Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh dari UMNO yang berkiblatkan PPBM) mendakwa akan ada ramai lagi Ahli Parlimen dijangka akan melompat ke PPBM dalam waktu terdekat dan Muhyiddin dijangka akan mempunyai sekurang-kurangnya 120 sokongan dari Ahli Parlimen.
Baca di sini :
Kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin, Xavier melompat dari PKR ke PPBM adalah untuk memperkukuhkan kerajaan supaya Perikatan Nasional dapat memberikan fokus membangunkan rakyat dan negara.
Baca di sini :
Namun ianya berbeza dengan pengakuan yang diberikan oleh Xavier kepada kepimpinan PKR sebelum beliau menjadi katak politik.
Baca di sini :
Secara tersurat, admin akui katak-katak politik itu akan memperkukuhkan kedudukan Muhyiddin dan PPBM tapi kalau kita selami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, ada satu agenda tersembunyi sedang dilaksanakan.
Bukan lagi menjadi rahsia, perancang utama kepada aktiviti katak politik ini adalah Azmin Ali.
Dengan melompatnya 3 Ahli Parlimen PKR ke PPBM, Azmin sebenarnya sedang memperkukuhkan kedudukan beliau di dalam PPBM.
Kesemua 13 Ahli Parlimen PKR yang melompat itu adalah kartel Azmin semasa dalam PKR.
Apa yang telah dilakukan oleh Azmin bersama-sama kartel beliau waktu berada dalam PKR?
Mereka berjaya membentuk kumpulan yang cukup kuat dan tidak berani diganggu oleh pemimpin-pemimpin PKR.
Kemuncaknya apabila Azmin hampir-hampir menyingkirkan Anwar Ibrahim dari PKR, namun setelah dinasihati 'seseorang', Azmin membatalkan hasrat tersebut dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan menumbangkan Rafizi Ramli yang disokong oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Jangan lupa, kekuatan kartel Azmin bukan setakat kekuatan sokongan Ahli Parlimen seperti yang dimiliki oleh Muhyiddin sekarang ini.
Kartel Azmin juga mempunyai kekuatan di akar umbi yang akan diterjemahkan di dalam peti undi sewaktu pilihanraya nanti.
Sudah tentu dalam PRU 15 nanti, Azmin akan memastikan kesemua kartel beliau menjadi calun di Parlimen masing-masing dan dijangkakan kartel Azmin tidak akan menghadapi masalah mengekalkan kerusi mereka.
GPS dan MIC masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menyatakan pendirian mereka.
PAS pula sedang menghadapi tekanan yang cukup hebat dari pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi supaya meninggalkan Perikatan Nasional dan kembali ke Muafakat Nasional dalam PRU 15 nanti.
Tidak terkecuali 4 lagi ahli Parlimen PPBM yang berasal dari UMNO, Mas Emeriyati (Parlimen Masjid Tanah), Hamzah Zainuddin (Parlimen Larut), Mustapa Mohammad (Parlimen Jeli) dan Rosol Wahid (Parlimen Hulu Terengganu).
Mereka akan menghadapi tentangan yang hebat dari calun UMNO dan akar umbi UMNO hanya menunggu PRU 15 untuk menghukum pengkhianatan yang mereka lakukan ke atas UMNO.
Andai kata Muhyiddin, Hamzah dan Mustapa berjaya melepasi ujian getir dalam PRU 15 nanti, apakah Muhyiddin akan mampu mempertahankan kerusi Presiden PPBM dan Perdana Menteri, sedangkan kartel Azmin mempunyai 14 Ahli Parlimen?
Jangan lupa, Azmin meerupakan anak didik Dr Mahathir dan sehingga sekarang parti serpihan PPBM, Pejuang dan Muda masih lagi belum didaftarkan secara rasmi.
Apakah ada perancangan untuk membawa balik Pejuang dan Muda ke dalam PPBM?
Kita tahu, Dr Mahathir sedar, rakyat Malaysia sudah menolak beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi plan B beliau adalah untuk meletakkan anak beliau, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri.
Kita tidak nampak ada sebarang masalah dalam hubungan antara Dr Mahathir dan Azmin.
Dr Mahathir agak kerap mengkritik Muhyiddin secara terbuka tetapi beliau tidak pernah mengkritik Azmin, walau pun Azmin adalah menteri kanan paling kanan dalam pentadbiran Muhyiddin, mengapa?
Kini Azmin hanya menunggu masa yang sesuai untuk menggerakan 'king' beliau untuk membunuh 'king' Muhyiddin yang semakin sudah hilang kawalan.
Apa pilihan terbaik yang rakyat miliki?
Kembalikan mandat kepada UMNO/Barisan Nasional untuk sama-sama kita hentikan politik gila kuasa ini demi untuk kebaikan rakyat dan negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.