Tuesday, June 30, 2020

Bulan Julai WARISAN Sabah Tumbang, Shafie Tidak Perlu Sibuk Dengan Percaturan Politik Pusat

Updated : 10.18 am


Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal kini sedang menjalani hari-hari terakhir sebagai Ketua Menteri Sabah akibat dari kemelut politik di Sabah yang semakin memuncak.

Bermula dari 2 ADUN UPKO, ADUN Kuala Penyu, Limus Jury dan ADUN Sugut, James Ratib yang mengumumkan keluar dari UPKO dan menjadi ADUN BEBAS yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pada 15 Jun 2020 lalu (BACA DI SINI).


Derita Shafie ditambah lagi bila 600 ahli WARISAN Bahagian Sepanggar pula mengumumkan keluar dari parti pada 24 Jun 2020 lalu (BACA DI SINI).

Alasan yang diberikan oleh Ketua Wirawati WARISAN Sepanggar, Raisa Abdul Ghaffur, ialah kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti WARISAN (BACA DI SINI).

Pengumuman 600 ahli WARISAN Bahagian Sepanggar itu menyebabkan penutupan 9 dari 81 cawangan WARISAN Bahagian Sepanggar.



Belum sempat Shafie menarik nafas, WARISAN dikejutkan lagi dengan pengumuman 4 cawangan WARISAN dari bahagian Kota Belud mengumumkan keluar parti dan bakal menyusul mereka ialah 500 lagi ahli WARISAN (BACA DI SINI).

Alasan yang mereka berikan adalah sama dengan alasan yang diberikan oleh ahli WARISAN bahagian Sepanggar, iaitu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan WARISAN di peringkat bahagian dan negeri serta karenah birokrasi di dalam parti WARISAN.

Angin sedang bertiup kencang dari Sabah dengan berita akan terdapat 16 ADUN dari WARISAN dan Pakatan Harapan akan beralih arah untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.



Mereka dikhabarkan kini berada di peringkat terakhir perbincangan dengan Musa Aman dan Bung Mokhtar (UMNO) untuk membentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri.

Seandainya kata sepakat dapat dicapai antara mereka, maka dengan rasminya kerajaan WARISAN Sabah di bawah kepimpinan Sahfie akan tumbang.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah berpunca dari kelemahan kepimpinan dan ketelusan Shafie dan WARISAN di dalam mengemudi jentera pentadbiran Sabah sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

Bermula dari isu Pas Sementera Sabah (PSS) dan kelemahan tadbir urus ekonomi negeri, kelemahan pengurusan krisis pandemik Covid-19 sehinggakan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah yang disalurkan tidak sampai ke golongan sasaran.

Tidak perlulah Shafie ikut sibuk di dalam percaturan politik di peringkat pusat kerana beliau sendiri akan kehilangan jawatan Ketua Menteri Sabah akibat runtuhnya Kerajaan WARISAN Sabah di dalam masa yang terdekat ini.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.