Monday, July 24, 2017

Azmin dicabar Rizal Mansor jawab Selangor-Leaks.com


PM aides dares Azmin to explain payment to non-performing company
https://m.malaysiakini.com/news/389538

UNISEL tak setuju dengan penyelesaian Azmin-MBI
https://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/unisel-tak-setuju-dengan-penyelesaian.html

Selangor-leaks.com dedah dokumen salah laku MBI

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

SHAH ALAM -  Sebuah laman web, selangor-leaks.com mendedahkan beberapa dokumen rahsia mengenai salah laku dilakukan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang didakwa mengarahkan Universiti Selangor (Unisel) membayar tunggakan berjumlah RM77.1 juta kepada sebuah syarikat konsesi asrama, Jana Niaga Sdn. Bhd (JNSB).

Pengeluaran arahan surat rasmi bertarikh bersurat 16 Mei 2016 itu dengan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kepada Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof. Datuk Dr. Mohamed Redzuan Othman.

MBI merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan surat itu, MBI memaklumkan cadangan penyelesaian berkenaan yang dituntut oleh JNSB iaitu sebuah syarikat konsesi yang dilantik untuk membina, penyelenggara dan mengurus penempatan kakitangan serta pelajar universiti itu.

Cadangan itu didakwa telah telah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) yang bermesyuarat pada 27 Julai 2015 dan 21 Mac 2016.

Bagaimanapun, surat arahan itu mencetuskan tanda tanya berikutan berdasarkan rekod Unisel dan MBI sendiri, kontrak Jana Niaga telah pun ditamatkan pada 2011.

Ini berikutan kegagalan syarikat konsesi itu membaik pulih asrama pelajar universiti itu yang berhadapan dengan masalah kerosakan sebelum ini seperti termaktub dalam Perjanjian Konsesi (CA), Perjanjian Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) dan Perjanjian Penyelenggaran (MA).

MBI sebaliknya didakwa bermurah hati membuat bayaran kepada JNSB sebanyak RM10juta melalui perjanjian bersama yang dibuat kedua-dua pihak tanpa membabitkan Unisel.

Ini termasuklah tambahan bayaran RM6 juta lagi pada 24 Julai 2016 kepada syarikat konsesi itu atas nama 'penyelesaian pertikaian' di antara JNSB dan Unisel.

Syaratnya yang dituntut ke atas UNISEL adalah JNSB diteruskan konsesi dan diberi kontrak penyelenggaraan di UNISEL.

Ini berbeza apabila Unisel didakwa telah berjaya mendapatkan penangguhan bayaran kepada JNSB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Disember 2012 disusuli dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2013.

Ekoran daripada keputusan mahkamah itu, Unisel kemudiannya didakwa telah menamatkan kontrak JNSB pada 31 Disember 2015 dan melantik pihak ketiga untuk mengambilalih
tanggungjawab syarikat konsesi itu di bawah CA, O&M dan MA.

Susulan daripada penamatan kontrak itu, jumlah hutang JNSB kepada Unisel didakwa sebanyak RM60,431,515.16 termasuk jumlah pendahuluan RM10 juta yang dibayar oleh MBI pada 24 Februari 2015 di bawah perjanjian penyelesaian di antara MBI dan JNSB.

Namun, berdasarkan laman web itu JNSB didakwa  menafikan hutang tersebut sebaliknya mendakwa Unisel yang masih berhutang dengan syarikat konsesi tersebut sebanyak
RM63,730,356.20 berdasarkan penyata akaun bertarikh 28 Februari 2015.

Sementara itu, Dr. Mohamaed Redzuan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima cadangan daripada MBI membabitkan penyelesaikan pertikaian di antara universiti itu dengan JNSB sebelum ini.

Namun, beliau menegaskan tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara itu kerana pertikaian tersebut telah berlangsung membabitkan tempoh masa yang lama iaitu
sebelum beliau dilantik sebagai Presiden dan Naib Canselor Unisel pada 1 Januari 2016.

"Saya tidak tahu lanjut mengenai penyelesaian hutang itu. Sebaiknya merujuk kepada MBI sendiri," katanya.

KOSMO

0 comments:

fda