Tuesday, March 31, 2020

Politik Negeri Sembilan Bergolak, Kedudukan MB Makin Tergugat


Semalam satu perjumpaan bersama majoriti Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Negeri Sembilan telah diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Ampang.

Turut serta di dalam perjumpaan tersebut adalah SUPOL YB Zuraidah, Nor Hizwan Ahmad yang bertindak sebagai 'coordinator'.

Dengar cerita Chegu Bard pun turut sama.

Desas-desus bertiup kencang bahawa PKR Negeri Sembilan telah menolak kepimpinan Aminuddin.

Bagaimana Aminuddin menjaga ahli-ahli PKR Negeri Sembilan?

Sampaikan ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Aminuddin sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan!!!

Nampaknya apa yang selama ini diperkatakan tentang Aminuddin adalah benar belaka.

Aminuddin adalah seorang pemimpin yang tidak mendapat sokongan majoriti ahli PKR Negeri Sembilan.


Sebab itu ketika sesi Pemilihan Ketua Cabang yang lalu, Aminuddin tidak bertanding di Cabang Seremban kerana sudah sedia maklum akan kalah teruk.

Kini kekuatan Aminuddin boleh dikatakan hanya berpaut kepada sokongan ADUN DAP.

Kredibiliti Aminuddin juga turut dipertikaikan oleh beberapa ADUN Pakatan Harapan.

Gelaran Menteri Besar yang lemah dan lemau memang sinonim dengan Aminuddin sejak awal pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar.

Bagaimana seorang yang tidak diterima oleh majoriti ahli parti boleh menjadi seorang Menteri Besar?

Mungkin ada tangan ghaib yang mencaturkan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Khabarnya jawatan Aminuddin sebagai Menteri Besar dijaga oleh seseorang bertaraf VVIP.

Polemik ekoran perubahan kerajaan telah memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri-negeri.

Malah Negeri Sembilan juga tidak terkecuali dari terkena tempias badai tersebut.

Sejak kerajaan pusat bertukar paksi, ramai ADUN Pakatan Harapan telah isytihar keluar Pakatan Harapan dan menjadi wakil rakyat BEBAS serta menyokong kepimpinan kerajaan baharu.

Adakah perkara yang sama akan turut berlaku di Negeri Sembilan?

Tutup Kelemahan Dengan Memfitnah Tok Mat Hasan


Satu mesej fitnah telah disebarkan oleh Pakatan Harapan Negeri Sembilan berkenaan YB DSU Haji Mohamad Haji Hasan (Tok Mat), Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang dikatakan mengatur pembentukan kerajaan baharu Negeri Sembilan.

Mesej fitnah tersebut telah disebarkan oleh Mohamad Ja'afari Bin Badiaddin@Rosli.


Satu laporan polis berkaitan perkara tersebut telah dibuat oleh KP Bahagian Seremban, Saudara Zool Amali.

Geng sendiri yang buat onar tapi Tok Mat yang kau fitnah.

Begitulah kotor dan jijiknya permainan politik Pakatan Harapan baik diperingkat pusat, mahu pun diperingkat negeri.

Seperti biasa, sasaran utama Pakatan Harapan ialah pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional.

Maka tidak menghairankan, kalau Allah SWT cuma mengizinkan Pakatan Harapan perintah Malaysia cuma setengah penggal dan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang sebelum Covid-19 menjadi semakin parah.

Cuba bayangkan, dengan sikap suka berpolitik, suka memfitnah pihak lawan dan tidak memperdulikan nasib rakyat, apa akan jadi kepada negara dan rakyat sekarang ini sekiranya Allah SWT masih membenarkan Pakatan Harapan memerintah.

Maha Suci dan Maha Bijaksana Allah SWT.




Kredit :

Fb Fairus Ahmad

Monday, March 30, 2020

Muslihat Sebenar PH Desak Pakej Rangsangan Ekonomi Di Bahaskan Di Parlimen


Sejak Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dinamakan Skim Prihatin Nasional berjumlah RM250 bilion, pemimpin Pakatan Harapan mendesak supaya diadakan sidang Parlimen tergempar kononnya untuk Pakej Rangsangan Ekonomi itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Alasan yang diberikan Pakatan Harapan ialah jumlah dana yang begitu besar, mestilah mendapat kelulusan dari Parlimen dahulu sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Berikut antara pemimpin Pakatan Harapan yang keluarkan kenyataan :


Anwar Ibrahim mahu supaya Skim Prihatin Nasional dibahaskan untuk diperincikan supaya ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan tidak berlaku ketirisan (BACA DI SINI).


Lim Kit Siang pula memberikan alasan Malaysia ialah negara demokratik dan setiap perbelanjaan dari khazanah negara mesti mendapat pandangan dan kelulusan dari Ahli Parlimen sebelum boleh dilakukan (BACA DI SINI).

Persoalannya, bukan sahaja Malaysia, malah hampir seluruh dunia berada dalam kecemasan akibat dari wabak Covid-19, jadi apakah kerajaan perlu mengadakan sidang parlimen khas untuk Ahli Parlimen bahas dan luluskan pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan?

Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara Eropah telah pin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat mereka dan merangsang ekonomi domestik mereka ketika pasca wabak Covid-19 bagi mengelakkan terjebak dalam kemelesetan ekonomi tanpa perlu mendapatkan kelulusan dari parlimen atau pun ahli senat (BACA DI SINI).

Kenapa?

Kerana sama ada kerajaan atau pun pihak pembangkang mereka sedar, dalam keadaan kecemasan seperti sekarang, rakyat dan negara perlu diberi keutamaan dan bukannya terus bermain politik.

Ini berbeza dengan sikap pembangkang yang ada di Malaysia.

Bukanlah tujuan sebenar mereka mahu Sidang Khas Parlimen diadakan untuk membahaskan Pakej Rangsangan Ekonomi atau mendaulatkan amalan demokrasi di Malaysia.

Tetapi tujuan utama mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang (BACA DI SINI).

Benar, Lim Kit Siang kata perkara lain seperti isu menukar Speaker Dewan Rakyat, usul undi tidak percaya tidak boleh dimasukkan dalam perbahasan Sidang Khas Parlimen tersebut.

Tetapi sekiranya, Pakej Rangsangan Ekonomi tidak mendapat sokongan majoriti, maka dengan secara tidak langsung, Pakatan Harapan dapat membuktikan bahawa Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ini dengan sendirinya akan membawa kepada usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Apa akan berlaku seterusnya?


Maka proses perletakan jawatan Dr. Mahathir sehingga perlantikan Perdana Menteri baru akan berulang sekali lagi dan campurtangan SPB YDP Agong akan sekali lagi diperlukan.

Apa akan terjadi kepada Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan?

Dengan sendirinya ia akan terbatal.

Siapa yang akan menjadi mangsa?

Sudah terang lagi bersuluh, sudah pasti rakyat yang kini memang berada dalam kesusahan dan baru mahu menarik nafas lega, akan menjadi lebih susah kerana bantuan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Tapi sekiranya Pakej Rangsangan Ekonomi itu diluluskan, apa akan jadi pada Pakatan Harapan?

Mereka tidak rugi apa-apa kerana sekarang ini mereka sememangnya pembangkang tetapi sekurang-kurangnya mereka telah mencuba untuk menumbangkan kerajaan dan yang akan terkesan ialah rakyat kerana bantuan akan memakan masa yang lebih panjang sebelum sampai ke tangan rakyat.


Itulah wajah sebenar Pakatan Harapan.

Mereka tidak peduli dengan kesusahan rakyat, mereka tidak peduli berapa ramai telah dijangkiti dan mungkin akan dijangkiti, mereka tidak peduli dengan angka kematian Covid-19 yang semakin meningkat.

Yang mereka peduli ialah mahu berkuasa kembali di Putrajaya, walau pun bayarannya ialah penderitaan rakyat!!!

Sunday, March 29, 2020

Lepas Beratus Bilion Harta Petronas PH Jarah, Sekarang Nak Mainkan Watak Hero Rakyat!!!


Rakyat perlu didahulukan dalam malapetaka Covid-19 dengan mendapatkan segala sumber kewangan yang boleh.

Memang betul, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan tujuan ahli politik berpolitik ialah untuk membantu rakyat disamping membangunkan negara.

Akan tetapi, bunyinya jelek apabila ia disuarakan oleh pemimpin Pakatan Harapan :

Anwar Ibrahim :


"Gunalah rizab besar (negara) yang ada."

"Sama ada rizab kerajaan atau Petronas untuk menyelamatkan rakyat dalam keadaan sekarang." (LIHAT VIDEO DI SINI).

Lim Kit Siang :


"Saya setuju dengan dengan Anwar, gunakan rizab negara atau sumbangan Petronas." (BACA DI SINI).

Kenapa ianya menjijikkan bila Pakatan Harapan sebut tentang rizab Petronas?

Ini sebabnya :


》Kerajaan Barisan Nasional di bawah DS Najib Razak tinggalkan rizab kekayaan Petronas yang besar.

Kedudukan tunai bersih Kumpulan Petronas dalam pengumuman hasil kewangan pada suku kedua 2018 (sehingga 30 Jun 2018) ialah RM180 bilion (termasuk dana pelaburan).

》Selepas Pakatan Harapan ambil alih selama 19 bulan, kedudukan tunai bersih Petronas pada 31 Disember 2019 cuma tinggal RM81.6 bilion!!!

》Pada 18 Mac 2020 lalu, Bernama melaporkan, tunai bersih Petronas hanya berjumlah RM73 bilion (BACA DI SINI).

Berapa jumlah tunai bersih Petronas dijarah regim Pakatan Harapan kalau ikut laporan ini?

Lebih RM100 bilion!!!


》Berapa banyak pula duit Petronas di rompak oleh Kerajaan Pakatan Harapan melalui bayaran dividen tahunan dan dividen 'khas'?

Tahun 2018 : RM26 bilion

Tahun 2019 : RM24 bilion + RM30 bilion (dividen khas) (BACA DI SINI).

Pendapatan Petronas pada 2019 menyusut, tetapi terpaksa mengeluarkan dividen khas untuk kerajaan Pakatan Harapan (BACA DI SINI), (DI SINI - M/S 8) dan (DI SINI).

》Pada akhir 2017, kebergantungan negara terhadap pendapatan hasil minyak ialah 12.7%.

Tetapi pada 2019, Pakatan Harapan naikkan sehingga 33% (LIHAT VIDEO DI SINI).

》Pada Disember 2019, RM6 bilion pegangan saham dalam Petronas dalam 3 anak syarikatnya telah dijual :

- Petronas Dagangan Bhd
- Petronas Gas Bhd
- MISC (perkapalan)


Bloomberg lapor, ini merupakan antara penjualan saham terbesar di Malaysia (BACA DI SINI).

》Beberapa hari selepas itu, kerajaan Pakatan Harapan mahu jual lagi secara besar-besaran saham Petronas (secara IPO).

Anak syarikat mana yang terlibat?

- Petronas Carigali dengan nilai RM689.5 billion hingga RM980.9 billion, seperti laporan The Edge Markets (BACA DI SINI).

》Dulu, sebelum Pakatan Harapan jarah kekayaan Petronas, mereka tuduh Kerajaan Barisan Nasional dan DS Najib rompak harta negara.

Malaysia akan bankrap dan macam-macam.

》Kini, selepas Pakatan Harapan melahap kekayaan Petronas, mereka desak pula kerajaan sekarang supaya guna rizab Petronas.

Mungkin Pakatan Harapan memang berhasrat hendak jahanamkan terus Petronas.

Agenda yang tidak sempat mereka lakukan.

》Pakatan Harapan mahu dipandang sebagai hero dalam malapetaka Covid-19 ini.


Namun untuk pengetahuan, sebelum mereka sebut tentang Petronas, RM20 juta terlebih dahulu telah disumbangkan Petronas kepada hospital berupa ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE) (BACA DI SINI).

Cuma yang belum menyumbang ialah kroni-kroni Dr. Mahathir, kroni-kroni DAP yang menjadi 'instant billionair' selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.

Di mana mereka?

Kalau benar Pakatan Harapan ambil kesah dan prihatin kepada kesusahan rakyat sekarang, kenapa mereka tidak mendesak kroni mereka untuk tampil hulurkan bantuan?




Kredit :

Fb Korek Korek

Saturday, March 28, 2020

Terima Kasih PM, Terima Kasih Perikatan Nasional, Lega Kiah


Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang menelan belanja RM250 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia ketika wabak Covid-19 masih lagi mengganas di Malaysia (BACA DI SINI).

Rata-rata rakyat bersyukur dan menarik nafas lega dengan pengumuman Muhyiddin.

Seperti yang dijanjikan oleh Muhyiddin sebelum ini, Pakej Rangsangan Ekonomi yang sekali ini akan lebih menyeluruh dan tiada seorang atau mana-mana golongan yang tidak mendapat menafaat.

Bila Perdana Menteri mengunumkan satu Pakej Rangsangan Ekonomi segera yang menelan perbelanjaan RM250 bilion tanpa meminjam dari mana-mana negara luar, jelas bagi kita, kedudukan kewangan negara masih kukuh dan tidak seperti yang dikatakan oleh Pakatan Harapan bahawa Malaysia sudah hampir bankrap di bawah pentadbiran DS Najib Razak.

Tentu kita masih ingat lagi Dr. Mahathir juga pernah mengumumkan kerajaan bersedia untuk membelanjakan RM2 trilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Interim dahulu (BACA DI SINI).

Terbukti sudah keadaan kewangan dan ekonomi negara sewaktu ditinggalkan Barisan Nasional sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat baik dan sekali gus menangkis fitnah Pakatan Harapan.

Ianya juga sekali gus menjawab segala kritikan Pakatan Harapan bahawa kerajaan sekarang tidak membantu rakyat malah membebankan rakyat dengan menyuruh rakyat mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP.

Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Perdana Menteri Umumkan :


》Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Bayaran pertamanakan dibuat pada bulan April 2020 sebanyak RM1,000 dan bakinya RM600 akan dibuat pada bulan Mei 2020.

》Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

》Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

》Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.

》Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020

》Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara kerajaan juga pada bulan April 2020

》Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.

Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

》Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

》Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

》Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

》TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat :

- Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan.

- Diskaun 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt.

- Diskaun 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt.

》Internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.

Itu cuma sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah Perdana Menteri umumkan semalam.

Untuk ucapan penuh Perdana Menteri, (BACA DI SINI).


Terbukti kerajaan sekarang ialah kerajaan yang benar-benar berkerja untuk rakyat dan bukannya kerajaan yang hanya berpolitik untuk menipu rakyat seperti Pakatan Harapan dahulu.

Sekali lagi, rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri dan barisan kabinet beliau yang prihatin dengan kesusahan rakyat sekarang.

Barulah Makcik Kiah boleh menarik nafas lega...😁😁😁


Kredit :

Fb Abas Saad

Friday, March 27, 2020

Teguran Dan Kemurkaan Allah SWT Kepada Manusia Melalui TenteraNya, Covid-19


Setiap sesuatu yang berlaku atas dunia ini adalah dengan izin dari Allah SWT.

Dan setiap sesuatu yang Allah SWT izinkan, pasti ada masej yang tersirat di sebalik kejadian yang tersurat.

Pernah tak kita fikir kenapa Allah hantar virus Covid-19 kepada kita semua?

Walhal kita rasa kita tak ada buat apa-apa dosa pun.

Kita tak nampak selagi mana Allah SWT tak tegur.

Lalu teguran Allah SWT membuat kita berfikir, lalu nampaklah di mana kesilapan manusia yang menyebabkan kemurkaan dan teguran dari Allah SWT satu persatu :

Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi


Tular di dalam Youtube, Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menangis bila mengimami jemaah yang hampir kosong di belakang.

Hampir tidak pernah berlaku di abad 21 nie.

Kalau kita tenguk live di Masjidil Haram melalui Youtube, air mata kita akan bergenang melihat betapa bilangan orang yang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah boleh dikira dengan jari.

Apa yang telah membuatkan Allah SWT murka?


Kita dikejutkan dengan kebiadapan beberapa orang pondan dari Malaysia mengelilingi Kaabah dengan berpakaian perempuan.

Tidak cukup dengan itu, pondan-pondan tersebut bersolat jemaah pula bersama-sama dengan jemaah wanita.

Lebih biadab lagi, pondan-pondan tersebut pergi pula ke Masjid Nabawi dan menziarah makam Rasulullah SAW.

Tanpa rasa bersalah, malah dengan bangganya pula, mereka sempat pula rakam dan sebarkan ke seluruh dunia.


Apakah mereka fikir dengan berbuat begitu maka dunia akan mengiktiraf perbuatan laknat mereka yang mengubah ciptaan Allah SWT?

Siapakah yang mereka sedang cuba hendak tipu?

Adakah mereka cuba menipu Allah SWT, di tempat yang paling mulia di atas mukabumi ini!!!

Kenapa mutawif yang membawa kumpulan pondan tersebut boleh membenarkan perkara itu berlaku?

Dan tindakan pondan-pondan tersebut mendapat restu dari Kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu!!!

Tiada tindakan ke atas tindakan biadab yang terlampau itu, cuma diberi nasihat!!!

Jadi hari ini Allah SWT bersihkan segala kotoran perbuatan jijik tu dengan virus halus.

Kemungkinan Allah SWT tidak izinkan ibadah haji dilakukan pada tahun ini!!!

Hari ini Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kosong.

Allahurabbi.

Bukalah kitab sirah, bacalah kisah Kaum Nabi Lut AS (Allah SWT terbalikkan bumi hilang terus dari mukabumi di sebabkan kemurkaanNya pada budaya seks songsang ini).

Kita bernasib baik kerana kalau Rasulullah SAW tidak memohon supaya Allah SWT menangguhkan azabNya pada umat baginda di akhir zaman, mungkin azab yang menimpa Bani Saddum sudah menimpa dunia ini.

Allah SWT baru hantar virus sikit, kita sudah  tidak boleh buat apa-apa, apa lagi kalau Allah SWT terbalikkan bumi.

China


Umat Islam Uyghur di China dibunuh dengan kejam sekali.

Dibunuh tanpa belas kasihan.

Tidak dibenarkan pakai tudung apatah lagi niqab.

Bunuh hidupan liar dan eksotik dengan kejam dan dibuat makanan yang konon-kononnya herba.

Hari ini Allah SWT hendak tunjuk dengan bala tentera virus yang kecil ini.

Ribuan rakyat China mati tanpa ada ubat dengan hanya sekelip mata.

Terlalu bangga dengan kekuatan yang tak ada boleh lawan, sehingga terus menzalimi Islam dan haiwan-haiwan disana.

Akhirnya tinggal 'ghost town'.

Itali


Festival gay, homoseksual secara besar-besaran dilakukan di Itali.

Seks sama sejenis dilakukan secara terbuka malah berbangga dapat buat seks sejenis.

Allahurabbi.

Hari ini Allah SWT tunjuk, Itali negara kedua rakyatnya pupus dari dunia selepas China disebabkan kejahilan dan kebodohan sendiri.

Iran


Pembunuhan orang Islam Sunni beramai-ramai dilakukan oleh puak Syiah.

Bangga dengan ajaran sesat yang dibawa sehingga memonopoli Iran.

Hari ini, Allah SWT bersihkan negara yang ketiga paling banyak pupus rakyatnya.

Disebabkan kejahilan dan keterlaluan terhadap Islam di sana.

Malaysia


Kenapa Malaysia terkena tempias juga?

Apa yang tidak ada di Malaysia hari ini?

Pondan-pondan yang mencemarkan tanah haram Mekah dan Madinah berasal dari Malaysia.

Fahaman Syiah berleluasa di Malaysia malah ada bekas menteri dahulu yang sudah dikenal pasti sebagai pengikut Syiah.

Allah SWT hendak tegur bahawa makin hari, makin banyak golongan LGBT berleluasa di Malaysia.

Allah SWT hendak tegur, kalau sebelum ini kita malas untuk mengimarahkan masjid, maka umat Islam di Malaysia hari ini sudah tidak dapat masuk ke dalam rumahNya.

Sebab sebelum ini kita terlalu mengejar dunia sehingga kita lupa betapa banyaknya masjid di Malaysia.

Sejujurnya, ramai rakyat Malaysia meremehkan Solat Jumaat tanpa rasa bersalah.

Malah ada yang jadikan Solat Jumaat sebagai gurauan, maksima boleh tinggalkan Solat Jumaat ialah dua kali, jangan sampai tiga kali!!!

Kini Allah SWT tarik kembali peluang mendapatkan pahala umrah tiap-tiap minggi kepada semua umat Islam di Malaysia.

Teguran Tersirat Allah SWT Di Sebalik Wabak Yang Tersurat

Biarpun sedih tapi yang hak tetap hak.


》Pemimpin satu negara kuasa besar komunis dengan angkuhnya mengatakan mereka kuasa besar baru dunia.

Tiada satu kuasa di dunia yang mampu menggugat mereka.

Allah SWT membidas keangkuhan mereka dan menunjukkan kepada mereka bahawa Allah SWT mempunyai kuasa mutlak.

Dengan tenteraNya yang sangat halus, seluruh negara lumpuh.

Paling menakjubkan, TIDAK ADA seorang pun umat Islam Uyghur yang diserang oleh tentera Allah SWT itu!!!


》Ada segelintir umat Islam ambil mudah hal umrah.

Mereka lebih suka ke Eropah atau Amerika dari ke Mekah atau Madinah.

Tiba-tiba Allah SWT tidak izinkan umat Islam dari datang ke Tanah Haram.

Negara yang menjadi destinasi pilihan peelancungan juga tidak boleh dikunjungi malah amat-amat takut untuk dikunjungi!!!


》Ada yang memandang sinis perintah Allah SWT, lelaki dan perempuan bukan mahram boleh bersalam atas alasan pertalian darah, malah kalau tidak ada pertalian persaudaraan pun, dibolehkan atas alasan bersosial dan berdikiran terbuka.

Kini, tentera yang Allah SWT hantar, telah menyebabkan manusia takut untuk bersalam mslah menjarakkan diri sejauh satu meter antara satu sama lain!!!


》Ada yang memandang sinis si pemakai niqab.

Sekarang, masing-masing berebut mencari topeng muka yang menutup bahagian yang sama dengan niqab.

Lelaki dan perempuan, sama-sama pula memakai niqab!!!


》Ramai yang memberi alasan tidak boleh solat sebab, lecehlah hendak berwuduk.

Nanti hendak kena 'make up' balik.

Sekarang, setiap setengah jam kita dinasihatkan basuh tangan, lebih elok kerap mandi.

Sisa 'make-up' pun tidak ada yang tinggal!!!

Allah SWT hantar tenteraNya yang halus untuk kita berfikir dan mengingatiNya.

Apakah kita masih lagi engkar?

Thursday, March 26, 2020

Politik Murahan Pakatan Harapan Yang Memualkan


Ketika rakyat sedang menumpukan seluruh perhatian kepada pembentukan Kabinet Malaysia yang baharu dan berpuashati dengannya, negara tiba-tiba mengalami saat duka.

Covid-19 bergerak kepada peringkat kedua.


Sebaik sahaja Dr. Adham Baba dilantik, beliau terus menyinsing lengan berkerja dengan kakitangan Kementerian Kesihatan bagi membendung wabak merbahaya ini.

Rakyat sedar yang Covid-19 ini telah bermula ketika Pakatan Harapan sedang memerintah.

Suara-suara rakyat ketika itu jelas sudah mendesak agar pelancong terutama dari China dan Korea Selatan disekat masuk kerana rakyat cukup bermaklumat dari mana asalnya wabak ini.

Tetapi sangat mengecewakan, tindakan yang perlahan dari menteri-menteri Pakatan Harapan bagi menangani isu ini, dilihat menjadi penyebab kepada kesan yang dialami negara sekarang.


Reaksi dari Menteri Pelancongan ketika itu yang berkeras mengatakan bahawa pelancong-pelancong itu adalah sihat, amat mengecewakan.

Menteri Kesihatan waktu itu juga senada dengan pandangan Menteri Pelancongan.

Malah ada seorang doktor wanita Pakatan Harapan yang membandingkan angka kematian disebabkan denggi adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Covid-19.

Jadi tegas beliau, denggi mesti menjadi keutamaan, bukan kerisauan kepada Covid-19 yang beliau sifatkan tidak mengancam.

Tetapi sekarang, kelihatan dia pula yang kalut.


Dr. Mahathir sendiri juga menafikan akan betapa seriusnya wabak ini.

Jadi, terkuncilah mulut-mulut rakyat kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa dengan jawapan-jawapan itu.

Apatah lagi, mereka semua itu dipilih oleh rakyat.

Tidaklah menampakkan kebijaksanaan jika rakyat memaki pilihan mereka sendiri.

Setelah kerajaan sekarang dinobatkan menjadi kerajaan baharu kerana perbalahan dalaman Pakatan Harapan yang tamakkan jawatan dan ada yang gila-gila mahu menjadi PM (mengikut kata Dr. Mahathir), maka kerajaan sekarang tahu, isu Covid-19 ini akan menjadi penanda aras kepada kewibawaan pemerintahan mereka.

Tidak dinafikan ada beberapa kelemahan dalam kerajaan sekarang dalam menangani krisis ini tetapi ia tidak menjejaskan rancangan kerajaan.

Menteri-menteri kerajaan sekarang terutama dari Muafakat Nasional diserang dengan sebegitu rupa oleh musuh-musuh politik bagi mengganggu konsentrasi mereka.

Ternyata kekuatan Muafakat Nasional amat menggerunkan mereka, kerana tidak mungkin akan diserang kepada golongan yang lemah secara bertalu-talu, ia tidak cerdik.

Pastinya yang diserang adalah yang kuat.


Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, contohnya yang begitu 'cool' dengan serangan, sebaliknya meminta agar rakyat tidak menyerang wartawan yang dilihat cuba memburukkan nama beliau.

Hinanya cara pemberitaan itu.

Yang cuba menghina, kemudiannya diselamatkan oleh yang dihina.

Lihat betapa hebat akhlak menteri dari Muafakat Nasional.


Masih tidak puas, maka timbul pula seorang bekas menteri yang cuba membuat provokasi dengan menghina Presiden PAS.

Akhirnya, dia ke Balai Polis meminta pertolongan kerana disergah oleh anak-anak muda yang cintakan ulamak.

Dia kemudiannya meminta maaf dan menjilat kembali ludahan kehinaannya itu.


Setelah berbagai cara, berbagai individu dari Pakatan Harapan cuba menggelarkan kerajaan sekarang sebagai Kerajaan Pintu Belakang, tetapi KDYMM Sultan Selangor secara jelas pula memberitahu seluruh negara yang Kerajaan Muhyiddin ialah kerajaan yang sah dan mengikut Perlembagaan.

Maka salakan-salakan Pakatan Harapan terhenti.

Seorang mantan Menteri yang sangat kuat berkempen Kerajaan Pintu Belakang akhirnya mengakui mengenai kebenaran kenyataan Sultan Selangor itu.

Sungguh tiada bermaruah golongan ini.

Kini tiada lagi ungkapan palsu Kerajaan Pintu Belakang yang mereka reka itu dengan mengharapkan gelombang kebangkitan rakyat.

Rakyat sudah bosan untuk berkejaran dengan anggota keselamatan demi seseorang mengejar cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia semenjak 1993 lagi.

Tidak terhenti setakat itu, Pakatan Harapan terus berusaha menggoncangkan menteri-menteri bagi mengganggu mereka yang sedang bertugas menangani wabak ini.

Tanpa ada rasa malu, penat atau menghormati tugasan kakitangan kerajaan yang sangat berdedikasi, sayangkan negara, Pakatan Harapan terus berpolitik dan berpolitik.


Apabila kerajaan mengeluarkan fatwa menangguhkan semua solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau, Pakatan Harapan melihat ini sebagai peluang.

Mereka mula melontarkan batu kebencian dengan harapan agar perasaan rakyat berkocak mengutuk tindakan yang tidak popular, yang mesti juga dilakukan kerajaan itu.

Aneh, sungguh aneh.

Sebaliknya rakyat beragama Islam beramai-ramai menyetujui fatwa kerajaan itu kerana memahami kehendak perubatan yang mahu menjaga nyawa dengan menyekat wabak dari merebak.


Itali menjadi contoh, kegagalan kerajaan mengawal rakyatnya menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan tentera Allah SWT yang halus itu.

'Front liners' mereka sudah 'burst'.

Yang sakit dibiarkan mati tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kerajaan Itali sudah kehabisan ikhtiar untuk membendung penularan wabak pembunuh itu.

Sudah pasti rakyat Malaysia tidak mahu ia terjadi di sini.

Gagal lagi Pakatan Harapan dengan racun mereka.

Rakyat kekal bersama kerajaan dan hormati Menteri Agama.


Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan arahan itu.

Akhirnya kes positif Covid-19 meningkat ke angka 1,000.

Menteri Pertahanan dengan tegas, telah mengarahkan ATM bagi membantu PDRM untuk mengawal pergerakan rakyat.

Pakatan Harapan mencuba lagi bagi membuatkan rakyat marahkan kerajaan.

Malangnya rakyat sekali lagi akur dengan kehendak kerajaan.

Mereka tidak mahu ditambah lagi tempoh sekatan, menyusahkan semua pihak.

Oleh itu rakyat yang bertanggungjawab amat bersetuju dengan tindakan kerajaan ini bagi mengawal golongan yang degil.

Hanya Pakatan Harapan yang setuju dengan golongan degil itu.

Mungkin semua itu orang mereka?

Siapa tahu kan?

Sebab yabg masih degil dan keras kepala mengingkari arahan kerajaan ialah mereka yang berada dalam negeri di bawah pentadbiran DAP.

Politik Pakatan Harapan juga tanpa maruah.

Ketika rakyat kesusahan mereka sanggup berpolitik dengan cara murahan hanya kerana mahukan sokongan.

Buktinya dahulu ketika rakyat sedang berkabung, ada pimpinan Pakatan Harapan pernah berkata, tahu beberapa maklumat pesawat MH 370.

Sehingga sekarang, selepas Pakatan Harapan kembali menjadi pembangkang, apa yang telah mereka didedahkan?

Betapa kerajaan sekarang mengambil sikap yang sangat rasional dengan tidak bangkitkan kesalahan-kesalahan Pakatan Harapan  ketika menjadi kerajaan dahulu.

Kerajaan sekarang tidak mengambil kredit bagi dividen Tabung Haji, biarpun terhegeh-hegeh bekas 'Menteri Pelbagai Agama'  dahulu mengangkat tangan mengaku jasa dialah dividen diberikan lebih tinggi dari tahun lepas.

Dividen tahun lepas, dia juga yang beri.

Dua-duanya lebih rendah dari tahun-tahun sebelumnya.

Idea menghantar pulang kontena sisa plastik dibuat oleh Menteri Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan meminta kredit dengan idea itu yang diteruskan oleh Menteri Alam Sekitar.

Akhirnya Pakatan Harapan tertampar malu kerana kerajaan sekarang tidak mengatakan itu adalah idea mereka, cuma menteri akan komited meneruskan idea-idea Pakatan Harapan yang baik demi rakyat.

Akhirnya kerana kering idea, cadangan Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi pula yang dipuji DAP.

Sekarang bukan hanya Dr. Mahathir, Covid-19 sahaja yang memeningkan Pakatan Harapan, malahan sikap kebersamaan rakyat dengan kerajaan sekarang ini juga bikin kepala Pakatan Harapan pusing.

Semakin dicipta persepsi, semakin Pakatan Harapan dibenci.

Dan dengan pengumuman harga minyak RM1.44 sekarang, ianya jelas satu sindiran dari kerajaan sekarang kepada Pakatan Harapan.

Kerana Pakatan Harapan yang membuat janji tapi gagal dipenuhi.

Tetapi sebaliknya kerajaan sekarang yang tunaikan.


Memetik perkataan Diva AA, 'muhasabah', seharusnya Pakatan Harapan bermuhasabah.

Rakyat memang mahu Pakatan Harapan cuma berkuasa selama satu penggal sahaja.

Tetapi Allah SWT menentukan, Pakatan Harapan cuma berkuasa setengah penggal sahaja.

Mengapa dan salah siapa takdir Allah SWT begitu?




Kredit :

Mohd Nasir Abdullah

Wednesday, March 25, 2020

Covid-19, Apa Yang Di Takutkan PH Terutama DAP Bila Tentera Turun


Sebaik sahaja Menteri Kanan (Kementerian Pertahanan), DS Ismail Sabri, umumkan mulai 22 Mac 2020, kerajaan akan gunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu PDRM menguatkuasakan Perintah Perjalanan Terhad, yang mula-mula melompat untuk membantah ialah ahli politik DAP dan aktivis pro DAP.

Walau pun Ismail dengan jelas menyatakan kehadiran tentera hanyalah untuk membantu pihak PDRM untuk laksanakan penguatkuasaan perintah kerajaan dan tidak ada apa yang harus dibimbangkan kalau orang ramai mematuhi perintah tersebut (BACA DI SINI).

Pengumuman kerajaan menggunakan khidmat ATM disambut baik oleh orang ramai kerana kita tahu kehadiran ATM adalah untuk kebaikan dan keselamatan semua.

Cuma yang menjadi tandatanya kepada kita, kenapa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terutamanya dari DAP merasa risau?


Anwar (PH/PKR) kata adalah sesuatu yang tidak masuk akal menggunakan ATM untuk kawal pergerakan orang ramai (BACA DI SINI).

Ronnie Liu (PH/PKR) pula kata ATM tidak sepatutnya dikerahkan (BACA DI SINI).

Aktivis pro komunis dan DAP, Fadiah Nadwa pula kata mungkin ada niat jahat menggunakan khidmat ATM (BACA DI SINI).

Admin cuba mencari jawapan kenapa DAP dan aktivis pro DAP melenting dalam isu menggunakan khidmat ATM.


Admin terbaca satu kenyataan yang dimuatnaik oleh salah seorang netizen dalam Facebook dan ianya tular dalam sosial media 3 hari lepas.

Kenapa pula Lim Kit Siang melarang ATM turut sama menjejaki 2 juta pelancong China yang masih ada dalam Malaysia?

Bukankah Covid-19 bermula dari negara China dan pelancong China adalah pembawa Covid-19 yang paling awal dikesan di Malaysia?

Jadi apa masaalahnya kalau 2 juta pelancong China itu dikesan, diperiksa dan dikuarantinkan sebelum mereka dihantar balik ke negara China?

Bukankah kita sedang berperang dengan virus pembunuh Covid-19?

Apakah kehadiran 2 juta 'pelancong' dari China lebih penting dari 32 juta nyawa rakyat Malaysia?

Atau ada sesuatu agenda rahsia yang mahu disembunyikan?


Selepas membaca arahan dari Perdana Menteri, TS Muhyiddin, ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri  yang mengarahkan supaya kesemua pelancong dari China dan India dikesan segera (BACA DI SINI), maka bagi admin, memang sahih ada 2 juta malah mungkin lebih ramai dari itu pelancong China yang sedang bersembunyi di Malaysia.


Portal ini pernah dedahkan bagaimana ketika skandal menjual MyKad kepada pendatang asing terutamanya dari China terbongkar, ahli politik DAP (MP Jelutong) yang juga seorang peguam, adalah satu-satunya peguam yang menawarkan perkhidmatan membela pengkhianat yang menjual kedaulatan negara kepada warga asing (BACA DI SINI).


Portal ini juga pernah mendedahkan bagaimana kuasa penentu politik orang Melayu akan tergugat sekiranya Kementerian Dalam Negeri yang ketika itu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan meluluskan 200,000 kerakyatan kepada warga China (BACA DI SINI).


Kami juga pernah kritik tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan pernah menurunkan harga minimum rumah yang boleh dibeli oleh warga asing dari China (BACA DI SINI).


Malah DYMM Sultan Johor pernah menitahkan supaya semua kerakyatan ysng diberikan kepada warga China sewaktu Pakatan Hsrqpan memerintah disiasat semula (BACA DI SINI).

Dan sekumpulan orang Cina yabg dibawa balik dari China, yang mendakwa mereka ialah rakyat Malaysia didapati tidak faham dan tidak boleh bertutur sewaktu mereka dikuarantinkan.

Segala-galanya berlaku sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan.

Apakah telah ada usaha membawa masuk rakyat China ke Malaysia dan berikan mereka kerakyatan negara ini oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu untuk menggugat kekuatan kuasa pengundi Melayu?

Jika benar, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin mesti mengambil tindakan yang tegas dan pantas untuk mengesan kesemua mereka.

Apakah ini sebabnya mengapa DAP beriya-iya menentang ATM membantu PDRM dalam penguatkuasaan Perintah Larangan Terhad.

Rakyat China yang diseludup masuk pasti akan terpaksa berhadapan dengan pihak ATM dan PDRM bila mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka dan perkara ini pasti menggusarkan DAP.

Dan apakah pembelian RM5 juta 'face mask' yang diluluskan oleh Lim Guan Eng ketika Pakatan Harapan memerintah memang sudah diperuntukkan kepada pendatang-pendatang China ini?

Selepas kita dapat mengawal wabak Covid-19, In Sya Allah, kita akan dapat mengawalnya, isu ini mesti diberi keutamaan oleh Kerajaan Muhyiddin, kalau tidak, tidak ada bezanya antara Kerajaan Muhyiddin dengan Kerajaan Pakatan Harapaan tajaan DAP!!!

Tuesday, March 24, 2020

Apakah Karier Politik Dr. Mahathir Sudah Berakhir Bila Di Singkir Dari PH


Dalam satu sidang media baru-baru , Anwar secara rasminya mengumumkan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi bersama Pakatan Harapan atau dalam ertikata lain, keanggotaan Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan telah dilucutkan (BACA DI SINI).

Anwar juga memaklumkan, Dr. Mahathir ada meminta supaya pemimpin Pakatan Harapan menemui beliau untuk berbincang tetapi beliau tidak menemui Dr. Mahathir atas alasan pada ketika itu beliau mempunyai sidang media.


Dalam satu kenyataan lain, Anwar mengakui bahawa beliau sudah tidak lagi mempercayai Dr. Mahathir kerana sudah dua kali dipermainkan oleh Dr. Mahathir (BACA DI SINI).

Sekarang ini Anwar adalah pemimpin utama Pakatan Harapan dan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan merupakan masej yang cukup jelas bahawa bukan sahaja beliau malah Pakatan Harapan sudah menutup ruang untuk Dr. Mahathir.

Apakah Dr. Mahathir Akan Kembali Menerajui PPBM?


Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi PPBM adalah enyataan tegas yang dikeluarkan oleh Presiden PPBM, Muhyiddin.

Malah kenyataan Muhyiddin itu disusuli pula dengan tindakan beliau memecat Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya, yang diketahui sebagai penyokong tegar Dr. Mahathir (BACA DI SINI).



Walau pun mendapat bantahan dari Dr. Mahathir, namun Muhyiddin tetap bertegas untuk mempertahankan tindakan beliau.


Tindakan Muhyiddin itu dilihat sebagai untuk menghapuskan pengaruh dan cengkaman Dr. Mahathir di dalam PPBM sebagai persediaan menghadapi pemilihan PPBM nanti (BACA DI SINI).

Namun ada juga pendapat, ini dirancang sebagai pembuka laluan kepada Dr. Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden PPBM dan Muhyiddin tidak akan bertanding untuk jawatan Pengerusi PPBM.

Selepas pemilihan PPBM, Dr. Mahathir akan dipilih semula sebagai Pengerusi PPBM.

Secara tradisinya, jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh orang nombor satu parti yang memerintah.

Maka secara moralnya, Muhyiddin akan ditekan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Namun Dr. Mahathir harus ingat, walau pun ketika itu, Dr. Mahathir akan menjilat kembali kahak dan lendir yang beliau telah ludahkan dengan bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO, kepimpinan dan akar umbi UMNO menolak secara total kerjasama dengan beliau.

UMNO juga mempunyai pengaruh yang besar dalam Muafakat Nasional kerana PAS lebih mesra dengan UMNO berbanding PPBM.

Sekiranya UMNO membuat keputusan untuk keluar dari kerajaan, sudah hampir pasti keseluruhan gabungan dalam Muafakat Nasional juga akan turut menarik diri, maka suka atau tidak, mahu atau tidak, PRU 15 akan diadakan.

Untuk Dr. Mahathir kembali kepada Pakatan Harapan, ruang untuk beliau sudah tertutup.

Untuk beliau berkerjasama dengan UMNO, beliau tidak diterima.

Jadi, apa pilihan yang beliau ada sekarang?