Monday, March 9, 2020

Dr. Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat?

|0 comments

Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat?

Sejak Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, perkataan pengkhianat sudah menjadi zikir harian pemimpin Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan telah menuduh Muhyiddin mengkhianati Dr Mahathir kerana merealisasikan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin pula mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau tidak mengkhianati sesiapa tetapi apa yang beliau lakukan adalah untuk mengakhiri kemelut politik bagi mengelakkannya berpanjangan.

Admin tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma dibentangkan fakta untuk pembaca membuat penilaian sendiri :

Dr Mahathir Menuduh Muhyiddin Pengkhianat


Dalam sidang media beliau pada pagi 1 Mac 2020, Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau telah dikhianati oleh Muhyiddin yang kononnya telah merancang lama untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir :

"Saya merasa paling dikhianati oleh Muhyiddin, dia telah lama merancang untuk merampas kuasa dan kini dia telah berjaya." (BACA DI SINI).

Dakwaan ini telah dinafikan oleh Muhyiddin dalam ucapan sulung beliau selaku Perdana Menteri pada malam 2 Mac 2020 bila beliau berkata :

"Saya tahu ada yang marah kepada saya."

"Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat."

"Dengarlah baik-baik."

"Saya bukanlah pengkhianat."

"Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut."

"Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri."

"Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat." (BACA DI SINI).

Di sebalik penafian Muhyiddin, dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat terus dimainkan, malah dengan lebih kerap lagi oleh para penyokong tegar Dr Mahathir, termasuk Kadir Jasin yang menulis pada pagi 4 Mac 2020 :

"Jadi apabila Muhyiddin berkata dia tidak mengkhianati Dr Mahathir, ia hanyalah semantik (antara yang tersurat dengan yang tersirat)."

"Sekali lagi Dr Mahathir telah dikhianati dan diderhakai oleh orang-orang yang dipercayainya." (BACA DI SINI).

Dr Mahathir Meletak Jawatan Atas Kehendak Beliau Sendiri


Untuk menjawab persoalan sama ada Dr Mahathir atau Muhyiddin yang khianat maka perlulah dilihat kepada susur-galur yang menjadi punca kepada kemelut yang berlaku.

Fakta yang ada di hadapan kita ialah Dr Mahathir telah beberapa kali meminta maaf ekoran tindakan beliau menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Yang di-Pertuan Agong pada petang 24 Februari 2020 (BACA DI SINI).

Dalam kenyataan khas beliau kepada rakyat pada petang 26 Februari 2020, Dr Mahathir secara jelas menyebut :

"Izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan dan saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah."

Alasan yang beliau berikan ke atas peletakan jawatan ini diterangkan seperti berikut :

"Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih."

"Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa."

"Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai 'be all and end all' adalah matlamat saya." (BACA DI SINI).

Dalam rakaman ucapan beliau pada pagi 1 Mac 2020, Dr Mahathir juga mengakui :

"Saya memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana saya telah kehilangan sokongan."

"Jadi saya terpaksa meletak jawatan."

"Saya tiada pilihan."

"Saya fikir jika saya meletakkan jawatan ia akan pergi balik kepada Agong."

"Jadi itulah situasinya."

"Jadi saya ingin nyatakan kepada kamu sekali lagi saya mohon maaf." (LIHAT DI SINI).

Alasan yang beliau berikan ke atas peletakan jawatan ini sekali lagi diterangkan oleh Dr Mahathir dalam tulisan beliau pada 3 Mac 2020 seperti berikut :

"Saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya."

"Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri." (BACA DI SINI).

Dapat dilihat jelas daripada semua kenyataan Dr Mahathir ini bahawa keputusan beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah keputusan beliau sendiri.

Walau apa sekalipun alasan beliau, apa yang pasti ialah pihak lain, khususnya Muhyiddin, langsung tidak pernah mempengaruhi apatah lagi memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Selepas Dr Mahathir Letak Jawatan?


Sebaik sahaja Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada petang 24 Februari 2020, Muhyiddin terus mengumumkan keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Februari 2020 yang memutuskan bahawa :

》Semua Ahli Dewan Rakyat dari PPBM telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. (BACA DI SINI).

Begitu juga dengan Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan PAS, serta PH yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN, yang turut menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Begitupun, pada pagi 25 Februari 2020, Dr Mahathir telah memaklumkan, semua pemimpin tertinggi parti-parti politik yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri dalam perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri mengenai hasrat beliau untuk menubuhkan kerajaan perpaduan (BACA DI SINI).

Hasrat Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan ini turut beliau umumkan dalam kenyataan media khas beliau pada petang 26 Februari 2020 :

"Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang."

"Jika dibenarkan, saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti."

"Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan."

"Jika diizin inilah yang akan saya cuba." (BACA DI SINI).

Hasrat Dr Mahathir ini juga beliau akui dalam tulisan beliau pada 3 Mac 2020 :

"Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai kerajaan."

"Orang parti juga akan menyertai kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka." (BACA DI SINI).

Ekoran cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini maka Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan PAS, menarik kembali sokongan mereka terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri (BACA DI SINI).

Begitu juga dengan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan AMANAH, turut menarik kembali sokongan mereka terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri serta mencalonkan pula Anwar Ibrahim ke jawatan itu (BACA DI SINI).

Muhyiddin Akur Keputusa  Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM


Di dalam suasana kelam kabut tatkala kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka satu mesyuarat khas antara semua ahli Dewan Rakyat PPBM telah dilangsungkan pada pagi 28 Februari 2020, dalam mana mesyuarat khas ini telah memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin pula sebagai Perdana Menteri (BACA DI SINI).

Pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli Dewan Rakyat PPBM ini dibuat setelah Dr Mahathir sendiri memberi izin kepadanya sehari sebelum itu.

Dalam sidang media pada pagi 27 Februari 2020 itu, Tun Dr Mahathir menyebut :

"Ada beberapa kemungkinan yang kami bincangkan, termasuk kemungkinan Muhyiddin akan menjadi calon."

"Jika semua orang memilih beliau, saya ok."

"Ya, sebagai Perdana Menteri."

"Jika beliau menang, beliau pergi ke Parlimen dan beliau diberikan majoriti penuh maka beliau berhak untuk menjadi Perdana Menteri dan Agong boleh melantik beliau."

"Beliau boleh mengangkat sumpah dan beliau boleh membentuk kabinet beliau."

"Siapa sahaja yang menang saya akan terima lantikan sebagai Perdana Menteri." (BACA DI SINI.)

Dalam kenyataan media pada pagi 29 Februari 2020 pula, Dr Mahathir mengesahkan bahawa beliau memberi kebebasan kepada semua Ahli Dewan Rakyat untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri :

"Saya meninggalkan mesyuarat awal untuk membolehkan satu perbahasan terbuka antara ahli-ahli Dewan Rakyat PPBM untuk memilih sesiapa sahaja yang sesuai bagi jawatan Perdana Menteri." (BACA DI SINI).

Pada masa yang sama, dalam kenyataan media pada pagi 29 Februari 2020 ini juga, Dr Mahathir secara tiba-tiba mengumumkan :

"Pagi ini saya telah bermesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Harapan."

"Saya sekarang yakin bahawa saya mempunyai nombor yang mencukupi untuk mendapat sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat."

"Oleh itu saya bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri." (BACA DI SINI).

Persoalan sama ada Dr Mahathir atau Muhyiddin yang khianat boleh diselesaikan dengan kembali kepada keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Februari 2020.

Apakah dia keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Februari 2020 ini?

Keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM ini adalah seperti yang dinyatakan melalui kenyataan media Muhyiddin selaku Presiden PPBM pada pada petang 24 Februari 2020, iaitu :

"Pimpinan Tertinggi PPBM dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan."(BACA DI SINI).

Keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM ini juga turut disahkan oleh Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya, yang mengumumkan kepada media selepas satu lagi mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada malam 24 Februari 2020 berbunyi :

"Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga kita telah bersetuju untuk keluar daripada Pakatan Harapan, inilah keputusan parti dan kita akur dengan keputusan parti." (BACA DI SINI).

Keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM ini malah diakui oleh Dr Mahathir sendiri dalam sidang media beliau pada pagi 1 Mac 2020 dalam mana beliau berkata :

"Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, di sebalik rayuan saya supaya tidak membuat satu keputusan, tetapi akhirnya PPBMZ buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan." (LIHAT DI SINI).

Keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM ini juga diakui oleh Kadir Jasin yang menulis pada pagi 4 Mac 2020 begini :

"Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang bersidang pada hari Ahad 23 Februari lalu, seolah-olah dirasuk syaitan kerana bertubi-tubi mengasak Dr Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik PPBM keluar daripada Pakatan Harapan dan menyertai UMNO dan PAS."

"Ahli MPT yang bercakap mempertahankan Dr Mahathir adalah minoriti." (BACA DI SINI).

Oleh itu, berdasarkan segala keterangan ini maka jelaslah bahawa Dr Mahathir, dan bukan  Muhyiddin, yang khianat kepada keputusan parti.

Dakwaan bahawa Muhyiddin yang khianat adalah bertentangan dengan semua fakta yang ada.

Malah, Dr Mahathir dalam sidang media di Yayasan Al-Bukhary pada pagi 1 Mac 2020 mengakui bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada majoriti ahli-ahli PPBM bila beliau menyebut :

"Terpulang kepada parti untuk sama ada bermesyuarat dan memecat saya sebagai pengerusi, yang berkemungkinan untuk berlaku kerana majoriti ahli-ahli PPBM menolak saya sebagai pengerusi mereka."

"Mereka tentunya boleh bermesyuarat dan memecat saya." (LIHAT DI SINI).

Kepada mereka yang masih mahu berselindung di balik Dr Mahathir, tidakkah kamu merasa sedih dengan semua hinaan yang dilemparkan kepada beliau dari Pakatan Harapan, termasuklah 'nyanyuk' dan 'sakit jiwa' sewaktu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dr Mahathir diserang dari segenap sudut oleh berbagai pihak ketika itu sehingga Dr Mahathir tidak boleh berkata apa-apa walau sepatah perkataan.

Syed Saddiq kecut telor bila disergah oleh DAP ketika itu.

Yang mempertahankan Dr Mahathir hanyalah Muhyiddin dan Azmin.

Siapakah pengkhianat yang sebenar?

Adakah Muhyiddin atau orang yang selama ini rapat dengan Dr. Mahathir seperti Syed Saddiq, Marzuki atau pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri?

Siapa pun yang mengkhianati Dr Mahathir, itu bukan masaalah tapi yang pasti ia tiada kaitan dengan pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional.



Kredit :

Fb Dr Kamarul Yusuff

Sunday, March 8, 2020

Jelajah Harapan Menjadi Medan Menabur Fitnah Oleh PH, Pemimpin Muafakat Nasional Tidak Boleh Berdiam Diri

|0 comments

Sejak Pakatan Harapan tumbang di Putrjaya, ramai pemimpin-pemimpin utama mereka hilang arah.

Berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menutup kesilapan percaturan mereka sendiri.

Pengkhianat, demokrasi sudah mati, malah Khalid Samad, antara pemimpin Pakatan Harapan bermulut longkang, secara lantang mengkritik dan mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh SPB YDP Agong.

Jentera Fitnah Pakatan Harapan Mula Di Gerakkan Seluruh Negara


Rakyat Malaysia tahu, kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14 bukanlah disebabkan oleh kekuatan mereka sendiri tetapi kerana kekuatan dan keberkesanan jentera fitnah mereka yang bertaburan ke segenap pelusuk tanah air.

DS Najib dan UMNO menjadi sasaran utama fitnah Pakatan Harapan.

Sttategi Pakatan Harapan ketika itu mudah.

Cipta persepsi watak kezaliman Kerajaan Barisan Nasional yang menindas rakyat dengan mengenakan GST pada kadar 6% dan selepas dapat meyakinkan rakyat dengan persepsi yang mereka cipta, bakar lagi kemarahan rakyat dengan cerita kononnya duit kutipan GST itu disalahgunakan oleh pemimpin Barisan Nasional untuk kepentingan peribadi dengan bermewah-mewah dan bukannya untuk dikembalikan kepada rakyat.

Untuk meyakinkan rakyat, maka dicipta fitnah tentang 'pink diamond', dicipta fitnah tentang DS Najib mencuri duit RM2.6 bilion dan lain-lain.

Akhirnya terlaksanalah strategi 'Bumi Hangus', hingga kredibiliti Barisan Nasional, terutamanya UMNO tercalar teruk dan amat sukar dipulihkan ketika itu.


Sekarang jentera fitnah Pakatan Harapan dikerahkan sekali lagi ke seluruh negara.

Rakyat akan dihidangkan pula dengan fitnah baru mereka.

UMNO dan PAS akan menjadi watak wajib sasaran fitnah mereka kali ini.

Muhyiddin dan Azmin akan menjadi tambahan kepada watak sasaran fitnah yang akan mereka hidangkan.

Kalau sebelum PRU 14, kerajaan kleprokrasi menjadi tajuk utama fitnah Pakatan Harapan, kali ini pengkhianatan akan menjadi tajuk utama.


Api fitnah sudah dinyalakan oleh pakar fitnah Pakatan Harapan seperti Dr. Mahathir, Khalid Samad, Lim Guan Eng, Mujahid.


Maka pencacai-pencacai yang mempunyai kepentingan peribadi, seperti Marina Mahathir, Siti Kasim, Ambiga, Suara Rakyat dan Bersih mula dikerah untuk menyalak di jalanan supaya menimbulkan rasa ingin tahu oleh rakyat Malaysia yang berada di luar ibukota untuk mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku.

Ini akan menimbulkan perasaan ingin tahu yang lebih tinggi di kalangan rakyat seluruh negara dan fitnah akan tersebar dengan lebih luas dan pantas.


Dengan memek muka ala-ala orang yang teraniaya, diceritakan bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan tidak mungkin akan tumbang kalau tidak ada pengkhianatan.

Pasti juga akan diceritakan, malah sudah diceritakan kepada rakyat, penurunan harga minyak, kenaikan ringgit, kenaikan indeks Bursa Malaysia, kenaikan harga sawit ekoran pembatalan duti impot sawit oleh Kerajaan India, sebenarnya adalah hasil 'usaha dan kerja keras' Pakatan Harapan selama memerintah tetapi tidak sempat diumumkan kerana pengkhianatan yang berlaku.

Akan disampaikan juga, kalau Pakatan Harapan masih berkuasa, banyak lagi menafaat yang akan diterima.

Apa menafaatnya, Dr. Mahathir dah bagi gambaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang syok sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri Interim.


22 bulan Pakatan Harapan berkuasa, mereka tidak sempat umumkan kejayaan mereka tetapi 2 hari mereka kehilangan kuasa, tiba-tiba mereka ada 'all the time in the world' untuk ceritakan segala-galanya.

Rakyat Malaysia jangan mengulangi kesilapan yang sama.

Jangan terlalu mengikut emosi hingga mudah terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang akan dihidangkan.

Ingat, bersubahat membantu menyebarkan fitnah, sama dosa dan azabnya dengan pihak yang menabur fitnah dan dosa serta azab fitnah adalah lebih besar dari membunuh!!!

Yang meruntuhkan Pakatan Harapan, ialah Dr. Mahathir sendiri (BACA DI SINI).

Yang menyebabkan Dr. Mahathir meruntuhkan Pakatan Harapan ialah sikap pemimpin Pakatan Harapan sendiri, jadi kenapa pula UMNO dan PAS hendak disalahkan?

Yang melantik Perdana Menteri ke 8 ialah SPB YDP Agong dan baginda membuat keputusan dengan penuh cermat dan tertib, jadi kenapa pula hendak disalahkan UMNO dan PAS?

Kepada pemimpin Muafakat Nasional, kepada netizen pro Muafakat Nasional, kita mesti berkerjasama dan pantas menangkis fitnah Pakatan Harapan.

Jangan ambil sikap, rakyat akan menilai, seperti PRU 14 dahulu.

Ingat pesan Saidina Ali karamallah hu wajha :

"Kebatilan yang terancang pasti akan memusnahkan kebenaran yang tiada perancangan".

Saturday, March 7, 2020

Pendakwaan Politik Oleh Regim Dr. Mahathir Kerana Dendam Kepada Musuh Politik

|0 comments

Dr. Mahathir memang terkenal dengan nama jolokan Mahazalim dan Mahafiraun.

Matlamat menghalalkan cara, kuasa sebagai pemudah cara, itulah prinsip dan pegangan Dr. Mahathir sebagai seorang ahli politik.

Budaya ugut menjadi darah daging dan seni politik Dr. Mahathir.

Musuh politik akan dimusnahkan dengan begitu kejam dengan menggunakan kuasa yang beliau ada.

PDRM, SPRM, Peguam Negara dan Mahkamah adalah medan melaksana dan melempiaskan dendam serta kemaraha Dr. Mahathir kepada musuh politik beliau.

Seiring dengan dakwaan kes mahkamah yang sebenarnya bermotifkan politik dan jauh menyimpang dari prinsip 'Rule of Law', Dr. Mahathir akan menjatuhkan hukuman dengan memberi signal hukuman yang hendak beliau laksanakan sebelum proses keadilan tamat di mahkamah.

Tahukah kita, kenapa beberapa orang pemimpin utama UMNO didakwa di mahkamah?

DS Najib Razak (SRC Dan 1MDB)


Tuduhan :

Pecah amanah dan salah guna kuasa RM42 Billion dan RM2.6 Billion.

Sebab Sebenar :

Semuanya kerana tidak menurut kehendak Dr. Mahathir dan tidak sokong Mukhriz dalam pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO serta tidak setuju desakan letak jawatan oleh Dr. Mahathir sebelum PRU 14 (BACA DI SINI).

DS Ahmad Zahid Hamidi (Pecah Amanah Yayasan Sendiri)


Tuduhan :

Pecah amanah Yayasan Akal Budi (Yayasan milik sendiri) dan rasuah.

Sebab Sebenar :

Kerana Zahid Hamidi tidak setuju desakan Dr. Mahathir agar bubar UMNO dan bawa ahli UMNO masuk PPBM (BACA DI SINI).

Dr. Mahathir juga amat marah kerana Zahid Hamidi banyak pertahan Najib Razak semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Rasuah RM2 juta)


Tuduhan :

Kesalahan rasuah bernilai RM2 juta dari Syarikat Pekan Nenas Sdn. Bhd (BACA DI SINI).

Sebab Sebenar :

Tiga kali tolak pelawaan Dr. Mahathir agar keluar parti dan masuk PPBM.

Dr. Mahathir perlukan Ku Nan untuk bantu perkuat PPBM seperti Ku Nan buat semasa jadi Setiausaha Kerja UMNO.

Azeez Rahim (Rasuah Tapi Bukan Tabung Haji)


Tuduhan :

Pelbagai kesalahan rasuah tetapi tidak ada satu pun berkaitan dengan Tabung Haji seperti yang digembar-gemburkan (BACA DI SINI).

Sebab Sebenar :

Kerana Dr. Mahathir marah bila Azeez menjadi orang tengah ketika Dr. Mahathir umumkan tarik balik sokongan terhadap DS Najib.

Azeez juga banyak terlibat dalam gerakan lawan Dr. Mahathir semasa PRU 14.

TS Shahrir Samad (Kes Terima Duit 1MDB)


Tuduhan :

Menerima RM1 juta dari DS Najib dan wang itu didakwa dari 1MDB.

Beliau juga didakwa kerana gagal mengisytiharkannya kepada LHDN (BACA DI SINI).

Sebab Sebenar :

Dr. Mahathir memang telah lama berdendam dengan Shahrir kerana beliau adalah individu paling lantang menentang Mahathirisme sejak 1988.

DS Ahmad Maslan (Kes Terima Duit 1MDB)


Tuduhan :

Gagal mengisytihar duit RM2 juta yang diterima dari DS Najib dan disyaki duit tersebut adalah dari 1MDB (BACA DI SINI).

Sebab Sebenar :

Kerana Mat Maslan adalah individu yang kuat mempertahankan DS Najib dan 1MDB.

Dr. Mahathir anti sesiapa saja yang pertahankan DS Najib.

Semua dakwaan ini adalah kerana tak ikut atau menentang kehendak Dr. Mahathir.

Maka diarahkan Ketua Polis Negara, Hamid Badur, mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdul dan Latheefa Koya serta mantan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk 'mencipta kes' ke atas mereka.

Mereka semua adalah lantikan politik Dr. Mahathir dengan 'misi khas'.

Yang benar-benar ada kes tetapi sudah lompat ke parti PPBM, maka Dr. Mahathir telah 'mensucikan' mereka.

Jadi tidak hairan bila Dr. Mahathir jatuh, maka seorang demi seorang yang selama ini menjadi baruah Dr. Mahathir seperti Tommy Thomas dan Latheefa Koya meletakkan jawatan!!!




Sumber :

Fb GEGAR Rakyat

Friday, March 6, 2020

Keikhlasan PPBM Dalam Perikatan Nasional Menjadi Tandatanya

|0 comments

Mengejutkan!!!

Tembelang ADUN Paya Rumput, Mohd. Rafiq Naizamohideen, dari PPBM pecah bila cuba lobi TYT Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob, untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke 12 (BACA DI SINI).


Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi, bertemu TYT Melaka pada 4 Mac 2020 untuk menyerahkan cadangan nama untuk dipilih oleh TYT Melaka sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu (DI SINI).

Sebagai parti yang memiliki ADUN paling ramai dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), Presiden UMNO memang selayaknya diberi mandat untuk berjumpa TYT Melaka untuk membincangkan siapa yang akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka.

Di saat Zahid bertemu dengan TYT Melaka, Perikatan Nasional mempunyai 17 sokongan ADUN berbanding Pakatan Harapan yang cuma ada 11 sokongan dari ADUN Melaka.

Pecahan awal sokongan ADUN Melaka kepada Perikatan Nasional ialah 13 ADUN Barisan Nasional, 2 ADUN dari PPBM, 1 ADUN dari DAP dan 1 ADUN dari PKR.


Mengejutkan bila secara tiba-tiba surat jemputan ke Majlis Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Majlis Angkat Sumpah Jawatan Mohd. Rafiq sebagai Ketua Menteri Melaka ke 12 dikatakan telah disebarkan melalui Page Facebook Melaka Daily.

Namun melalui carian admin di Page Facebook, tidak terdapat hantaran tersebut di Page Facebook Melaka Daily.

Admin cuba menghubungi pihak Melaka Daily melalui WhatsApp namun gagal.

Tidak pasti sama ada hantaran tersebut telah dipadam oleh admin Page Facebook Melaka Daily atau info grafik tersebut telah diedit oleh pihak tertentu.


Melalui grup WhatsApp, seorang rakan telah mengirimkan versi asal surat jemputan Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka.


Namun gerakan melobi TYT Melaka yang dilakukan oleh ADUN Paya Rumput untuk melantik beliau sebagai Ketua Menteri Melaka ke 12 adalah benar dan ekoran itu, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Raof telah mengumumkan, gabungan ADUN UMNO, PKR dan DAP telah menarik balik kerjasama dengan 2 ADUN PPBM tersebut.

Persoalan yang timbul, tidak mungkin Mohd. Rafiq boleh dan berani bertindak bersendirian tanpa mendapat nasihat atau arahan dari PPBM pusat kerana PPBM cuma mempunyai 2 ADUN di negeri Melaka.

Siapakah yang menguasai PPBM pusat?

Apakah TS Muhyiddin atau Dr. Mahathir?

Sekiranya Muhyiddin yang menguasai PPBM pusat seperti yang beliau dakwa, mengapakah beliau merestui tindakan Mohd. Rafiq, sedangkan di peringkat pusat, PPBM menagih sokongan Muafakat Nasional untuk beliau menjadi Perdana Menteri?

Sekiranya Dr. Mahathir masih lagi menguasai PPBM pusat, apakah Muhyiddin masih lagi dibawah kawalan Dr. Mahathir walau pun sudah menjadi Perdana Menteri?

Cabaran besar menanti kerajaan Muhyiddin tetapi PPBM masih lagi terus berpolitik dengan bermatlamatkan kuasa.

Dengan perkembangan terkini, Muafakat Nasional mesti berhati-hati, jangan sampai dipatuk ular yang sama buat kali kedua.

Kajian semula hendaklah dilakukan ke atas kerjasama yang rapuh ini.

Bagaimana mungkin pentadbiran negeri boleh berjalan lancar sekiranya hubungan Muafakat Nasional di peringkat pusat diteruskan tetapi hubungan kerajaan negeri dengan PPBM diputuskan seperti yang berlaku di Melaka dan Kedah?

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, March 5, 2020

DAP Boleh Di Tumbangkan Di Pulau Pinang, Tapi Bagaimana Caranya?

|0 comments
Cuma Perlukan 49,000 Pengundi Baru Melayu Untuk Tumbangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang 


Selagi kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak ditumbangkan, selagi itulah penindasan kepada orang Melayu tidak akan berhenti.

Boleh dikatakan anak muda Pulau Pinang telah putus harapan dan terus mempercayai bahawa DAP tidak akan kalah di Pulau Pinang.

Sebenarnya DAP boleh dikalahkan di Pulau Pinang sekiranya anak muda Melayu bersatu di Pulau Pinang.

Tidak perlu melakukan demonstrasi setiap hari cukup sekadar mendaftar menjadi pengundi di beberapa kawasan berikut yang akan disebut nanti.

Sebelum itu bagi memudahkan anak muda memahami strategi untuk mengalahkan DAP di Pulau Pinang dan sekaligus menghapuskan penindasan kerajaan Cina DAP terhadap orang Melayu, seharusnya anak muda mengetahui sedikit sebanyak latar belakang politik di Pulau Pinang.

Secara umumnya Ketua Menteri Pulau Pinang diketuai oleh Cina DAP sejak 2008.

Dari tarikh tersebut terdapat berpuluh buah kampung Melayu yang telah dihapuskan oleh Cina DAP bertujuan mengurangkan penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Sebenarnya banyak lagi penindasan DAP ke atas orang Melayu Pulau Pinang.

Tetapi kita fokus mencari jalan supaya DAP Pulau Pinang dapat ditumbangkan.

Anak muda Melayu di Pulau Pinang mesti bersatu supaya kita dapat menawan semula Pulau Mutiara daripada DAP.

Tiada yang mustahil jika anak muda Melayu bersatu.

Secara umumnya Pulau Pinang mempunyai 40 DUN yang mana 18 DUN adalah majoriti Cina dan kawasan ini dimenangi oleh DAP.

Baki lagi 22 DUN, 3 dimenangi oleh UMNO dan PAS manakala terdapat 12 kawasan lagi sepatutnya dimenangi sama ada oleh UMNO atau PAS jika satu lawan satu dengan PH.

Manakala 7 kawasan lagi yang mempunyai majoriti Melayu 30% dan ke atas.

15 DUN yang boleh dimenangi oleh UMNO atau PAS tidak perlu sangat diberi perhatian oleh anak muda.

Anak muda Melayu Pulau Pinang atau anak muda Melayu dari Kedah yang bekerja di Pulau Pinang boleh memberi tumpuan dengan mendaftar jadi pengundi di 7 DUN tersebut :

Machang Bubuk (N14)


Bukit Tengah (N17)


Tanjung Bunga N(22)


Datok Keramat (N29)


Sungai Pinang (N30)


Batu Uban (N35)


Pantai Jerejak (N36)



Dalam infografik di atas, selain melihat peratus undi Melayu di setiap DUN, cuba perhatikan pertambahan peratusan pengundi Cina dan India, malah ada pula pertambahan pengundi lain-lain bangsa.

Ironinya, peratusan pengundi Melayu berkurangan sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang selepas PRU 12 pada tahun 2008.

Inilah strategi halus dan licik DAP dalam menguasai kerajaan Pulau Pinang.

Kampung Melayu dimusnahkan, orang Melayu dihalau keluar dari kampung halaman sendiri supaya peratusan pengundi Melayu menurun.

Kita perlu lakukan lebih dari demonstrasi, menyatakan kemarahan di sosial media untuk menawan kembali Pulau Pinang.

7 DUN tersebut jika anak muda Melayu berjaya mendaftarkan sebagai pengundi dengan mengajak sanak saudara, ipar duai, anak Pulau Pinang yang bekerja di Kuala Lumpur atau sebagainya dengan pertambahan seramai 7,000 pengundi baru di setiap 7 DUN tersebut maka Pulau Pinang pada PRU15 atau PRU16 akan diperintah oleh Melayu Islam iaitu UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional..

Jika anak muda Melayu merasa simpati terhadap orang Melayu yang ditindas oleh DAP di Pulau Pinang, maka bertindaklah dari sekarang.

Janganlah hanya menyuarakan rasa marah di dalam sosial media tetapi tiada tindakan dan getakan yang sistematik untuk membela nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Benar, hantaran di sosial media boleh menimbulkan kesedaran dan kemarahan rakyat serta memberi tekanan kepada DAP dari bertindak sewenang-wenangnya, tetapi ia tidak akan mengubah jumlah undi di peti undi ketika pilihanraya.

Anda umpama gajah yang diikat kaki padahal anda mampu memutuskan tali tersebut.

Disebabkan mental anda telah dimomokkan bahawa Pulau Pinang tidak boleh dikuasai oleh orang Melayu Islam maka anda terus mengalah.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat mewarisi darah pahlawan, pedagang dan pelaut yang hebat.

Andalah anak muda Melayu yang mewarisi darah tersebut.

Jika anda tidak bersatu dan tidak bertindak dari sekarang maka Pulau Pinang bakal menjadi Singapura kedua sampai bila-bila.


Rujukan :

Fb Mohammad Apandi
https://undi.info/

Wednesday, March 4, 2020

Perletakan Jawatan Tidak Akan Memadamkan Dosa Tommy Thomas

|0 comments

Sedang negara dilanda kemelut politik, Tommy Thomas secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Peguam Negara (BACA DI SINI).

Tommy Thomas tidak memberikan sebarang alasan mengapa beliau secara tiba-tiba meletakkan jawatan sedangkan kontrak beliau hanya akan tamat pada Jun 2020.

Tommy Thomas Menjadi Peguam Negara Yang Paling Banyak Mencabul Kedaulatan Undang Undang


Sebagai Peguam Negara, tugas dan tanggungjawab Tommy Thomas adalah untuk memastikan Kedaulatan Undang Undang di Malaysia dilaksanakan sepenuhnya  namun beliau telah bertindak sebaliknya

epanjang menjawat jawatan Peguam Negara, Tommy Thomas kerap menyalahgunakan kuasa beliau untuk meruntuhkan institusi perundangan negara.

Berikut beberapa keputusan Tommy Thomas yang bertentangan dengan Kedaulatan Undang Undang :

Kes Mahkamah Yang Di Tarik Balik

1) Hassan Karim (Pasir Gudang)
2) Thomas Su Keong Siong (Kampar)
3) R Sivarasa (Sg. Buloh)
4) N Surendran (ex Padang Serai)
5) Syarul Ema Rena Abu Samah (Ratu Naga)
6) Zulkiflee Anwar Haque (Zunar)
7) Sim Tze Tzin (Bayan Baru)
8) Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
9) Mandeep Singh (BERSIH)
10) Eric Paulsen (Peguam pro PH)
11) S Arutchelvan (PSM)
12) Datuk Tamrin Ghafar (pro PH)

Mereka telah didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Perhimpunan Aman, namun oleh kerana mereka adalah penyokong tegar Pakatan Harapan atau ahli politik DAP, maka Tommy Thomas telah membatalkan kes mereka yang sedang berjalan di mahkamah (BACA DI SINI), (DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).

Kes Hina Raja Raja Melayu



1) Khalid Mohd. Ismath

Pada 9 Oktober 2015, Khalid didakwa memuat naik 3 komen berasingan yang mengandungi perkataan menghasut dan menghina Sultan Johor di Facebook berkaitan solidariti bagi peguam, Kamal Hisham Jaa’far.


Namun oleh kerana Khalid ialah seorang aktivis yang pro Pakatan Harapan, maka Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya kes ditarik balik (BACA DI SINI).


Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa



1) Lim Guan Eng dan Phang Li Koon

2) Mohd. Shafie Apdal

Kes banglo terlajak murah Lim Guan Eng dan Phang Li Koon adalah kes yang menjadi keutamaan Tommy Thomas untuk digugurkan setelah dilantik sebagai Peguam Negara, walau pun ketika itu kes sudah berjalan di mahkamah dan beberapa saksi pendakwaan sudah dipanggil 


Sebabnya mudah, untuk bersihkan nama Lim Guan Eng dan memberi laluan kepada Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan supaya Lim Guan Eng dan DAP dapat menjarah harta negara seperti yang telah mereka lakukan selama 22 bulan berkuasa (BACA DI SINI).




Begitu juga dengan kes rasuah dan salahguna kuasa Mohd Shafie Apdal ketika beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang melibatkan penyelewengan bernilai RM1.5 bilion (BACA DI SINI).

Kes Sokongan Terhadap Pengganas LTTE



1) G. Saminathan (ADUN dan EXCO Melaka)
2) P. Gunasekaran (ADUN Seremban Jaya)

2 orang ADUN dari Melaka dan Seremban Jaya adalah antara 12 individu yang didakwa kerana memberikan sokongan kepada pengganas LTTE.

Namun dengan alasan yang tidak munasabah, Tommy Thomas telah menarik balik pertuduhan ke atas mereka, walau pun pihak PDRM telah melengkapkan siasatan serta menyertakan bukti yang kukuh atas pendakwaan mereka (BACA DI SINI).

Apa yang telah dilakukan oleh Tommy Thomas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Konsep Kedaulatan Undang Undang dinyatakan dengan jelas dalam Rukun Negara.

Tiada siapa yang boleh terlepas sekiranys mencabul undang undang negara, apa lagi seorang Peguam Negara.

Tiada siapa berada di atas undang undang.

Perletakan jawatan sebagai Peguam Negara tidak akan membersihkan kesalahan yang telah beliau lakukan!!!

Tuesday, March 3, 2020

Tugas Berat Menanti Pemimpin Dan Penyokong Muafakat Nasional

|0 comments

In Sya Allah, pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional akan mengetuai pejabat kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya bila kabinet baru dibentuk oleh Perdana Menteri ke 8, TS Muhyiddin Yassin.

Di sebalik kegembiraan pemimpin dan penyokong Muafakat Nasional, sebenarnya ada tugas yang sangat berat sedang menunggu kita

Almarhum guru admin pernah berpesan, kesusahan dan kesenangan dalam kehidulan manusia adalah ujian dari Allah SWT.

Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua untuk menyingkirkan DAP dan pemimpin-pemimpin yang bersekutu dengan DAP dan sekarang Allah SWT menguji kita dengan kuasa.

Perkongsian Kuasa Yang Di Pimpin Oleh Kawan Yang Pernah Menjadi Lawan


PPBM ditubuhkan oleh Dr. Mahathir atas kehendak DAP dan matlamat utama PPBM ditubuhkan adalah untuk membunuh UMNO (BACA DI SINI).

Kini, pemimpin Muafakat Nasional yang akan menganggotai kabinet yang baharu akan diketuai oleh pemimpin utama parti yang menjadi seteru utama UMNO dan pemimpin yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Bukanlah maksud admin UMNO sudah melakukan kesilapan dengan bersetuju memberikan sokongan pada Muhyiddin Yassin, tak salah bersama-sama PPBM sekiranya itu baik untuk ugama, bangsa dan tanah air, cuma kemesraan dan kepercayaan pada kawan yang membantu kita di waktu susah pasti berbeza dengan lawan yang bersama kita di waktu senang.

Tapi kalau kedua-dua pihak ikhlas memberi dan menerima, apa salahnya bergandingan dan berjalan bersama.

Harapan Rakyat Dan Serangan Dari Pembangkang


Bila Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, kebanyakan rakyat bersyukur dan gembira.

Di sebalik kegembiraan rakyat, ada harapan yang cukup tinggi dari rakyat pada barisan kabinet baru terutamanya pemimpin Muafakat Nasional.

Rakyat akan melihat dan menunggu apakah pemimpin Muafakat Nasional mampu selesaikan masaalah ekonomi yang semakin hari semakin menghimpit kehidupan seharian rakyat, apakah Kedaulatan Undang Undang dan Keluhuran Perlembagaan benar-benar dapat ditegakkan dan bukan sekadar polemik politik untuk meraih populariti.

Bagi masyarakat bukan Melayu, mereka ternanti-nanti, apakah kerajaan baharu benar-benar tidak membuat dasar yang menindas mereka seperti yang diwar-warkan sebelum ini?

Masyarakat Islam sudah pasti tertunggu-tunggu siasatan yang telus terhadap semua aset-aset Melayu Bumiputera di Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dijual secara besar-besaran oleh PAN dan DAP dan diwaktu yang sama, pembangkang pasti akan spin siasatan yang diambil itu sebagai tindakan yang bersifat membalas dendam dan bukannya untuk menegakkan Rule Of Law.

Kita berharap barisan kabinet baharu yang akan dibentuk adalah terdiri dari menteri yang benar-benar berkelayakan kerana setiap kegagalan kabinet baharu, pasti akan membuka ruang untuk musuh melakukan serangan terutamanya kepada UMNO.

Pemimpin Muafakat Nasional Terutamanya Pemimpin UMNO Mesti Mengubah Sikap


Antara beberapa faktor utama yang menyebabkan UMNO tumbang dalam PRU 14 ialah sikap angkuh dan sombong pemimpin UMNO kepada rakyat.

Ini diakui oleh pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li (BACA DI SINI).

Sikap sombong yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO di khalayak ramai seperti berjalan dengan meletakkan tangan dibelakang, tidak mahu turun padang untuk bertemu rakyat, berucap dengan nada angkuh adalah sikap yang menimbulkan kebencian rakyat kepada pemimpin UMNO yang akhirnya menyebabkan rakyat menolak UMNO ketika PRU 14.


Antara faktor yang membuatkan populariti DS Najib melonjak walau pun sebelum PRU 14 beliau dikecam hebat ialah sikap santai dan mesra rakyat beliau.

Rakyat merasakan begitu dekat dengan beliau, rakyat merasakan tiada tembok penghalang antara beliau dengan rakyat.


Cuba kita lihat, mengapa DS Muhamad Hassan atau Tok Mat Hassan begitu disenangi oleh rakyat malah oleh kawan dan lawan beliau?

Cara bercakap beliau yang bersahaja dengan nada rendah tetapi penuh informasi membuatkan rakyat merasa sangat selesa.

Inilah sikap yang mesti ada kepada setiap pemimpin UMNO sekarang.

Pepatah Melayu ada mengatakan, takkan hilang bisanya ular yang menyusur akar.


Faktor lain yang juga sangat penting yang telah menyebabkan kejatuhan UMNO di PRU 14 ialah rakyat tidak mendapat penjelasan yang betul terhadap fitnah yang dilemparkan pihak lawan kepada pemimpin UMNO dari barisan kepimpinan UMNO sendiri.

Sosial media adalah medium yang sangat penting untuk dimenafaatkan oleh pemimpin UMNO.

Ia adalah medium yang paling berkesan untuk memberikan apa-apa penjelasan kepada rakyat.

Penjelasan yang dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi UMNO mestilah berbeza penyampaiannya dengan hujahan yang dibuat oleh cytro UMNO.

Penjelasan dari kepimpinan tertinggi UMNO mestilah bersertakan fakta dan penerangan yang jelas dan ianya mesti dilakukan dengan sekerap mungkin.


Mengapa DS Najib, Datuk Ahmad Maslan semakin diterima oleh rakyat?

Antara faktornya ialah hantaran-hantaran mereka yang ringkas tetapi padat dan disertakan fakta yang mudah difahami secara kerap dan konsisten setiap hari.

Sikap inilah yang tidak ada pada kebanyakan pemimpin utama UMNO.

Kita mempunyai puluhan pemimpin yang menjadi Majlis Kerja Tertinggi UMNO, tidak termasuk barisan Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Ketua Wanita, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO.

Berapa peratuskah di antara mereka yang aktif memberi penjelasan dan mengemaskini maklumat hal ehwal semasa kepada rakyat?

Cuba fikirkan, sekiranya setiap dari mereka memenafaatkan sepenuhnya media sosial, berapa banyak hantaran yang menjelaskan keadaan yang sebenar ke atas isu-isu terkini dapat dihantar kepada rakyat?


Kekosongan ruang yang ditinggalkan oleh pemimpin UMNO telah dimenafaatkan sepenuhnya oleh Pakatan Harapan dan rakyat kita tinggalkan dengan mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja.

Akhirnya rakyat terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan.

Benar, UMNO mempunyai Biro Penerangan, UMNO mempunyai cytro yang pro kepada UMNO tetapi dalam isu-isu besar, rakyat mahu penjelasan dari pemimpin tertinggi.

UMNO perlu menutup segala ruang untuk pihak lawan menabur fitnah.


Contoh yang terbaik ialah DS Najib keluarkan kenyataan, walau Pakatan Harapan sudah tumbang, beliau akan terus menegakkan keadilan di mahkamah (BACA DI SINI).

Ini disusuli dengan kenyataan Setiausaha Agong UMNO, TS Annuar Musa, yang mengatakan jangan diganggu proses keadilan yang sedang berjalan di mahkamah walau pun Pakatan Harapan sudah tumbang (BACA DI SINI).

Kenyataan awal begini akan menutup terus ruang fitnah dari pihak lawan.

Rumusannya, pemimpin Muafakat Nasional terutamanya UMNO mesti mengubah sikap.

Jadilah pemimpin yang inklusif bukannya pemimpin yang eksklusif, jangan gunakan kuasa yang ada sebagai wadah untuk membalas dendam tetapi gunakan kuasa yang ada untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat, buangkan sikap sombong dan angkuh.

Kalau ini dapat dilakukan, admin yakin, rakyat pasti akan sentiasa berada bersama-sama UMNO di waktu susah dan senang.

Monday, March 2, 2020

Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan TS Muhyiddin Sebagai PM Ke 8?

|0 comments

1 Mac 2020, di Istana Negara berlangsung Istiadat Kurnia Suratcara Perlantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin swbagai Perdana Menteri ke 8.

DYMM SPB YDP Agong Ke XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah perkenan hadir ke istiadat tersebut.

Dengan terlaksananya istiadat tersebut, maka dengan rasminya Muhyiddin telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8.

SPB YDP Agong Membuat Keputusan Setelah Memberikan Pertimbangan Yang Cukup Teliti


Sepatutnya  semua pihak mesti taat dan patuh pada keputusan yang telah dibuat oleh SPB YDP Agong.

Lebih-lebih lagi bila melihat cara baginda membuat keputusan, jelas menunjukkan baginda tidak membuat keputusan dengan terburu-buru.

Bermula dengan perjumpaan empat mata kesemua 221 (kecuali Dr. Mahathir) bersama baginda, kemudian baginda memanggil Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu dan diakhiri dengan perjumpaan kesemua pemimpin parti politik yang mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat (BACA DI SINI).

Barulah SPB YDP Agong membuat keputusan bertepatan dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Apakah Perlantikan Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Ke 8 Akan Mengakhiri Kemelut Politik Tanah Air


Sepatutnya begitu, tetapi masaalah terbesar pada dunia politik di Malaysia ialah kebanyakan pemimpin utama parti politik terlalu banyak berpolitik demi untuk mengekal dan mendapatkan kuasa dengan apa cara sekali pun.

Matlamat menghalalkan cara, ibarat selepas rumah siap, pahat masih berbunyi.

Walau pun keputusan telah SPB YDP Agong buat namun masih ada pihak yang masih lagi melakukan tindakan seolah mencabar keputusan SPB YDP Agong.

Pihak yang menyokong Dr. Mahathir mendakwa mereka mempunyai 114 sokongan dari Ahli Parlimen yang mencadangkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 8.

Persoalannya sekarang, mengapa sewaktu SPB YDP Agong memanggil semua ketua parti politik, perkara itu tidak dipersembahkan kepada baginda?


Mengapa selepas pertemuan dengan SPB YDP Agong baru perkara tersebut berbangkit?

Alasan yang diberikan adalah kesuntukan masa.

Kemelut politik telah berlarutan selama satu minggu, apakah tidak cukup masa untuk mengumpulkan sokongan?

Itulah bezanya antara Raja dengan ahli politik.

Keutamaan SPB YDP Agong ialah untuk menyelesaikan kemelut politik secepat mungkin.

Kerisauan SPB YDP Agong ialah kemelut politik tersebut telah menggugat kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat dan ianya mesti diselesaikan secepat mungkin tetapi keutamaan ahli politik ialah kuasa tanpa memperdulikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat!!!


Dr. Mahathir tidak berpuas hati kerana permintaan beliau untuk mengadap SPB YDP Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan Ahli Parlimen telah ditolak (BACA DI SINI).

Sebagai ahli politik veteran, sepatutnya Dr. Mahathir tidak memohon mengadap SPB YDP Agong selepas keputusan telah baginda muktamadkan.

Apakah Dr. Mahathir fikir, keputusan istana adalah keputusan terburu-buru seperti yang dilakukan oleh ahli politik, pagi cakap lain, tengahari cakap lain dan malam cakap lain?

Keputusan SPB YDP Agong menolak permintaan Dr. Mahathir mengadap adalah satu keputusan yang tepat dan bijak.

Sekiranya SPB YDP Agong melayan kerenah Dr. Mahathir, bagaimana kalau selepas itu datang lagi satu pihak pula mendakwa mereka juga mempunyai sokongan yang cukup dari Ahli Parlimen? (BACA DI SINI).

Sampai bila krisis politik ini akan berakhir sedangkan makin lama krisis ini berpanjangan, keadaan negara semakin tidak stabil dan rakyat semakin resah?

Kalau pun betul seperti apa yang didakwa oleh kumpulan yang menyokong Dr. Mahathir, gunakan cara yang betul dan beradab!!!

Apabila parlimen bersidang, lakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, sekiranya undi tidak percaya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan SPB YDP Agong untuk bubarkan parlimen dan pilihanraya umum boleh diadakan.

Sebagaimana yang admin katakan, sepatutnya kemelut politik ini tamat selepas SPB YDP Agong memuktamadkan keputusan baginda tetapi sikap tamak dan rakus kepada kuasa segelintir pemimpin politik akan memanjangkan lagi kemelut politik tanah air.

Titik noktah kepada kemelut politik ini nampakya masih jauh dan dalam masa yang sama rakyat makin resah dengan ketidaktentuan yang sedang berlaku sekarang.

Sunday, March 1, 2020

Tahniah TS Muhyiddin Yassin, Neither Dr. Mahathir Nor Anwar, Yang Paling Penting Tanpa DAP Dalam Kerajaan

|0 comments


Akhirnya Istana Negara menamatkan keresahan rakyat Malaysia yang berlarutan selama satu mjnggu akibat dilanda krisis politik negara di peringkat pusat.


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ostana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Di Raja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan SPB YDP Agong telah memperkenankan perlantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 setelah SPB YDP berpuas hati dan pada hemat baginda, Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat.

Ianya adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) (BACA DI SINI) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI).

Cabaran Besar Menanti Kerajaan Baharu Di Bawah Pimpinan TS Muhyiddin Yassin


Sewaktu menjawab soalan wartawan, Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyudin memberitahu jumlah Ahli Parlimen yang beri sokongan pada Muhyiddin ialah 114 orang dan ini bermakna kerajaan yang akan dibentuk ialah kerajaan yang mendapat sokongan majoriti.

Namun majoriti yang diperolehi adalah majoriti yang sangat rapuh dan diharapkan tidak ada lagi usaha pancing memancing atau Ahli Parlimen yang menjadi katak.

Cabaran besar menanti kerajaan yang baharu dibentuk.

Malaysia perlukan dasar dan halatuju ekonomi yang jelas untuk membangunkan semula kemusnahan ekonomi yang sangat mengerikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan melalui mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Keyakinan pelabur asing mesti dipulihkan dengan seberapa segera supaya terus dapat merangsang ekonomi negara.

Hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Arab Saudi, China, Amerika Syarikat dan negar jiran mesti segera dipulihkan akibat telah dirosakkan oleh Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke 7.

Masalah-masalah domestik seperti himpitan kos sara hidup rakyat yang tinggi, kadar pengangguran yang tinggi, ketegangan hubungan antara kaum mesti ditangani segera oleh kerajaan baharu kerana ianya telah dimusnahkan oleh regim Pakatan Harapan di era pemerintahan mereka.

Upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 akan diadakan di Istana Negara pada 1 Mac 2020 (hari ini) pukul 10.30 pagi dan selepas itu, baharulah Muhyiddin boleh membentuk kabinet Kerajaan Malaysia.

Rakyat Malaysia berharap, Muhyiddin akan melantik menteri kabinet bukan sahaja berdasarkan komposisi parti yang membentuk gabungan yang baharu ini tetapi yang penting ialah kemampuan bakal menteri itu secara individu.

Apa pun, admin mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke 8, semuga ada sinar baru untuk rakyat Malaysia selepas ini.
fda