Monday, March 23, 2020

Covid-19 Sudah Mengorbankan 10 Nyawa, Ribuan Sudah Di Jangkiti, Fokus Isu Utama Bukan Berdebat Isu BODOH


Setakat artikel ini ditulis, Covid-19 sudah ragut 10 nyawa rakyat Malaysia.


1,157 orang sedang mendapatkan rawatan kerana disahkan positif jangkitan Covid-19, manakala 46 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 22 orang dari mereka memerlukan bantuan pernafasan...😢😢😢


Manakala di peringkat global, jumlah kematian yang dicatatkan sudah melepasi angka 11,000 orang dan jumlah kes yang telah dilapurkan dah menjangkau lebih dari 275,000 kes dan semua ini berlaku dalam jangkamasa hanya 3 bulan sejak Covid-19 mula dikesan di Wuhan, China sejak lewat Disember 2019.

Maklumat dan infografik yang admin beri ini memberi tahu kita, bahawa ancaman Covid-19 adalah jauh lebih dahsyat dari apa yang kita sangkakan.


Pemimpin dan petugas di barisan hadapan baik di dalam atau luar negara termasuk saintis, kakitangan kesihatan dan juga jabatan dan agensi yang diarahkan untuk memantau keadaan bertungkus lumus siang dan malam, sama-sama berganding bahu melaksanakan tugas dan amanah yang di beri, semata-mata untuk memerangi wabak pembunuh yang dahsyat ini.


Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya mengucapkan terima kasih atas pengorbanan yang mereka lakukan untuk memastikan kita selamat dari dijangkiti wabak pembunuh ini.

Malangnya sebahagian rakyat Malaysia bukan sahaja tidak berterimakasih, malah perlekehkan usaha mereka.

Isu-isu yang langsung tidak membantu untuk membendung wabak pembunuh ini hangat diperdebatkan terutamanya di dalam media sosial.

Isu Kenyataan Menteri Kesihatan Berkaitan Minum Air Suam


Secara tiba-tiba, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba menjadi sasaran kritikan netizen hanya kerana beliau menyeru rakyat Malaysia supaya memperbanyakkan meminum air suam.

Admin tidak faham, apa yang menjadi isu di sini.

Pada pendapat admin, kenyataan Dr Adham itu adalah bertepatan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh UNICEF bertarikh 4 Mac 2020.

Ada pula netizen yang mengaku kononnya 'mempertahankan rakyat' membuat kritikan terbuka dan membuat dakwaan Dr. Adham sebagai seorang badut kerana seruan meminum air suam.


Pada pendapat admin, kritikan netizen berkenaan adalah terlalu melulu serta hanya berpandukan pendapat Dr. Amalina Che Bakri dan kenyataan Dr. Adham telah dipetik di luar konteks.


Dr. Amalina hanyalah seorang doktor junior di salah sebuah hospital di United Kingdom, manakala kenyataan yang dibuat oleh Dr. Adham Baba adalah merujuk kenyataan UNICEF.

Sila rujuk balik kenyataan Dr. Adham, beliau tidak ada menyebut dengan meminum air suam dapat membunuh virus, apa yang beliau katakan ialah air suam dapat membantu untuk menolak virus tersebut ke usus dan asid gastrik yang ada di usus akan membantu untuk membunuh virus tersebut (BACA DI SINI).

Dan tidak benar juga dakwaan beliau bahawa Dr. Adham tidak membuat sidang media kerana malu dikritik (SILA TONTON DI SINI).

Biar Gambar Berbicara

Kalau beliau mendakwa mempertahankan rakyat Malaysia, apakah pula tindakan yang telah beliau ambil untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia yang masih degil?

Bantuan ATM Tidak Masuk Akal Atau Orang Yang Bercakap Tidak Berakal?


Bakal Ketua Pembangkang yang baharu dan PM tepi selama-lamanya, Anwar Ibrahim anggap keputusan kerajaan untuk gunakan tentera bagi membantu penguatkuasaan Perintah Perjalanan Terhad sebagai tidak masuk akal (BACA DI SINI).

Beliau juga cuba mempolitikkan isu Covid-19 dengan menuduh Kerajaan Muhyiddin lambat bertindak dan menyebabkan wabak menular di Malaysia.


Admin nak tanya Bang Non, apakah tindakan negara srperti China, Itali, Jerman dan Turki menggunakan khidmat tentera untuk memastikan rakyat patuh pada arahan kerajaan bagi menangani wabak Covid-19 juga adalah satu tindakan tidak masuk akal?

Anwar juga cuba menyalahkan Kerajaan Muhyiddin yang beliau sifatkan lambat mengambil tindakan.


Apa komen Bang Non pada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas menteri-menteri Pakatan Harapan di pertengahan bulan Februari 2020 ketika wabak sudah mula menular ke Malaysia dan ketika rakyat mula bimbang?

Pada netizen, gunakan kuasa kita untuk menekan dan mendesak rakyat Malaysia yang masih degil dalam mematuhi arahan semasa kerajaan.

Jangan dilayan isu-isu bodoh pemimpin Pakatan Harapan dan macai-macai mereka yang cuba menangguk di air yabg keruh dengan mempolitikkan isu Covid-19.


Admin suka hendak 'share' video klip yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi mengenai bagaimana wabak Covid-19 boleh menular dengan pantas.

Muga memberi menafaat pada semua.

Sama-sama kita amalkan cara hidup yang sihat disamping memohon pada Allah SWT agar membantu kita memerangi makhluk pembunuh ciptaanNya.

Dari Allah SWT Covid-19 datang dan cuma Allah SWT sahaja yang dapat membantu kita.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.