27 dan 28 Mac 2021, akan berlangsung Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
PAU 2020 kali ini bukanlah sekadar perhimpunan agung biasa bagi UMNO kerana selain buat kali pertama PAU akan dilakukan secara hybrid, di mana sebahagian perwakilan dari bahagian UMNO akan menghadirinya secara maya dan sebahagian lagi akan menghadirinya secara bersemuka, PAU 2020 juga sudah pasti akan menjadi perhatian parti-parti politik sekutu dan seteru UMNO di tanahair.
Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, PAU 2020 juga pasti akan menjadi perhatian negara luar kerana apa yang akan diputuskan oleh perwakilan dalam PAU 2020 akan memberikan gambaran dasar dan juga kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU 15 nanti.
Tidak dapat dinafikan, era pasca PRU 14, UMNO sentiasa menjadi perhatian dan mangsa fitnah dalam permainan politik seteru UMNO.
UMNO diberikan berbagai label yang negatif.
UMNO dikatakan besar kepala, sentiasa mahu berlagak seperti 'abang besar' dalam apa juga pakatan atau kerjasama yang disertai UMNO.
UMNO dilabelkan sebagai parti yang telah rosak kerana dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin korup yang sedang menghadapi dakwaan di mahkamah.
UMNO dilabelkan sebagai parti yang tamak kuasa dan hanya sibuk berpolitik tanpa memikirkan tentang masalah kehidupan rakyat.
Tetapi, benarkah begitu?
Kalau benar dakwaan mereka, soalan yang mudah untuk seteru yang berada di dalam dan di luar UMNO, kalau benar apa yang dikatakan, mengapakah parti politik yang menjadi sekutu dan seteru UMNO masih lagi berusaha bersungguh-sungguh mahu menyertai mereka di dalam PRU 15 nanti?
Tidakkah mereka takut nanti ditolak oleh pengundi pada PRU 15 kerana berkerjasama dengan parti yang sudah rosak seperti yang mereka dakwa selama ini?
Bercakap tentang seteru politik UMNO, sebenarnya sekarang ini UMNO sedang diserang dari 2 penjuru, serangan dari seteru di luar UMNO dan serangan dari seteru yang berada di dalam rumah UMNO.
Seteru dari luar menyerang UMNO dan kepimpinan UMNO untuk memberikan tekanan dan juga untuk membina kekuatan kepada seteru dari dalam untuk menyingkirkan kepimpinan UMNO yang ada sekarang dalam PAU 2020 nanti.
Mereka mahu menggantikan tempat kepimpinan UMNO sekarang supaya mudah untuk UMNO dipaksa melutut di kaki seteru UMNO yang berada di luar UMNO.
Laman blog ini pernah mendedahkan nama-nama pengkhianat UMNO yang sudah dikenalpasti dan modus operandi mereka :
Baca di sini :
Alhamdulillah, dari utusan yang disampaikan oleh DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO, nampaknya kepimpinan tertinggi UMNO dilihat sudah pun dapat mengenalpasti pengkhianat-pengkhianat UMNO yang selama ini berteduh di dalam rumah UMNO, menikmati keselesaan dan keistimewaan yang disediakan di dalam rumah UMNO tetapi dalam masa yang sama telah membiakkan anai-anai untuk memamah dan mereputkan rumah UMNO ketika akar umbi dan kepimpinan UMNO berusaha memperkukuhkan rumah UMNO.
Pengkhianat-pengkhianat ini TIDAK BOLEH lagi dibiarkan menumpang di dalam rumah UMNO, mereka mesti disingkirkan dengan SEGERA!!!
Kita hayati mesej dari utusan DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO :
Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang 'broker' rancangkan.
Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.
Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.
UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.
UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.
UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.
InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.
Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.
Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak 'alert' rancangan mereka.
Saya 'alert'.
Saya malah 'alert' semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.
Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.
Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat.
2 usul utama yang pasti akan dibahaskan oleh perwakilan untuk dijadikan sebagai keputusan dan dasar parti ialah :
1) Kebersamaan UMNO dengan Perikatan Nasional akan diteruskan HANYA sehingga menjelang PRU 15.
2) Kerjasama antara UMNO dan PPBM akan dihentikan sepenuhnya pada PRU 15 nanti.
Baca di sini :
Apa yang diputuskan oleh MKT UMNO dalam mesyuarat yang di adakan di Janda Baik tempuh hari bukanlah keputusan yang dibuat oleh segelintir pemimpin UMNO seperti yang didakwa, tetapi ianya adalah melalui usul 146 dari 191 Bahagian UMNO yang bersidang tahun lepas.
Dalam artikata lain, ianya adalah suara akar umbi yang mesti dipatuhi kerana tidak seperti parti politik lain, kekuatan yang menjadi tunjang sebenar kepada UMNO berada di akar umbi seramai 3.6 juta orang!!!
Kita tahu, usaha sedang giat dijalankan oleh seteru UMNO dari dalam rumah UMNO sendiri dengan mengamalkan rasuah politi untuk mempengaruhi perwakilan di peringkat bahagian supaya menuntut agar kedua-dua usul itu ditolak, malah para pembahas dari setiap negeri juga cuba dibeli supaya mereka menekan Presiden UMNO untuk berundur dalam perbahasan mereka nanti.
Namun kita pasti, perwakilan dan pembahas dalau PAU 2020 bukanlah orang yang mudah dicucuk hidung mereka, mereka mempunyai integriti dan maruh diri.
Hampir 3 tahun kita mengharungi pelbagai fitnah, cercaan dan hinaan dari musuh UMNO dan kini kita hanya perlu bersabar lagi 1 atau 2 tahun sahaja lagi untuk kembali bertarung secara adil dalam pilihanraya umum dengan musuh-musuh yang sebenarnya menggeruni kita tetapi tidak pernah mereka akui.
Kita akan pastikan pengkhianat-pengkhianat UMNO serta seteru-seteru UMNO yang selama ini terlalu banyak melemparkan panah-panah fitnah kepada UMNO akan diberikan pengajaran di dalam PRU 15 nanti.
Bukan kita berdendam kerana semua yang berada dalam rumah UMNO bukan pendendam tetapi 'they deserved it'.
Apabila ketetapan sudah di buat nanti, semua pihak, sama ada akar umbi atau pemimpin MESTI mematuhi ketetapan yang sudah dibuat oleh perwakilan dalam PAU 2020.
Selepas itu, jangan lagi kita menoleh ke belakang, kita rapatkan barisan kita, kita bersatu menyokong kepimpinan kita supaya lidah musuh dapat kita kelukan.
Kredit :
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.