Friday, September 29, 2017

MAS: Madey sanggup dilihat bodoh untuk tutup dosa lama


MAS: Kalau Tidak Tahu, Mahathir Kenalah Tanya

Teruk juga penyakit "tidak tahu" ini. Masa jadi PM, "tidak tahu" duit hilang sampai RM32 billion.

Bila sudah tiada kuasa dan duduk sama dengan DAP, Mahathir jadi "profesor serba tahu" pula.

Tahu macam mana? Mahathir bukan ada di situ pun. Adalah lebih baik Mahathir bertanya dari bercakap "tidak tahu".

Beberapa hari lepas, Mahathir telah membangkitkan persoalan sama ada Malaysia Airlines Berhad (MAS) akan membeli pesawat udara Airbus atau Boeing, atau kedua-duanya dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tertanya-tanya jika kemungkinan pembelian 64 pesawat Boeing dan Airbus itu memang sebahagian daripada rancangan MAS.

"Adakah MAS akan beli Airbus A350-900 atau Boeing 787 Dreamliner atau kedua-duanya? Adakah keputusan membeli 58 Boeing dibuat MAS, atau ia keputusan peribadi Najib (Razak) sebagai habuan peluang bergambar dengan Trump?" demikian tuduh Mahathir dalam blognya.

Ternyata Mahathir tidak senang duduk dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, apatah lagi selepas kejayaan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 12 September lalu.

Menerusi kesempatan yang ada, beliau menjadikan isu pembelian pesawat Boeing dan Airbus itu untuk memburukkan Perdana Menteri.


Bagaimanapun "tembakan rambang" Mahathir itu tidak tepat hinggakan beliau telah disindir oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew, sebagai "tidak tahu" tapi enggan bertanya.

Sedangkan kata Bellew, rundingan antara MAB dengan Boeing bagi tujuan pembelian pesawat itu diadakan berbulan-bulan sebelum lawatan Najib ke Washington DC lagi dan sebab utama syarikat itu perlu membeli pesawat ialah banyak pesawat sedia ada akan mencapai usia di mana tidak lagi sesuai digunakan.

Apatah lagi pemilihan Boeing ini dilakukan kerana ia membuat penawaran yang baik.

"Saya sudah baca semuanya dalam blog, ada juga yang dilaporkan kepada saya. Banyak yang tidak tepat, dan tiada sesiapa pun menghubungi saya atau syarikat ini untuk menyemak semua yang dikatakan itu," kata Bellew.

Sebagai orang korporat, Bellew tidak mahu MAS terjejas hanya kerana tuduhan tidak munasabah yang dibuat oleh Mahathir. Bellew bertanggungjawab terhadap operasi MAS, jadi sudah pasti beliau mengetahui segala-galanya.

Tapi peliknya, bila ada yang tidak tahu tetapi cuba berlagak pandai dengan membuat tuduhan palsu. Bukan semua perkara boleh dipolitikkan dan begitu juga dalam isu pembelian pesawat MAS ini.

Namun pelik juga kerana dalam isu melibatkan MAS ini, Mahathir begitu beria-ia memberikan komen, kenapa ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian lebih RM30 bilion akibat urus niaga pertukaran mata wang asing (Forex) pada awal 90-an, beliau mendiamkan diri dan cakap "tidak tahu".

Sedangkan kerugian itu berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Memang ganjil jika beliau tidak tahu mengenai kerugian itu.

Apa pun tahniah kepada Bellew kerana memberikan penjelasan, sekurang-kurangnya ia menjawab sendiri tuduhan yang dibuat oleh Mahathir kepada Najib.

Tulisan :
Beruang Biru
BB594, Khamis
29 September 2017

------------


MAHATHIR TAK LAYAK KOMEN PSL MAS.

Sesuai Peter Bellew beli kapalterbang baru dan canggih utk kembangkan route and upaya implimentasi strategi "point to point".

Financing pun melalui leasing. Pasal diplomasi Najib, berbanding Madey kaki gaduh, ada pihak sedia biayai.

Mahathir patut usah sibuk psl MAS sbb dia penyebab MAS rugi. BNM rugi forex penyebab rgt jatuh dan forex translation wipeout profit MAS.

Kerajaan terpaksa beli balik MAS dari Tajuddin Ramli sbb asalnya, dia arah beli pd harga melampau dgn buyback option.

Setelah diambilbalik pd 2001, konsultan Binafikir, Azman Mokhtar, yang Madey pilih dan kemudian jadi MD Khazanah,  berterusan gagal pulihkan MAS.

Azman hanya cost cutting yg kecilkan kapasiti. Tiadalah upaya MAS utk kembali untung.


Sementara itu, Madey bantu "bunuh" MAS melalui Air Asia.

Dia arah DRB Hicom jual AA pd Tony Fernandez. Kenapa call sign AK menyerupai initial proksi Madey? Adakah AK biayai Tony?



AA mulakan penerbangan kos rendah yg mana MAS dilarang. DRB Hicom mahu yg sama utk AA tapi ada arahan atas melarang dan suruh jual.

Diamlah Madey. Asal kamu komen mesti nak tutup dosa sendiri.

Sumber FB

2 comments:

  • Anonymous says:
    September 29, 2017 at 5:16:00 PM GMT+8

    Terbongkar satu demi satu...madey madey...

  • Anonymous says:
    September 30, 2017 at 10:42:00 AM GMT+8

    Dosa apa yg tun nak tutup. Mas ni nak beli aircraft ni nak dapat duit tang mana. Mudah sangat soalannya. Tak payah tun ..rakyat pun nak tanya.
    Aku dah pesan berkali dah. Kau tutup jelah blog bahlol kau ni. Kau ni memang terlalu bodoh. Malulah sikit. Satu malaya tau kau bodoh ni bai

fda

Archives