Wednesday, July 1, 2020

Pejabat Syarikat Penerbitan Buku 'Rebirth', Yang Menghina Jata Negara Di Serbu PDRM


Dalam satu sidang media pada 29 Jun 2020, Timbalan Pengarah (Siasatan Dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan semua yang terbabit dalam pengeluaran buku 'Rebirth : Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia' akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Menurut beliau, kes akan disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) Pindaan 2016, Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.



Terkini, dalam satu sidang media yang diadakan pada 30 Jun 2020, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan pada jam 3.00 petang pada hari yang sama, sepasukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah menyerbu pejabat Gerakbudaya, syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan buku yang menghina Jata Negara di Seksyen 11 Petaling Jaya, Selangor.

Dalam serbuan tersebut, pihak PDRM telah mendapati buku tersebut telah dicetak sebanyak 1,000 salinan, di mana sebanyak 687 naskah telah dijual secara atas talian manakala baki sebanyak 313 naskah telah dirampas.

Huzir juga memaklumkan, PDRM telah mengenal pasti penulis serta pereka gambar kulit buku tersebut, Kean Wong, dan tangkapan akan dibuat sekiranya perlu untuk diambil keterangan mereka.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita berterima kasih dan sangat berbangga di atas kecekapan dan kepantasan pihak PDRM mengambil tindakan terhadap isu ini.




Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Tong Sin telah tampil untuk meminta maaf secara terbuka mengenai penerbitan buku tersebut atas alasan tidak sengaja dan tidak berniat untuk menyinggung sesiapa (BACA DI SINI).

Keikhlasan Chong meminta maaf agak meragukan kerana walau pun isu tersebut sudah tular sebelum 29 Jun 2020 lagi, namun Chong hanya meminta maaf pada 30 Jun 2020 selepas pejabat penerbitan syarikat beliau diserbu oleh pihak PDRM.

Keduanya, sebagai warga negara Malaysia yang sudah puluhan tahun berada di Malaysia, apatah lagi sebagai seorang pengasas syarikat penerbitan, alasan tidak sengaja adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, Chong seharusnya tahu kedudukan dan nilai lambang kemerdekaan dan kedaulatan negara seperti Jalur Gemilang dan Jata Negara.



Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952 (BACA DI SINI) dan (DI SINI).



Lebih-lebih lagi kepada pereka gambar kulit buku 'Rebirth : Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia', Kean Wong, tindakan yang cukup tegas mestilah diambil untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang suka memperlekehkan lambang kedaulatan negara yang dilihat semakin berleluasa terutamanya di era pemerintahan Pakatan Harapan dahulu.

Jata Negara adalah lambang rasmi Kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang sah kepada sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita berterima kasih dan sangat berbangga di atas kecekapan dan kepantasan pihak PDRM mengambil tindakan terhadap isu ini.

Isu ini adalah satu isu yang sangat besar dan tidak boleh dianggap sebagai satu isu yang remeh.

Sekiranya tidak ditangani dengan segera, ianya pasti akan menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Sekiranya kita tidak dapat sama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperjuangkan oleh generasi sebelum kita.

Sekiranya itu pun tidak mampu kita lakukan, carilah negara lain yang menghalalkan perbuatan menghina lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara tersebut!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.