|  | 
| SI kedekut yang masih nak cabut gigi RM1, elok cabut semu agigi. Untung!!! | 
Baru-baru ini PM menyebut subsidi bersasar.
PM Mahu Laksanakan Subsidi Bersasar, Elak Ketirisan
http://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/13105-pm-mahu-laksanakan-subsidi-bersasar-elak-ketirisan
Maknanya, tak akan orang kaya atau yang gaji puluh ribu pun nak cabut gigi RM1 sama macam buruh dan drear teksi? Gunalah akal sedikit, DAPster dan Cap Bunga!!!!
Itu disebalik apa yang disebarkan mereka seperti berikut:
CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 MAC 2017Memang ada kenyataan sedemkian dan ia bukan fake news:
a) Cabutan GigiHarga Lama : RM1Harga Baru : RM15b) Cuci GigiHarga Lama : RM 2Harga Baru : RM 55c) TampalanHarga Lama : RM2Harga Baru : RM25Pekeliling berkuatkuasa 1/2/2017
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan
 segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat pemberitahuan 
daripada Bahagian Kewangan bertarikh 26 Januari 2017 rujukan 
(24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha 
(KSU) Bil 4/2017 dan emel Bahagian ini bertarikh 26 Januari 2017 
mengenai perkara di atas.
2.
 Sepertimana sedia maklum, kadar baharu bagi caj perubatan warganegara 
berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 akan berkuatkuasa 
mulai 1 FEBRUARI 2017.
3.
 Walaubagaimanapun, caj yang melibatkan PERGIGIAN adalah ditangguhkan 
pelaksanaannya sehingga 1 MAC 2017. Surat pekeliling KSU mengenai 
pelaksanaan caj pergigian akan dikemukakan kelak. Kerjasama pihak YBhg. 
Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan perkara ini
 kepada semua PTJ di bawah seliaan jabatan YBhg. 
Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan masing-masing. Sebarang pertanyaan mengenai 
perkara ini bolehlah menghubungi Unit Hasil, Bahagian Kewangan, 
Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-8883 2408 / 3063 / 2399 / 
3078.
4. Segala 
kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dalam perkara
 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Sekian, terima kasih.
Murni Rahayu binti Ahmad Anuar
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3068
Faks : 03-8883 4364
Tetapi ada penjelasan dibuat. Namun mereka tetap hebuh:
*KENYATAAN AKHBAR*
*KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA*
CAJ RAWATAN PERGIGIAN DI FASILITI KESIHATAN KERAJAAN MASIH TERUS DIBERI SUBSIDI YANG TINGGI
Kementerian
 Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia 
sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan 
bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, 
termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi kepada pesakit dalam Kelas 3. 
Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit 
warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi 
(Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM 
pada 14 November 2016. Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah 
sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada 
tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima
 perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini. 
KKM
 ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian
 yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos 
rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada
 tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya 
diberikan tanpa subsidi kepada rakyat. Namun begitu, memandangkan 
Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi 
pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan 
perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang 
berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2).
KKM
 ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan 
tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka
 yang berpendapatan rendah. Mereka akan terus menerima tahap penjagaan 
kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti
 yang telah mereka terima sebelum ini.
*DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH*
*KETUA PENGARAH* *KESIHATAN MALAYSIA*
*1 FEBRUARI 2017*
Jika masi tidak faham, harga perkhidmatan baru hanya untuk kelas 1 dan 2. agi kelas ke 3, ia masih kekal. Snapshot 2016 ada beri penjelasan panjang:
Jika marah juga, sila pergi ke klinik gigi swasta. Lepas tu jangan balik ke klinik keajaan ya!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment