Thursday, July 2, 2020

Siasatan 'Terowong Ghaib' Lim Guan Eng Di Buka Semula, Bekas SetPol Lim Guan Eng Di Tahan


Antara kes berprofil tinggi yang sangat-sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk di bawa ke mahkamah ialah kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Laman blog ini sudah beberapa kali membuat pendedahan mengenai kes Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).

Sebelum PRU 14, SPRM sudah pun membuka kertas siasatan, malah sudah menahan beberapa individu yang dikaitkan dengan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Tapi sama seperti kes Banglo Jalan Pinhorn, apabila Pakatan Harapan berkuasa, kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang tiba-tiba disapu ke bawah karpet.


Dan Lim Guan Eng dengan angkuhnya mendakwa bahawa beliau adalah seorang politikus yang bersih dari rasuah dan secara terus-terusan menuduh pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah pemimpin dan kerajaan yang mengamalkan rasuah dan kleptokrat.


Kita menyambut baik berita penangkapan SPRM ke atas mantan Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Jeffry Chew Gim Eam yang juga merupakan EXCO Pulau Pinang sekarang ini, sewaktu memberi keterangan mengenai kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang (BACA DI SINI).

Menurut sumber, SPRM juga telah merakam beberapa percakapan saksi lain berkaitan kes yang sama.

Antara yang telah dirakam percakapan mereka ialah individu dari pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dari pejabat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSB).

Difahamkan, SPRM akan membawa Jeffry ke mahkamah pada 1 Julai 2020 untuk memohontahanan reman.

Tindakan terbaru SPRM itu adalah selepas mendapat maklumat dan bukti terbaru mengenai kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang dipercayai melalui pendedahan blogger Raja Petra Kamarudin (RPK).

Laman blog ini ada menyiarkan artikel pendedahan RPK yang dipercayai memberikan maklumat dan bukti baru kepada SPRM (BACA DI SINI).


Admin bukan menuduh, tetapi sekiranya benar Lim Guan Eng atau siapa sahaja terlibat dalam kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, maka mereka mesti dihadapkan ke mahkamah.

Kerugian atau kehilangan aset Kerajaan Negeri Pulau Pinang akibat dari skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang melibatkan nilai puluhan bilion ringgit.

Hingga ke saat ini, proses pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang belum dimulakan lagi walau pun tanah bernilai berbilion ringgit sudah bertukar tangan!!!

Tiada siapa berada di atas undang-undang, bukakah itu yang sering dilaung-laungkan oleh Pakatan Harapan, terutamanya DAP dalam 'Rule of Law' yang kononnya mereka perjuangkan selama ini.

Benar seperti apa yang pernah dikatakan oleh Ronnie Liu, sekiranya Pakatan Harapan tumbang, ramai pemimpin Pakatan Harapan akan dihadapkan ke mahkamah!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.