Monday, March 29, 2021

Mengapa Pemimpin Dan Akar Umbi UMNO Menolak PPBM


Selepas 2 hari bersidang secara hybrid, akhirnya Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 melabuhkan tirainya semalam, 28 Mac 2021.

Seperti yang pernah laman blog ini tuliskan sebelum ini, PAU 2020 bukanlah sekadar persidangan tahunan biasa, tetapi PAU 2020 akan diikuti bukan sahaja oleh Perikatan Nasional, terutamanya PPBM, tetapi PAU 2020 juga pasti akan diikuti perkembangannya oleh kerajaan negara asing.

Baca di sini :


Di akui atau tidak, di sukai atau tidak, tumbang atau tidak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah sekarang atau bilakah akan tumbang Perikatan Nasional adalah bergantung kepada keputusan yang akan diluluskan oleh perwakilan dalam PAU 2020.

Usul yang akan dibahaskan secara hangat oleh perwakilan PAU 2020, sudah pastilah mengenai sokongan UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

PPBM Sudah Bermain Api Dengan Harimau Luka Yang Sedang Tidur


Sejarah penindasan PPBM terhadap UMNO sudah bermula sebaik sahaja UMNO/Barisan Nasional tumbang pada PRU 14.

Sebaik sahaja Presiden UMNO, DS Zahid, menolak keinginan Pengerusi PPBM yang juga adalah Perdana Menteri ketika itu secara terus-terusan menekan UMNO dengan tujuan untuk melumpuhkan terus parti keramat bangsa Melayu, UMNO.

Menggunakan pelbagai agensi awam seperti SPRM, LHDN dan PDRM, pemimpin UMNO yang mahu terus pertahankan UMNO didakwa dengan pelbagai kesalahan yang dicipta.

Tidak perlu disenaraikan satu persatu kerana segala-galanya bukan lagi rahsia.

Ibarat harimau yang luka parah akibat kalah dalam pertarungan yang tidak adil, setelah berkuasa selama lebih 6 dekad, UMNO terus ditekan.

Akaun UMNO yang berjumlah lebih dari RM100 juta terus dibekukan, walau pun mahkamah telah memerintahkan supaya kerajaan memulangkan kembali duit UMNO yang disita.

Baca di sini :


Gagal dengan menekan pemimpin UMNO, mereka cuba pula untuk membubarkan UMNO dengan menggunakan 16 orang bekas ahli UMNO untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya UMNO dibubarkan.

Baca di sini :


Tidak cukup dengan itu, apabila UMNO dan PAS mengorak langkah untuk melakukan kerjasama dengan PAS demi untuk menyatupadukan bangsa Melayu dalam Muafakat Nasional, PPBM merasakan ianya adalah satu langkah yang melenyapkan mereka dari persada politik tanah air.


Langkah awal yang diambil untuk menyekat kemaraan dan keutuhan Muafakat Nasional yang telah menewaskan mereka di 7 Pilihanraya Kecil berturut-turut, PPBM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Kongres Maruah Melayu.

Pemimpin utama PAS yang sudah menandatangani kerjasama antara UMNO dan PAS dalam Piagam Muafakat Nasional telah dengan sengaja dijemput.

Beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah menunjukkan minat untuk berkiblatkan kepada kuasa juga telah dijemput.

Dari sini bermulalah keretakan dalam perhubungan antara UMNO dan PAS serta sesama pemimpin UMNO sendiri.

Baca di sini :


Namun ternyata tidak mendapat sambutan dari orang Melayu sebagaimana yang mereka harapkan.

Gagal untuk memcahbelahkan kerjasama antara UMNO dan PAS dari dalam, akhirnya PPBM melakukan sesuatu yang drastik dengan menjemput PAS menyertai Perikatan Nasional selepas Perikatan Harapan tumbang.

Baca di sini :


Selepas berjaya memancing PAS untuk menyertai Perikatan Nasional, PPBM memancing pula 5 lagi parti komponen Barisan Nasional untuk menyertai Perikatan Nasional.

Baca di sini :



Tidak cukup dengan itu, PPBM secara licik cuba untuk mencuri Ahli Parlimen dari UMNO.

Bukan setakat cuba mencuri Ahli Parlimen dari UMNO, PPBM juga melakukan usaha untuk mencuri ahli UMNO.

Baca di sini :


Ini belum lagi termasuk bagaimana PPBM telah mengkhianati UMNO dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lalu.

Baca di sini :


PPBM cuba menanamkan naratif keengganan UMNO untuk berkerjasama dengan PPBM adalah kerana UMNO tamak kuasa.


Dalam ucapan membahaskan ucapan Presiden UMNO, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, TS Noh Omar, telah mendedahkan bagaimana sikap berlapang dada yang tidak tamakkan kuasa pemimpin UMNO telah membolehkan Muhyiddin dan PPBM berada di puncak kuasa, walau pun PPBm adalah parti minoriti dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Alasan yang sering digunakan oleh PPBM untuk memujuk dan mendesak UMNO supaya bersetuju untuk berkerjasama dengan mereka adalah 'Penyatuan Ummah'.

Namun pada hakikatnya, PPBM lah yang selama ini memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang telah diterokai oleh UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional.


Meminjam kata-kata Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan atau Tok Mat, tak perlulah PPBM mahu mengajar UMNO mengenai penyatuan ummah kalau mereka sendiri adalah penyebab ummah berpecah.

Ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor sendiri bergelumang tahi.

Akar umbi dan pemimpin UMNO mempunyai seribu alasan untuk menolak kerjasama dengan PPBM dan alasan utamanya ialah tiada keikhlasan pada PPBM untuk menggunakan pentas politik untuk memakmurkan rakyat dan negara.

Bukan UMNO yang gila dan tamak kuasa, tetapi PPBM lah sebenarnya yang tamak kuasa.

Bukan UMNO yang menjadi pengkhianat bangsa tetapi PPBM lah sebenarnya yang telah mengkhianati bangsa mereka sendiri.

Friday, March 26, 2021

Perhimpunan Agung UMNO 2020 Bukan Sekadar Perhimpunan Agung Biasa


27 dan 28 Mac 2021, akan berlangsung Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

PAU 2020 kali ini bukanlah sekadar perhimpunan agung biasa bagi UMNO kerana selain buat kali pertama PAU akan dilakukan secara hybrid, di mana sebahagian perwakilan dari bahagian UMNO akan menghadirinya secara maya dan sebahagian lagi akan menghadirinya secara bersemuka, PAU 2020 juga sudah pasti akan menjadi perhatian parti-parti politik sekutu dan seteru UMNO di tanahair.

Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, PAU 2020 juga pasti akan menjadi perhatian negara luar kerana apa yang akan diputuskan oleh perwakilan dalam PAU 2020 akan memberikan gambaran dasar dan juga kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU 15 nanti.

Tidak dapat dinafikan, era pasca PRU 14, UMNO sentiasa menjadi perhatian dan mangsa fitnah dalam permainan politik seteru UMNO.

UMNO diberikan berbagai label yang negatif.

UMNO dikatakan besar kepala, sentiasa mahu berlagak seperti 'abang besar' dalam apa juga pakatan atau kerjasama yang disertai UMNO.

UMNO dilabelkan sebagai parti yang telah rosak kerana dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin korup yang sedang menghadapi dakwaan di mahkamah.

UMNO dilabelkan sebagai parti yang tamak kuasa dan hanya sibuk berpolitik tanpa memikirkan tentang masalah kehidupan rakyat.

Tetapi, benarkah begitu?

Kalau benar dakwaan mereka, soalan yang mudah untuk seteru yang berada di dalam dan di luar UMNO, kalau benar apa yang dikatakan, mengapakah parti politik yang menjadi sekutu dan seteru UMNO masih lagi berusaha bersungguh-sungguh mahu menyertai mereka di dalam PRU 15 nanti?

Tidakkah mereka takut nanti ditolak oleh pengundi pada PRU 15 kerana berkerjasama dengan parti yang sudah rosak seperti yang mereka dakwa selama ini?



Bercakap tentang seteru politik UMNO, sebenarnya sekarang ini UMNO sedang diserang dari 2 penjuru, serangan dari seteru di luar UMNO dan serangan dari seteru yang berada di dalam rumah UMNO.

Seteru dari luar menyerang UMNO dan kepimpinan UMNO untuk memberikan tekanan dan juga untuk membina kekuatan kepada seteru dari dalam untuk menyingkirkan kepimpinan UMNO yang ada sekarang dalam PAU 2020 nanti.

Mereka mahu menggantikan tempat kepimpinan UMNO sekarang supaya mudah untuk UMNO dipaksa melutut di kaki seteru UMNO yang berada di luar UMNO.

Laman blog ini pernah mendedahkan nama-nama pengkhianat UMNO yang sudah dikenalpasti dan modus operandi mereka :

Baca di sini :


Alhamdulillah, dari utusan yang disampaikan oleh DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO, nampaknya kepimpinan tertinggi UMNO dilihat sudah pun dapat mengenalpasti pengkhianat-pengkhianat UMNO yang selama ini berteduh di dalam rumah UMNO, menikmati keselesaan dan keistimewaan yang disediakan di dalam rumah UMNO tetapi dalam masa yang sama telah membiakkan anai-anai untuk memamah dan mereputkan rumah UMNO ketika akar umbi dan kepimpinan UMNO berusaha memperkukuhkan rumah UMNO.

Pengkhianat-pengkhianat ini TIDAK BOLEH lagi dibiarkan menumpang di dalam rumah UMNO, mereka mesti disingkirkan dengan SEGERA!!!

Kita hayati mesej dari utusan DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO :

Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.

Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang 'broker' rancangkan.

Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.

Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.

UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.

UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.

InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.

Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.

Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak 'alert' rancangan mereka.

Saya 'alert'. 

Saya malah 'alert' semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.

Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat.


2 usul utama yang pasti akan dibahaskan oleh perwakilan untuk dijadikan sebagai keputusan dan dasar parti ialah :

1) Kebersamaan UMNO dengan Perikatan Nasional akan diteruskan HANYA sehingga menjelang PRU 15.

2) Kerjasama antara UMNO dan PPBM akan dihentikan sepenuhnya pada PRU 15 nanti.

Baca di sini :


Apa yang diputuskan oleh MKT UMNO dalam mesyuarat yang di adakan di Janda Baik tempuh hari bukanlah keputusan yang dibuat oleh segelintir pemimpin UMNO seperti yang didakwa, tetapi ianya adalah melalui usul 146 dari 191 Bahagian UMNO yang bersidang tahun lepas.

Dalam artikata lain, ianya adalah suara akar umbi yang mesti dipatuhi kerana tidak seperti parti politik lain, kekuatan yang menjadi tunjang sebenar kepada UMNO berada di akar umbi seramai 3.6 juta orang!!!



Kita tahu, usaha sedang giat dijalankan oleh seteru UMNO dari dalam rumah UMNO sendiri dengan mengamalkan rasuah politi untuk mempengaruhi perwakilan di peringkat bahagian supaya menuntut agar kedua-dua usul itu ditolak, malah para pembahas dari setiap negeri juga cuba dibeli supaya mereka menekan Presiden UMNO untuk berundur dalam perbahasan mereka nanti.

Namun kita pasti, perwakilan dan pembahas dalau PAU 2020 bukanlah orang yang mudah dicucuk hidung mereka, mereka mempunyai integriti dan maruh diri.

Hampir 3 tahun kita mengharungi pelbagai fitnah, cercaan dan hinaan dari musuh UMNO dan kini kita hanya perlu bersabar lagi 1 atau 2 tahun sahaja lagi untuk kembali bertarung secara adil dalam pilihanraya umum dengan musuh-musuh yang sebenarnya menggeruni kita tetapi tidak pernah mereka akui.

Kita akan pastikan pengkhianat-pengkhianat UMNO serta seteru-seteru UMNO yang selama ini terlalu banyak melemparkan panah-panah fitnah kepada UMNO akan diberikan pengajaran di dalam PRU 15 nanti.

Bukan kita berdendam kerana semua yang berada dalam rumah UMNO bukan pendendam tetapi 'they deserved it'.

Apabila ketetapan sudah di buat nanti, semua pihak, sama ada akar umbi atau pemimpin MESTI mematuhi ketetapan yang sudah dibuat oleh perwakilan dalam PAU 2020.

Selepas itu, jangan lagi kita menoleh ke belakang, kita rapatkan barisan kita, kita bersatu menyokong kepimpinan kita supaya lidah musuh dapat kita kelukan.


Kredit :

Wednesday, March 24, 2021

Lepas Lawatan Muhyiddin Ke Indonesia Dan Arab Saudi Cuma Bawa Balik Telor, Sekarang Nak Ke China Unrtuk 'Direct Nego'?


Rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali lupa kata-kata yang pernah keluar dari mulut Muhyiddin Yassin ketika berada dalam Pakatan Harapan untuk kempen PRU14 yang rakyat Malaysia tidak mengalu-alukan kedatangan pelabur dari China kerana kononnya bimbang periuk nasi terancam sehinggakan jurucakap kedutaan China telah membuat kenyataan media mempersoal integriti Muhyiddin yang berubah secara drastik setelah hilang kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, telah menghasut rakyat untuk membenci China.

Kini apabila berkuasa semula, Muhyiddin dalam perancangan untuk membuat lawatan rasmi ke China pada bulan April nanti.

Terlebih dahulu bagi menutup keceluparan mulutnya bagi mengambil hati China, Muhyiddin telah mengumumkan yang Malaysia bakal jadi negara terawal terima vaksin dari China - COVAX.

Muhyiddin juga telah menghebah menunjukkan betapa bangganya beliau dapat berbicara walaupun secara maya dengan Menteri Luar China, Wang Yi sedangkan ia bukan satu perkara yang baru kerana Wang Yi akan berbicara dan berjumpa sesiapa saja dari pihak kerajaan sejak zaman pemerintahan BN lagi.

Di dalam laporan media, alasan lawatan Muhyiddin ke luar negara adalah kerana ingin mendapatkan semula kepercayaan pelabur asing di mana lunturnya kepercayaan pelabur asing adalah kerana beliau sendiri yang telah menjahanamkannya ketika berada dalam PH.

Ke negara China, katanya di antara agenda yang akan dibawa Muhyiddin adalah isu vaksin Covid, sijil halal negara, komoditi terutamanya kelapa sawit dan juga sektor kesihatan. 


Apa yang tidak dilaporkan, Muhyiddin juga akan membawa isu lebih utama iaitu yang berhubung dengan isu perkhidmatan dan penyelenggaraan keretapi terutamanya untuk kembali berbincang mengenai High Speed Rail (HSR) dan East-Coast Rail Link (ECRL).

Dua projek ini telah digagalkan Muhyiddin sendiri yang menggagalkannya ketika bersama Pakatan Harapan dengan tohmahan yang BN akan jual kedaulatan negara kepada negara komunis China.


Kedua-dua projek mega lingkaran keretapi ini melibatkan KTMB.


Minggu lalu RUM iaitu Kesatuan Pekerja Rail KTMB telah menuntut SPRM membuat siasatan ke atas usahsama di antara Destini Bhd dan KTMB di mana mereka mempersoalkan saham yang dibenarkan untuk KTMB hanyalah 30% dan selebihnya dipegang pihak Destini, sebuah syarikat tempatan yang tidak langsung mempunyai pengalaman, kepakaran dan kewangan yang kukuh untuk mendapatkan projek penyelenggaraan rel keretapi.

Mengapa ini dibenarkan Lembaga Pengarah KTMB? 

Malahan, Destini saja yang mengumumkan kerjasama ini dan pihak KTMB tidak pun mengeluarkan kenyataan rasmi. 

Mengapa?


Di dalam organisasi KTMB, mereka ada Kesatuan Sekerja yang sangat vokal dan pro-aktif iaitu RUM. 

Kesatuan ini dilihat sentiasa bertindak mendedahkan dan juga berani mempersoal dengan lantang apa-apa saja yang tidak menepati ketelusan di dalam KTMB sejak pemerintahan BN lagi.

KTMB juga sedang berhadapan dengan lambakan tren keretapi yang tidak berkualiti dari China yang dibeli tanpa tender terbuka atau lebih tepat secara rundingan terus dan persoalan yang dibangkitkan RUM, kenapa ia masih tidak beroperasi.

RUM ingin mengingatkan bahawa mereka bukanlah anti-China tetapi mementingkan ketelusan dan mereka mengalu-alukan apa saja untuk pembanguan dan mampu menambahbaik prestasi KTMB. 

Dakwaan mereka berasas. 

Seandainya sesuatu berlaku di landasan keretapi, apakah Kementerian Pengangkutan dipersalahkan? 

Yang pasti, kakitangan KTMB yang akan dicop sebagai culas, tidak bertanggungjawab, tidak kompeten dan pelbagai penjuru hanya nampak kesalahan kakitangan KTMB.

Sebelum Muhyiddin ke negara China yang dijadualkan pada bulan April nanti, beliau perlu diingatkan mesyuarat pada 23 Februari lalu di mana beliau sendiri telah menyarankan supaya semua Kementerian mengutamakan kontraktor-kontraktor tempatan. 

Malangnya pada ketika ini juga, KSU Kementerian Pengangkutan, Dato Isham Ishak, sedang bermain wayang dengan syarikat tempatan yang dibelakang mereka sebenarnya datang dari China.

Rakyat hanya ingin mengingatkan Muhyiddin, jika ke China nanti, pastikanlah periuk nasi rakyat Malaysia tidak terancam dan apa pun pelaburan dari China, pastikan ia bukan 'DIRECT NEGO'!!!

Tuesday, March 23, 2021

Akan Berjayakah Parasit UMNO Menukar Haluan Perjuangan Parti Keramat Ini?


Kehendak akar umbi UMNO untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional terutamanya PPBM adalah BENAR.

Dalam mesyuarat 191 Bahagian UMNO, 146 Bahagian telah memberikan usul supaya kerjasama UMNO dengan PPBM ditamatkan menjelang PRU 15.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung di ILMU, Janda Baik, juga telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM menjelang PRU 15.

Ibarat rumah siap, pahat berbunyi.

Selepas MKT UMNO membuat keputusan sebulat suara, maka kedengaran suara-suara parasit UMNO yang cuba menongkah arus dan mengenepikan suara 3.7 juta akar umbi UMNO.

Mereka menuduh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, 'override' keputusan MKT UMNO dan membuat keputusan bercanggah dengan ketetapan yang telah di buat oleh MKT UMNO.

Benarkah begitu?


Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam Mesyuarat MKT UMNO itu.


Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mendedahkan, 12 dari 13 Bahagian UMNO Kelantan sudah mengusulkan supaya UMNO memutuskan hubungan dengan PPBM SERTA MERTA!!!


Perwakilan UMNO Perak pula menyambut pengumuman yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Perak, Azian Osman, dengan tepukan gemuruh bahawa UMNO Perak sudah menetapkan TIDAK ADA kerjasama antara UMNO Perak dengan PPBM pada PRU 15.

Baca di sini :



Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, kesemua 8 Bahagian UMNO Terengganu telah sebulat suara menyatakan pendirian menolak kerjasama politik dengan PPBM.

Baca di sini :


Begitu juga dengan beberapa negeri yang lain seperti Kelantan, Pahang dan Johor, malah kesemua UMNO negeri di Semenanjung Malaysia telah menyatakan pendirian yang sama.

Baca di sini :


Pendirian tegas MKT UMNO yang mendokong suara akar umbi seperti yang telah disampaikan melalui UMNO negeri masing-masing, hanya menunggu masa untuk dimuktamadkan sebagai keputusan rasmi parti pada Persidangan Agung UMNO yang dijangka akan diadakan minggu hadapan.


Malah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah memaklumkan secara rasmi keputusan MKT UMNO itu kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

Inilah yang menggusarkan parasit-parasit yang masih berada dalam UMNO sekarang.

Hishamuddin Hussien, Annuar Musa dan Shahidan Kassim memang sudah dikenali sebagai pemimpin yang berkiblatkan kuasa dan harta serta berpaksikan kepentingan peribadi dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan politik mereka.

Mereka sangat mengharapkan agar MKT UMNO membuat keputusan supaya kerjasama antara UMNO dan PPBM diteruskan sehingga PRU 15 nanti.

Menurut bacaan politik mereka, sekiranya UMNO berkerjasama dengan PPBM dalam PRU 15, maka harapan untuk Muhyiddin Yassin dan PPBM kekal berkuasa akan menjadi cerah dan laba yang mereka nikmati hari ini akan dapat dikekalkan.

Di dalam UMNO, Hishamuddin hanya merupakan seorang Ketua Bahagian tetapi di sisi Muhyiddin, Hishamuddin adalah ibarat lembu yang senang dicucuk hidungnya, lalu diberikan jawatan sebagai Menteri Luar Negeri.

Annuar Musa juga cuma seorang Ketua Bahagian UMNO, tetapi oleh kerana Annuar Musa sangat mudah untuk dijadikan 'Trojan Horse', maka Muhyiddin melantik beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.


Shahidan Kassim pula cuma seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang DILANTIK oleh Presiden UMNO, tetapi oleh kerana beliau merupakan manusia yang sangat mudah ditarik telinganya, maka Muhyiddin memberikan beberapa jawatan istimewa kepada beliau seperti Pengerusi PNBBC dan yang terkini sebagai Pengerusi PR1MA.

Maka parasit UMNO ini cuba menimbulkan keraguan akar umbi dengan cuba menanamkan naratif bahawa kononnya sekiranya UMNO bersendirian di dalam PRU 15, maka akan berakhirlah riwayat UMNO dari persada politik tanah air.

Baca di sini :




Ironiknya, kenyataan yang mereka keluarkan adalah sangat-sangat bercanggah dengan 'poll' yang telah dilakukan bukan oleh pihak yang UMNO mempunyai kepentingan didalamnya.

Dari 'poll' yang dilakukan, jelas rakyat mahu UMNO memasuki gelanggang PRU 15 secara solo dan UMNO akan berkubur sekiranya masih lagi bersama dengan PPBM dalam PRU 15.

Jadi apakah asas dakwaan parasit UMNO itu?

Mereka juga cuba memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan usul yang telah dibuat oleh Bahagian UMNO sebenarnya bukanlah kehendak sebenar akar umbi tetapi telah dipaksa oleh kepimpinan pusat.

Baca di sini :


Dakwaan ini sangat menarik kerana Perlis adalah negeri yang dikenalpasti berkeras mahu kerjasama antara UMNO dan PPBM diteruskan dalam PRU 15.

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Shahidan Kassim, mengeluarkan kenyataan bahawa Perlis akan tetap berkerjasama dengan PPBM sekiranya UMNO pusat meneruskan keputusan memutuskan kerjasama dengan PPBM dalam PRU 15.


Malah Shahidan dengan angkuhnya berkata kalau disebabkan ketegasan pendirian UMNO Perlis itu tidak dipersetujui oleh UMNO pusat, terserah kepada UMNO pusat, kalau nak buang Perlis, buanglah!!!


Tetapi setelah mendapat tekanan dari akar umbi UMNO Perlis, terutamanya dari UMNO Bahagian Arau sendiri,  Shahidan nampaknya 'u-turn' 360 darjah!!!

Baca di sini :


Kalau nak tahu siapa Shahidan sebenarnya, bacalah sendiri di Facebook Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atief.

Baca di sini :



Tersebar pula berita bahawa ada usaha yang dilakukan oleh parasit UMNO untuk mempengaruhi Ketua Bahagian UMNO supaya menolak keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO.

Malah sumber memaklumkan, Ketua Bahagian UMNO cuba diberikan rasuah politik bernilai antara RM10,000 hingga RM30,000 supaya bersetuju dengan apa yang parasit ini mahukan.

Bukan lagi rahsia, dalang yang menyebabkan katak-katak UMNO melompat ke PPBM ialah Hishamuddin Hussien.

Baca di sini :



Terkini, Hishamuddin telah mengarahkan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas pegawai khas Hishamuddin, Bastien Onn, supaya mengeluarkan kenyataan pemimpin UMNO yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah tidak dibenarkan bertanding.

Baca di sini :


Sebenarnya masih ada lagi beberapa parasit UMNO yang masih lagi bersifat bacul tidak berani mendedahkan diri tetapi dalam masa yang sama terus bernaung di bawah bumbung UMNO dan mendapat laba hasil dari pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap parti dan akar umbi UMNO.

Mereka semua WAJIB dihapuskan segera kerana mereka adalah parasit yang akan memusnahkan tiang seri rumah keramat UMNO.

Sama ada berjaya atau tidak mereka meneruskan niat jahat mereka, kini segalanya terpulang kepada perwakilan UMNO.

Janganlah disebabkan habuan RM10,000 atau RM20,000 atau RM30,000, maruah diri dan parti digadaikan.

Duit walau berbukit sekali pun, pasti akan habis dibelanjakan, apatah lagi kalau nilainya cuma beberapa ribu ringgit tetapi maruah yang tergadai, sehingga anak cucu kita akan turut dihina manusia!!!

Saturday, March 20, 2021

Azmin Akan Tumbangkan Muhyiddin Dan Ambil Alih PPBM Untuk Jadi PM?


Dengan melompatnya 3 lagi Ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Ahli Parlimen Julau), Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau) dan Xavier Kumar (Ahli Parlimen Kuala Langat) ke PPBM, telah mengukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan PPBM sebagai parti tunggak di dalam Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan.

Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh dari UMNO yang berkiblatkan PPBM) mendakwa akan ada ramai lagi Ahli Parlimen dijangka akan melompat ke PPBM dalam waktu terdekat dan Muhyiddin dijangka akan mempunyai sekurang-kurangnya 120 sokongan dari Ahli Parlimen.

Baca di sini :


Kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin, Xavier melompat dari PKR ke PPBM adalah untuk memperkukuhkan kerajaan supaya Perikatan Nasional dapat memberikan fokus membangunkan rakyat dan negara.

Baca di sini :


Namun ianya berbeza dengan pengakuan yang diberikan oleh Xavier kepada kepimpinan PKR sebelum beliau menjadi katak politik.


Beliau telah mengakui telah didatangi oleh seorang menteri kanan dari PPBM dan telah diberikan ugutan.

Baca di sini :



Secara tersurat, admin akui katak-katak politik itu akan memperkukuhkan kedudukan Muhyiddin dan PPBM tapi kalau kita selami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, ada satu agenda tersembunyi sedang dilaksanakan.

Bukan lagi menjadi rahsia, perancang utama kepada aktiviti katak politik ini adalah Azmin Ali.

Dengan melompatnya 3 Ahli Parlimen PKR ke PPBM, Azmin sebenarnya sedang memperkukuhkan kedudukan beliau di dalam PPBM.


Secara pasti, beliau kini mempunyai 13 Ahli Parlimen yang berada di dalam kem beliau.

Kesemua 13 Ahli Parlimen PKR yang melompat itu adalah kartel Azmin semasa dalam PKR.

Apa yang telah dilakukan oleh Azmin bersama-sama kartel beliau waktu berada dalam PKR?

Mereka berjaya membentuk kumpulan yang cukup kuat dan tidak berani diganggu oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Kemuncaknya apabila Azmin hampir-hampir menyingkirkan Anwar Ibrahim dari PKR, namun setelah dinasihati 'seseorang', Azmin membatalkan hasrat tersebut dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan menumbangkan Rafizi Ramli yang disokong oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Jangan lupa, kekuatan kartel Azmin bukan setakat kekuatan sokongan Ahli Parlimen seperti yang dimiliki oleh Muhyiddin sekarang ini.

Kartel Azmin juga mempunyai kekuatan di akar umbi yang akan diterjemahkan di dalam peti undi sewaktu pilihanraya nanti.

Sudah tentu dalam PRU 15 nanti, Azmin akan memastikan kesemua kartel beliau menjadi calun di Parlimen masing-masing dan dijangkakan kartel Azmin tidak akan menghadapi masalah mengekalkan kerusi mereka.


Sedangkan kekuatan Muhyiddin hanyalah setakat sokongan Ahli Parlimen yang dipaksa dan diugut untuk menyokong beliau sedangkan di akar umbi, pengundi masih lagi setia untuk menyokong parti asal mereka, malah Muhyiddin sendiri akan menghadapi masalah sekiranya bertanding di Parlimen Pagoh dalam PRU 15 nanti.

GPS dan MIC masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menyatakan pendirian mereka.

PAS pula sedang menghadapi tekanan yang cukup hebat dari pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi supaya meninggalkan Perikatan Nasional dan kembali ke Muafakat Nasional dalam PRU 15 nanti.

Tidak terkecuali 4 lagi ahli Parlimen PPBM yang berasal dari UMNO, Mas Emeriyati (Parlimen Masjid Tanah), Hamzah Zainuddin (Parlimen Larut), Mustapa Mohammad (Parlimen Jeli) dan Rosol Wahid (Parlimen Hulu Terengganu).

Mereka akan menghadapi tentangan yang hebat dari calun UMNO dan akar umbi UMNO hanya menunggu PRU 15 untuk menghukum pengkhianatan yang mereka lakukan ke atas UMNO.

Andai kata Muhyiddin, Hamzah dan Mustapa berjaya melepasi ujian getir dalam PRU 15 nanti, apakah Muhyiddin akan mampu mempertahankan kerusi Presiden PPBM dan Perdana Menteri, sedangkan kartel Azmin mempunyai 14 Ahli Parlimen?

Jangan lupa, Azmin meerupakan anak didik Dr Mahathir dan sehingga sekarang parti serpihan PPBM, Pejuang dan Muda masih lagi belum didaftarkan secara rasmi.

Apakah ada perancangan untuk membawa balik Pejuang dan Muda ke dalam PPBM?

Kita tahu, Dr Mahathir sedar, rakyat Malaysia sudah menolak beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi plan B beliau adalah untuk meletakkan anak beliau, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri.

Kita tidak nampak ada sebarang masalah dalam hubungan antara Dr Mahathir dan Azmin.

Dr Mahathir agak kerap mengkritik Muhyiddin secara terbuka tetapi beliau tidak pernah mengkritik Azmin, walau pun Azmin adalah menteri kanan paling kanan dalam pentadbiran Muhyiddin, mengapa?

Kini Azmin hanya menunggu masa yang sesuai untuk menggerakan 'king' beliau untuk membunuh 'king' Muhyiddin yang semakin sudah hilang kawalan.

Apa pilihan terbaik yang rakyat miliki?

Kembalikan mandat kepada UMNO/Barisan Nasional untuk sama-sama kita hentikan politik gila kuasa ini demi untuk kebaikan rakyat dan negara Malaysia.

Thursday, March 18, 2021

Lantikan Pengerusi KTMB Bukan Untuk Laba Politik


Menimbulkan keraguan bila tempuh perkhidmatan CEO yang lepas, Dato Ir Kamaruzaman bin Zainal berakhir, pihak kerajaan dilihat tidak sabar untuk menukarnya dengan melantik CEO baru, Rani bin Shamsuddin, hingga menimbulkan keadaan dua CEO dalam masa yang sama untuk Keretai Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Di samping itu, dihujung perkhidmatan Pengerusi KTMB yang lepas, Dato Rameli Musa, sudah timbul ura-ura bahawa bekas Menteri Besar Perak, Dato Ahmad Faizal Azumu akan dilantik sebagai Pengerusi KTMB yang baharu.

Namun sehingga penggal Rameli habis, masih belum ada pengumuman penganti Pengerusi KTMB.

Dari sumber yang diterima, Faizal dikatakan telah meletak syarat dilantik juga sebagai Pengerusi Syarikat Aset KTMB, RAC, untuk menerima perlantikan sebagai Pengerusi KTMB. 

Apakah Faizal ada perancangan tersendiri untuk aset yang diguna oleh KTMB?

Pengasingan pentadbiran antara KTMB dan RAC dilakukan kerana mahu memastikan tiada unsur salah guna kuasa atau pun ketirisan dalam pentadbiran aset KTMB.

Pengasingan ini berperanan menggagalkan usaha untuk salahguna aset-aset seperti penjualan tanah negeri secara besar-besaran yang pernah berlaku di sebuah negeri.

Pengkopratan KTM pada tahun 1992 telah meletakkan KTMB di bawah Kementerian Kewangan tetapi aset diletakkan di dalam syarikat asing dibawah peyeliaan Kementerian Pengangkutan. 

Ini merupakan kekangan yang pihak pengurusan KTMB perlu hadapi.

Kelewatan perlantikan pengerusi KTMB ini memberi gambaran seolah-olah Kerajaan Perikatan Nasional tidak serius tentang operasi KTM dan ahli politik PPBM menganggap perlantikan untuk jawatan dalam agensi kerajaan adalah sebagai habuan politik.


Sepanjang akhir pemerintahan Barisan Nasional, satu usaha utama oleh mantan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib, ialah membina jaringan keretapi yang mantap sebagai mode pengangkutan untuk orang ramai dan lebih penting.

Ia adalah ke arah membangunkan Malaysia sebagai pusat logistik.

Pembangunan logistik negara terlalu tertumpu kepada pengangkutan udara, jalanraya dan laut. 

Jaringan keretapi yang begitu penting dan strategik seolah-olah tidak diberi perhatian langsung.


Pada awal tahun 2000, sudah ada gagasan Bangsa-Bangsa Bersatu merancang ke arah pembinaan Trans Asian Railway yang melibatkan Koridor Utara dari Pasifik ke Eropah, Koridor Selataan dari Eropah ke Asia Tenggara, Laluan Keretapi Kunming ke Singapura dan Koridor Utara – Selatan dari Eropah ke Asia Selatan.

Ini menjadi dorongan DS Najib untuk membina ECRL, HSR, Laluan Berkembar dan lain-lain sistem keretapi termasuk pengangkutan awam mass transit.

Sayang sekali, sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambilalih dan dikuti Perikatan Nasional, projek-projek dibatal, perancangan diubah sewenang-wenang hingga lari dari tujuan strategik yang mahu dicapai, dan laluan diubah untuk diberi kontrak pada syarikat-syarikat kroni.

Akibatnya limpahan dan penjanaan kegiatan ekonomi yang diharapkan dari pembangunan logistik ini terkendala dan Malaysia sudah dilihat masyarakat antarabangsa sebagai tiada mempunyai hala tuju ekonomi yang jelas dan dilhat bakal terkebelakang kepada negara-negara jiran yang sebelum ini kurang maju berbanding Malaysia.

Bukan saja kerajaan Perikatan Nasional tidak serius dalam melantik Pengerusi, tetapi tindakan melantik semula seorang CEO yang telah menyebabkan kegagalan dan menimbulkan masaalah kepada pembangunan KVDT, malah ada saman mahkamah ke atas CEO dari kontraktor juga telah menimbulkan tandatanya!!!

Baca di sini :


Untuk rekod, Rani pernah dilantik sebagai CEO KTMB dari tahun 2017 hingga 2019.

Baca di sini :


Urusan pengurusan kontrak pun agak longgar dengan pihak-pihak tertentu terlalu condong ke arah pembelian aset dari China yang mana banyak rungutan yang diterima. 

Pembekal dari China pernah gagal membekalkan aset hingga menyebabkan kerugian pada KTMB. 

Reputasi pembekal tersebut turut dipersoalkan oleh pihak berkuasa Filipina hingga terpaksa dibatalkan kontrak.


Kontroversi lebih besar yang dicurigai oleh pihak Kesatuan Pekerja adalah berhubung pilihan KTMB untuk mengadakan usahsama dengan Destini Berhad untuk kerja-kerja MRO yang melibatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaikpulih asset keretapi.

Kesatuan Pekerja mempunyai asa yang cukup kukuh dalam perkara ini :

1) Destini Berhad tidak ada kepakaran dalam bidang perkhidmatan ini dan hanya pernah menjadi pembekal asset. 

Kontrak untuk jangkamasa yang panjang tidak bersesuaian dengan keupayaan mereka.

2) Destini Berhad dilihat oleh pihak Kesatuan Pekerja sebagai syarikat yang hanya kuat 'connection' politik hingga mempuyai senarai panjang kontrak-kontrak yang diperolehi dari kerajaan dan agensi dalam bidang lain, tetapi mempunyai keupayaan yang cukup terhad dalam bidang perkhidmatan. 

Keupayaan teknikal mereka terhad dan hanya bergantung pada usahasama teknikal dengan pihak ketiga. 

Sepatutnya kontrak diberi kepada syarikat-syarikat lain yang ada pengalaman.

3) Walau pun Destini Berhad tidak mempunyai aliran kewangan yang kukuh serta dengan rekod perniagaan yang buruk, namun Destini Berhad diberi ekuiti majoriti 70% dalam usahasama tersebut dengan KTMB hanya memegang 30% ekuiti. 

Syarikat ini dilaporkan gagal menyiapkan kontrak OPV dan terpalit dengan kontroversi kontrak helikopter.

4) Pihak Kesatuan khuatir dengan kerja-kerja MRO diserahkan kepada syarikat usahasama bersama Destini Berhad boleh menyebabkan pekerja-pekerja KTMB diberhentikan. 

Sudah tentu pemegang ekuiti majoriti mahu projek diselenggarakan oleh orang-orang mereka. 

Mereka pastinya tidak selesa diawasi oleh pekerja-pekerja KTMB yang lebih biasa dan berpengalaman dengan operasi KTMB.

Pihak kerajaan perlu serius dalam hal pembangunan keretapi dan jangan jadikan kontrak KTMB sebagai habuan politik semata-mata. 

Ia sesuatu yang strategik untuk negara.

Jika timbul masaalah dan perselisihan, operasi KTMB boleh tergendala. 

Adakala tidak semudah yang dijangka untuk batalkan kontrak pada syarikat yang gagal jalankan kerja dan sering kali berakhir dengan saman menyaman yang makan bertahun-tahun untuk selesai.



Rujukan :

Monday, March 15, 2021

Zahid : Kluster Mahkamah Atau Mangsa Kezaliman?


Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak, Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, mantan Bendahari Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar Bung Radin dan ramai lagi pemimpin UMNO dilabelkan oleh pasukan propaganda PPBM sebagai kluster mahkamah.

Mengapa?

Kerana kesemua mereka sekarang ini sedang menghadapi pertuduhan sama ada salah guna kuasa atau rasuah di bawah AMLA oleh regim Pakatan Harapan dan diteruskan oleh regim Muhyiddin yang sedang memerintah sekarang ini.

Sama ada Dr Mahathir mahu pun Muhyiddin pernah berjanji di hadapan rakyat bahawa Kedaulatan Undang Undang atau The Rule of Law akan kembali dijunjung dalam pentadbiran mereka.

Tiada siapa yang akan berada di atas undang undang, sama ada kawan atau pun lawan politik mereka.

Tapi benarkah begitu?

Mari kita turuti kronologi kes pendakwaan ke atas Presiden UMNO dan sama-sama kita renungkan, sama ada benarkah Kedaulatan Undang Undang atau The Rule of Law telah benar-benar di daulatkan atau telah dimandulkan oleh pemerintah demi kepentingan politik.

Kronologi Pendakwaan Kes DS Zahid Hamidi

Segala-galanya bermula apabila UMNO jatuh dari tampuk kuasa.



09.05.2018

UMNO kalah PRU 14


Jun 2018

SPRM mulakan siasatan ke atas DS Zahid selepas UMNO kalah pilihanraya.


02.07.2018 ~ 03.07.2018

DSZ hadir ke Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan.


Okt 2018

Dr Mahathir suruh DS Zahid bubarkan UMNO dalam perjumpaan kali pertama.

DS Zahid berkeras tidak mahu bubarkan UMNO.


10.10.2018, 11.10.2018, 12.10.2018 & 18.10.2018

DS Zahid hadir ke Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan.


19.10.2018

DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen di KL untuk 10 pertuduhan Seksyen 409 Kanun Keseksaan, 8 pertuduhan Seksyen 16(a)(B) SPRM dan 27 pertuduhan Seksyen 4(1) AMLA.


22.10.2018

Tok Mat Hassan, Ku Nan, Noh Omar berjumpa Dr Mahathir dan merayu supaya UMNO tidak dibubarkan.

Baca di sini :



9.11.2018

Dr M keluarkan kenyataan dan akui suruh DS Zahid bubar UMNO.

Baca di sini :



14.12.2018

DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen di KL bagi satu pertuduhan tambahan Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan 10 pertuduhan awal pecah amanah dipinda.



20.02.2019

DS Zahid dituduh untuk satu lagi pertuduhan tambahan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.


24.06.2019

DS Zahid hadir ke Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan.


26.06.2019

DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk 7 pertuduhan Seksyen 16(a)(B) SPRM.


27.06.2019

DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk 33 pertuduhan Seksyen 16(a)(B) SPRM.


14.08.2019

Kes 7 pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dipindahkan ke Shah Alam untuk dibicarakan dengan 33 pertuduhan.


18.11.2019

Perbicaraan DS Zahid di Mahkamah Tinggi KL bermula di hadapan YA Collin Lawrence.



09.12.2019

Ejen insurans, Izhan kata dia berurusan dengan Mazlina sahaja.

Dia juga beritahu Mazlina guna 'pre-signed' cek untuk cepatkan proses pembayaran insurans.

Baca di sini :



10.12.2019

Saksi-saksi TS Consultancy akui tidak ada keperluan untuk TS Consultancy bantu Barisan Nasional daftar pengundi.

TS Consultancy juga bukan pertubuhan berdaftar untuk daftar pengundi.

Baca di sini :



11.12.2019

Datuk Zul Hisham dan ASP Nizam beritahu mahkamah memang Persatuan Bola Sepak PDRM minta sumbangan Yayasan Akalbudi untuk bayar gaji pemain.

Sumbangan itu juga seiring dengan objektif Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan bagi tujuan kebajikan.

Baca di sini :



12.12.2019

Datuk Wasi kata beliau tidak tahu perbincangan sebenar antara Dato Khalid Jiwa dan DS Zahid.

Datuk Wasi hanya tahu itu adalah pinjaman pelaburan dan telah dibayar semua sepenuhnya kepada Yayasan Akalbudi.

Persoalannya, mengapa Dato’ Khalid Jiwa tidak pernah dipanggil sebagai saksi.

Baca di sini :




06.01.2020

Bagi kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pihak pendakwaan meminda pertuduhan.

33 pertuduhan utama di bawah seksyen 16(a)(B) SPRM, 33 pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan 10 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


12.02.2020

Saksi Dr. Uzailee, TS Hashim akui kontrak DTSB teratur dan mengikut prosedur syor Kerajaan Malaysia.

Projek secara rundingan hanya boleh diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kontrak DTSB belum ditandatangani sebab belum setuju dengan terma kontrak.

Baca di sini :



13.02.2020

Ahli Kimia Siti Nur Musliha sahkan 32 cek yang Mazlina isukan untuk bayar kad kredit dan insurans guna cop tandatangan dan bukan tandatangan bertulis DS Zahid.

Datuk Abu Hanifah dari DTSB beritahu cek-cek daripada DTSB bukan rasuah tapi sumbangan.

Baca di sini :



19.02.2020

Junaith beritahu mahkamah DS Zahid tak pernah janjikan kontrak.

Cek-cek daripada Mastoro Kenny, Jogabonito dan Berani Jujur adalah untuk sumbangan bukan rasuah.

Chew Ben Ben dari DTSB juga kata cek-cek DTSB tiada unsur rasuah dan pertuduhan adalah fitnah.

Baca di sini :



20.02.2020

Datuk Shahril Ismail sahkan kontrak kepada 'Profound Radiance' teratur dan ikut prosedur.

Azlan Shah beritahu cek-cek untuk kebajikan dan sumbangan politik dan bukan rasuah.

Baca di sini :





16.06.2020

Pegawai Pejabat Tanah sahkan penjualan dan penukaran hakmilik banglo-banglo adalah teratur dan menurut prosedur.

Pemilk asal lot-lot banglo, Dato’ Eric dan Tan Sri Lee Kim Tiong juga akui bahawa mereka tahu banglo yang dijual itu akan digunakan untuk tujuan 'religious affair'.

Baca di sini :



17.06.2020

Faisaluddin akui Yayasan Al-Falah tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk jadi pemegang amanah Yayasan Al-Falah.

Faisaluddin beritahu semua urusan kewangan Yayasan Al-Falah diuruskan oleh ahli-ahli pemegang amanah Yayasan Al-Falah.

Baca di sini :



27.07.2020 & 29.07.2020

Omar Ali akui DS Zahid tidak pernah berikan arahan tukar wang tunai pada cek.

Semua atas inisiatif Omar Ali sendiri sebab susah nak masukkan duit tunai dalam bank.

Omar Ali beritahu wang tunai tersebut adalah sumbangan dari Yayasan Al-Bukhari.

Modus operandi Omar Ali untuk pinjamkan duit pada kawan-kawan dan minta bayar semula guna cek dan juga transaksi pertukaran matawang tidak diketahui oleh DS Zahid.

Omar Ali akui semua adalah inisitif sendiri bukan arahan DS Zahid.

Baca di sini :




10.08.2020

Pihak pendakwaan membuat pindaan terhadap 12 pertuduhan pecah amanah dan 2 pertuduhan rasuah berkaitan DTSB.

Baca di sini :



12.08.2020

Murali akui memang tanggungjawab peguam untuk masukkan wang pegangan amanah dalam simpanan tetap meskipun tiada arahan.

Murali akui dia 'duty-bound' untuk lakukan demikian.

Baca di sini :



24.08.2020

Faisaluddin akui Yayasan Al-Falah tidak pernah melantik Lewis & Co sebagai pemegang amanah Yayasan Al-Falah.

Faisaluddin juga beritahu dana yang dibayar daripada Lewis & Co untuk pembelian banglo adalah sumbangan daripada Yayasan Akalbudi kepada Yayasan Al-Falah.

Baca di sini :



28.08.2020

Mazlina sahkan memang dia guna cek pre-signed untuk cepatkan proses pembayaran.

Mazlina akui beliau cuai dalam menguruskan akaun peribadi DS Zahid dan Yayasan Akalbudi dan sering buat kesilapan.

Mazlina akui 'blanket approval' hanya anggapan sendiri .

Tiada bukti untuk sokong bahawa DS Zahid beri kebenaran atau arahan.

Tidak dapat dibuktikan!!!

Mazlina akui cuai semasa sediakan cek dan buat bayaran melebihi yang sepatutnya.

Baca di sini :



13.10.2020

Pegawai Penyiasat, Fairul Rafiq tidak tahu secara menyeluruh berkenaan perolehan projek Profound Radiance daripada Kementerian Dalam Negeri.

Baca di sini :




04.03.2021

Pegawai Penyiasat, Hizar Farhan akui perolehan projek kepada DTSB adalah teratur dan mengikut prosedur.

Saksi juga akui bagi projek yang diperoleh secara rundingan terus, hanya Kementerian Kewangan yang beri kelulusan.

Saksi juga akui kenyataan yang diberikan oleh Chew Ben Ben di mahkamah tidak pernah disabitkan dengan kesalahan keterangan palsu.

Baca di sini :



05.03.2021

Pegawai Penyiasat, Zamri memberi keterangan di mahkamah.

Saksi akui 11 hari dari tarikh lantikan sebagai pegawai penyiasat ke tarikh DS Zahid dituduh adalah tarikh yang singkat untuk penyiasatan.

Saksi juga akui tidak merakam percakapan sesiapa daripada MYEG.

Baca di sini :



08.03.2021

Pegawai Penyiasat, Fazli setuju dengan cadangan peguam bahawa milikan wang yang dipindahkan dari Yayasan Akalbudi kepada Lewis & Co sebagai pemegang amanah tidak berubah dan masih milik Yayasan Akalbudi.

Pegawai Penyiasat, Tharuzi setuju bahawa tiada satu pun wang masuk ke dalam akaun peribadi DS Zahid.



09.03.2021

Pendakwaan meminda pertuduhan ke 27 AMLA buat kali kedua.

Pendakwaan menambah cek-cek pada pertuduhan pada saat akhir kes pendakwaan.

Pegawai Penyiasat, Fahmee akui tidak pernah menjalankan siasatan atau merakam percakapan mana-mana pihak daripada Yayasan Al-Bukhary.

Fahmee juga akui bahawa kesemua pemilik cek yang berkaitan dengan Omar Ali tidak ada kaitan dengan DS Zahid.

Baca di sini :




10.03.2021

Pegawai Penyiasat, Amiruddin akui kesemua pemilik cek yang berkaitan dengan Omar Ali tidak mengenali DS Zahid.

Saksi juga akui tidak tahu berkenaan dengan tanggungjawab peguam untuk meletakkan pegangan amanah dalam simpanan tetap dan akui tidak pernah menyiasat berkenaan perkara itu.

Baca di sini :



Perbicaraan di Mahkamah Shah Alam akan bermula April 2021.

Dr Mahathir pernah dikaitkan dengan skandal FOREX dan menyebabkan negara kerugian lebih dari RM30 bilion.

Walau pun siasatan RCI telah mengesahkan ada asas yang kukuh untuk pendakwaan dan rayuan Dr Mahathir untuk menolak keputusan siasatan RCI telah ditolak oleh mahkamah, namun hingga ke hari ini, masih belum ada pendakwaan lagi.

Muhyiddin pernah dikaitkan dengan skandal Bestarinet yang bernilai berbilion ringgit, namun sehingga ke hari ini, belum ada apa-apa pendakwaan dilakukan lagi.

Tanpa sebab dan alasan yang kukuh, Lim Guan Eng pernah digugurkan dari kes rasuah ketika perbicaraan sedang dijalankan di mahkamah.

Tetapi setiap pemimpin UMNO yang dilabelkan sebagai kluster mahkamah, dituduh dengan berpuluh-puluh tuduhan.

Sama seperti perjalanan kes SRC DS Najib, kenyataan saksi bercanggah antara satu sama lain, asas pendakwaan tidak kukuh, namun tertuduh tetap disabitkan dengan kesalahan.

Baca di sini :


Bukan maksud admin untuk mempertikai atau menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah, namun hakikatnya, itulah yang berlaku.

Apakah Kedaulatan Undang Undang sudah dimandulkan oleh tangan tangan ghaib?

Terpulang kepada proses penghakiman, namun kronoloji berikut memberi perspektif bahawa ia hanya pendakwaan politik.