Monday, August 5, 2019

Banyak Orang Berdosa Buat Fitnah Dan Membuat Hukuman Berdasarkan Ilmu Dan Maklumat Yang Tak Cukup...

Dr. Mahathir Terbukti Kaki 'Bullshit' Utama Negara


Ramai anak-anak muda Melayu kenal dengan Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Ke 7...

Tapi berapa ramai yang betul-betul kenal dengan sosok tubuh yang sama sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Ke 4 selama 22 tahun dulu?


Ramai masyarakat Melayu terpengaruh dengan watak orang tua Perdana Menteri Ke 7, yang mudah menangis bila bercakap tentang isu yang berkaitan masyarakat Melayu Islam...

Tapi berapa ramai yang betul-betul tahu kehancuran pada masyarakat Melayu Islam yang tela dilakukan oleh sosok tubuh yang sama sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri yang Ke 4 selama 22 tahun...

Kini kuasa dikembalikan pada Dr. Mahathir, baru setahun jagung usia mandat yang diberikan, sejarah lama Perdana Menteri Ke 4 mula diulangi oleh Perdana Menteri Ke 7 dengan lebih agresif kerana beliau menyedari, masa untuk beliau berada di puncak kuasa sangat-sangat terhad!!!

Tuduhan Dan Perbicaraan SRC Ke Atas Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak


Tujuan tuduhan ialah untuk membuktikan DS Najib telah menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...


Perbicaraan setakat ini banyak berpihak kepada DS Najib (BACA DI SINI)...

Pihak pembela telah berjaya membuktikan bahawa bekas Pengurus Ambank Joanna Yu bersama Jho Low dan Nik Faisal telah menyembunyikan banyak transaksi akaun-akaun DS Najib dari pengetahuan beliau disamping menghalang kecurigaan Bank Negara Malaysia...

Fakta ini cuba disembunyikan oleh pihak pendakwa tetapi berjaya dibongkar oleh pihak pembela...

Fakta ini disembunyikan kerana tuduhan kerajaaan PH selama ini adalah bahawa Najib menggunakan Jho Low untuk mencuri wang berkenaan...

Bila pihak pembelaan berjaya buktikan bahawa terdapat komplot menghalang DS Najib dari mendapat maklumat-maklumat penting, kesalahan tidak dapat diletakkan ke atas bahu DS Najib tanpa keraguan yang munasabah...

Di samping itu, jika terbukti pihak pendakwa tahu mengenai maklumat berkenaan tetapi sengaja menyembunyikan dari mahkamah, tindakan berat boleh diambil ke atas pihak pendakwa...

Tuduhan Dan Perbicaraan 1MDB


Tuduhan dan fitnah telah lama dilakukan oleh pihak Pakatan...

Sebelum PRU 14 lagi, isu 1MDB menjadi modal politik utama yang 'WAJIB' disebarkan oleh puak Pakatan...

Bukti telah mencukupilah, jangan biarkan kerajaan yang diterajui oleh DS Najib terus merompak harta rakyatlah, gelaran kerajaan kleptokrasi diperkenalkan kepada rakyat...

Rakyat Malaysia didendangkan bahawa DS Najib telah menggunakan 1MDB untuk 'mencuri' duit rakyat sebanyak RM2.6 bilion...


Dan cerita mengenai hadiah dari Kerajaan Arab Saudi sebanyak RM2.6 bilion hanyalah helah DS Najib untuk mengelirukan rakyat...


Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Zeti Aziz telah bersekongkol dengan penipuan dan fitnah berskala besar itu...

Zeti menyatakan selaku Gabenor Bank Negara ketika itu, beliau TIDAK TAHU adanya transaksi kemasukan duit sebanyak RM2.6 bilion dari Keluarga Di Raja Arab Saudi...

Tujuannya adalah untuk rakyat percaya bahawa duit RM2.6 bilion itu sebenarnya adalah duit 1MDB yang dicuri sebab kalau benar ianya adalah derma dari Keluarga Di Raja Arab Saudi, pasti Zeti sebagai Gabenor Bank Negara ketika itu maklum mengenai kemasukan duit itu...


Tapi Allah SWT Maha Berkuasa, penipuan Zeti dibongkarkan dalam perbicaraan SRC sebelum perbicaraan 1MDB bermula (BACA DI SINI)...


Tapi selepas setahun menipu dan merampas kuasa, perbicaraan pada kes yang dikatakan sudah mempunyai bukti yang kukuh dan mencukupi, belum lagi bermula kerana diminta tangguh oleh pihak pendakwa sendiri (BACA DI SINI)...

Bagaimana pun, beberapa fakta menarik mengenai 1MDB telah terdedah semasa perbicaraan SRC...

Fakta utama ialah bahawa kerajaan Arab Saudi telah menghantar sekurang-sukarangnya dua surat mengesahkan sumbangan terhadap DS Najib...

Keduanya, tular sebelum ini bahawa bayaran dari 1MDB kepada IPIC di Arab Saudi, telah diseleweng kepada satu akaun lain dengan nama yang sama tetapi bukan milik IPIC...

IPIC telah menuntut bayaran tersebut tetapi 1MDB telah memenangi kes ini di mahkamah di London kerana 1MDB telah membuktikan mereka berbuat demikian atas arahan pengurusan tertinggi IPIC...

Gambaran awal yang cuba dibuat oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan pihak-pihak lain sebelum ini ialah, bahawa DS Najib yang mengarahkan penyelewengan ini...

Jika pihak pembela dapat buktikan bahawa Najib tidak tahu dan tidak memberikan sebarang arahan kepada isu tersebut, maka sekali lagi kesalahan tidak boleh diletakkan ke atas bahu DS Najib...

Sesuatu yang menarik mengenai 1MDB, jika pihak pembelaan berjaya membuktikan bahawa wang yang seleweng itu sebenarnya adalah WANG IPIC YANG DIBAYAR OLEH 1MDB KEPADA IPIC MENGIKUT ARAHAN BERTULIS DARI PENGURUSAN TERTINGGI IPIC SENDIRI, maka yang hilang bukanlah wang 1MDB kerana ia hilang SELEPAS dibayar secara sah oleh 1MDB...

Ini dikuatkan dengan penahanan dua eksekutif tertinggi IPIC yang telah dipenjarakan atas kesalahan tersebut...

Bagaimana DS Najib boleh dituduh mencuri wang 1MDB jika sebenarnya 1MDB tidak hilang apa-apa wang?

Kecuali jika pihak pendakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan langsung DS Najib dalam hal ini, kes ini juga 'does not hold water'...

Dan yang paling menarik, apa akan terjadi kepada kapal Equanimity dan wang-wang yang dirampas yang dikatakan diperolehi dari wang 1MDB, sedangkan 1MDB secara teknikal tidak hilang apa-apa wang?

Pihak IPIC pasti akan berusaha mendapatkan kapal Equanimity dan wang-wang tersebut kerana ia milik mereka...

Apa Yang Mungkin Berlaku Selepas Ini


Dalam kes SRC, perkembangan setakat ini banyak berpihak kepada DS Najib (BACA DI SINI)...

Bagaimana pun, jika DS Najib menang kes ini, mereka masih boleh membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi...

Bagaimana pun, tanpa bukti-bukti baru, rayuan tersebut 'does not hold water'...

Manakala kes 1MDB pula kemungkinan terpaksa digugurkan sama sekali kecuali jika pendakwa mempunyai bukti-bukti baru yang mengaitkan DS Najib...

Kesan Pada Politik Negara


Jika DS Najib menang kedua-dua kes tersebut, UMNO (atau BN) boleh memfailkan permohonan mahkamah untuk membatalkan keputusan PRU14 kerana ia telah dimenangi oleh Pakatan Harapan melalui fitnah atau persepsi serong yang dicipta mereka, bagi membolehkan PRU yang baru...

Jika ini gagal dilakukan, Najib boleh menyaman ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang memulakan dan menyebarkan berbagai fitnah dan tuduhan terhadap beliau...

Ramai dari mereka akan hilang kelayakan dari jawatan mereka...

Kesannya sama seperti mengadakan PRU semula...

Kesan yang lebih besar ialah kredibiliti Malaysia di mata dunia akan tercalar teruk...

Dunia akan melihat dan mengesahkan kerajaan Malaysia 'MENGHALALKAN' penggunaan kuasa politik sebagai senjata untuk menzalimi dan membunuh karier politik lawan...

Dunia akan melihat dan mengesahkan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang tidak mengamalkan malah menghormati prinsip pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan...

Semua negara dalam dunia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa, hatta negara yang masih mempunyai institusi monarki dalam pentadbiran mereka...

Cuma Malaysia, satu-satunya negara yang 'memperkosa' prinsip pengasingan kuasa...

Badan Kehakiman dan badan Eksekutif diperkudakan oleh pemimpin politik dengan sesuka hati mereka...

Kredibiliti dan integriti badan Kehakiman serta Eksekutif sudah mati...

Perkara yang sama pernah dilakukan oleh Perdana Menteri Ke 4 pada tahun 1998 dan kini skrip yang sama diulang oleh Perdana Menteri Ke 7...

Rakyat Malaysia yang benar-benar mengenali Perdana Menteri Ke 4, sudah lama hilang keyakinan dan kepercayaan pada beliau dan sekarang rakyat Malaysia generasi X,Y dan Z mula meluat dengan sikap beliau...

Kalau rakyat sendiri dah berpendirian begitu, apakah akan ada kerajaan luar yang masih menaruh keyakinan kepada Perdana Menteri Ke 7?

Sesungguhnya Dr. Mahathir adalah 'The Greatest Malaysia Bullshitter In History'!!!


Kepada yang telah bersubahat memanjangkan fitnah, admin berdoa muga masih ada jalan kembali sebelum kita dijemput Illahi...




Sumber :

Facebook Salahuddin Hisham

0 comments:

fda

Archives