Wednesday, October 25, 2017

Rasmi Mahathir pertahan perasuah, pencuri duit rakyat miskin


Perjuangan Shafie Bukan Untuk Sabah

1.  Apabila parti Warisan Sabah ditubuhkan, kononnya parti itu membawa misi untuk Sabah For Sabahan, atau dengan kata lain memelihara autonomi Sabah.

2.  Jika melihat apa yang Shafie lakukan semasa mempunyai kuasa, jelas sekali berlawanan dengan misi parti yang beliau tubuhkan itu.

3.  Contoh jelas semasa MP Semporna itu menjadi menteri KKLW. Oleh kerana kementerian itu mempunyai dana berbilion untuk Sabah, beliau menubuhkan pejabat-pejabat kementerian itu di seluruh daerah Sabah, kononnya bertujuan untuk mengagihkan, melaksana, memantau projek-projek kementerian tersebut di Sabah. Apa yang musykilnya, pejabat-pejabat sedemikian tidak ditubuhkan di Sarawak.

4.  Selain itu, cara Shafie mengurus dana KKLW untuk rakyat luar bandar Sabah, semacam kerajaan dalam kerajaan. Beliau langsung tidak memberi muka kepada Kerajaan Negeri untuk terlibat dalam sebarang projek yang dibiayai Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW.

5.  Memang Shafie tidak membutirkan bagaimana kekayaan negeri diagihkan, jika parti Warisan Sabah membentuk kerajaan. Persoalan itu sengaja beliau sembunyikan kepada rakyat. Namun selepas SPRM bertindak menyiasat dana RM7.5bilion KKLW daripada tahun 2009-2015, telah menjawab semua persoalan itu. Rupanya, pengagihan kekayaan itu hanya pada saudara mara, kroni dan teman-teman.

6.  Memang dana RM7.5bilion sudah habis dibelanjakan, sebab itu NKRA kementerian itu bukan sahaja 100% akan tetapi 106%, makna kata, ada projek-projek yang dilaksanakan dahulu, sebelum dana itu diluncurkan daripada Kementerian kewangan.

7.  Di atas kertas memang cantik. Namun, malang sekali apabila di telurusi di lapangan, seperti kata peribahasa indah khabar dari rupa.

8.  Rakyat luar bandar Sabah berdekad lamanya menunggu kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan-jalan kampung.

9.  Apabila kerajaan Persekutuan menyahut permintaan rakyat itu sebaik sahaja Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, yang mana 350 projek luar bandar untuk Sabah bakal dilaksanakan yang meliputi 170 projek bekalan air bersih, 163 jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik, alang kah bahagianya rakyat mendengar keputusan itu.

10.  Apa yang malang sekali penantian rakyat itu tidak kunjung tiba. Masalah yang dihadapi rakyat tidak terselesaikan, malah bertambah buruk. Persoalannya, benar kah kerajaan menyahut permintaan rakyat tersebut?  Bagi merungkai keadaan itu, kerajaan negeri terpaksa bertanya semula kepada pucuk pimpinan kerajaan, benar kah dana RM7.5bilion telah diberikan untuk menyelesaikan keperluan rakyat luar bandar?  Jawapan yang diterima, memang kerajaan Persekutuan memberikan dana itu dan disalurkan melalui KKLW.

11.  Jika memang betul, bahawa dana sebesar RM7.5bilion telah disalurkan, kemana wang itu dibelanjakan?  Sebabnya, kumpulan sasar, iaitu rakyat luar bandar di mana projek-projek sepatutnya dilaksanakan saban hari meraung-raung, malah ada yang berdemonstrasi kerana tidak mendapat bekalan air berminggu-minggu.
12.  Melihat kesimpang siuran itu, maka pihak kerajaan terpaksa meminta bantuan daripada SPRM untuk menyiasat, atas sebab, di atas kertas, seperti mana laporan Ketua Audit Negara, tidak menjumpai sebarang salah urus berkaitan dana itu. SOP pemberian projek, SOP kewangan, SOP teknikal telah dipatuhi.

13.  Bukan senang menyiasat projek-projek yang dikendalikan kerajaan, kerana semua proses diikuti sesuai dengan SOP kerajaan.

14.  SPRM memerlukan masa yang panjang, bermula tahun 2014 lagi untuk mengumpul maklumat, apa punca projek-projek yang dikendalikan KKLW di sabah tidak sampai ke kelompok sasar.

15.  Pemantauan, penyiasatan agensi itu akhir memulakan langkah mereka pada Oktober 2016, apabila menyerbu Jabatan Air Sabah. Menerusi serbuhan itu, agensi pembasmi rasuah itu bukan sahaja menangkap beberapa individu, malah berjaya merampas ratusan juta ringgit wang tunai yang disimpan para individu yang ditangkap tersebut.
16.  Setahun kemudian, iaitu pada awal Oktober 2017, gelombang kedua penangkapan para individu yang terlibat dengan dana RM7.5bilion KKLW.  Menerusi gelombang ke-2 itu, nampaknya SPRM telah menyiasat “full circle” apabila semua yang disyaki terlibat termasuk Menteri yang bertanggungjawab telah ditahan reman untuk siasatan.

17.  Melihat kepada profile individu yang ditangkap, rupanya mereka itu terdiri daripada kumpulan individu yang berada dalam “inner circle” Mantan Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal.

18.  Jika rakyat Sabah terperangkap menyokong parti Warisan Sabah, maka rakyat akan menjadi korban, seperti mana terkorbannya rakyat luar bandar Sabah merasai kemudahan asas yang sepetutnya telah disediakan menerusi dana RM7.5bilion KKLW.

FB Emma Harith

0 comments:

fda

Archives