Dr Mahathir semakin tertekan dan sekarang tengah meroyan.
Dalam perjumpaan dengan serpihan akar umbi PPBM, Dr Mahathir sekali lagi dakwa, dia tidak hendak menjadi Perdana Menteri tetapi atas 'permintaan ramai', maka dia 'terpaksa' juga menjadi Perdana Menteri kalau Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional sekarang ini.
Modal yang Dr Mahathir gunakan ialah Pakatan Harapan sangat-sangat memerlukan beliau untuk mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.
Tapi kalau mengikut survey yang laman blog ini buat, tidak ada satu respondan pun yang mahu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali ke 3 (LINK SURVEY DI SINI).
Dr Mahathir juga dakwa, tujuan beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi calun Perdana Menteri bukanlah kerana dia tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tetapi sebenarnya dia mahu membantu Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim tidak mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen yang cukup (BACA DI SINI)...😂😂😂
Sebenarnya memang sejak dari dulu, kini dan selamanya, selagi beliau hidup, selagi itu beliau tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Menyedari beliau sudah tidak lagi mendapat sokongan masyarakat Melayu, maka beliau gunakan Shafie Apdal untuk menekan Pakatan Harapan supaya bersetuju dengan cadangan beliau.
Beberapa penganalisis politik mengakui bahawa sokongan masyarakat Melayu terhadap Dr Mahathir bukan sahaja berkurangan tetapi jatuh merudum (BACA DI SINI).
Strategi Dr Mahathir menamakan Shafie Apdal sebagai calun Perdana Menteri adalah mengulangi strategi yang sama beliau lakukan ketika menekan Tun Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu supaya menerima calun Timbalan Perdana Menteri pilihan beliau ketika itu, DS Najib (BACA DI SINI).
Hakikatnya Dr Mahathir hanya gula-gulakan Shafie Apdal dan dengan menjanjikan inilah jalan keluar untuk Shafie Apdal dari merengkok di dalam penjara akibat dari kes salah guna kuasa beliau ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Maka, sekiranya Shafie menjadi Perdana Menteri, maka dia akan menjadi Perdana Menteri yang akan dikawal sepenuhnya oleh Dr Mahathir dan tidak akan ada masaalah untuk Dr Mahathir mengarahkan supaya Shafie mengambil Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Kalau kita imbas kembali sejarah, Dr Mahathir adalah satu-satunya ahli politik yang menentang ahli politik dari Malaysia Timur daripada menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).
Tetapi nampaknya strategi Dr Mahathir sudah dapat dihidu oleh Pakatan Harapan (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).
Dr Mahathir sebenarnya hanya memperalatkan DAP, PAN dan Shafie Apdal untuk membunuh terus karier politik Anwar Ibrahim kerana mungkin beliau merasakan selagi Anwar Ibrahim masih aktif kerana beliau boleh menjadi ancaman besar kepada Mukhriz, bukan sahaja untuk jawatan Perdana Menteri, malah untuk selama-lamanya selepas ketiadaan Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.