5 Mac 2020 yang lalu, laman blog ini mendedahkan bagaimana liciknya DAP mengurangkan peratusan undi Melayu di Pulau Pinang untuk mereka menguasai Pulau Pinang (BACA DI SINI).
Sebenarnya, DAP tidak akan berpuas hati jika hanya mampu menguasai Pulau Pinang.
Matlamat DAP untuk menukar negara ini kepada republik adalah jelas.
Matlamat DAP untuk memusnahkan sistem Raja Berpelembagaan di negara ini adalah jelas.
Matlamat DAP untuk menghapuskan taraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang tercatit dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.
Matlamat DAP untuk menghapuskan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti yang tercatit dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi dengan hanya menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, DAP sudah pasti tidak dapat merealisasikan cita-cita mereka.
Strategi Licik DAP Untuk Menguasai Sepenuhnya Dan Kembali Berkuasa Di Putrajaya
DAP sedar tidak mungkin mereka boleh menubuhkan kerajaan tanpa ada kerjasama dengan parti orang Melayu.
Ini adalah kerana pengundi Melayu menguasai lebih dari 60% kuasa mengundi di Malaysia.
Maka strategi pertama DAP ialah memecahbelahkan kuasa pengundi Melayu dan ini telah pun DAP laksanakan dengan berjaya.
Parti PAS berjaya DAP pecahkan kekuatannya bila DAP bertindak memberikan sokongan dan dana kepada parti PAN melalui proksi DAP, Mat Sabu.
Parti terbesar orang Melayu, UMNO, berjaya DAP pecahkan kekuatannya bila berlaku krisis antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim, DAP memberikan sokongan dan dana untuk penubuhan parti PKR melalui proksi DAP, Anwar Ibrahim.
Bila berlaku pula krisis antara Dr. Mahathir dan DS Najib, DAP pantas mengambil kesempatan untuk memecahkan lagi kekuatan UMNO dengan memberikan sokongan dan dana untuk penubuhan parti PPBM melalui proksi DAP, Dr. Mahathir.
Kini, kekuatan UMNO cuma tinggal 30% dari kekuatan asal sebelum berlaku dua kali perpecahan.
Maka selepas memecahkan UMNO dan PAS, serta bersekutu dengan parti tajaan DAP, iaitu PAN, PKR dan PPBM, akhirnya setelah lebih 6 dekad menunggu, DAP berjaya melangkah ke Putrajaya dengan angkuhnya, maka bermulalah agenda mereka yang kedua.
DAP kini tahu kekuatan kuasa pengundi Melayu sudah berjaya dipecahkan dan untuk memastikan kuasa mengundi orang Melayu terus lemah, maka kuasa mengundi bangsa Cina yang ditaja DAP mesti diperkukuhkan.
Tetapi kekuatan kuasa mengundi orang Cina hanya sekitar 20% ke 25% sahaja.
UMNO jangan terlalu selesa sebab sekarang dah jadi kerajaan.
18 Mei adalah penentuan sama ada Kerajaan Muhyiddin akan bertahan atau tidak.
Kalau Kerajaan Muhyiddin kalah dalam undi tidak percaya, berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, antaranya parlimen akan dibubarkan dan PRU 15 akan diadakan.
Sudahkah Muafakat Nasional bersedia?
Betulkah Muafakat Nasional dah bersedia?
DAP bertahan di Penang sebab strategi memusnahkan perkampungan Melayu hingga majoriti pengundi Melayu di setiap DUN dan Parlimen jadi kecil.
22 bulan DAP memerintah, strategi yang hampir sama DAP gunakan tapi dengan pendekatan berbeza :
》Berpuluh ribu warga asing dari China diberikan kerakyatan dan sekarang bertaburan di seluruh negara...
》Beribu warga dari China mendapat MyKad palsu yang sudah pun berdaftar dengan SPR menggunakan pengkalan data penerima RM30 dan sekarang mereka bertaburan ke seluruh negara...
Baru2 ini, DYMM Sultan Johor menitahkan supaya semua penerima kerakyatan semasa Pakatan Harapan memerintah MESTI disiasat, kalau tidak boleh berbahasa Melayu, kerakyatan mereka mesti ditarik balik...
Istana tak akan keluarkan kenyataan pada perkara yang tak pasti!!!
JPN SPR mesti bertindak pantas dan tegas dalam isu ini...
Orang Melayu khususnya anak muda pastikan kita sudah mendaftar dan bagi yang sudah mendaftar, semak apakah ada perubahan pada pusat mengundi!!!
Ini bukan spekulasi tapi realiti yang cukup mengerikan...
Ini bukan cerita siapa TPM, siapa dalam kabinet Muhyiddin tapi ini cerita tentang nasib dan masa depan anak bangsa...
Tolong bertindak segera!!!
Jangan sampai kita menang sorak, tapi akhirnya kampung tergadai!!!
Ini adalah berkaitan kedaulatan negara...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.