Sunday, July 14, 2019

Jika PH, Dah Hukum Penjara Lepas, Siasatan Dan Dakwaan Tak Buat!!!

Penunggang Agama, Wan Ji Pegang Al Quran...
Ada Wuduk Ker?

10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi...

9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu...

9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu...

Apa kesalahan Wan Ji?

Wan Ji Wan Hussin di dakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya kerana menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi tujuh tahun lepas...

Kesalahan itu di lakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012...

Dalam membacakan keputusan penghakiman, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Halim Aman mengatakan :

"Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman sembilan bulan yang di jatuhi oleh Hakim Mahkamah Sesyen kepada penjara bagi tempoh satu tahun dan hukuman itu berkuat kuasa hari ini"...

"Penerbitan kata-kata itu (kata-kata menghasut) adalah satu penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor"...

"Apa yang di terbitkan daripada penerbitan itu bukan sahaja sesuatu yang menghasut malah ia cuba menanam sifat kebencian rakyat terhadap Institusi Raja- Raja"...

"Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-Raja"...

"Walaupun sebagai warganegara kita di beri banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan"...

"Kehidupan kita di rangkumi adab dan tatasusila yang sering amalkan, apatah lagi dalam situasi DYMM Sultan adalah Ketua Agama Islam"...

"Sultan adalah payung negeri, tempat rakyat bernaung di bawahnya"...

Di Mana Prinsip RULE OF LAW Kerajaan Pakatan Bila Mengkritik Keputusan Mahkamah?


Sebaik saja keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam di umumkan, Anwar Ibrahim aka Presiden PKR aka Bakal PM Paling Lama Dalam Dunia dengan pantas menyatakan bantahan dan tidak puas hati...

Kalau kita dengar baik-baik apa yang Anwar cakap, beliau menjunjung prinsip Raja Berpelembagaan tapi dalam masa yang sama, Anwar tak setuju hukuman di kenakan ke atas penderhaka yang menghasut untuk melenyapkan prinsip Raja Berpelembagaan...

Dengan alasan kononnya hukuman yang di jatuhkan adalah di bawah satu peruntukan undang-undang yang rakus dan kejam!!!


Dan sangat-sangat mengejutkan, selepas Anwar berjumpa Dr. Mahathir, Wan Ji yang sudah pun mula menjalani hukuman penjara, di tangguhkan pula hukumannya oleh mahkamah yang sama dan kini bebas berada di luar tanpa sebarang sekatan!!! (BACA DI SINI)...

Yang Rakus Dan Kejam Bukannya Undang-Undang Tapi Kerajaan Pakatan


Hakikatnya, yang rakus dan kejam adalah kerajaan Pakatan dan bukannya undang-undang atau perlembagaan Malaysia...

Sistem pengasingan kuasa TIDAK di laksanakan malah langsung TIDAK di hormati langsung dan kerajaan Pakatan menggunakan Undang-Undang Rimba untuk melindungi kepentingan mereka...

Peguam Negara, sistem kehakiman negara dan pihak berkuasa sama ada di ketuai oleh orang yang akan tunduk dan patuh pada arahan dan kehendak pemimpin Pakatan atau mereka akan di beri tekanan demi tekanan hingga akhirnya terpaksa mengalah dengan arahan dan kehendak pemimpin Pakatan...


》Di manakah keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib Adam? (BACA DI SINI)...


》Sampai sekarang masih tiada penjelasan dari pihak Peguam Negara, mengapa kes rasuah dan salah gunakuasa Lim Guan Eng, tiba-tiba di gugurkan walau pun kes dah berjalan di mahkamah (BACA DI SINI)...


》Sebagaimana Lim Guan Eng, Shafie Apdal juga di di gugurkan dakwaan ke atasnya walau pun dah bedal RM1.5 bilion (BACA DI SINI)...


》Pengampunan Anwar Ibrahim sendiri menimbulkan tandatanya kerana tidak mengikut proses perundangan yang sah (BACA DI SINI)...


》Tiada tindakan di ambil ke atas pegawai khas seorang Timbalan Menteri kerana skodeng seluar dalam seorang pembantu kedai waktu berada di kedai cermin mata, walau pun lapuran polis telah di buat


》Pemimpin DAP MENGUGUT Ketua Polis Daerah (OCPD) Jerantut kerana pihak polis mengambil tindakan terhadap penjual arak tanpa lesen juga tidak di ambil apa-apa tindakan!!! (BACA DI SINI)...


》Ketua Polis Daerah (OCPD) Gombak pula di arahan bertukar serta merta dalam masa 24 jam hanya kerana melakukan serbuan ke atas pusat judi haram (BACA DI SINI)...


》Haziq, pasangan semburit yang mengaitkan Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula hidup dalam keadaan tertekan, sementara Azmin Ali masih lagi tiada apa-apa tindakan di ambil terhadap beliau (BACA DI SINI)...


》Kes ADUN Tronoh merangkap Exco DAP kerajaan negeri Perak merogol amah Indonesia telah di arahkan supaya di berhentikan siasatan oleh Peguam Negara atas alasan tiada saksi yang menyaksikan kejadian rogol tersebut walau pun pemeriksaan doktor mendapati ada DNA (air mani) Exco tersebut di dalam kemaluan mangsa (BACA DI SINI)...

Yang di nyatakan hanyalah sebahagian kecil dari perbuatan manipulasi kerajaan Pakatan ke atas Kedaulatan Undang-Undang negara demi untuk kepentingan pemimpin mereka...

Lakukanlah apa juga kezaliman, penindasan atau penghinaan kepada rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan, malah kepada Raja-Raja Melayu sekali pun, sekiranya yang pelaku itu adalah penyokong apatah lagi pemimpin kerajaan Pakatan, maka TIADA tindakan yang akan di ambil ke atas mereka!!!

Mereka merasakan Malaysia ini milik mereka sekarang maka beraja di mata dan bersultan di hatilah mereka!!!

Jadi persoalan kepada Anwar Ibrahim, siapakah sebenarnya yang rakus dan kejam?

Apakah Undang-Undang Malaysia atau pemimpin kerajaan Pakatan?

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.