Wednesday, March 24, 2021

Lepas Lawatan Muhyiddin Ke Indonesia Dan Arab Saudi Cuma Bawa Balik Telor, Sekarang Nak Ke China Unrtuk 'Direct Nego'?


Rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali lupa kata-kata yang pernah keluar dari mulut Muhyiddin Yassin ketika berada dalam Pakatan Harapan untuk kempen PRU14 yang rakyat Malaysia tidak mengalu-alukan kedatangan pelabur dari China kerana kononnya bimbang periuk nasi terancam sehinggakan jurucakap kedutaan China telah membuat kenyataan media mempersoal integriti Muhyiddin yang berubah secara drastik setelah hilang kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, telah menghasut rakyat untuk membenci China.

Kini apabila berkuasa semula, Muhyiddin dalam perancangan untuk membuat lawatan rasmi ke China pada bulan April nanti.

Terlebih dahulu bagi menutup keceluparan mulutnya bagi mengambil hati China, Muhyiddin telah mengumumkan yang Malaysia bakal jadi negara terawal terima vaksin dari China - COVAX.

Muhyiddin juga telah menghebah menunjukkan betapa bangganya beliau dapat berbicara walaupun secara maya dengan Menteri Luar China, Wang Yi sedangkan ia bukan satu perkara yang baru kerana Wang Yi akan berbicara dan berjumpa sesiapa saja dari pihak kerajaan sejak zaman pemerintahan BN lagi.

Di dalam laporan media, alasan lawatan Muhyiddin ke luar negara adalah kerana ingin mendapatkan semula kepercayaan pelabur asing di mana lunturnya kepercayaan pelabur asing adalah kerana beliau sendiri yang telah menjahanamkannya ketika berada dalam PH.

Ke negara China, katanya di antara agenda yang akan dibawa Muhyiddin adalah isu vaksin Covid, sijil halal negara, komoditi terutamanya kelapa sawit dan juga sektor kesihatan. 


Apa yang tidak dilaporkan, Muhyiddin juga akan membawa isu lebih utama iaitu yang berhubung dengan isu perkhidmatan dan penyelenggaraan keretapi terutamanya untuk kembali berbincang mengenai High Speed Rail (HSR) dan East-Coast Rail Link (ECRL).

Dua projek ini telah digagalkan Muhyiddin sendiri yang menggagalkannya ketika bersama Pakatan Harapan dengan tohmahan yang BN akan jual kedaulatan negara kepada negara komunis China.


Kedua-dua projek mega lingkaran keretapi ini melibatkan KTMB.


Minggu lalu RUM iaitu Kesatuan Pekerja Rail KTMB telah menuntut SPRM membuat siasatan ke atas usahsama di antara Destini Bhd dan KTMB di mana mereka mempersoalkan saham yang dibenarkan untuk KTMB hanyalah 30% dan selebihnya dipegang pihak Destini, sebuah syarikat tempatan yang tidak langsung mempunyai pengalaman, kepakaran dan kewangan yang kukuh untuk mendapatkan projek penyelenggaraan rel keretapi.

Mengapa ini dibenarkan Lembaga Pengarah KTMB? 

Malahan, Destini saja yang mengumumkan kerjasama ini dan pihak KTMB tidak pun mengeluarkan kenyataan rasmi. 

Mengapa?


Di dalam organisasi KTMB, mereka ada Kesatuan Sekerja yang sangat vokal dan pro-aktif iaitu RUM. 

Kesatuan ini dilihat sentiasa bertindak mendedahkan dan juga berani mempersoal dengan lantang apa-apa saja yang tidak menepati ketelusan di dalam KTMB sejak pemerintahan BN lagi.

KTMB juga sedang berhadapan dengan lambakan tren keretapi yang tidak berkualiti dari China yang dibeli tanpa tender terbuka atau lebih tepat secara rundingan terus dan persoalan yang dibangkitkan RUM, kenapa ia masih tidak beroperasi.

RUM ingin mengingatkan bahawa mereka bukanlah anti-China tetapi mementingkan ketelusan dan mereka mengalu-alukan apa saja untuk pembanguan dan mampu menambahbaik prestasi KTMB. 

Dakwaan mereka berasas. 

Seandainya sesuatu berlaku di landasan keretapi, apakah Kementerian Pengangkutan dipersalahkan? 

Yang pasti, kakitangan KTMB yang akan dicop sebagai culas, tidak bertanggungjawab, tidak kompeten dan pelbagai penjuru hanya nampak kesalahan kakitangan KTMB.

Sebelum Muhyiddin ke negara China yang dijadualkan pada bulan April nanti, beliau perlu diingatkan mesyuarat pada 23 Februari lalu di mana beliau sendiri telah menyarankan supaya semua Kementerian mengutamakan kontraktor-kontraktor tempatan. 

Malangnya pada ketika ini juga, KSU Kementerian Pengangkutan, Dato Isham Ishak, sedang bermain wayang dengan syarikat tempatan yang dibelakang mereka sebenarnya datang dari China.

Rakyat hanya ingin mengingatkan Muhyiddin, jika ke China nanti, pastikanlah periuk nasi rakyat Malaysia tidak terancam dan apa pun pelaburan dari China, pastikan ia bukan 'DIRECT NEGO'!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.