang bersih dan bebas dari rasuah, rasa malu sebab warna rasmi parti tersebut sama dengan warna baju lokap SPRM...

Mat Sabu juga mahu supaya undang-undang penggunaan baju oren untuk lokap SPRM di ubah aka pinda atau kalau boleh, di mansuhkan...

Bila di tanya persamaan baju oren dengan yang di pakai oleh sami-sami Buddha dan Hindu, Mat Sabu cakap, tu ok, sebab konsep rahmatan lil alamin parti Amanah...🤔🤔🤔

Untuk pengetahuan Bang Mat, bukan SPRM jer yang gunakan baju lokap warna oren, tapi PDRM pun gunakan baju lokap warna oren...

Warna oren dan warna ungu adalah kod warna pakaian lokap kat Malaysia yer Bang Mat yer...

Baju lokap warna ungu di gunakan pada OKT reman yang dalam perbicaraan kecuali OKT tersebut di jamin oleh keluarga dan ada juga kesalahan-kesalahan yang tak di keluarkan jaminan oleh mahkamah seperti kesalahan kes Seksyen 377 KK aka semburit dan Seksyen 376 KK aka rogol sebab di khuatiri mengganggu mangsa dan juga kesalahan yang bawa hukuman mati mandatori macam kes membunuh Seksyen 302 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya...

Baju lokap warna oren pula untuk OKT yang baru di tangkap dan masih dalam proses siasatan polis...

Amalan ini di teruskan oleh SPRM tanpa ada apa peruntukan undang-undang, tak tahulah bos SPRM, Lathefa Koya tahu ker tak perkara nie...

Sepatutnya, sebagai presiden parti politik yang di dakwa memperjuangkan prinsip-prinsip Islam sepenuhnya, Mat Sabu patut lebih rasa malu bila warna rasmi parti Amanah sama dengan warna baju tok sami!!!

Rahmatan Lil Alamin Versi Amanah

Konsep Rahmatan Lil Alamin Yang Di Salah Guna
Oleh Pemimpin Parti AMANAH

Sebagai Menteri Pertahanan merangkap Presiden Amanah, banyak lagi isu-isu negara dan akhlak pemimpin-pemimpin Amanah yang Mat Sabu mesti fokus...

Warna bendera negeri Kelantan sama dengan warna bendera negara Rusia dan China, tapi belum pernah ada sesiapa yang mengaitkan ideologi komunisme pada pentadbiran kerajaan negeri Kelantan...

Warna merah di bendera Kelantan membawa maksud dan pengertian yang berbeza dengan maksud dan pengertian warna merah bendera negara Rusia dan China...

Begitu juga dengan warna oren baju lokap dan warna oren baju Amanah, tiada kaitan dan tak perlu rasa malu, jadi tak perlulah nak suruh atau desak pertukaran kod warna pakaian lokap

Kesimpulannya, adalah sangat jelas lagi bersuluh, parti Amanah tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kukuh, apa yang menjadi keutamaan ialah kosmetik luaran parti Amanah...

Daripada minta di tukar kod warna pakaian lokap, apa kata Abg Mat tukarkan warna rasmi parti Amanah tu pada warna pink...

Barulah terasa rahmat dan nikmat...

Macam kawan Abg Mat kat video klip bawah nie, dah terlebih nikmat gamaknyer...


Nie terlebih rahmat versi manja...

Comeltak...


Nie versi garang...

Ganastak...
fda